Iftar
Assalamualaikum wbt
Mungkin ada yang tidak pernah tahu apa itu Kari Portugis, kan? Kari Portugis ini ialah sejenis lauk kari yang tidak menggunakan santan, menggunakan halia yang agak banyak dan kuahnya pekat. Untuk resepi Kari Ayam Portugis ini sebenarnya resepi emak saya. Kata emak, asalnya ialah Ikan portugis tapi emak sudah ubah suai menjadikannya ayam. Biasanya saya masak hanya untuk 6-7 orang makan tapi semalam disebabkan perlu memasak untuk 30 orang, saya menelefon Chef Noor (emak le tu) untuk memastikan kualiti dan ketulenan rasa terpelihara. Emak ingatkan langkah-langkahnya saja. Bila ada mana-mana yang emak terlupa, haruslah si anak bertuah ini yang mengingatkan emak semula. Hehe. Saya kata pada emak: Ni nak masak untuk banyak-banyak ni takut rasa lari je. Jawab emak: Alah, masak je macam biasa. Baca bismillah dan masak dengan aura. Huhu. Auralah sangat ye mak.
Jadi hari ini saya terasa hendak berkongsi resepi emak saya ni. Kari Ayam Portugis. Semalam saya dah perturunkan kepada budak-budak rumah ni (Fatt) tapi saya tuliskan di sini untuk mereka jadikan rujukan bila saya sudah tiada nanti.
Bahan-bahan (untuk seekor ayam):
15 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
halia
2-3 batang serai
6-7 sudu cili boh
Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Daun kari
3-4 sudu serbuk kari daging (saya guna Adabi, rasa asli gitu)
1 ekor ayam yang dipotong ikut suka
Kentang (jika mahu)
Asam jawa
Kunyit
Garam
Gula
Cara-cara memasak:
Kisar bawang kecil, bawang putih, halia dan serai (serai ni kalau dititikkan saja tak terasa, jadi baik kisar kesemuanya, nanti kuah pun pekat). Sementara itu, gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik dan daun kari. Bila baunya sudah wangi, masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi. Bila aroma wangi bawang sudah naik dan pecah minyak, masukkan serbuk kari dan cili boh yang sudah dibancuhkan. Tumis lagi. Bila sudah naik bau, masukkan ayam yang dikunyitkan tadi dan air asam jawa. Masukkan air sehingga ayam tenggelam dan garam-gulakan secukupnya. Hati-hati jangan sampai terlebih garam kerana tadi ayam sudah digaul garam. Masukkan kentang jika mahu. Tunggu sehingga air mengering dan kuah memekat, maka siaplah Kari Ayam Portugis.
Errr… Kalau saya dan adik-beradik, wajiblah ada kicap waktu makan. Kalau tak, memang tak lengkap. Macam malam tadi, waktu berangkat untuk iftar tu (buat di rumah pelajar lelaki), saya bawa bekal kicap dalam tupperware kecil. Huhuhu. Saya seorang saja yang makan berkicap 😉
Nota: Semalam saya berbual dengan jiran saya, Aida, orang Khazastan. Kami berbual tentang Lailatul Qadar. Untuk saling memahami, kami menyebutnya sebagai Noch Qadra (noch=malam). Menurutnya, mengikut budaya orang Khazastan, pada malam-malam terakhir ini, mereka membuka tingkap pada waktu malam dan menjamu tetamu makan. Motif? Boleh fikir sendiri rasanya kan =) Dan untuk seorang junior, Muhammad Khairul Asraf, selamat berangkat ke Ireland. Jangan lupakan kami semua di Moscow yang cantik ni =)
nyum2… sedapnya!! erk, pose=P
Akk, kullu 3am wa ent bikhair, eid fitr, eid saed..
Selamat menjalani tahun akhir pengajian!!=)
Reply
haa, ini mesti saya salin untuk cuba nanti!!!!
Reply
sarah,
cantek je gambo ayam tu
amek gune camera ape eah?
heheheh
tetiba soklan lari sikit =p
Reply
sedapnya menu kari ayam ni,nyam2..
tq sebab kongsi resipi..
nak cuba resipi ni sebelum ramadhan sampai penghujungnya 🙂
Reply
kita sama jee..
makan mesti ada kicap. kecuali nasi lemak. takkan dgn kicap. hehe
teruja nk masak kari potugis. tp mcm malas. poskan sikit ke meru nih.. hihi
Reply
Selamat Hari Raya Sarah. Glad that you are back – blogging. :).
Reply
salam ks..
nak tahu apa hajat sy sebelum pulang ke cairo? masak kari portugis utk mak! sy dh beritahu kat emak ttg resepi ni..mak tersengih je..
kiranya akak jd sifu sy dlm memasak dlm alam maya ya kak..
hihihi
tabik spriiing kat akak..
tk cr ks
Reply
Salam buat semua:
Nadia:
sy guna Sony DSC W55 je =)
Dr. Bubbles, Radin:
terima kasih =)
Azra, Kylex, Thia:
hehe. sila cuba n kongsikan hasilnya =)
Cikgu Jawe:
malas je cikgu ni ye =)
Reply
makNdak X pernah mkn kari ayam portugis mak..
Reply
teringat masak tepoyak ikan patin…(gulp!)
Reply
kepada ks,
junior bernama muhammad khairul asraf ini tidak pernah melupakan semua orang di moscow yang cantik itu…
thanx again for the help
Reply