Pudar Niat

Assalamualaikum wbt

Semalam petang saya bertugas memasak. Sambil-sambil menyiapkan bahan dan memasak, saya berselawat-selawat ringkas. Sedang mengemas dapur selepas semuanya siap, saya terfikir sesuatu. Saya sedar bahawa berselawat ketika memasak adalah rutin saya. Itu faktanya.

Tapi, di situ timbulnya satu isu. Maksudnya, saya membuat perkara-perkara itu kerana rutin. Kerana minda separuh sedar saya telah terbiasa dengan kelaziman itu. Bukan kerana saya sengaja-sengaja mahu berselawat atau apa. Tapi kerana kelaziman dulu-dulu yang sekarang ini menjadi rutin.

Memanglah macam bagus bunyinya kan. Tapi sesuatu yang berbentuk kelaziman ni biasanya kita lakukan kerana ia terjadi tanpa kita sedari. Benda yang kita lakukan tanpa disertai dengan niat. Bagi saya, keikhlasannya kurang sedikit sebab saya melakukannya tanpa sedar tapi terbuat juga kerana itu adalah kelaziman.

Tapi apa-apapun saya memang rasa tenang setiap kali memasak. Sebab sambil-sambil tu berselawat. Rasa mudah saja semua yang dilakukan. Penat macam mana pun tetap terasa segar. Agak-agak, adakah Allah menerima ini sebagai zikir? Sedangkan hati tidak hadir 100% ketika mulut mengalunkan?

Ok. Ada beberapa lagi perkara yang bagi saya ia merupakan kelaziman yang dilakukan tanpa disedari tiada niat disertakan. Membaca doa masuk tanda beserta langkahan kaki kiri, doa selepas wudhuk dan doa keluar tandas beserta langkahan kaki kanan. Satu pakej lengkap. Pakej ini satu kelaziman harian. Pakai buat saja tanpa niat yang khusus. Buat sebab terbiasa buat. Macam mana tu? Tapi nasib baik untuk berwudhuk hal ini tidak terjadi. Saya selalu ingat pesan ustaz saya waktu sekolah rendah dulu. Hendakkan solat yang khusyuk kenalah bermula dengan wudhuk yang sempurna.

Ok. Moga-moga ada pengajaran daripada kesilapan dan kekurangan saya ini. Jangan sampai solat pun kita lakukan hanya kerana ia adalah kelaziman. Sama-sama kita baiki diri kita. Saya tak tipu, saya sendiri pun ada terbayang macam-macam dalam solat. Terutamanya Subuh. Saya selalu terbayangkan hendak sambung tidur semula. Apa cara untuk atasi? Kawan saya nasihatkan, mandi dulu sebelum solat supaya segar. Pilihan sudah ada tapi tak sentiasa bersemangat untuk mandi di awal pagi. Nafsu lagi besar nampaknya. Hmm.

Nota 1: Kadang-kadang, corak-corak di sejadah pun boleh membuatkan saya berimaginasi. Susah ada otak begini. Semua benda ditafsir menjadi cerita. Sebab itu Rasulullah solat di atas lantai atau kain kosong. Lebih natural lagi, hanya di atas pasir saja. Semestinya ada hikmah mengapa begitu keadaannya. Otak tak bercelaru dan rasa zuhud pun hadir.
Nota 2: Nasib baik bila tidak memakai spect, mata saya kabur. Jadi dapatlah fokus dengan lebih. Ada hikmah Allah merabunkan mata saya ni.
Nota 3: Tapi pernah saya terhantuk lantai dengan kuat gara-gara astigmatisme saya yang tinggi suatu masa dulu. Huhaha. Waktu tu di Masjid Tapah (kami adik beradik bagi nama masjid ni Masjid Ada Kolam) dalam perjalanan balik kampung. Sampai bila-bila saya akan ingat. Gedegum bunyinya. Kepala pun pening (O_o)

37 Responses to “Pudar Niat”

  1. nono says on :

    Saya pun mudah melayang dalam solat gara-gara corak di sejadah. Tak tau kenapa.. Kelakar pun ada.. Masalahnya sejadah yang berwarna plain pn saya boleh berimaginasi yang macam-macam..

    Betul jugak kata Sarah tu. Bila sesuatu dah jadi rutin, kita seolah2 “terlupa” pada niat. Tapikan Sarah, itu dikira baiklah bila sesuatu yang baik itu dah menjadi sebati dalam diri..

    Reply

  2. murn!e says on :

    untuk perkara NOTA 1–> biase biase terjadi pade saye jugak. kengkadang ade rupe singa, ade rupe robot transformers serta rupe syaitannirojim pun ade.ye..sebab ade tanduk!ape maknenyer?ye..itu maknennyer..semayang itu kurang khusyuknye.syaitannirojim kaco saye dan interframe kat sejadah saye.jahat tol dia.

    Reply

  3. Anonymous says on :

    Mungkin sekali sekala u shud utter the doa or zikir dalam bahasa Melayu, even dalam hati, tetap rasa beza berbanding sebut Arab, bukanla nak pertikaikan sebut arab atau melayu lebih baik, tp just tukar bahasa je.. maksudnyer sama je.. u can try in russian too…

    -joe-

    Reply

  4. Ainul Arina Madhiah says on :

    ^_^
    betul tu.. benda yang tak biasa, kalau dicuba paksa, lama-lama biasalah dia… nice.. nak try buat jugaklah..

    p/s: erk, mcm mana boleh terhantuk tu? takleh bajet jarak lantai ek? hehe..

    Reply

  5. Hafizuddin Awang says on :

    rabun2 sgt pon xbleh kot. dibuatnya ada tarakan (yg sama warna ngan corak sejadah) atas sjadah tu, pastu kita plak selamba je pi sujud atas beliau, mahunya kecoh solat time tu. hehehe.

    Reply

  6. djambu puadovich says on :

    masjid tapah ada kolam?
    ni masjid tapah kat perak tu ke?
    xperasan pulak ada kolam. anak sungai ada le…(?_?)

    Reply

  7. CriticalThinker says on :

    buat baik jangan berkira.. tuhan itu maha pemurah..

    Reply

  8. Anonymous says on :

    Betul gak tu..bernas jugak ko nama..
    buat je la…
    rutin ke tak rutin ke..
    last2 bukan kite yang decide
    kite ikhlas ke tak, rite?
    Allah kan Maha Pemurah…
    betul3

    -joe-

    Reply

  9. Inah says on :

    ayah akak slalu ckp..ikhlas x kan dtg sendiri..biar jadi kelaziman..then kita x kan berkira bila nak buat sesuatu tu

    contoh yea..akak biasa baca al-mulk sebelum tidur dan menjadi kelaziman skrg ni..di mana2 pun..akak akan baca dalam hati..ikhlas?? seorang yang ikhlas x kan pernah berkira akan amal ibadat yg dilakukan 🙂

    just my two cents 🙂

    Reply

  10. Inah says on :

    untuk x nak tdo lepas subuh..kat sini mcm susah jek :(..subuh kul 430 am 🙁

    Reply

  11. rohaizad says on :

    Agak terkesan bila membaca entri ni. Saya pun selalu bila bangun Subuh, asyik terbayangkan tilam ngan bantal.

    Kadang-kadang tu, tak terbangun langsung. Adeehhhh…

    Reply

  12. Acai says on :

    Slm sarah,
    Sebenarnya benda2 camni kekadang memang selalu terlepas pandang..maksudnya bab niat tu..tapi benda baik yang kita lakukan secara rutin biasanya akan dapat pahala,insyaallah..tapi kalau kita berniat sblm buat sesuatu adalah lebih baik..

    Ustaz sy dulu penah ckp kalau kita keluar rumah utk belajar dan tak niat menuntut ilmu tak dapat pahala pape,huhu..tapi entah camne sy kurang bersetuju ngan dia..sy kurang arif pasal benda2 camni,hehe..

    sy punye sejadah plain je sarah..dan memang sengaja beli camtu kat benggali yg jual naik motor rumah ke rumah tu,hehe..rasa memang sedikit membantulah tak fikir pape dalam solat..:)

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nono:
    Mungkin nampak baik la sebab dah jadi amalan kan tapi nilai ikhlas tu kalau takde macam mana ye? Eh, awak pada sejadah kosong pun boleh berangan ke? Oh. Awak lebih hebat dari seseorang =D

    Murnie:
    Ha. Itu la pasalnya kan. Kita tertipu dengan bisikan syaitan yang masih tak habis bertenggek di telinga dan merayu di hati. Ada surah amalan untuk hilangkan dunia dari hati ketika solat. Baca Surah An-Nas. Kita amalkan sama2 okeh!

    Joe:
    Betul! Thanks bagi idea membina macam ni. Saya akan buat. Allah tu Maha Memahami kan. Lagi satu, tu sebab jangan biasakan baca dalam hati atau kumat-kumit diam2 je. Biasanya untuk dilafazkan dengan nyata supaya kita dengar dan hayati apa yang disebut. Tapi yang untuk zikir tu, saya nak cuba tukar macam yang awak cadangkan! Thanks Joe! p/s: Sorry dah lama tak jenguk blog awak. Link saya semua hilang. Tak update lagi.

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Kes KS ialah, sebab dah terlalu biasa sampai tak sedar pun yang kita buat tu kerana ia adalah tuntutan atau sekadar buat sebab ia adalah kelaziman pada diri. Tapi KS cuba fikir positif untuk masa sekarang ni. Baca komen Joe, Am dan Acai, semuanya sebut tentang sesuatu yang membina. Tapi bak kata Joe, kita kena cari usaha untuk dapatkan semula penghayatan tu =)

    Haah. Tak dapat agak jarak lantai. Tu sebab jadi macam tu. Pening seh. Lagi satu masalah KS, waktu nak tengok kat celah2 tingkap. Tingkap yang ada bilah2 tu kan. Adeh. Masalah sungguh. Ni terjadi kalau tak pakai spect la. Huhu.

    Judin:
    Hahaha. Kamu macam ada pengalam je Judin =p Kalau dah terpenyek tarakan tu kat sejadah (huhu, orang lain tak faham pun apa kita maksudkan ni. LOL), hendaklah kamu menyucikan ia segera sebelum kaum keluarganya terhidu dan berkunjung lagi keesokannya =p

    Yeop:
    Masjid tu bukannya ada kolam mandi ke apa. Hehe. Ni kolam untuk berwudhuk tu. Besar. Kolah sebenarnya tapi atas lantai je kolah tu. Mendalam ke bawah jadi macam kolam. Kami panggil la Masjid ada kolam. Haha. Eh, awak Tapah ke? Bukan Taiping?

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Am:
    Terima kasih. Ayat tu sungguh positif. Suka, suka. =)

    Joe:
    Terima kasih Joe. Tapi apa2pun saya suka dengan nasihat pertama awak. Kena cuba kaji macam mana nak dapatkan semula penghayatan tu.

    Kak Inah:
    Thanks Kak Inah. Saya buat kesimpulan, baiklah ada buat daripada takde langsung kan. Macam ayah akak cakap, buat je dulu, ikhlas akan datang. Dan kalau tiba2 rasa penghayatan dan semakin kurang, kaji balik diri kat mana salah silap. Moga2 dapat cari jalan macam mana nak tingkatkan penghayatan dengan apa yang kita buat. Oh. Sini pun sama kalau summer time. Subuh 2.30. Wajibla solat dulu then baru la nak tido. Hehe.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Rohaizad:
    Kita cuba cari jalan macam mana nak dapatkan pagi yang segar k. Kawan saya cadangkan mandi dulu biar segar badan, segar mata. Awak pun misti dah kerja kan? Bangun mandi siap2 then baru solat mungkin efektif kot. Cuba dulu jom?
    p/s: Nama Rohaizad adalah sangat nostalgik untuk saya. Hehe.

    Acai:
    Oh, pendapat awak ni buat saya rasa tenang. Macam jugak pendapat Joe dan Am kat atas2 nun. Tapi saya serius nak baiki part ni dalam diri saya. Saya rasa saya lebih kepada terbuat je sebab terbiasa. Ntah la Acai. Saya kan, setiap kali nak keluar rumah, saya baca 6 doa. Doa keluar rumah, doa penerang hati 2, doa kejayaan, Surah Al-Insyirah dan doa ibu bapa. Dan sejak duduk sini, setiap kali nak keluar pun saya akan mengucap terus. Manalah tahu ajal saya di tengah jalan, takde orang nak ingatkan saya supaya mengucap 😐

    Reply

  17. djambu puadovich says on :

    dulu a dok tapah kejap. masa form 4 smpi taun 2005 hr tu. merasa a jugak ulang alik ke KL naik keretapi berhenti stesen Tapah Road.
    skrg ni dah balik ipoh balik. Ipoh mali tatak sombong punyeeee…hehehe

    rohaizad? nostalgik? *berfikir sejenak*

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    Aaaaaa.. Tidak tidak tidak. Jahat jahat jahat! *sorok muka. Huahhaha* Lupa ada budak sekolah kat sini. Adoi…….! Camne boleh tak sedar nih. Adehhh.

    Reply

  19. ~young mango~ says on :

    hoho..

    R*******&nostalgia

    gurau2 je ek sarah:-D

    Reply

  20. Ainul Arina Madhiah says on :

    ooo… baru fahamm.. maaf, pagi tadi baca kalut sangat jadi tak pick up betul-betul maksud entry ks.

    ainul ada tanya orang yg ainul thiqah pasal benda ni.Kata dia secara telitinya,kita tak boleh nak tentukan benda tu apa hukum dia dan balasan dia macam mana sbb itu semua urusan allah, bergantung pda dia nk beri apa. Tapi sbolehnya, dalam apa-apa pun even tanpa niat, once bila dah teringat, cepat-cepat betulkan niat balik.

    Kan kita digalakkan tajdid(perbaharui) niat dalam stiap perkara.. Sampaikan pernah ada sorang tokoh islam ni dia tajdid niat dlm setiap lamgkah yang dia atur.. Tapi kalau bagi kita susah, cukuplah bila kita teringat sket pasal ni, terus kita tajdid niat balik. Macam kes ks ni. Mesti ada certain time yg ks terfikir benda ni waktu buat amal tu kan? So, time2 macam tu cepat2 perbaharui niat balik.

    Tapi kalau benda2 lain, contoh macam nak solat, nak tolong orang dan apa2 lagi kebaikannya, selalunya benda tu akan jadi bila terdetik dalam hati kita “eh, nak buat ….. lah..” Detikan macam tu pun dah kira niat.

    Cuma sebolehnya, kalau dapat niat awal2 tu lagilah baik. Tapi kadang2 pun, dah niat awal, tengah2 nnti jadi niat melencong plak. Jalan keluarnya, kita tajdid je niat balik bila dah teringat. ^_^ Tapi apa-apa pun, insyallah setiap kebaikan dan kelaziman yang kita buat akan ada ganjarannya disisi allah dan diterima. Aminn..

    p/s: terpanjang la plak.. Tapi takpe kot.. Just nak share apa yang ainul dpat dr senior kat sini. Harapnya berguna gak untuk ks. ^_^

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faiq:
    Hohoho. Nak tengok saya buat muka bengang la tu eh. Terlupa pulak Azizul Ismi baca blog nih =p Awak pun sebahagian drpd memori tu ok. *kenyit mata*

    Ainul:
    Terim kasih byk2 Ainul atas pandangan bernas kali ni. KS akan guna pakai kata2 senior kamu ni.Bernas. Terima kasih k!

    Reply

  22. pie says on :

    aku sah2 la knal dia dowh
    aku tau cite ko degn dia dlu
    KU sempoi degn budak bhs
    tp aku xtau dh nostalgia dh

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pie:
    Uwaaa… Makin ramai pulak kroni 5Sc3 invade sini. Korang ni lagi nampak komen2 yang macam gini drpd entri tu ye. Adeh. Yeop la ni. Haha. Blame Yeop =p

    Reply

  24. djambu puadovich says on :

    ya ampuuuuuun! 😛
    sori la sarah. sungguh saya xberniat jahat. jahat saya dtg ‘naturally’. xpyh niat. hehe. lain mcm sarah, selawat ‘naturally’.

    sy pn nostalgik jugak dgn abg rohaizad tu. almaklum la, ex-SIS dan ex-KI lg. cewah!

    sesekali nostalgik, tempat jatuh lagikan dikenang. betul x?

    Reply

  25. Anonymous says on :

    ekcelikan sarah, saya sendiri baca doa dalam bm, dengan berbisik… sorang-sorang la,nanti kalu mase smayang jemaah org sebelah dengar pulak..
    n selalu mmg menitis la air mata, sbb diri sendiri sedih mendengar apa yang diri sendiri pintakan.. terasa sgt diri lemah,meminta-minta..

    tp bile bace entry sarah ni.. saya baru perasan..
    saye dah lame tak menitiskan air mata..
    saya dah lama tak berdoa mcm dulu2..
    sob3

    thanks for this entry btw..

    -joe-

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    Wahaa… Abis awak ungkit ni weh. Actually ada geng2 dia yang baca blog ni. Mati saya geng2 dia tau nanti =p Ok ok. Awak pun nostalgik jugak la. Lagi la nostalgik nak banding dengan saya ni. Hoho.

    *Dah tak dapat sorok muka dah*

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Joe:
    Joe, saya terkesan sebenarnya dengan pandangan awak tu. Tugas kita saling mengingatkan. Thanks atas kisah awak tu. Awak buat saya sedar yang saya pun hanya menangis bila rasa jatuh je. Bila tak jatuh? Doapun biasa2 saja. Thanks Joe!

    Reply

  28. Nini Marini says on :

    salam kak sarah..

    lambat pulak nini komen.tadi bace entry ks pagi2 sebelum g skolah.tak smpat nak tulih ape2.

    btw nini rase its good bila akak dah terbiasa buat bnda2 baik tu.ikhlas atau tak tu mmg sgt sulit. nini pernah dgr, ikhlas tu ibarat semut hitam di atas batu yang gelap di tengah malam. mmg takkan nampak. Allah je yg tahu.

    Ape2 pun,Nini sgt setuju dgn Ainul cakap, tentang tajdid niat. sgt2.

    =)

    Reply

  29. haritz says on :

    ramai yang tak sedah fitrah kita manusia memang lazim terbiasa dengan benda rutin menjadi lazim. Seperti saya kalau naik motor dari opis sambil berkhayal tau2 sampai rumah. Tapi kalau dalam bab zikir kalau dah jadi lazim pun bagus, mgkn anda confuse zikir dan sembahyang. Memang nak kena ikhlas dlm zikir tp dia bukan macam sembahyang. kadang2 sembahyang pun org tak tau apa tu khusyuk. Benda2 ni kena ada ilmunya. Bukan saya kata u atau sesiapa tak ada ilmu maksud saya kedalaman dan ketajaman serta kefahaman tentang sesuatu bab agama itu sgt penting. Jgn jadi pak turut sebab kelaziman org lain lakukan. Oleh itu selalu rujuk kitab tau ustaz dan pak kiai.
    Bukan saya nak tunjuk pandai, cuma kalau ada ilmu baik sampai kepada org lain.Ikhlas

    Reply

  30. snm says on :

    perkara saya buat stp kali klua rumah nk pegi ofis..masuk kereta, pasang seat belt, tolong abah pakai clip seat belt (klu rajin :p), mula doa naik kenderaan, al fatihah, ayatul kursi, 4 qul, kalimah syahadah (lisan & dlm hati), selawat..smpi le ke ofis..sbb abah pesan, insyaAllah pjalanan kte dibantu DIA. mgkin diiringi malaikat2 🙂 kdg2 sy fkr, saya terkhayal hampir eksiden tp masih blh control keadaan sbb bantuan dari NYA..

    apa2 saja lah dari saya 🙂

    Reply

  31. Sweet Thinker says on :

    nasib otak cik puan sarah sebegitu. kalo semacam puak di negara arab. letak batu semata2 nk hitamkan dahi camane yer?

    Reply

  32. nono says on :

    Siapakah seseorang ituuu? 😛

    Reply

  33. oDiN says on :

    Wah .. skolah Kisas rupernyer .. dekat jerk dgn my home ..
    🙂

    nice blog ..

    Reply

  34. Awang Selamat Jr says on :

    memang best la blog nie

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nini:
    Thanks kongsikan perumpaan ikhlas seperti semut hitam tu. Penah dengar dah tapi tu la, hidup ni sentiasa kena diingatkan lagi dan lagi. KS pun setuju pasal tajdid niat tu.

    Haritz:
    Maksudnya, kesimpulannya ialah, selagi benda tu baik, jangan la kita susah payah nak fikir benda ni ikhlas ke tak, diterima Allah ke tak. Kalau benda tu benda baik, unsya Allah akan ada la yang baik juga menanti kita ye. Dan Kalau kita rasa tak tahu banyak benda lagi, rujuk la pada yang lebih tahu, kan. Thanks Haritz =)

    Falin:
    Saya sekarang ni baru nampak point yg ada dalam hampir semua komen. Kalau benda tu baik dna dah jadi sebahagian daripada kelaziman dalam hidup, teruskan la. Kita mungkin tak sedar ikhlas ke tak tapi mungkin Allah tengok benda ni sebagai satu benda yang bersifat istiqamah yang kita lakukan =) Wah. Bgausnya Falin. Pakaian seat belt semua sekali. Hehe.

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sweet Thinker:
    Er.. Ada ye yang buat macam tu. Adeh!

    Nono:
    Hoho. Ni macam tersalah comment box aje =p

    Odin:
    Oh. Orang Klang rupanya ye. Terima kasih Odin. Nanti ada masa saya jenguk ke sana ye.

    Awang Selamat Jr:
    Wah. Arkitek ye? Hihi. Dulu saya penah tulis pasal arkitek kat sini. Apa2pun terima kasih Encik Awang.

    Reply

  37. ytmz says on :

    Kempen yang best, biasanya kan masalah orang lain, nak menjadikan sebagai rutin tu, yang awak ni lain, menjadikan rutin tu lebih tumpuan, tu satu cerita lain, lain dah darjahnya, hehe seronok-seronok lah.

    Reply

Leave a Reply