Misi Peribadi Demi Azizi

Assalamualaikum wbt

Di penghujung tahun empat dulu, saya merujuk kepada Abang Khairil berkaitan permasalahan Paediatric. Saya memberikan beberapa pembayang tentang masalah yang sedang saya fikirkan. Ketika itu, saya masih belum melalui cycle Paediatric jadi saya tidak mempunyai cukup info untuk membuat diagnosis tentang masalah itu. Alang-alang saya ada abang saya yang seorang ini, saya bertanyalah macam-macam padanya. Tapi masih juga tidak dapat membuat kesimpulan penuh tentang masalah itu.

Sebenarnya, ketika saya merujuk kes itu kepadanya, saya tidak menyebut secara jelas, siapakah orang yang dimaksudkan itu, keadaan dia dilahirkan dan beberapa maklumat lain. Tahun lalu, ketika mengikuti cycle Paediatric, saya sangat memberi tumpuan akan subjek ini kerana saya ada misi peribadi yang hendak dipenuhi. Terutamanya ketika semester musim bunga, ketika memilih projek untuk dibentangkan, saya membuat kajian penuh tentang Cerebral Palsy (CP) atau turut disebut sebagai Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE).

Saya ada sebab kenapa memilih tajuk ini yang susah dan memerlukan kajian yang meluas. Di dalam buku-buku atau mana-mana literatura rujukan, terminologi yang digunakan adalah berbeza-beza. Tapi saya tetap mahu mengetahui dengan lebih banyak juga. Akhirnya, saya pun membentangkan kes ini di kelas.

Baru-baru ini, emak ada menghantar mesej bertanyakan tentang satu sindrom yang dikhuatirinya ada pada seseorang. Saya menerangkan pada emak, mungkin emak tersilap kerana sindrom itu tidak ada. Jadi, pada petang Sabtu dua minggu lalu, saya menelefon emak hendak mendapatkan penjelasan yang lebih daripada emak tentang perkara yang dikhuatirinya itu. Saya menerangkan dan menenangkan emak, sesungguhnya tiada kematian boleh terjadi dalam hal yang sebegini. Dalam tenang suara emak, emak tetap menyebut perkataan ’emak redha kalau Allah nak ambil nyawa dia satu hari nanti’. Ibu mana yang tidak sedih bila menyebut ayat itu. Sedangkan saya yang mendengar pun sudah mula rasa pedih tekak yang menjadi perlambangan kesebakan yang amat sangat.

Sebenarnya, apa yang menjadi tajuk perbualan kami adalah berkaitan adik saya, Azizi. Berumur 13 tahun. Saya seorang yang jenis akan berfikir dengan sedalam-dalamnya tentang apa yang dipelajari dan akan mengaitkan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan. Dulu, sejak sebelum menjadi pelajar perubatan, saya selalu terfikir-fikir, apa masalah sebenar adik saya ini. Dia kecil saja orangnya. Sudah banyak kali dia dirujuk ke pakar kanak-kanak dan endocrinologist tetapi keputusannya semua normal.

Tetapi pulang ke Malaysia dua tahun lalu, saya mendapat tahu keputusan CT scan otaknya menunjukkan saiz cerebrum-nya sedikit kecil. Waktu itu, saya tidak mendapat penjelasan lanjut daripada doktor itu yang acuh tidak acuh melayan soalan-soalan daripada saya. Ada sekali tu, saya yang menemankan Azizi ketika dia ada temujanji bersama pakar di hospital. Alang-alang saya ada, jadi saya diberi kepercayaan oleh emak dan ayah untuk mendengar penjelasan daripada doktor itu. Tapi lain pula jadinya. Doktor itu seperti berdalih itu ini, dan akhirnya, tanpa satu penerangan yang memuaskan hati, dia ‘menolak’ adik saya ini untuk temujanji seterusnya di Putrajaya pula.

Saya geram waktu itu. Saya minta dia terangkan tentang beberapa perkara yang bermain di kepala saya sewaktu itu. Apabila saya bertanyakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan medikal, dia seperti keberatan untuk menjelaskan dengan sepenuhnya. Saya dapat rasa, dia menganggap bahawa saya ini pasti tidak faham kalau dia menerangkan semuanya sekalipun. Kerana bagi dia, saya ini mungkin entah orang mana-mana entah yang datang sekadar menemani adik. Baginya, jika diterangkan semuanya, saya mesti tidak faham juga. Maklum sajalah. Saya berbaju kurung biasa, sandal biasa, tidak bergaya langsung, tidak nampak berilmu pun ketika itu. Lalu dilayannya saya ala kadar saja. Inilah etika kedoktoran yang sangat salah. Tetapi disebabkan doktor itulah, saya sangat mengambil berat akan subjek Paediatric pada tahun lalu. Sebab saya perlukan sesuatu untuk input peribadi saya dan keluarga.

Lalu ketika berbual dengan emak dua minggu lalu, saya menerangkan kepada emak tentang permasalah Azizi. Bagi saya, Azizi tidak mempunyai segala simtom mahupun sindrom yang diterangkan oleh emak. Insya Allah hayat Azizi panjang dan keadaannya sekarang sedikit pun tidak membahayakan. Saya memberitahu emak, pada hemat saya, sewaktu Azizi dilahirkan dulu, dia berkemungkinan besar mengalami HIE kerana dia tidak cukup bulan (premature) ketika dilahirkan dan disebabkan itu dia ada CP yang tidak serius. Hanya minor saja. Emak menyampuk. Kata emak, menurut pakar, itulah yang disebutnya: Minor CP.

Nah. Tepat diagnosis saya. Disebabkan itu saiz cerebrum-nya sedikit kacil daripada normal dan menyebabkan dia mempunyai masalah dengan kaki kirinya dan pertumbuhannya agak lambat. Adik saya ini kecil orangnya. Dia sudah tingkatan 1 (hendak masuk tingkatan 2) tapi ketinggiannya hanya seperti pelajar tahun 5. Tapi dari segi intelektual dan segala fungsi otak yang lain adalah normal. Malah, level hormon pembesarannya juga normal yang berkadaran dengan saiznya sekarang. Erti kata lainnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan melainkan fisioterapi yang perlu dilakukan berterusan untuk kakinya itu. Dulu pernah dicadangkan untuk dibuat pembedahan pada kakinya itu tetapi saiz Azizi terlalu kecil ketika itu dan emak ayah agak keberatan. Berkat berdoa di depan Kaabah, sebaik ayah pulang daripada mengerjakan haji, Azizi yang ketika itu sudah hampir berumur 3 tahun (kan emak kan?) sudah pun boleh berlari menyambut kepulangan ayah.

Entah kenapa, tadi saya menelefon emak bertanyakan tentang Azizi lagi. Azizi memang menjadi subjek saya dalam segala hal yang berkaitan dengan bidang saya ini. Saya sangat berminat untuk mengetahui kenapa begitu, kenapa begini, sebab apa terjadi dan lain-lain. Menurut emak, Azizi dilahirkan tidak cukup bulan (premature) ketika kandungan berusia 35 minggu. Beratnya 2.5 kg. Apa yang menyebabkan dia mengalami HIE adalah kerana posisinya ketika dilahirkan ialah songsang. Breech presentation (buttock position). Aduh. Ngeri bila dibayangkan. Sebenarnya, ini adalah salah satu indikasi untuk menjalani Caesarean section. Sudahlah lahir premature, breech presentation pula. Bayi adalah berisiko tinggi mengalami HIE. Bagi kes Chronic HIE yang membawa kepada Major CP, kesannya jelas dan meninggalkan kesan sepanjang hidup kepada bayi itu. Alhamdulillah. Azizi kuat orangnya ketika dilahirkan. Dia tahu dia perlu berjuang untuk terus hidup demi emak dan ayah. Dia sumber kekuatan kami semua ketika itu.

Dengan berada di dalam bidang ini, saya dapat menjawab persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya kepada keluarga saya. Pakar-pakar yang kami temui tidak pernah menerangkan dengan jelas. Saya tidak faham mengapa begini keadaannya. Yang paling saya terkilan, sikap acuh tak acuh doktor yang melayan saya ketika temujanji Azizi dulu. Diskriminasi sifat. Saya mungkin nampak tidak berpelajaran atau apa sajalah ketika itu dengan penampilan saya yang nampak biasa-biasa saja, tapi etika seorang doktor ialah menerangkan kepada pesakitnya atau ahli keluarganya dengan sejelasnya tentang penyakit yang sedang dihadapi dan dari situ, pesakit dan ahli keluarganya menerima pendidikan kesihatan dan info yang jelas.

Segala syukur saya panjatkan kepada Allah kerana Kesayanganku Azizi kini sihat walafiat dan cerdas dalam kehidupannya. Mungkin dia hilang nikmat bermain bola, menunggang basikal dan berlari laju di dunia ini, tapi saya yakin Allah akan pulangkan nikmat yang lebih besar untuknya di syurga nanti. Benar kata orang tua-tua. Budak yang lahir songsang selalunya pandai mengurut. Ternyata jari jemari Azizi sangat sedap ketika megurut. Dia selalu mengurutkan kaki saya yang selalu sakit. Di sebalik setiap kekurangan, Allah adil dengan menganugerahkan kelebihan.

Azizi, lagu Albi Nadak ni Ngah kasi untuk awak ye. Mulut jangan homeh sangat. Stay macho jadi Mr. Kura-kura yang comel bila pakai cermin mata tu. Hehe.

Nota: Tahniah buat Kak Lina dan Abang Nuar atas kelahiran anak kedua mereka pada 5 Disember lalu. Saya yakin, Fahry juga akan kuat seperti Azizi. Fahry juga akan mendapat kembali nikmat kakinya di syurga nanti, insya Allah.

28 Responses to “Misi Peribadi Demi Azizi”

  1. cikgu jawe says on :

    n3 awk ingatkan aku kpd anak2 murid aku yg kelas khas. πŸ™

    walaupun aku kurang fhm sgt istilah2 medical yg awk tulis, tp scra mudahnya, aku dpt bayangkan diri azizi tuh. sbb aku juga mempunyai anak murid sebegitu. πŸ™‚

    tp rasanya azizi bkn kelas khas kot..

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    oh ye sarah, aku disahkan tidak mempunyai atau didampingi ‘sesuatu’.. hihi. takut weh.. 😐

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    Oh. Saya tak tulis pulak pasal ni. Dia dapat kelayakan kelas khas sebab kesukaran dia bergerak naik tangga tinggi tapi dia belajar di kelas normal. Aci tak gitu. Hehe. Kalau cikgu nak tahu, betapa kuat semangatnya dia ni, biarpun kelas dia tingkat tinggi2 sebab kelas biasa, dia sanggup je sebab di kelas khas belajarnya lain sedangkan intelek dia normal macam pelajar biasa. Serius saya kagum sgt dgn ketabahan dia. Yang tak laratnya satu je. Mulut dia homeh amat! Huhu

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    ye, kelas khas berhubung rapat dgn intelek, kecuali yg pekak, buta dn bisu.

    jgn tak tau sarah, peksa percubaan spm hari tu, ada bdk2 kelas khas yg mslh pembelajaran (aku kata lembam), kptsn exam mrk jauh lbh baik dr bdk2 normal kelas sains. terutama dlm subjek agama islam dn tasawwur islam. sungguh!

    Reply

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    Ha. Gitulah Azizi tu cikgu. Dia selalu geram sbb kalah satu tangga je drpd sorg budak perempuan ni. Budak tu je lead dlm exam. Dia tak puas hati. Hahaha,

    Adeh cikgu. Saya tidur dulu naa. Macam2 la sy buat malam ni ha. Esok dah la elektif sampai malam. Huuu. Selamat malam cikgu =)

    Reply

  6. Inah says on :

    salam untuk sarah..

    entry ni sgt terkesan di hati akak..well, kebanyakan doktor menganggap kita x faham akan istilah medical dsb..but if we r asking about platelet, Hb, renal function test..sudah pasti kita mempunyai background dalam bidang berkenaan..

    lagipun, menjadi tgjawab seorang doktor untuk menerangkan kepada pesakit dan keluarga seandainya kita x faham akan istilah medikal..so, better to use lay man term..oh well, i guess..being a doctor without a passion is really a big mistake (just my two cents)

    salah satu sebab akak sambung belajar untuk mendapat PhD..untuk buktikan pada orang lain yang akak pun setaraf dengan mereka yang ‘pakar’..

    terpanjang pulak..sometimes, we are who we are now because we want to achieve and prove something in life

    i am who i am now because i want to prove to community..anak cikgu biasa boleh menjadi seorang pensyarah universiti πŸ™‚

    *doakan akak berjaya dalam perjalanan ini*

    ~komen panjang sbb entri panjang~

    ampun yek sarah πŸ˜›

    Reply

  7. chmod says on :

    yaaaa! setuju benar…saya cukup tak puas hati dgn doctor yg kurenggg layan pertanyaan dr pesakit atau familinya..paling ketara doctor kat hospital kerajaan.suka tengok penampilan org.org dtg hospital, takkan nak bergaya cam model kot!.harap pachti vrach kita ni tak macam itu ye. :).. to mr azizi macho, anda seorang yang bertuah ada kakak sarakh nie. okey!

    Reply

  8. Nadia Yuna says on :

    Sarah,

    semoga adik awak azizi yg comel berkacamata itu terus tabah dan gigih dalam kehidupannya. =)

    saya suka bace entri ni, pertamanya sbb saye suka medic. keduanya sebab dulukan saya nak jadik doctor. Ketiganya sebab saya suka hospital. saya pun x tahu kenapa. tapi mmg suka hospital & bau2an di dalamnya. suka memerhati doktor bekerja. Hoh. Ini simptom cita-cita tak kesampaian ke ape ni?
    =(

    ** saya ingat lagi, dulu abg awak ade cakap, kalau diberi kesempatan die nak sambung belajaq dalam bidang pediatrik. huhu =)

    Reply

  9. Anonymous says on :

    saye lahir sonsang..lahir normal..xpandai mengurut pon…….
    tapi kesan lahir sonsang tetapi secara normal itu,memang ade kesannye sepanjang hayat.cume,xmanggangu otak,dan pergerakan saye…alhamdulillah…

    bole ke buat persatuan kanak2 lahir sonsang tp normal?hehe

    Reply

  10. hawa says on :

    SALAM EIDULADHA!
    Long time no see. Rindu banget sama kamu!

    Sarah, link saya dah tukar.

    Reply

  11. one says on :

    sungguh passionate sekali…macam best je doktor ni sarah,

    jadi azizi xleh lari2?klau lompat2 ada efek x?

    Reply

  12. Ainul Arina Madhiah says on :

    ks, ainul pernah cerita tak yang adik ainul ada major CP? Dia pun punca utama ainul nak jadi doktor. Tapi hajat ainul nak ubatkan dia tak kesampaian sebab dia dah ‘pergi’ waktu umur dia 11 tahun. Waktu tu ainul form 3. Terkilan juga la tapi ainul jadikan dia dan kanak-kanak macam dia sebagai inspirasi ainul. Sebabkan dia juga, ainul jadi sayang sangat pada orang-orang macam dia. Sampaikan ainul pernah ada impian nak buka rumah anak-anak istimewa dan kerja kat situ. Huhu..Seriously, baca entry tentang Azizi ni buat ainul sebak sangat-sangat sebab ainul rindukan adik ainul.. -_-

    lastly, all the best to azizi. Orang-orang macam diaorang ni memang sangat kuat dan istimewa kat sisi allah. Moga ks dan keluarga sentiasa diberkati allah sebab ada Azizi. ^_^

    Reply

  13. Chekgu BaniHassim says on :

    Kelebihan dalam kekurangan.
    Tuhan memang Maha Adil.

    Jadi, kite kena bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya.

    Semoga adik Dr terus happy dan hidup mcm biase, terus berbakti kepada ke-2 ibubapa yang byk berjasa.

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Sejak saya masih 1st year, ramai la yg ingatkan jgn jd doktor yg sombong, jgn jadi itu, jgn jadi ini, jgn kedekut ilmu. Waktu tu, saya belum pernah berdepan dgn situasi doktor yg agak berdalih dalam memberikan penjelasan. Tapi entahlah. Bila saya kenal beberapa orang doktor yg begini, naluri saya kata, ini salah. Ini tak patut terjadi. Semua pesakit berhak untuk tahu dgn jelas apa yg mereka hadapi. Bukan setakat ala kadar je nak beri penjelasan. Di sini saya tengok situasinya berbeza. Kalau boleh, doktor2 ni nak pastikan pesakit sampai tahu nama2 segala jenis ubat yg diorang ambil. Dan terbukti, orang2 tua kat sini sgt hebat pharmacology! Nama2 ubat, fungsinya semua diorang tahu. Bukan setakat makan sbb disuruh. Sebab tu saya kalau jumpa patient, saya mesti terang panjang lebar. Macam bila mak saya tanya pasal darah tinggi dia, habis segala benda saya explain. Sampai ke peranan kicap segala bagai tu. Huhu. Saya harap, saya kekal begini. Kak Inah pun doakan saya ye. Matlamat kita sama. Moga2 Allah mudahkan jalan kita ye.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Shamsul:
    Saya harap saya tak macam tu walaupun nanti saya pun akan bergelar kakitangan kerajaan jugak. Insya Allah saya tak. Eh, saya yang untung ada adik macam dia sbb ada teman nak bergaduh. Huhu =p

    Nadia:
    Saya faham apa yang awak rasa. Tapi awak anak yang baik sebab cuba memenuhi hajat mama awak. Kalau awak jenis keras kepala, mesti awak akan teruskan jugak cita2 awak yg satu ni kan. Apa yg awak korbankan demi mak ayah awak ni pun ada pahalanya yg tersendiri. Awak patut senyum atas alasan ni tau =) Haah. Dia pun penah bgtau. Dulu, kami ada keluar sekali ke center. Waktu tu sy teman dia gi cari hadiah utk dia bawak ke UK utk sorang senior bahas kami. Waktu dalam metro, saya duduk sebelah seorang makcik ni. Makcik ni tanya banyaklah pasal kami ni. Dari mana, belajar apa bla bla bla. Akhir sekali, makcik tu ada sebut, muka kami dua2 orang ni bagus kalau jadi paediatrician sbb muka2 manis dan lembut. Huhuhu. Mau gelak je waktu tu. Makcik tu kata lagi, kalau kita berbakti n tolong budak kecik, pahalanya tu (maksudnya lebih kurang camni la) akan berpanjangan sebab bila dia besar nanti, dia sehat dan dia pulak boleh menolong orang lain. Jadi, kebaikan yang pernah kita buat pada dia tu tak putus. Macam cikgu jugak la kan. Jadi, walaupun awak tak dapat capai impian jadi doktor, kelebihan awak duduk dalam bidang perguruan pun sangatlah mulia. Jasa dikenang sampai ke syurga!

    Reply

  16. Abdul Hayyi bin Salim says on :

    Tabahnya family awak ye. Btw sarah, homeh tu apa?huhu.

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    Songsang ni ada banyak jenis. Ada yang keluar kaki dulu. Ada yang keluar bahu dulu. Ada yang keluar buntut dulu. Kalau keluar kaki dulu, kes ni kira tak berapa bahaya. Tolerable. Tapi kalau keluar buntut dulu, yang ni bahaya. Sebab badan terlipat dua dan sempit utk dikeluarkan. Kepala dan kaki bertembung dalam kes ni. Macam adik saya tu, dia mengalami HIE waktu tu sbb dia songsang yang keluar buntut dulu. Tu sebab ada kesannya pd dia. Alhamdulillah awak dulu tak lemas. Ha. Ayat lainnya utk HIE ialah lemas waktu dilahirkan. Macam tu la. Mengurut tu rezeki. Hehe. Tak semua yang songsang ada anugerah ni. Hehe.

    Hawa:
    Oh. Selamat Hari Raya Haji ye Hawa. Eh, mana link barunya? Tukar guna wordpress ke? Adeh la Hawa. Lama sangat2 tak dengar cerita ye. Huhu.

    Oneib:
    Erti kata lainnya, kaki Azizi ni kiat sikit. Saya tak reti macam mana nak terang dalam bahasa Melayu yang betul. Tapi saya sebut kiat. Sebab ligament kaki dia agak keras daripada biasa. Jadi, keadaan ni menyukarkan dia utk bergerak laju. Dia boleh la lari tapi tak laju sangat sbb limitasi pergerakan ligament di kaki kiri dia. Lompat? Hehe. Saya takleh cerita. Nanti dia marah. Dia sensitip oooo. Huhu.
    *Ampun Zizi! Hahak.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    KS tau la yang kamu ada seorang adik yang sudah pergi bertemu Allah tapi KS tak pernah tahu yang dia ada major CP. KS dapat bayangkan keadaannya macam mana. In fact, waktu KS kaji kes ni dulu, KS rasa sedih tengok mereka yang ada permanent CP yang kesannya kekal sepanjang hayat. Limited movement, classified as invalid group iv, semua tu buat KS rasa sebak. Alhamdulillah Azizi ni takde la apa sangat kalau nak bandingkan dengan kes2 Major CP. Takziah atas pemergian adik kamu. Tapi KS yakin. Bagi diorang semua yang pergi dalam keadaan begini, tempatnya hanya satu: SYURGA. Mereka tak mintak dilahirkan dalam keadaan begini dan hadiah utk mereka atas ujian ini hanyalah syurga. Ainul, adik kamu tengah tunggu kamu sekeluarga utk berkumpul semula di syurga. Senyum tau =)

    Cikgu BH:
    Insya Allah. Nanti besar, budak bertuah sorang tu insya Allah boleh berbakti semula utk emak ayah. Walaupun skrg ni nak besarkan dia kena tahan dengan kerenah dan kebecokan mulut dia. Huhu.

    Hayyi:
    Lama tak dengar khabar awak. Macam mana interview? Hehe. Homeh tu loghat Temerloh. Maksudnya bacak mulut. Asyik nak bercakap je. Komplen pun banyak jugak. Huhu.

    Reply

  19. Mudzil says on :

    salam sis,
    aduh, pening dan complicated sungguh.. engineering dan medic mmg langsung tidak sebulu.. apatah lagi sekutu..

    btw, terima kasih daun keladi atas keychain rusia tu..hehe.. (kalo bleh nk lagi~) cume keychain tu dah berpindah tangan la, since ade junior minat kat keychain tu.. πŸ™‚

    Reply

  20. CriticalThinker says on :

    saye yakin Azizi jadi manusia hebat nanti.. percayalah.. insyaAllah.

    Reply

  21. Nabil says on :

    Well yeah.Had the chance to see patients with Cerebral Palsy during my Paeds posting last time.A very sad moment indeed

    Reply

  22. akak says on :

    Memang tak pass kalau baca term medikal nie..Itu baru baca kalau nak menyebutnya..ntahΒ² jadi perkataan lain la kot..hehe..

    Setakat nie doktor yg akak pernah jumpa.. alhamdulillah..takde lg yg kurang etika tu. Cuma waktu ayah akak masuk CCU aritu la..tapi waktu tu mungkin dia sorang yg on duty..jd kita tanya pun dia mcm kurang je nak jawab. Penat kot..

    Reply

  23. Anonymous says on :

    suke arh bace entry neh, walaopon byk term x paham(sanggup google kot, hahah)…

    p/s ari tu nan bwk adam,azizi,aiman jln2 kat kl, kecik comel sungguh azizi tu ye, hehe…

    -adeep-

    Reply

  24. fathiyyah says on :

    walau apa pun misi akak,sy yakin akak mesti mampu laksanakan semuaanya dengan segala terbaik dr akak..
    akak cerita ttg azizi ni,teringat sy pada hafiz,adik lelaki sy tu yang kat gombak..azizi dan hafiz sebaya tau kak.. πŸ˜‰

    Reply

  25. Acai says on :

    Slm sarah,
    mesti mak awk betul2 risau sampai cakap camtu..itulah, kekadang memang doktor macam tu sarah..dulu masa arwah embah sy kat hospital sy tanya macam2 kat doktor tu tapi dia diam dan tak jawab langsung..sy rasa sangat kurang ajar dia buat camtu..sy ingat dia bisu skali tu bleh plak jawab call,huhu..sarah nnti jangan camtu tau,hehe…

    tentang adik awk azizi tu sy doakan semoga semuanya baik2 je..kekadang kita tak tahu ujian Allah dalam bentuk itu mybe ada hikmah yang kita tak nampak..mcm awk cakap dia seorang yang kuat semangat..jadi mungkin satu hari nnti dia bleh buat sesuatu yang tidak terjangkakan oleh awk sekeluarga..:)

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mudzil:
    Tu la. Maksudnya, engineer dgn doctor tak ngam la kalau kawin kan. Hehe. Sorang bukak term hydraulic semua ni, pressure itu ini, wiring itu ini, gas chemical itu ini, yang sorang lagi pulak bukak term hypoxia, ishemia, necrosis, stupor, shock itu ini, hemorrhage itu ini. Huhu. Oh. Junior tu laki ke perempuan? Heheh *saja je usik2 πŸ˜‰

    Am:
    Dia sedang menjadi, insya Allah. Kalau saya cerita pasal ketabahan dia dalam setiap aktiviti harian dia, fuh, memang saya sendiri pun akan terdiam.

    Nabil Mohammad Azmi:
    Kan. Sadis tengok diorang yang ada permanent effect post HIE ni. Mostly akan develop major CP. Hmm. Dan utk kita yang sihat ni, mmg boleh buat kita insaf.

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    Oo… Yang time ayah akak masuk CCU tu dulu ye. Mungkin la time tu dia letih sebab sorang je yang incharge kat situ. Erm. Ayah akak macam mana ye sekarang? Harap dia sihat2 je.

    Adeep:
    Azizi sangat comel bila dia sengih2 kan. Huhu. Bulu kening dia cantik je terbentuk kan? Kak Ngah sangat la jeles pasal tu. Hehe.

    Thia:
    Ooo. Hafiz sebaya dengan Zizi ye? Insya Allah kita sama2 buat dan jadi yang terbaik ye Thia.

    Acai:
    Sampai hati doktor tu buat mcm tu. Hmm. Saya terkilan bila ada doktor yang perangai mcm ni. Pasal Azizi, insya Allah satu hari nanti awak akan jumpa dia ye Acai. Dia sehat amat. Saya panggil dia Bulat. Huhu. Sebab sekarang ni badan dia bulat. Kuat makan. Maklum je la. Mak masak semua sedap2 kan. Hehe. Dia ok je dengan kehidupan dia. Macam kita semua ni jugak. Normal je. Cuma dia ada masalah dengan kaki sikit je. Setiap daripada kita mesti ada kelemahan sikit. Cuma untuk dia, Allah zahirkan pada fizikalnya. Tapi tak teruk mana =)

    Reply

  28. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Akak doakan semoga ibu sarah tenang-tenang saja, insyallah sakit Azizi pasti ada ubatnya…Allah itu maha adil kan, bertuah sarah dapat adik pandai urut..semoga semuanya kuat demi Azizi.

    Btw,
    untuk doctor yg kerek itu, mgkn dia lupa kelebihan yang dia ada ialah utk membantu org lain..sungguh tak sesuai gelaran itu diberikan padanya..asalkan Sarah tak jadi macam dia(kakak percaya sarah seorang bakal doktor yang baik).Hidup baik-baik Sarah :).

    Reply

Leave a Reply