Maka Inilah Dunia Saya

Assalamualaikum wbt

Pernah ada yang bertanya, kenapa blog saya bernama My World, Dunia Saya. Jawapan saya hanya satu. Kerana di sinilah saya dapat berkongsi apa yang saya rasakan dan dalam masa yang sama merehatkan diri saya daripada kesibukan belajar.

Saya sering bersendirian. Pergi balik dari kelas, pergi balik dari hospital, mengembara sekeliling Moscow di tahun pertama dulu dan macam-macam lagi. Bukan saya sengaja menjadi solo begini. Ada sebabnya. Pertama, kerana susah mahu berjanji dengan rakan-rakan sekumpulan waktu itu. Yang lambat, memang lambat. Ada yang awal, tapi mahu menunggu kekasihlah pula. Sudahnya saya lagi selesa bergerak secara solo. Tidak terikat dengan sebarang komitmen dan janji. Orang kata bahaya begitu pada waktu itu. Tapi Alhamdulillah saya tidak pernah berhadapan dengan sebarang kejadian yang tidak diingini. Keduanya, saya tidak mahu bergantung kepada rakan-rakan untuk membuat nota kelas, nota kuliah mahupun nota peribadi. Bukan sombong, tapi lebih selesa dan menepati cara belajar saya. Kalau kita sendiri yang sediakan, ilmu lebih lekat dalam kepala dan lebih terurus ketika hendak exam. Saya sentiasa wajibkan diri saya membuat persediaan sebelum ke kelas. Prinsip saya, saya tidak kisah orang mahu meminjam apa yang saya sediakan tapi jangan saya bergantung pada orang. Saya tidak mahu dilabel menyusahkan orang. Dan disebabkan ini, saya sudah dicop sebagai seorang yang ‘sangat berdikari’ dan ‘boleh hidup sendiri’ oleh rakan-rakan sekumpulan. Bunyinya seperti positif. Hakikatnya ada negatifnya juga. Disebabkan saya dilabel begini, kadang-kala saya dilupakan jika mereka ada nota edaran atau slide show yang penting. Juga dilupakan jika mereka ada ‘variant’ atau skema jawapan untuk apa-apa ujian. Kadang-kala, bila tiba hari ujian, saya hairan melihat mereka semua bersedia dengan skema jawapan yang sudah difotostat tetapi saya tidak tahu menahu. Apabila saya bertanya, mereka katakan bahawa semua sudah dapat, bagaimana pula saya tidak dapat. Dan konklusi yang mereka berikan: Alah, kalau kau takde pun skema jawapan tu, kau dah ready dah. Ayat ini saya ingat sampai ke hari ini. Dan terima kasih di atas respon 4 tahun yang sudah itu kerana menjadikan diri saya yang sekarang.

Sejak itu, saya memang tidak pernah bergantung harap tentang nota atau variant daripada rakan-rakan. Sedih juga jika teringat peristiwa 4 tahun lepas itu tapi saya bersyukur kerana setiap yang terjadi itu pastinya ada hikmah yang jauh lebih bernilai. Saya menjadi seorang yang sangat serius dalam pelajaran, tidak bergantung pada yang lain dan saya boleh hidup dalam apa-apa keadaan sekalipun. Inilah hidup saya setiap hari. Waktu itu, bilik saya di hostel lama tiada talian internet. Untuk mengisi masa lapang, saya suka main game Pizza Frenzy (full version), Virtual Orchestra System (VOS) dan menulis cerpen. Waktu itu, itulah dunia saya. Dan sebaik saja saya berpindah duduk di luar sekitar 2006, saya pun mula berblog. Kenapa saya berblog kerana inilah saluran lain selain daripada menulis cerpen yang semuanya saya simpan menjadi pekasam khazanah sendiri saja.

Pada mulanya, blog ini hanya saya, ayah dan tiga, empat orang kawan saja yang tahu. Tapi entah mana puncanya, lama-kelamaan, semakin ramai yang jumpa dunia saya ini. Dan sejak saya mula berblog, saya temui kenalan yang sekepala dengan saya, yang sejiwa dan semuanya mewarnai hidup saya setiap hari. Dan tak ketinggalan, ada juga yang menjadi pengacau yang sangat merimaskan sehingga pernah buat saya tertekan. Tapi saya bertahan untuk terus berblog kerana saya sayang kawan-kawan yang saya kenali melalui blog. Inilah sedikit sebanyak tentang saya dan MW. Bagi saya, MW adalah sangat penting dan istimewa kerana dengan adanya MW, saya ada kehidupan lain selain daripada buku dan persatuan.

Sejujurnya saya ada entri khas yang hendak ditulis tentang MW ini. Emak saya tahu apa yang saya hendak tuliskan, yang telah menjadi niat saya sejak 2 minggu yang lalu. Tetapi, tanpa diduga, saya terpaksa menyimpan dulu entri itu kerana tidak mahu dihubungkaitkan dengan beberapa keadaan yang sedang berlaku. Macam bercelaru kan apa yang saya katakan ini? Hmm… Sebetulnya, mood saya masih kurang baik. Saya rasa sungguh kusut sekarang ini.

Esok saya tiada di rumah. Perlu ke KL lagi. Ada mesyuarat lagi. Dan perlu ke Cyberjaya juga. Saya akan pergi naik bas saja. Ikutkan hati, saya tak mahu bermalam di KL. Saya hendak balik ke rumah pada petang esok juga. Tapi mesyuarat di Cyberjaya adalah pada sebelah petang. Sempatkah saya berkejar balik ke Pekeliling untuk bas terakhir ke Temerloh? Ini satu lagi hal. Kusut.

Saya mohon maaf kalau ada yang terasa atau tidak bersetuju dengan lontaran pendapat saya dalam entri lepas atau yang lepas-lepas. MW tempat saya mengeluarkan pendapat peribadi saya tentang perkara yang berlaku di sekitar saya, Malaysia, Moscow atau dunia secara amnya. Dan kalau tersasar, saya memang tak pandai menyorokkan apa yang saya rasa. Kadang-kala, jelas terpapar pada apa yang saya tuliskan. Andai kata ada di antara kamu yang dapat menilai mood saya dengan membaca entri kali ini, mesti ada yang dapat buat kesimpulan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Saya tahu ada orang yang jauh lebih faham. Emak, maaf sangat kalau Ngah teruskan juga niat Ngah tu. Selamat malam dari Temerloh. Semoga malam yang hening dihangatkan dengan tangis buat Ilahi.

Nota: Tadi saya mewarna bersama adik-adik. Saya warnakan sebuah kereta Honda EK apa entah. Adik saya kata cantik. Padahal, sewaktu sekolah rendah dulu, Pendidikan Seni saya sangat jarang dapat A dengan bintang-bintang. Biasanya hanya ‘Dilihat’ saja. Dan sebelum mereka tidur, saya ajarkan teknik mewarna menggunakan krayon dan saya potretkan sejenis seni yang pernah saya pelajari dulu. Pada kertas lukisan itu saya ukir kata-kata: I am a good Muslim. Dengan warna oren terang. Ironinya, adakah yang menulis itu betul-betul ‘good’ dalam menguruskan hidupnya sebagai seorang Muslim. Adakah yang menulis itu Muslim sepenuh masa atau part time saja? Warna oren terang itu seperti satu sindiran untuk diri saya sendiri. Jadi, apa resolusi yang patut dibuat? Hmm… Dalam entri ini, ada jawapan yang tersembunyi.

44 Responses to “Maka Inilah Dunia Saya”

  1. shazwani adnan says on :

    salam

    ks, kenapa ni, asyik kusut, hilang mood? ni mesti rindu wanie ni kan.. hehe. tu senyum la tu. huhu

    dalam entri ks ni ada sebab yang sama kenapa wanie selalu sorg2 bila berjalan2 atau ke kelas atau ke mana saja. ya! sebab kita serupa. bukan hendak berlagak macho atau berani, tapi sebabnya telahpun ks utarakan dlm tulisan ks.

    untuk org single mingle macam kita ni ks, kalau jalan sorg2 lagi best, sbb boleh layan blues sorg2.. hehe..

    Reply

  2. nadia yuna says on :

    salam sarah.

    Lama sungguh nadia tak tinggal komen. keadaan tak berapa nak mengizinkan. maaf ya sarah.

    alahai. awatnya ni chek oi? tamo kasi mood ilang lama2. nanti suram muram tak bermaya. cepat-cepat senyum ye cik sarah. senyum cenggini =)

    hah. kan comel tu!

    ** nadia pun selalu main game Pizza Frenzy, Virtual Orchestra System (VOS). sampai skrg pun. paling suka VOS. mcm pro je gayanya. =p

    jgn moody2 ya cik sarah
    =)

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah tengah kusut?
    izu tau nape..mesti sebab tak tahan panas kat msia kan? πŸ˜›

    takpon, rase bersalah sbb selame ni dok suruh mak jer masak…

    takpon, sbb rase bersalah buat sy jeles kat bangi hari tuh..

    takpon, heh..ape2la merepek kan..

    sarah, idup bersendiri best la..though ade tak best nye…tp bagi orang yg cam suke sendiri2 ni..mesti ade kaitan ngan ‘Perfectionism’..n leads u to dat way..ease urself, sarah.. eh tak rock gitu..
    chill mate chill
    cube g nnt makankan ikan patin utk sy …mesti gumbira rasa hati nnt..

    Reply

  4. Ainul Arina says on :

    assalamualaikum…!!!

    haip ks.. pesal monyok2 nih..? tak best ler.. balik malaysia skali stahun tau, mana bleh nk sedih2 kat malaysia.. hehe.. gi sumbat sedih tu dlm beg bagasi ke rusia.. hantar balik university.. syooh2..!

    dah2, jgn layan emo… jom sambung repekan 20.09.2009 dgn ainul meh.. hehe.. ish, panjang sngt la trikh tu ks. kita pendekkan (2009)^2 yerk.. aice ks, sudah upgrade sampai sambut bride punya bunga nih.. (*angkat kening skett..*) maknanya? jap ek, nk kene cari dlm kamus DBP. kasi dapat fact yang official punyer.. hoho… “apa makna bila ks udah sambut bunga itu?” (*selak-selak kamus..*)

    ha, mengikut kamus DBP edisi sendiri.. siapa yg sambut bunga, maknanya dia akan ada geng baru pda skian2 tarikh. pas tarikh tu, no more ks-si-lone ranger dah la kan? power ranger edisi spesel sudah datang jdik hero.. udah ada body guard.. huahua…!!! @_@ bleh suruh tolong spraykan mana-mana nyamuk yang jadi tukang kacau ks… ho yeh!! makcik a.k.a mama pda ks! pasni bleh la buat bajet.. ngam2 setahun nk bajet betul2 utk ks.. ngeee….^_^

    ok yer,..jangan sedih2… meh sini org kasi ruz bil laban yg barid punya.. yummy!!! πŸ˜› sapa nk mkan, takleh sedih, kang laban jadi over masam, tak sedap.. πŸ™‚

    psnan pnaja : maleh nk jadi miss sirius slalu… sbb tu suke mrapu.. kasi ada equilibirium dlm keseriusan dan kerepekan supaya slope graph emotional tu stabil dalam penghasilan equation of life..(ha, amik! ish, apa ak ckap nih..) so, mmg normal la klu repekan ks dilayan.. don’t worry.. just anggap i’m your paeds..(~mode shy-shy cat~ aish.. hehe) paeds dan kanak-kanak2 kan sama spesis dr sudut hypothalamus punya pattern tapi cuma lain phenotypenyer…. sbgai paeds, sy kene matured skeeet je dr kanak-kanak2 jagaan sy.. takleh garang2, kang budak2 ingat sya dentist plak. habis smua lari..
    hehe.. ok.. stop here.. kang lagi teruk ainul merapu… sekian,
    люблю тСбя слишком sis! ΡƒΠ»Ρ‹Π±ΠΊΡƒ..!!

    * it is not enough to be just an Islam, try harder to be an islam * ~ look at this phrase properly… ~

    Reply

  5. snm says on :

    sarah..insyaAllah bulan 8 ni saya akan ke pahang πŸ™‚ kut2 “terlalu” kg lebak..hopefully lgkah kanan la saya ye :p

    jangan la emo sgt sarah πŸ™‚ sesekali luahkan, xpe kut :p at least sarah ada MW as a medium to release and ease whatever in your mind. lepaskan saja kekusutan di MW, ramai yg di luar sentiasa mendoakan sarah, duniawi&ukhrawi..

    Reply

  6. hafiz238 says on :

    banyak juga aktiviti time cuti yer. sure sangat sibuk camni.

    My World is your world. So, it is up to you what are you going to write and you should not be disheartened with any negative remarks you received. After all, this is your own blog and everyone is entitled to speak of their own opinion πŸ™‚

    If you are trying to satisfy everyone, you would not be able to do that.

    Reply

  7. bulanbiru says on :

    Salam Sarah.
    …sikit je nak tmbah, mgkin masa belajar kita boleh uruskan everything sendiri dan berdikari..tp bila masuk dunia pkerjaan..cara ini x harus digunakan,.. bila sarah mula berada zmn bekerja..pasti sarah akan tahu dan laluinya..
    *smile*

    Reply

  8. nurul iman says on :

    Salam Sarah..
    Moga semuanya tak mematahkan semangat sarah..chayok2!
    “Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat, nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap” – ayat-ayat cinta

    Reply

  9. kylex says on :

    salam..
    congratz yer..bkn sng nk sng kn..nk kne hdapi smua tu, brgrk solo,heheh, tmbhan pula taun prtama di tmpt org,myb is tough kn..Tp, dgn pngalaman cm2 la, sarah dh lbey gigih n dh nk dkt abes bljr pn..;)..Nnt dh abes stud, gtwla brkhdmt kt hospital maner,leh mntk ubt sng sket..;p.. kalo ade bukak klinik, lehla bg harga diskaun yer,hehehe..k.

    Reply

  10. Mimie Azrin says on :

    susah2 tidur saja rumah mie πŸ™‚

    Reply

  11. Letting the time pass me by says on :

    Seronok jugak masuk blog-blog orang nie… At least we can learn something about other people…

    Reply

  12. Khairul says on :

    salam kak sarah~~~

    um, saya pun malas nak tunggu member gerak ke kelas sama2.. pergi dulu je, nak sampai awal. tapi kalau kita lak yg terlambat, mesti kena tinggal sorang2.. sedey je. tapi dah keputusan untuk bersendiri dalam hal-hal camni kan. terima je la.

    tapi dalam hal2 lain, kak sarah byk memimpin kan.. maknenye akak boleh mix in bila2 masa je, trus jadi extrovert

    keep on writing! menulis tu kan terapi. walaupun panjang, saya tetap baca tiap hari. sebab bila saya baca, saya jadi semangat nak studi! betul ni ^^

    jgn monyok lama ek.. tak canthek.. take care, daa~

    Reply

  13. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah…

    kak sarah….kak sarah…….

    oooo kak sarah…

    hahaahahahahahaha…..hmm dah senyum dah?hihi…(“,)

    dla rasa apa yg kak sarah faham tentang dla tu, betul kot. and dla pun rasa cam faham kot apa yg kak sarah dah lalui. apa yg dla lalui hanya satu titik kecil bulatan besar yg dah kak sarah lalui. jadinya, apa yg dla rasa pun hanya seciput kalau nak dibandingkan dengan kak sarah, kan?!

    dla pun jenis ‘lone ranger’. tp ‘lone ranger’ berpada-pada. takut jadi kes tak dapat nota cm kak sarah tu la. so selalu la wat muka tak malu mintak terang-terangan ngan diorang. dulu cam kecik ati gak, sebab selalu ‘tercicir’. tp skrg, ok dh kot…

    aish dla pon tgh tak brape betul ni…sori la kak sarah kalo kak sarah lagi berserabut baca komen ni…huhu…hihi(“,)…senyum balik ye….

    skrg ni sibuk betul. sebab tu ter’overdose’ coffeeeee..hihi..nak kurangkan waktu tidur sebenarnya, tp last2 nya bukan waktu tidur yg kurang, waktu berkualiti untuk concentrate pd kerja tu yg jd kurang sbb side effect caffein..=(

    terima kasih ye kak sarah…apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti…teruskan menulis, jangan berhenti….lantaklah apa org nk kata..dla tau kak sarah tahu apa yg kak sarah buat…ishk pening nye ayat…

    apa-apa pun, semoga sentiasa diberi kekuatan, ketenangan dan ketabahan dalam menempuh segala yang berlaku. ALLAH Maha Mengetahui, sedang kita tidak….

    hasbunallah…hasbunallah….hasbunallah….

    wallahu’alam (“,)

    Reply

  14. a.s.h.a.r says on :

    salam sarah,

    ada masa kita happy
    ada masa kita sedih
    ada masa kita tak tahu apa kita rasa

    semua org akan alami perasaan
    yang sedang kamu alami
    perasaan serta cara berfikir waktu pelajar
    terutamanya yg menyentuh kebajikan semua

    sarah bnyk terlibat dgn aktiviti luar dan persatuan
    rapatnya sarah dgn masyarakat
    tentunya membuatkan kita akan rasa geram, bengang dan yang paling sakit hatinya apabila sesuatu yg berlaku itu seolah kita diperbodohkan dgn mudah

    kami terutamanya di hujung 20an pernah alami keadaan ini 10 tahun lalu
    keadaan waktu itu amat menyakitkan dan mengelirukan

    hati mana yang tak terguris dek kebejatan tingkah laku penguasa
    hati mana mudah bersetuju utk digulakan

    namun,
    kita harus berbegang pada satu asas
    Yang Baik itu pasangan yang baik
    yang jahat itu akan bertemu pasangannnya

    hidup perlu berlapang dada
    tiada yang bersifat sempurna

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..” [al-Baqarah:216]

    kepada yg menggangu sarah dalam myworld…
    abaikan sahaja dik
    jika ingin menegakkan pendapat masing2 berkaitan siapa betul atau salah, di myworld bukan wadah utk mereka…

    teruskan berblog dgn berlapang dada
    dengan mereka.

    “myworld” milik kamu
    tiada siapa yang boleh mencalit warna duka.

    Reply

  15. Nisa ur cousin says on :

    salam…somwhow, if u’re sad, i feel semacam too =)
    since Ngah 1st year, mmg Ngah selalu cerita Ngah keseorangan..naik metro sorang2..most of the time, Ngah call Sya dari atas metro,transit nak ke hosp =)

    hehe, ms pre-clinical, Sya terkenal sebagai penaip nota pharmaco…mula2 Sya buat nota pharmaco utk kegunaan sendiri, tapi since 70% of my classmates are dependent on my notes, Sya terpaksa bersengkang mata taip elok2 utk diorg..Sya tak kesah…
    tapi since clinical ni, Sya ada study group..eventhough the task of typing notes dah delegate pd group members, still rasa lain bila menatap notes yg org lain buat… kadang2 Sya alter balik softcopy agar notes tu ‘diNisakan’,hehe…

    terasa nak balik kampung makan manggis!!tapi Ana nak dtg Kuantan, saja melepak dgn Sya,so my weekend is occupied! bosan tol minggu forensic nih…

    My world is a medium for me to keep myself updated with ur current issues…thou most of important events in ur life Ngah bagitau by phone =) every time Sya online, mesti bukak My World…

    take care…enjoy ur prog dgn orang asli tuh =)

    -nisa

    Reply

  16. Fairulhisham says on :

    Salam Sarah..saya setuju dengan pendapat Sarah..Kita x boleh terlalu bergantung dengan orang, tapi kadang2 org ni faham lain lak..klu semua kita nak bt sendiri diaorg ckp kita ni sombong, pentingkan diri dan sebagainya..apapun saya apa yg Sarah bt sekarang betul..teruskalah usaha Sarah ini..p/s Org kata dari berdua baik bertiga..dan seterusnya..setengah perkara baik bt secara individu..tapi sesetengah yg lain sebaliknya plak..ok..

    Reply

  17. nadia yuna says on :

    ouh.
    lone ranger lebih seronok!
    senang bergerak sorang2
    tidak buat org sakit menunggu
    kite juga tak sakit menunggu

    hohoho

    mood suda balik cik sarah?

    =)

    Reply

  18. Anonymous says on :

    lone ranger yg tak lonely coz along the way ada mereka tersayang bersama2,untung Sarah

    Reply

  19. abdul hayyi says on :

    Saya setuju dengan awak. Melalui blog kita boleh kenal kawan baru. Kadang-kadang kawan yang kita kenal melalui lebih serasi dengan kita..haha.. πŸ˜‰

    Reply

  20. hantu_siang says on :

    salam…
    alaaaa….kenapa tak bagi tahu awl2 nak datang cyberjaya..saya boleh la belikan tiket untuk awk balik temerloh..boleh awk balik malam ini juga… -hantu siang-

    Reply

  21. hantu_siang says on :

    salam..
    cukup mendalam entry kali ini..banyak maksud tersirit dan tersurat…penuh dengan luahan perasaan dan emosi hati awk..mmmmmm..hanya orang yang betol-betol faham baru dapat tafsir segala yang awk perkatakan…
    -hantu siang-

    Reply

  22. Inah says on :

    salam sarah..

    entri ni membuatkan akak sebak..my world..

    ur world is definitelu ur world dear..nobody can take that from u

    andai ada rindu bertaut..pasti ianya ukhuwah fillah

    HUGS!!

    Reply

  23. BasH says on :

    salam sarah…uih lama gila bash tak drop sini…macam mana skrg…
    sekurang kita ikhlas untuk meluahkan apa yang kita rasa kan..so no worries . rasa smua org faham kot..hehe tah apa2 yg bash merapu neh..

    Reply

  24. fattnieniey says on :

    ok kah?
    ko ke?
    ke ok? ok ke?
    ke ko?

    aiseh. ks sihat ke? tekanan jiwa lagi?
    takpe ks.
    jom kite bergembira dgn sushi!hehe

    Reply

  25. akak says on :

    sarah..akak sebenarnya tak reti sangat nak selami perasaan orang nie. Nak mententeramkan orang pun akak tak pandai jugak. MW adalah milik Sarah, Sarah berhak untuk warnakan dia dgn apa yang Sarah suka..jadi kalau org lain suka ke..tak suka ke..itu hak masingΒ², tak perlu Sarah nak pk kan…abaikan je. Sarah takkan mampu nak jaga semua perasaan kawan kat sini. Masih ramai lagi yang setia & sayang dengan dunia sarah nie.. jadi jangan tergugat dengan benda yang ntah ape-ape tu k..

    Reply

  26. Adzrul Ariff says on :

    Varien oh varien…lucu dan sedikit rindu sy kadang2 tu bila teringatkn varien, bila imbas balik 6 tahun perjalanan lepas. Bagi sy varien tu backup je, pernah sy ditegur doktor…”nanti dgn patient tak bolehlah bervarien2, takkanlah kamu hendak jawab nanti – oh saya tidak tahu disease patient ini kerana tak ada dlm varien…” aduhai insaf saya. ayat tu sy ingat sampai skrg. jadi bahan gurauan dgn kawan2 juga.

    Bila dah masuk clinical years sy dah tak depend kat varien sb semuanya clinical, patient-based learning semua kan, kenalah study betul2…lagipun seronok dan puas bila guna idea sendiri, tak dapat jawab sangat pun, idea basic dah ada jadi gorenngggg…. cuma kawan sy tegur pulak, sy goreng kadang-kadang ‘hangus’!!

    Lagi seminggu sy akan balik Msia. Tengah dlm proses nak betul2 convincekan diri yg saya dah habis belajar, akan kerja semua. Sungguh sy tak percaya yg sy sudahpun tamat belajar. Rasa pelik pun ye; dulu rasa mcm tak habis-habislah belajar kat russia ni, skrg bila dah habis, termangu pula sy dibuatnye. Rindu pula nak tinggalkan Russia ni, tapi dalam masa sama tak sabar pulak. Bittersweet feeling. InsyaAllah sy kerja kat M’sia.

    Reply

  27. myfisol says on :

    thanks for sharing Your World..:)…sharing is caring

    Reply

  28. faisal says on :

    Itulah sarah, suh jumpa acai takmo, kan dah takde mood,hahahaha..:) smoga semuanya bertambah baik..mmg dari kenal dan baca blog sarah ni tahu sarah seorang yg berdikari..tak perlulah kita menurut kata org setiap masa sarah, kitapun ada hak sendiri untuk menyuarakan apa yg kita rase…

    Ia seperti acai ada rumah..pastu acai tanam pokok bunga keliling umh yg kita rase sangat cantik dan menenangkan fikiran kita..pastu ada plak org mengata tak cantik dan sebagainya..:) takkan kita nak ubah segalanya kerana menurut kata mereka..:)

    *tunggu entry sarah yg tu

    Reply

  29. 13may says on :

    salam Sarah,
    Pandai sarah menulis…ada gaya bahasa yang tersendiri..

    err…SPM dapat bape dulu???
    hehhe hehhe

    jaga diri!

    πŸ™‚

    Reply

  30. akirasuri says on :

    Uit! Apsal tadek mood? :p

    Cik ati pun suka main game yg sarah main tu.. ha ha ha!

    jangan sedih-sedih na!
    Jaga diri πŸ™‚

    Reply

  31. Anonymous says on :

    i think i know what makes u so kusut ……it it bcos of a man….

    Reply

  32. Kasawari says on :

    ada ketika bersendirian lebih baik kan.. dan ada ketika perlu berkumpulan (berjemaah)..

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Wanie:
    ye. kamu sgt memahami ks. ingt apa ks penah ckp kt kamu dulu? bila tgk kamu, ks teringat diri ks wkt pre-clinical dulu. sejibik! org macho akn tetap macho. haha :p

    Nadia:
    sy smpai ke hari, even wkt cuti ni, hari2 main VOS. lg 1 yg sy suka main is hangaroo. huhu. kalau mcm x tau jwpn, sy google cari. sgt la x aci :p erm.. modd sy hilang sbb kena curik!

    Izu:
    eh, sy bkn byk songeh psl panas tu ye. sbb perfectionism tu, hmm.. no comment la. weekend ni akn makan ikan patin lg πŸ˜€ btw, sy bru tau apa kaitan awk dgn temerloh.. sorry to hear that :S

    Ainul:
    waa.. pandai guna yahoo translator nampaknya. hehe. tu la psl. ks rasa kn, utk buat ks senyum sorg2, ks kena imagine psl 20.09.2009 tu kot. haha. klu mak tanya apasal sengih je, ks jawab: mak, nak kawin boleh? hahaha. tp x de maknanya ainul :S

    Falin:
    terima kasih falin ats doanya tu πŸ™‚ sy ada prob lain yg x de kaitan dgn MW. cuma sy rasa MW potrays my feeling inside. hmm.. oh ye. klu sungguh2 lalu sini, singgah tau πŸ™‚

    Hafiz:
    thanks for the words. my prob now is not related with MW. but why i mentioned a lot abt MW is bcs MW potrays alot abt what i feel inside. i dont mind if pple blame me on what i wrote here. but im worry, if in any, if have hurt them.

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bulan Biru:
    utk zaman keje nnti, tu lain punya cerita. thats why sy kata, x ramai yg faham situasi sy. apa2pun, terima kasih sbb sudi kongsi ilmu tu ye.

    Nurul Iman:
    terima kasih iman πŸ™‚ n terima kasih jg sbb quotekan smula ayat2 tu. dh lama x dgr..

    Kylex:
    terima kasih kylex. betul tu. bkn sng nak jd sng. psl ubat2 tu semua, huhu.. knp la slalu org ckp mcm ni ye :p pengamal perubatan ada etika dlm pemberian ubat tau. yg pasal klinik tu plak, knp sume org slalu fikir yg kalau dh jd doktor, 1 hri nnti misti bukak klinik sndiri. klu nak remain as a GP, tu la pilihan ramai. tp klu nak lg naik n berkembang, ada byk saluran lain yg boleh dipertimbangkn πŸ™‚

    Mimie:
    ahaks. nnti sy malu sama azrin πŸ˜€

    LTTP Me By:
    sometimes it does, but sometimes it doesnt πŸ™‚

    Khairul:
    bila baca ayat yg akhir tu, ks x mau la monyok2 dh. sbb nnti tak chantek kan πŸ˜‰ hehehe.

    Dila:
    terima kasih dila. ks dh 5 thn jd lone ranger. if i do change in my final year, i dont think it might change the rest of the history. let time decides. as for now, im comfartable with my life. except when i realize that pple do bad on me. uwaaa πŸ™ i hate it. very much.

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Ashar:
    my current prob is not related with MW. sy tak kesah apa org fikir skrg ni cuma persoalannya… erm… aa.. x reti nak ckp. biar aje la. klu kita harap semua benda baik je dlm hidup ni, x de la erti ‘belajar drpd pengalaman’ kan.. apa2pun, thanks bro!

    Nisa My Dear:
    sya, ngah x mau balas panjang2 kt sini. i wanna call u straight away after this eventho it’s 11.44pm at the moment. i need u!

    Fairul:
    ntah la fairul. walau apapun, sy yakin ada je yg x setuju dgn apa yg sy tulis ni. maksd sy, mesti ada yg akn kata, kita kena hidup ‘bersama masyarakat’, bukan setakat berada ‘dalam masyaakat’. mcm pusing2 plak ayatnya. tak tau la awk bleh faham ke x.

    Nadia:
    πŸ™ πŸ™ πŸ™ masih belum lg la nadia…

    Anon aka Oneib:
    hmm… and I thank ALLAH for this!!!

    Hayyi:
    mcm tu la lebih kurang kan hayyi. cuma kadang tu kita pn boleh ‘tersalah kenal’ org :S

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hantu Siang:
    alahai.. yeke. tp sy segan la plak nak susahkan org.. HS, awk mmg seorg yg memahami. tiba2 sy takut plak klu2 awk betul2 faham apa yg sy maksudkn dlm entri ni 😐 awk faham ke?

    Kak Inah:
    jgn sebak2 tau.. i’ll settle it down.. soon, insya Allah. hugs from temerloh to my lovely sis!

    Bash:
    ntah la bash.. kadang2 ada benda yg kita tak sangka termenyakitkn hati org lain kan. tp apa2pun, entri ni buan sy nak maksudkn psl writings or what. ada mksd lain. tp mungkin takde yg sedar kot.

    Fatt:
    gulp.. mcm kau ok aku ok plak. hehe. sushi? ala.. x best. kt msia ni kita berdurian-rama la plak :p lain la kamu dh jelajah smpai pennag n langkawi. sgt x aci 😐

    Akak:
    terima kasih atas kata2 semangat drpd akak. sbnarnya sy bukan risau psl MW ni ke apa. tp pasal lain. nak kata ada kaitan, x de la sgt. tp ada la skit2. cuma x de sape lg yg dpt tangkap apa yg sy maksudkn.. akak, terima kasih sgt2 sbb slma ni akak selalu bg nasihat pd sy. n sejujurnya sy selalu nantikan komen dr akak sbb sy selalu dpt semangat n rasa termotivasi dgn nasihat2 drpd akak. terima kasih sgt2!

    Adzrul:
    haaa.. thats exactly what i meant! n thats why i am like this. klu ada juniors tanya psl preparation to excell in clinical, sy akn jawab, mantapkan per clinical. jgn main2. then akn rasa clinical ni senang je. hehe. tp lain org lain cara kan. Dr. Adzrul, selamat berkhidmat di msia =)

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Fisol:
    i write when i have smthg in mind. n i keep myself silent n out of reach when i think my writings hurt pple so much. n i will stop writing if i feel that pple hate my writings.. let time decide..

    Faisal:
    ni sape yg x mo jumpa sape ni. dia yg sibuk memanjang. huhu. nnti la. mak sy nk ke sana. kena tunggu dia free skit. boleh gitu? hehe. perumpamaan yg awk bg tu sedap. sampai mksd. tp tetap x menjawab apa sbnarnya yg tersirat dlm entri ni πŸ™‚ takpe la.. biar la sy sorg je yg tau.. erm.. entry mana 1 ni acai? hehe. sy cam blur plak :p

    May:
    hahaha~ ada2 je la awk ni may! SPM sy failed BM :p

    Cik Ati:
    πŸ™ sebab yg smeinggu tu.. susah nk terang. later ok! u’ll know!

    Anon:
    sesungguhnya anda sungguh salah. there’s nothing can relate my life with ‘a man’. sila teka lagi πŸ˜€

    Bro Kasawari:
    thats it! sgt betul πŸ™‚

    Reply

  38. kylex says on :

    hehe..psl etika ubat..:)..mmg btl ckp sarah..sbb, sy rpt ngan srg dktr gov ni,yg juga kwn baek bapak sy..die mau kasi ubt kt ayh sy yg dmm, last2 die gune name die jer kasi ubt,he3..bgsla dktr2 cmni..xslh gune kuasa..xde maen bg jer..kte mane la tw kn, smuanya di tgn ALLAH kn, sy igtkn ks jer,mane la tw kot2 bukak klinik,lehla dpt diskaun ms dptkn rwtn,huhuh..k..pape pn, wish u all da bes, till u become a muslimah doctor sarah..;)..

    Reply

  39. kylex says on :

    heheh..ade sket tmbhn..*kt ayat* till u jd a great muslimah doctor..

    Reply

  40. Ainul Arina says on :

    hoho, biasala..ada teknology kenela pakai.. actually kan ks, dapat idea pakai translator ni bila ainul rimas nk buat status ym. ramai sgt suka tanya klu buat status peliks2… so, bila pakai bahaa yang org tak paham, my world become my own.. aicee.. lagipun boleh suki2 nk cakap apa.. hehhe.. penyalahgunaan teknology betul..
    aha, nampaknyer kta suda jumpa satu unsur kasi ks ss (syok sendiri).. hehehe,.. ok la tu.. pasni bleh sengih ttg 20.09.2009 klu tetiba rasa mandom jer.. habisla pas ni makcik (apa nama mak ks ek?) risau anak dia asyik tanya nk kawin je kalo sngih sorang2.. tapikan ks rasanya time tu bkan ke ks dah habis study, ada kebarangkalian dapat green light dah tu.. hehehe.. hui, semangat2! sapa kata takde makna?ada la tu karang tu… (“,) weeee…. sixsenseku kata bulan sembiln next year ada bunyi kompang kat temerloh nun, maka sila siap sedia cuti sebulan awal.. heheh..

    Reply

  41. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah….

    kak sarah, happy2 selalu ya…(“,)

    Reply

  42. a.s.h.a.r says on :

    “cuma persoalannya… erm… aa.. x reti nak ckp.”

    bunyinya tak terungkai.

    tapi kan sarah,
    selalunya bila tahun akhir d U
    ramai yang berhadapan dgn situasi ini

    yalah, time2 masing2 dah ada ‘komitmen’
    dulu bergerak berkumpulan
    skrg geraknya berpasangan
    kalau yg ‘PJJ’ lagilah kesian
    geraknya keseorangan

    rileks dik,
    perasaan tu lumrah
    nanti kamu akan rasa indahnya
    percayalah utk 10 tahun lagi…

    Reply

  43. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kylex:
    yg psl klinik tu, kita tgk la nnti mcm mana ye. hehe. apa2pun, trima kasih kylex atas doa tu πŸ™‚

    Ainul:
    Ya ampun.. sabar je la kamu ni ainul. ni mak ks baca ni nnti, sah2 dia gelakkan ks tau. tp td dia siap ingatkn adik ks yg SPM thn ni. dia kata, lps SPM ni nnti, dia kena cat rmh. haha. takyah susah2 upah tukang cat. sbb dia sah2 x de benda nk buat kt rmh kn. sy tnya sbb apa nak iya2 sgt cat rmh smula sedgkn dh cat last yr. slumber je mak ks cakap sbb akak2nya dh nak kwin nnti. haha. ks ckp kt mak ks, xde maknanya mak :p eh udah2 la ainul. xde maknanya ckp psl hal ni. haha~

    Dila:
    harapnya kamu pn happy2 jg =)

    Bro Ashar:
    bro, apa yg bro cakap ni semua betul. tp tu la.. utk sy sndiri, sume tu bukan utk masa skrg ni la. hehe. 10 thn akn dtg tu, ye la tu. hehe. n benda yg sy kusutkn tu takde kaitan dgn hal2 yg mcm ni πŸ™‚ nampa gayanya kan bro, x de sorg pn dpt tafsirkn maksud entri ni πŸ˜€

    Reply

  44. Anonymous says on :

    makes me wonderin’,really…hrm

    Reply

Leave a Reply