24 Tahun Menjadi Sarah
Hari ini genap 24 tahun hidup di dunia. Moga-moga lebih rezeki yang Allah berikan pada tahun ini juga yang mendatang. Moga-moga tamat belajar tepat pada masanya. Moga-moga ditempatkan di hospital yang memuaskan. Moga-moga kesihatan semakin baik. Moga-moga hidup semakin tenang. Moga-moga ibadah semakin terjaga. Moga-moga sempat berbakti untuk emak dan ayah.
Terima kasih emak atas didikan yang diberikan. Terima kasih ayah atas kekuatan yang dipinjamkan. Emak dan ayah adalah harta paling berharga yang Ngah miliki di dunia ini. Terima kasih kerana membesarkan selama 24 tahun ini.
24 tahun menjadi Sarah adalah satu pengalaman yang tiada bandingan. Ada pahit di tangan kiri tapi sentiasa ada manisnya di tangan kanan. Terima kasih Ya Tuhan atas nikmat umur yang dipanjangkan.
breithlΓ‘ shona dhuit!!(in irish)
semoga 24 tahun akan mematangkan ks dalam menghadapi dunia ini amin
birthday kita berdua dekat ek??
Reply
hepi besday ks..
jaga diri~!!
nice to meet u..=)
-syila-
Reply
salam KS..
ks pun nak tahu tak,yang gamba stethoscope dalam blog sy tu pun sy jadikan sbg desktop background Gong Chan sy..
suka gamba tu sbb warna biru dan letak juga nama Dr Fathiyyah situ..
tgk2 bukak blog,bc komen ks kata ks pun letak gamba tu kat laptop ks.
kite ni sama fikiran eh kak? tp sy kena blaja banyak lg dr akak..dan jadi serajin,sehebat mcm akak..
Akak nk tahu,emak sangat mengagumi akak tau.Emak mahu sy menjadi mcm Kak Sarah.Kalau telefon emak,emak mesti pesan minta kirim salam pada akak..ish, jadi anak angkat emak sy la kak..sy ok je..hihi
nanti ada rezeki,kita jumpa ya kak..mungkin nanti bila sy da jadi doktor.. π
jaga kesihatan..jangan rs sunyi dan nangis sorang-sorang.sebab akak kan ada kami π
Take care kak..
n Happy Birthday!
p.s: best dapat dgr suara akak walaupun akak tk dpt dgr suara sy balik..hihi
-thia-
Reply
selamat panjang usia dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
Reply
selamat hari lahir sarah.. semoga semuanya semakin baik-baik.
Reply
HAPPY BIRTHDAY Sarah! May each hour and minute be filled with delight & your birthday be perfect for you! =)
Reply
Salam
Salam ulangtahun kelahiran buat KS.
Anda adalah contoh kepada yang lain. Nilainya amat tinggi.
Teruskan sebagaimana anda sekarang.
Kuat, tabah n cekal selalu.
Reply
slmt ulang tahun sarah. dh 24 ye. dh blh jd mak budak dh tu. dulu aku kawen umur 24 lah. hehe.
moga2 panjang umur, dimudahkan urusan, dikasihi Allah dn disayangi makhluk. π
Reply
hepi besdey.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog.. π
Reply
uish. birthday kak sarah, 19 january. selamat hari lahir ya … moga kekal menjadi sarah yang hebat harapnya sihat tubuh badan slalu, rahmat Allah untuk kak sarah sentiasa. amin… =)
uhu. 1st time wish, kelu jap lidah. wihihi.
Reply
haepy besday KS..Moga Panjang Umur & Murah Rezeki
Reply
Selamat Ulang Tahun, Selamat Panjang Umur, Semoga Rezeki sentiasa melimpahi Sarah baik rezeki kesihatan, rezeki kasih sayang, rezeki kekayaan dan Selamat Untuk Segala-galanya. Juga, Semoga Berjaya dengan jayanya menjadi seorang doktor yang dapat membantu Muslimin dan Muslimat dan siapa jua di muka bumi Allah ini tanpa mengharapkan balasan. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama Sarah. Amin.
Reply
hepi befday sarah π
Reply
dah 24 yek.kalau sarah 24 sy 26..4 taun lagi awal 30 an.wahhaha.jauh lagi perjalanan kan..suka n duka kita akn tmpuhi..time suka ingat duka,time duka ingat suke..tiada yg kekal.n dari skang kene start mencari..mencari apa yang dicari.ilmu mengenal diri..selamat hari lahir dr sarah..maaf,lame tak lawat blog awak..busy dgn khdupan dunia..
Reply
Salam Sarah π
Selamat Menjangkau Usia Ke 24
Semoga Sentiasa dalam LindunganNya
Semoga Diberkati dan Dirahmati Kehidupan Sarah Sekeluarga
Cepat2 habis belajar tau! π
Reply
Selamat Hari Jadi kak =)
walaupan sy xkenal akk, akk xkenal sy…tp dpd pembacaan sy kt blog akk nih, sy blh agak akk nih mcmmn =)dan banyak info psl bidang doktor nih sy dpt.
kalo ada umur yg pjg, harap dpt jmp akk kt spital mn2 nnt…
INSYAALLAH~
Reply
Salam sarah,
selamat hari lahir. Moga sentiasa diberikan keberkatan oleh Allah dalam menjalankan tugas.
#b/day sarah sama dgn b/day my hubby..:)
Reply
Salam.
Selamat hari lahir.. π
Moga2 baik2 selalu.
Reply
sarah dearie..slamat hari lahir!! moga apa yang dihajatkan menjadi kenyataan!!rasa gembira mengenali seorang gadis kecil molek, petah berbicara, very humble down to earth, a girl with high spirit and full of motivation, she know what she wants in her life and ready to push herself to the limit
i hope in next 3 years time, when i see u, u’ll be the same sarah i’ve known!!
hugs and kisses,
kak inah from the land of down under π
Reply
kak sarah,
assalamualaikum..
kami pun nak ucap selamat hari lahir untuk blogger yang sangat kami respect..blog akak sangat femes tau di kalangan kami.tapi kami suke bace senyap2 je la.bukan sombong tanak tinggal trace,tapi..ish,segan kut.heheh…
untuk kak sarah,semoga berbahagia meniti hari mendatang.semoga panjang umur dan yang penting,diberkati umurnya itu ya..=)
Reply
Salam sarah.Selamat hari lahir.Saya doa yang baik2 untuk awak. Saya rindu dengan awak. Hah. Dah 24 tahun dah ni. Moga2 cepat menamatkan zaman bujang ya. =p
heheh. jangan mara naa. nanti kene jual =p
** sarah, kalau saya minta awak carikan untuk saya, awak sanggup tak? huhu (^.~)
Reply
24 masih muda, terlalu banyak benda yang belum Sarah tempuh. Sememangnya dalam mengejar apa jua yang kita cari pasti ada onak dan duri dan juga jalan yang berliku. Hari2 yang kita lalui mendewasakan kita. Kita org kerdil dibumi ini. Oleh itu jadikan dunia ini tempat beramal dan berbakti pada Allah dan juga umat manusia seluruhnya. Gunakan sebaik mungkin ilmu yang Allah beri kejalan yang diredhainya. Akhir sekali SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KE 24
ps:Hidup itu menuju mati dan mati itu menuju hidup. Hidup yang abadi disisi Rabbil Alamin.
Reply
Selamat Hari Lahir Sarah…
Semoga terus hepi…
Semoga sehat selalu…
Semoga sukses selalu…
Semoga panjang umo dan di murahkan rezeki…
Semoga terus di beri kekuatan untuk menempuh hari2 yg mendatang…:)
have a nice day!..:)
Reply
Semoga Allah swt sentiasa merahmati adikku Sarah π
~mama sarah, puchong~
Reply
selamat hari lahir sarah..
Reply
happy birthday kak sarah π
semoga akak sentiasa dalam peiharaan Allah π
Reply
salam bahagia buat sarah
epi bday ye…semoga tertunai segala azam
Reply
hehe…selamat ulang tahun ke 24 dari orang Jitra sekeluarga..:)
Reply
sanah helwah!
moga redha Allah sentiasa bersama
KS.
Reply
happy birthday kak sarah. Walaupun kak sarah tak kenal saya dan saya tak pernah kenal kak sarah, tapi saya dapat agak kak sarah ni macam mana based on your entry.=) Oh yea, saya selalu baca ur entri before ni (kat google reader) tapi segan nak komen dan memunculkan diri. Rasa macam tak layak je.huhuhu…
Reply
Happy birthday my dear KS..
Didoakan yang baik2 belaka utk KS.tapi rahsia doanya.moga2 lebih afdhal..
=)
Reply
sanah helwah ks..moga Allah berkati usia yg lalu dan mendatang..
ps:lama x lwt blog akak then wah superverb cantik tul blogskin…
Reply
Salam Perkenalan,
Hari ini baru jumpa blog ini.
Selamat Hari Jadi
Reply
salam ks~
happy birhtday~ smoga hidup akan datang lebih baik dr sebelumnya..
how is the suprise party? Harold, mickey and stewart kasi hadiah apa? Hehe..Hopefully harini wardah yg ditunggu tu dah muncul.. ^_^
All the best!
Reply
selamat hari ulangtahun Sarah… semoga lebih berkat hari2 esok, insya Allah π
Reply
selamat hari jadi kak sarah π
moga2 sentiasa dicucuri rahmat dari-Nya
Reply
Khairul:
Terima kasih banyak-banyak. Eh, birthday kamu bila? Ni yang kena ambil tau ni =D
Syila:
Thanks a lot =)
p/s: Baru KS tau yang Estudiante tu kamu!
Thia:
Laaa… Yeke? Tak sangka pulak sama! Huhu. Jadi anak angkat mak Thia. Alamak. Malu I. Hehe. Thanks a lot Thia. For the wish, the entry and everything =)
Reply
Amin Ahmad:
Terima kasih atas doanya!
Am:
Terima kasih Am. Selamat kembali ke atas awak =)
Kak Izzah:
Thanks Kak Izzah. Thanks for the doa!
p/s: Best la kenal Kak Izzah ni. Penuh kata2 nasihat dan doa yang best2 =)
Reply
Salam Sarah,
Selamat Ulang Tahun…tiada hadiah mahal..hanya doa diiringkan buat Sarah moga perjalanan di hari-hari terakhir di bumi Russia akan berjalan dengan lancar dan impian Sarah akan tercapai..semoga hidup Sarah lebih bahagia dan berjaya…hidup baik-baik π
Reply
Magnetic Knee:
Terima kasih banyak-banyak. Kalau takde kawan-kawan baik di sekeliling, tak larat nak terus berdiri sendiri. Terima kasih atas doanya!
Cikgu Jawe:
Terima kasih cikgu. Cikgu, kalau nak tengok saya jadi mak budak, cikgu calonkan la sorang pada ayah saya. Huhuhu.
Jhazkitaro:
Thank you. Thank you. Salam kembali dari bumi Moscow =)
Reply
Diya:
Thanks a lot Diya! Wah. Sampai kelu lidah. Ada-ada je la Diya ni. Hehehe.
Kylex:
Terima kasih Khairul! Semoga awak pun dimurahkan rezeki juga!
Kak Nonnie:
Terima kasih banyak-banyak Kak Nonnie. Atas doa yang sempurna untuk saya. Semoga Allah melimpahkan rezeki untuk Akak sekeluarga juga =)
Reply
Cemut:
Terima kasih Cemut =)
Pencacai Tua:
Terima kasih atas ucapan dan nasihat. Betul tu. Kalaupun kita dah cecah awal 30-an, perjalanan hidup kita masih jauh lagi =)
Falin:
Muaah! Thanks a lot Falin! Semoga kehidupan awak dan keluarga pun dirahmati Allah selalu =)
Reply
Syzn:
Terima kasih banyak-banyak Syzn. KS sedar yang kamu selalu komen guna nick ni tapi takde link yang ditinggalkan. Kot kalau ada blog, tinggal-tinggalkan la link nya sekali π Insya Allah. Ada rezeki, 1 hari nanti boleh jumpa.
Kak Mas:
Terima kasih Kak Mas. Wah. Suami akan pun ye? Selamat hari lahir untuk dia juga! *teruja tau ni* Hehe.
Tyra:
Thanks Tirah!
Reply
Kak Inah:
Nak nangis baca komen Kak Inah awal pagi tadi. Insya Allah, kita mesti akan jumpa lagi. Hadiah hari tu saya tak sempat bagi pun lagi pada Kak Inah. Terkilan je rasa. Love from Moscow. Muaah!
Kami Yang Suka Bace:
Oh. Terima kasih banyak-banyak. Kamu semua ni dari mana ye? Masih belajar lagi ye? Apa-apapun KS ucapkan terima kasih sebab sudi singgah baca repekan KS kat sini. Thanks ya atas doanya =) And study smart!!
Nadia:
Terima kasih Nadia! Sangat-sangat terima kasih. Rindu jugak dekat awak. Hari tu saya menceceh pada Acai. Mengadu rindu kat awak. Hehe. Nak tamatkan zaman bujang tu kena fikir 1000 kali dulu. Banyak benda nak dipertimbangkan. Heheh. Erk. Nak saya carikan? Awak pulak carikan untuk saya. Aci? =p Muaah!
Reply
Haritz:
Ye. Muda lagi ni =) Hehe. Terima kasih atas nasihat tu ye Haritz.
p/s: Suka ps tu. Sangat betul. Terima kasih!
Hani:
Terima kasih Hani =) Semoga Allah berikan kelapangan dan rezeki untuk awak juga ye.
Mimie:
Waaaaa! Mimie!!! Terima kasih banyak2! Semoga Sarah sihat-sihat aje ye =)
Reply
Kima:
Thanks Kima!
Ida:
Terima kasih banyak-banyak Ida. Belajar rajin-rajin ya. Moga-moga Allah luaskan rezeki untuk kita semua =)
Sri Sufi:
Terima kasih Sri!
Reply
Abg. Fisol:
Hehehe. Hari tu bukan main lagi saya ni kan. Terima kasih banyak-banyak! Kirim salam pada semua tau!
Faraulahnbananas:
Syukran jazakillah! =)
Nadia:
Terima kasih Nadia. Ooo. Yeke. Ala. Jangan la segan-segan. Walaupun kadang tu KS tak sempat pun balas komen, tapi KS akan cuba ingat kawan-kawan yang drop by kat sini. Sekarang kamu pun dah jadi kawan KS dah π
Reply
Nini:
Terima kasih Nini =) Doa terus doa ya. Terima kasih atas doa-doanya =)
Sharifah:
Syukran Sha. Tak sangka kamu ada duk meninjau KS kat sini lagi =) All the best in your exam!
Waris Pahang:
Salam kenal. Wah. Orang Pahang ye? Terima kasih banyak-banyak atas ucapan tu.
Reply
Ainul:
Terima kasih Ainul. Nak tau apa surprise yg The Harolds bagi? 2 ekor dah mati! Tinggal seekor je! Uwaaa. Tadi letrik takde. Oksigen dia pun stop jugak. KS balik dari hospital terkejut tengok. Kelu rasa lidah. :'(
Silent Reader:
Terima kasih SR. Dah lama tak nampak nick awak kat sini. Harapnya awak sihat-sihat aje ye =)
Syed Danial:
Terima kasih banyak-banyak ye Danial =)
Kak Cinta:
Terima kasih Kak! Doakan saya tabah nak habiskan study saya ni ya. Banyak betul dugaan semenjak 2 menjak ni. Terima kasih Kak!
Reply
Comment saya, adalah comment ke 50!
Seandainya masih lagi gregorian calendar, 19 Jan 2009. Selamat hari lahir diucapkan.
ps: Sikit je lagi nak tinggalkan Russia. Balik bantu orang kita pula!
Reply
Sarah, biarlah saya menjadi orang yang ke 39 untuk wish Sarah di ruang ini..
HAPPY BIRTHDAY my sweet virtual-sister…
Semoga berjaya menghabiskan apa yang perlu dihabiskan di Moscow.. pulang ke kampung halaman nanti boleh berkhidmat kepada rakyat malaysia.
Semoga terus menjadi seorang anak yang solehah..
Juga semoga kita dapat bersua-muka satu hari nanti..
Reply
=)
π
π
:p
\(^_^)/
Reply
salam kehidupan yang ke 24 cik siti sarah!!
semoga anda akan terus ceria hendaknya!!!
Smile Always! π
Reply
Salam Sarah,
Tak sangka Sarah lewat sehari dari saya cuma tahun je yang jauh berbeza.
Sebelum ni saya asyik terbayang kat bhg mana kg Lebak di daerah Temerloh. Kebetulan jumaat lepas saya ada tugasan di Bera, Selepas turun dari jambatan Temerloh dan menuju ke Bera tiba2 mata saya terpandang papan tanda “Kampung Lebak”. Terus saya teringat kat 7 dara kampung Lebak…
Selamat Hari Jadi..
Reply
selamat panjang umur. dah tak boleh panggil sarah. kena panggil kak sarah kembali.
Reply
Assalamualaikum Kak Sarah, Selamat Hari Lahir yang ke 24..Semoge kak Sarah tabah hadapi dugaan di negara orang..Moge-moge dapat jadi doktor yang berjaye di dunia dan akhirat..
Amin..(sebenarnya saya dh lame bace blog Kak Sarah, tapi baru arini terbuke hati untuk menghantar komen).. π
Blog Kak Sarah selalu membangkitkan saya utk jd student yang berjaya mcm Kak Sarah..
Jage diri keyh..Assalamualaikum..
π
Reply
salam…
selamat hari jadi sarah..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki …
Reply
salam…
kak sarah… =)
ingat saya lagi x??
komen buat kali ke-2…
selamat hari lahir…
yg ke 24…
moga hidup ni mematangkan ks…
doa sy moga ks dalam lindungan ALLAH selalu…
p/s: dah setahun lebih saya ikut blog ni… best2… =))
Reply
selamat hari jadi sarah, moga panjang umur n murah rezeki…
Reply
Salam.
Selamat Hari Ulangtahun. Kami sekeluarga mendoakan
1. Moga-moga lebih rezeki yang Allah berikan pada tahun ini juga yang mendatang.
2. Moga-moga tamat belajar tepat pada masanya.
3. Moga-moga ditempatkan di hospital yang memuaskan.
4. Moga-moga kesihatan semakin baik.
5. Moga-moga hidup semakin tenang.
6. Moga-moga ibadah semakin terjaga.
7. Moga-moga sempat berbakti untuk emak dan ayah
8. Dan.. Moga-moga bertemu jodoh yang memahami dan terbaik sebagai pasangan dunia dan akhirat
Reply
assalamualaikum..selamat hari lahir,dik.
mudah-mudahan sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah jua.amin
Reply
Oh. Cik Sarah berumur 24 tahunkah? Baru kutahu. Ingatkan dah macam muda-muda 19 atau 20 tahun.
Selamat hari lahir (walau aku berat sungguh nak ucap ayat tu, haha..)
Sebab aku sendiri tak minat kalau orang ucap aku selamat tika hari ulangtahun kelahiranku.
Reply
Sarah..tahun kedua akak wish utk Sarah.Jadi Sarah baru 2 tahun la..hihi. Selamat Hari Lahir!! Macam yg lainΒ² yg sygkan Sarah jugak..akak pun harapkan yg terbaik utk Sarah. Semoga terus dimurahkan rezeki, sihat, ceria & sentiasa dilindungi-Nya.
Reply
selamat hari lahir…
semoga makin murah rezekinya..
amin..
rindu giler nak masuk sinie… hehe..
Reply
aiyark.. Harold dua ekor da mati ke? alaaaaa…. takpe-takpe.. nanti beli lain kalo ada duit.. sian yang sekor tu tinggal sensorang… T_T
Reply
salam. selamat hari jadi KS!
Reply
Salam hari Lahir ya Sarah π
Reply
Eddie:
Ye. Awak yang ke-50! Terima kasih Eddie. Memang tak sabar dah nak balik ni.
Kak Aizal:
Sweetnya la Akak saya yang sorang ni π Terima kasih kak. Insya Allah, ada rezeki memang kita jumpa. Asyik tak jadi je kan tahun lepas. Masing-masing sibuk. Adui. =)
Sakura:
Thanks Nuha! Nah senyuman terlebar dari KS: (^________^)
Reply
Fazdli:
Terima kasih Lee! Wahaa. Sekarang saya tua lagi dari awak! =p
Bro. Fadli:
Ooo. Bro 18 Januari ke? Selamat hari lahir bro. Semoga bro dan keluarga dimurahkan rezeki oleh Allah dan dilapangkan dada dan ditenangkan hati insya Allah =) Oh. Lalu Lebak rupanya. Hihihi. Rindunya kat rumah!
Najib:
Menjungjung kasih Baginda Najib. Haa! Betul sangat. Sekarang dah kena panggil Kak Ngah semula. Hehehe.
Reply
Shaoran:
Terima kasih Shaoran =) Apa yang kamu rasa baik, kami ambil la. Tapi kalau nampak yang tak baik semua tu, buang jauh2 ye. KS ni pun haprak je sebenarnya. Hehe. Terima kasih sudi baca blog ni.
Disturbia:
Terima kasih banyak-banyak! =)
Riza Illani:
Of course KS ingat kamu lagi =) Terima kasih banyak-banyak atas ucapannya =)
Reply
Bash:
Terima kasih Bash!
Bro ASHAR:
Terima kasih banyak-banyak Bro. Yang no. 8 tu saya mintak Allah simpankan 2-3 tahun lagi la. Hehe.
Kak Masyitah:
Terima kasih Kak =)
Reply
Hye Ngangah!!! Happy 24th Birthday to you. May Allah bless and cherish up your life with Rahmah and Barakah. Last but not least, the very best luck in everything~
Reply
Irfan Sang Pelangi:
Oh. Laa.. Ingatkan saya muda dari kamu ye? Hehe. Dah 24 dah. sudah lajak beberapa tahun lebih daripada kamu. Terima kasih sebab ucapkan juga walau dalam kepayahan =D
Akak:
Terima kasih banyak-banyak kasih Akak! Saya senyum je baca komen Akak. Terada dekat je di hati =) Sayang Akak!
Menteil:
Yeay!!! Menteil sudah kembali! Yahoo. Terima kasih Menteil. awak muncul tepat pada masanya!
Reply
Ainul:
Bukan. Semua mati. Oksigen tu mati tadi sebab takde elektrik. Sedih je.
Reza:
Wah! Orang Italy sudah mari. Hehe. Happy belated birthday to u =) Kalau kamu ada, dah lama KS buat cheesecake tau =D Tapi takleh tuntut dah. Hahaha. Take care kat sana ye π
Aizat:
Thanks Aizat!
Ayesha:
Thanks a lot my sweet cousin. All the best in your study too. Do the very best in your exam ok. I’ll pray for u, surely.
Reply
salam ks…
birthday saya 13 januari
dah lepas dah. dekat kan? walaupun beza seminggu….
Reply
Waah..saya dah terlmbt..Sori Sarah..Selamat harti jadi ke 24. Moga termakbul doa dan cita2 ya.iAllah
Reply
aaa….link?? ada…tp segan.
sebab…aaa…malu lah, kalo akk nk tau, blog sy hanya ada 2org jah yang tau…sy dan org tersyg…sy segan nk bg link kt akk… hu3…blog sy xsehebat akk punya =(
Reply
wah byk sungguh, glamour akak kita ni..
hehe dari jauh sha akan pantau..mana la tau akak nk join club kak faaiqah ke..so mana sha leh miss such important issue kan ^-^
Reply
Khairul:
Laa. Dah lepas! Happy belated birthday =) Senyum. Cepat senyum. Tak senyum jaga kamu =D
Doyot:
Terima kasih banyak-banyak Doyot =D
Syzn:
Ooo. Macam tu ka. Takpe la kalau macam tu. Privacy tu hak peribadi setiap insan. Ewah. Macam iklan la pulak. Hihi =D
Sharifah:
Oh. Tak mungkin lagi dalam masa terdekat. Hehe.
Reply
hmmm…cara ks gertak saya, bila saya cuba bayangkan…
terus tersenyum…terfikir sama ke cara ks gertak dgn apa yg saya fikirkan…hhmmmm….
so basically saya tersenyum juga…
btw ks mana blog ks yang lagi satu tue??
Reply
Khairul:
Hehe. Puas la kamu cuba nak bayangkan pulak ye. Blog sajak tu ye? KS saja je hidden kan daripada profile KS. Tapi linknya ada di blogroll tu.
Reply