Saya Ghuraba’
Setiap kali ulang-alik menuju ke Oncology Center yang terletak di Kashirskoe Shosse, biasanya saya bersendirian sewaktu pergi dan hanya kadang-kala berteman sewaktu balik. Sejak pertama kali berada di sana, saya terpandangkan satu papan iklan besar di tepi jalan. Ada sesuatu yang menarik perhatian.
Pada papan tanda yang pertama, tertulis perkataan Bahasa Arab. Ghuraba’ yang membawa maksud Orang Asing (The Strangers). Pada hari yang sama, dalam perjalanan pulang, saya menoleh melihat papan iklan itu lagi. Saya berseorangan ketika itu. Saya betul-betul merasakan erti keterasingan pada waktu itu. Sayalah salah seorang daripada ghuraba’ yang ada di sini.
Saya cuba untuk bertanyakan pendapat orang lain kenapa papan tanda Ghuraba’ itu diletakkan di sana tapi saya sentiasa berseorangan dalam perjalanan ke sana. Sehinggalah tadi, ketika dalam perjalanan menuju ke stesyen metro, kami berjalan berlima. Saya bertanya kepada Azam tentang hal itu. Azam ini rakan sekumpulan saya yang juga punya asas Bahasa Arab. Dia tersentap bila saya menunjukkan papan iklan berbahasa Arab itu. Dia pun teruja. Apabila saya tanyakan pendapatnya, apakah makna yang dibawakan oleh iklan itu, Azam mengatakan bahawa mungkin tiada apa-apa. Sekadar hendak meraikan bahawa di kawasan ini, ramai orang asing yang tinggal, jawabnya. Saya sekadar mengangguk sebagai respon bahawa saya mendangar apa yang dikatakannya.
Kami meneruskan perjalanan masuk ke stesyen metro dan seterusnya sebaik metro sampai, kami semua masuk ke vagon-vagon yang ada. Nasib saya, saya terpisah 2 vagon daripada 4 yang lain. Dan kali ini, saya betul-betul merasakan papan iklan itu membawa maksud yang tersendiri untuk saya. Bagi saya, papan iklan Ghuraba’ itu adalah satu pujukan semangat yang Allah ‘berikan’ kepada mereka yang selalu bersendirian agar kuat semangat dan tidak mudah putus asa. Iklan itu berlatarkan warna putih dan tulisannya hitam. Kosong begitu saja. Jadi saya menilai, setiap orang yang terasing itu sebenarnya mempunyai kekuatan dan signifikan yang tersendiri dalam dunia ini.
Kenapa saya selalu menilai sesuatu perkara itu sepelik dan serumit ini? Tapi sungguh. Bagi saya, papan iklan itu adalah satu pujukan dan semangat untuk saya supaya tak mudah mengalah dan…
Dan tak mudah menangis.
Nasyid ini nyanyian kawan saya, Ihab. Ghuraba’. Yang diberi nafas baru dan diberikan tajuk Beyond The Norm.
samalah juga perasaan orang asing di malaysia bila digelar PATI..
tapi baguslah sarah jadikan tu sebagai penguat diri..
berada di bumi orang memang susah..
aku teringin benar nak merasai pengalaman tu..
Reply
salam.
KS, masa wanie balik dari kelas obs, masa nak tunggu masyrutka pon, wanie ada nampak papan tanda Ghuraba’ tuh..
Reply
best nasyid tu=)
strange is a strength to muslims
Reply
ngeh ngeh ngeh,,
lagu ni buat london menang balik kat NEXT lepas kecundang teruk last year..hehe
Reply
salam
duduk kat malaysia selalu renung orang asing pastu pikir apa la perasaan orang2 bukan malaysian duduk malaysia. tapi sekarang, diri sendiri dah rasa jadi ajnabi=ghuraba’ baru la terasa peritnya.. Insaf la sikit jadinya.. Terasa nak menangis je kalau kena layan cam teruk je kat sini.. pada semua orang Malaysia, jangan layan orang asing teruk2 even indonesia, thailand or what ever.. ketahuilah kadang2 diaorang tu kadang2 teringin nk happy n dapat layanan mcm orang biasa tapi tak ramai brani bukak mulut. Sama macam diri sendiri bila kat tempat orang.. huhu.. To semua yang kat oversea, be strong!!
p/s: dulu suka tenung orang asing, sekarang diri sendiri tensen bila suka ditenung orang tambah2 ngan budak2 yang pelik apasal muka kami ni lain pesyen je dari orang tempatan..
Reply
Biar terasing di dunia, kelak dikumpulkan bersama, di kalangan yang menjaga perbatasan agama.
Kullu am wa antum bikhair.
Reply
ks, nk tanya… join tak aktiviti kita yg november ni?
Reply
Salam buat semua.
Menteil:
berada di luar bukan semuanya indah2. bnyk sgt yg buruknya. kena bersedia klu 1 hari tu nnti jd kenyataan dlm hidup awk ye menteil.
Wanie:
haah. klu dr dlm avtoline rasanya akn lalu tempat tu. kat main road depan hospital compound tu.
Faiq:
yup dear. strange is a strength to muslims =) thats why we do. because we’re strangers. right? =)
Izu:
zaman kegemilangan Ihab. apa khabar dia eh? lama tak contatc. email nanti tau. sy kurang bermood. ada unsettled things nak kena fikirkn ni 😐
Ainul:
ks ada tulis entry exactly mcm apa yg kamu cakapkan ni. dah lama ks simpan je entry tu sbg draft. insya Allah satu hari nnti ks publish entry tu. perasaan bila kita dipandang sbg pelik dan asing.
Mahasiswa @ Naqeb:
salam kenal. eh, ini junior ks di kisas dulu ye? betul kata kamu tu. insya Allah akn diingat selalu.
Ainul:
hehe. knp? kamu join tak? ks? rahasia =)
Reply
salam sarah
stranger?hemm..bbrp minggu lps di kwsn rumah, jiran bergaduh. indon. xtau PATI atau pun x. jiran sekeliling sgt la risau. sbb berdasarkan apa yg ditonton di tivi, mrk ni agak agresif klu bergaduh. saya rs mahu call polis time tu jgk, tp x lama tu dh ok. x kesah klu mrk duduk baik2 di kwsn kita, tp klu part yg membahayakan kita malaysian ni, camno gaya tuh?
Reply
bagus entry nie.. sayer pun ade blaja bhs arab.. tp mungkin asas aje,.. so word ghuraba nie x pnah dgr plak.. hihi.. blaja rajin2.. knp x letak chatbox? sng nak leave komen.
Reply