Saiz Kehidupan Kita Berbeza
Assalamualaikum wbt
Selesai Asar semalam, saya nekad mahu keluar ke Ashan City. Hendak membeli barang dapur untuk rumah terutamanya beras yang sudah habis. Saya capai beg galas belakang yang jarang saya gunakan itu. Sebenarnya saya hendak ke sana dalam perjalanan balik dari hospital semalam tetapi saya mengalami gastrik dari pagi sehinggalah ke petang.
Saya bertolak kira-kira 20 minit sebelum Maghrib masuk. Saya nekad hendak juga ke sana. Bersiap ala kadar dan terus pergi. Saya membawa beg yang kosong supaya dapat mengisi barang semaksimumnya ke dalam beg galas itu untuk dibawa pulang.
Saya tiba di Ashan City lebih kurang 6.40 pm. Saya bergegas menolak troli mencari barang-barang dapur dan kemudian terus membayarnya di kaunter. Dalam masa sejam, saya berjaya menyudahkan semuanya.
Saya mengisi beg dengan paket-paket beras yang dibeli. Ada 6 paket semuanya. Maksudnya, saya menggalas balik 6 kg beban di belakang saya semalam. Dan di tangan pula, saya menjinjing seplastik besar penuh dengan barang-barang lain. Dalam 5 kg juga beratnya.
Sewaktu keluar dari Ashan, saya melihat jam menunjukkan pukul 7.40 pm. Saya berkata dalam hati, walau berat macam manapun barang saya ni, saya mesti berjalan kaki selajunya dan sampai di metro dalam masa 10 minit. Saya memecut. Tepat 10 minit kemudian, saya sudahpun berada di atas escalator untuk turun ke bawah tanah. Saya berkata lagi, 10 minit dari sekarang, saya mesti sudah sampai ke stesyen metro yang saya tuju.
Tap! Tepat pukul 8 pm, saya sudahpun sampai ke stesyen yang dituju. Ketika berada di atas escalator untuk naik ke permukaan bumi, saya berkata lagi, 10 minit lagi saya mesti dah sampai rumah. Kena jalan laju-laju ni. Nak solat Maghrib. Maka, saya berjalan laju dengan 6 kg beban tergantung di belakang dan 5 kg lagi di tangan.
Dalam perjalanan, saya terfikir, kalau di Malaysia, mustahil saya akan bersusah sebegini sekali. Barang makan boleh dibeli di mana-mana saja. Yang siap di masaklah. Tiada masalah nak kena fikir kena membeli barang dapur dan segalanya. Murah pula tu. Di sini, kena selalu berfikir tentang perbelanjaan dan masa. Kena berjalan jauh dengan barang berat dan macam-macam lagi kesusahannya. Kalau di Malaysia, boleh memandu sendiri untuk pergi membeli barang. Tempat letak kereta dan supermarket tidak jauh seperti jarak rumah dan hypermarket yang saya pergi tadi. Jadi, tiada istilah kena berjalan hampir 1 km untuk membeli barang dapur saja. Kalau malas sangat, di Malaysia, boleh pesan saja pada ayah untuk belikan itu ini.
Macam-macam yang saya fikirkan sewaktu berjalan dari Ashan ke metro. Tapi bila masuk saja metro, kerusi lengang. Saya terus duduk. Tiba-tiba ada orang buta yang berada dalam gerabak itu lalu di hadapan saya untuk meminta sedekah. Ini kali pertama saya bertemu orang buta yang meminta sedekah di dalam metro. Biasanya, orang yang cacat tangan atau kaki saja yang selalu buat begini.
Mata saya mula terkebil-kebil. Menahan air mata sebenarnya. Sesusah-susah hidup saya yang celik dan sihat ni, mengusung barang berat, berjalan jauh ke sana ke mari, saya masih jauh lebih beruntung jika hendak dibandingkan dengan orang buta itu.
Tidak bersyukurkah saya?
Bila sampai saja di rumah, Fareena berkata: KS angkat semua ni sorang-sorang je? KS tu dah lah kecik.
Dalam kepala saya hanya ada satu perkara. Kecil tak bermakna kita lemah. Biar kecil fizikal, asalkan besar semangat.
Hatta yang buta pun boleh teruskan kehidupan dalam serba kegelapan dan meraba-raba mencari arah, inikan kita yang celik dan sihat tubuh badan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui mengapa diciptakan-Nya kita semua ini dalam saiz kehidupan yang berbeza.
Nota 1: Ketika di KISAS dulu, Cikgu Siti Arpah selalu berpesan agar merajinkan diri bersedekah pada hari Jumaat. Paling kurang, dengan memberi sebiji gula-gula kepada orang lain. Untuk kita, takkan 10 sen atau 1 ruble pun kita tak boleh berikan, kan?
Nota 2: Orang selalu kata saya kecil/rendah. Saya selalu juga terfikir, bila saya berada dalam metro seorang diri, agaknya apa yang orang keliling saya fikirkan. Budak kecik manalah yang berjalan seorang diri ni. Begitukah? Semalam saya jawab soalan Fareena dengan ayat: Act like an adult. Bagi saya, itu yang membezakan seorang budak kecil dengan orang dewasa bersaiz kecil. π
Assalamaualaikum Sarah..
Kecil-kecil cili api……tapi berjiwa besar !! (kira exercise angkat berat tur) LUARBIASA…..kepayahan hidup mengajar kita agar lebih tabah….sampai bila kita mengharapkan orang lain… Good Luck for your FINAL in Advance..
Dhazhaftra..!
Reply
hidemichi Reply:
March 20th, 2009 at 1:09 pm
π‘ sarah–>KecilΒ² cili boh!
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:51 pm
Cili boh tu asalnya cili kering yang panjang2 tu kan? Hehe. Saya pendek je tapinya π
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:50 pm
Memang terasa macam exercise pun semalam. Macam jaguh angkat berat je rasanya π
Reply
yeah..i totally agree wif u. size doesn’t matter..
well, i believe that how human perceive us don’t really matter but how ALLAH perceive us-that’s our real business.. π
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:52 pm
I haven’t properly greeted you. Hi Sara! Nice seeing you around.
p/s: I wonder who’s your friend that told you about me eh? π
Reply
emperor sara Reply:
March 21st, 2009 at 9:34 am
hmm..lets make it secret k..my intention is good..
i love how u write ur blog..that’s connect us even we don’t each other..
its ALLAH wish..hehe..b’falsafah lah plak
Reply
Keep stronger & tougher!
wahai sarah yang kuat & macho!
hehe (^.~)
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:53 pm
Angkat benda berat –> ni la reason saya tak meninggi dah kot. π
Reply
sarah mmg kecik dan comell..hampir x nampak masa di KLCC ari tu
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:53 pm
Aishh Kak Inah ni…..~ *kejar Kak Inah*
Reply
akak, sy sedang poning. esok exam! sblm exam ada kelas 2 jam.lepas exam pon ada kelas jugak
huhu..
tp hari ni badan mcm kurang bermaya. harap tak berterusan mcm ni sehingga esok
bc blog akak yang lama tu, melegakan hati sy ni.akak dh banyak lalui macam2 benda.jd sy kena kuat!
huuuuuu
nk sayang akak la ni..
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:54 pm
Jangan banyak berangan eh Thia. Fokus fokus. Habiskan exam dulu. Lepas tu boleh yale yale semula di blog. Hehe. π
All the best!
Reply
Act like an adult.. Huhu… Rasa macam terkena kat batang hidung Saffa.. π³
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:55 pm
Oh. Saffa muda lagi. Takyah la ikut sangat apa KS kata tu. Tu sesuai la untuk KS ni ha. Hehehe.
p/s: Takleh bukak blog Saffa malam ni. Kenapa ye? Server down kah?
Reply
KS ni nampak kecik je badan nye tapi character nampak matang je…. hehe
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:56 pm
Dan sekarang dah makin gemuk tau Hadry! Abislah gambar konvo KS nanti π
Reply
sebab utama sayee tak suke duduk tmpt saye nih.
huhu.
bwk beras 8 kg(murah(, then kalau beli susu 4L tmbh lg few kg.then santan dlm tin lg, berat2.hu.tak masuk lg ayam daging.
memang tak suke pegi groceries.siap ade bag pack khas utk ke groceries.
tp best2, adventure.kat mesia kalau lari lintas jalan bwk kampit beras msti org kate gila.haha.
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:57 pm
Awak duduk kat mana ye sekarang ni?
Reply
Kecil tak bermakna lemah besar tak bermakna kuat. Saya masih ingat ketika pemilihan pemain bola sepak bagi kelab saya. Saya selalu duduk kat bangku simpanan je.Coach tak percaya kat saya kerana saya kecil. Nak jadi cerita pemain utama cedera kena ganti saya. Masuk2 terus jaringkan gol. Semenjak tu terus jadi pemain utama.Bukan nak menujuk tp hakikat org kecik pun berbakat juga.. kan Sarah
ps:sekarang dah mcm tong drum hehe π
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:57 pm
Alamak bro! Sangatlah manis kenangan tu. Lepas tu terus-terusan jadi ayam tambatan ye π
Reply
Jazakillah atas perkongsian ‘semangat’ dan nasihatnya, kak sarah! π
Reply
Sarah Reply:
March 20th, 2009 at 11:57 pm
Afwan π
Reply
Salam, Kak Sarah.
Akak tau tak kisah sorang sahabat nabi ni, dia kecik je. Waktu perang, Nabi tugaskan dia bawa panji-panji. Jadi, dia bawa panji2 dengan gagahnya, sehingga bila tangan dia dipotong, dia angkat dengan tangan lagi satu. Dan bila kedua tangan dia dipotong, dia bawa panji2 tu dengan gigi. Sehinggalah dia mati syahid.
Kak Sarah tau tak nama dia? Saya sedang bersungguh mencari kisah dia ni.. buat inspirasi π
Reply
Sarah Reply:
March 22nd, 2009 at 8:44 am
Itulah sepupu Rasulullah sendiri, iaitu abang kepada Saidina Ali. Namanya Jaafar bin Abu Talib. Syahid ketika menentang tentera Rom dalam peristiwa nak mengislamkan Taif. Perang Mu’tah namanya.
Dalam strategi perang ni, Rasulullah ada senaraikan 3 orang panglima perang. Panglima perang pertama ialah Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah sendiri. Bila dia syahid, diganti pula oleh Abdullah bin Rawahah. Dia pun syahid. Yang ketiga ialah Jaafar bin Abu Talib. Dia tangan kanan dipenggal, dia pegang panji perang dengan tangan kiri. Putus yang kiri, dia pegang panji perang menggunakan kepala (kepit antara kepala dengan bahu). Tapi akhirnya dia syahid juga. Selepas tu baru Khalid Al-Walid yang gantikannya.
Tentera Islam menang dalam perang Mu’tah dan Taif dapat diislam dalam tempoh kurang sepuluh tahun selepas peristiwa Rasulullah dibaling batu ketika berdakwah ke sana.
Reply
Khairul Reply:
March 22nd, 2009 at 12:17 pm
Terima kasih KS.. terperinci sungguh. Malam ni saya nak selak2 buku sirah Rasulullah, mudah-mudahan terjumpa kisah Jaafar bin Abu Talib ni.
Tema kaseh Kak Sarah =)
Reply
Sarah, kalaulah sy nampak awk bawak byk2 camtu mesti sy kesian..dalam hati sy “siannya..anak sapalah ni..”kekek..:) takpelah sarah, awk memang seorang yang kuat walaupun kecik..kalau orang laki belum tentu bleh buat camtu..bukan sebab tak kuat..tapi sebab malas,hahahah..bagus amalan beri sedekah..dapat jauhkan kita dari sifat kedekut kat harta..:)
Reply
wahh insaf-insaf…
rasanya2 sebab tak pernah susah, kena selalu tengok drama/movie pasal orang susah baru la boleh train diri ni supaya cepat bersyukur…
thanks for sharing. π
Reply
hehehe..angah..akak senang je.. slalu akak cakap kat staffΒ² akak yg kekadang mengade cam bebudak blum masuk tadika tu: ‘ACT YOUR AGE”.. hehe.. =)
yes, saiz doesnt matter.. it is the heart that matters.. π
Reply