Kenduri Kahwin, Reunion Dan Edisi Siasat
Semalam hari yang sangat memenatkan tapi menggembirakan. Di awal pagi, dapat berita adik saya Adnan akan pulang ke rumah. Tersangat rindukan dia! Sekitar jam 11.30 pagi, saya keluar membawa Aiman ke bandar untuk membeli hadiah buat kawan lama saya yang mendirikan rumah tangga pada hari semalam. Masih ingat yang saya ceritakan namanya Zaiti dalam entri Kazoku yang lalu? Semalam Zaiti telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Khaled.
Ingatkan sekejap saja hendak membeli hadiah. Sudahnya lama pula saya membelek barang dan kemudian terkejar-kejar pergi membungkusnya. Jam 1.15 baru siap semuanya. Nan pula telag sampai di terminal. Jadi saya pergi menjemputnya dulu sebelum bertolak ke rumah pengantin.
Sebaik sampai di rumahnya, saya pergi menemui Zaiti yang telah hampir 3 tahun tidak ditemui. Kali terakhir berjumpanya sewaktu saya ke UIA Gombak sekitar 2005. Dan apa yang lebih menggembirakan, saya bertemu 2 orang lagi kawan lama yang sekelas dengan saya dari darjah 1 sehingga tingkatan 3. Sharifah Nurfaizah dan Ruhana! Macam reunion pula. Sudah 8 tahun tidak bertemu Sharifah. Sharifah merupakan teman semeja saya sejak darjah 2 sehingga darjah 5. Bertemu dengannya membuatkan selera makan pun kurang. Macam-macam yang kami borakkan. Apabila Ruhana tiba, berpelukanlah kami bertiga. Saya rapat dengan keluarga Ruhana. Emaknya adalah kawan emak saya, juga seorang guru. Dulu Ruhana sakit. Dia menduduki SPM setahun lewat kerana bercuti sakit. Disebabkan sakitnya, Ruhana memang sangat kurus. Kini Alhamdulillah Ruhana telah sihat dan sudah makin berisi! Terkejut melihat dia semalam. Oh. Terlupa nak cerita. Zaiti merupakan adik kepada Hazamin In-Team (Amin).
Dan ketika di kenduri itu juga, secara kebetulan saya bertemu seseorang. Sebaik keluar dari kereta, sudah terasa cam. Rupa-rupanya betul. Abdul Hayyi. Seorang kawan atas kawan yang juga merupakan antara rakan blogger terawal yang saya kenal. Hayyi merupakan pelajar tahun akhir jurusan Perundangan di UIAM. Kecil saja dunia ni kan, Hayyi. Tak sangka terjumpa di kenduri Zaiti pula.
Sebaik sampai di rumah, saya hanya masuk ke untuk mengambil laptop dan kemudian terus bergegas mengikut ayah saya ke Shah Alam pula. Kami menghantar 2 orang sepupu untuk balik ke universiti. Sem baru akan bermula Isnin ini. Dalam perjalanan pergi, ayah bertanyakan saya sama ada membawa kamera atau tidak. Saya kata ada. Lalu, sebaik tiba di Genting Sempah, ayah melencong naik ke Jalan KL Lama. Kata ayah, ada edisi siasat. Ayah hendak menunjukkan sebuah tokong Cina yang menggunakan nama seorang Melayu dan di dalamnya juga ada patung seorang lelaki Melayu. Saya bertanya macam-macam kerana saya tidak faham sebenarnya apa yang diceritakan oleh ayah. Tapi sebaik sampai di tokong itu, segalanya terjawab. Nama tokong merah itu ialah Datuk Md Hitam.
Tapi ada seorang lelaki Cina bermotor sedang sembahyang di situ. Maka kami berpura-pura berehat di tempat lapang di sebelahnya. Memang udara di situ segar. Itu jalan untuk ke Genting Highland. Lama kami menunggu lelaki itu beredar tapi nampaknya dia sedang khusyuk berbual-bual di dalam tokong itu. Lalu ayah mengajak kami beredar kerana sudah lama menunggu. Tapi di saat kami menapak mendekati kereta, datang sebuah kancil yang dinaiki oleh sepasang suami isteri berbangsa India. Ayah bertanya, sudah biasakah dia ke situ. Katanya, ini pertama kali. Saja dia singgah di tokong itu kerana katanya selalu dengar disebut orang. Tak lama kemudian, laki Cina tadi keluar dan menyapa kami semua. Saya tergatal mulut. Alang-alang sungguh hendak tahu banyak tentang tokong itu, saya bertanya kepada lelaki itu. Ni boleh masuk tak? Saya memegang kamera pada waktu itu. Jadi saya dengan muka yang penuh innocent berlakon seperti hendak tahu banyak tentang tokong itu. Kemudian, ayah saya mengikut dan begitu juga adik dan sepupu saya. Pasangan India itu juga turut datang ke depan tokong itu. Maka ayah saya pu memulakan sesi perbualan dengan lelaki Cina tadi.
Sampai di Shah Alam, terus menghantar Linda ke kolejnya dan kemudian menghantar Hidayah ke rumah sewanya. Kemudian kami terus bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang, ayah dan Azizi tidur. Saya memandu seorang diri. Dalam pekat malam, saya terbayang-bayang patung Datuk Md Hitam itu tadi. Huhu~ Inilah yang membezakan kita Muslim dan agama lain. Mereka percayakan Allah. Sayangnya, mereka tetap menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Moga-moga aqidah kita semua tetapp jitu mengesakan Allah dan Muhammad s.a.w itulah pesuruh Allah yang terakhir. Tiada lagi perantara lain yang diutus Allah untuk menjadi perantara menjaga bumi ini. Allah Taala a’lam…
sarah…ade improvement..on my 5th day, after 2 hours guling2 n struggling then dpt 3-4 hours good sleep..
aah eh Min inteam org temerloh or mentakab..lupo..sarah org inteam..ahaks..shah alam? tenang n best tempat itu..argh rindunye shah alam..isk isk…org2 kat bangi lak…asik busy jer…susah betul nak get hold of them…eiiiii…..
Reply
Sarah….baru Fairul tahu ada juga tokong org budha sembah tu org melayu @ muslim..pelik..tapi benar..
Reply
hehe pandai la KS ni, tanya je la, terus boleh masuk kan. dekat ngan Genting Sempah ye, pasni saya lak boleh singgah
um, semoga dibukakan pintu hati dorang untuk meyembah Allah dengan cara yang betul.. mudah-mudahan..
Reply
salam…
awk nampak letih sangat..tengok mata awk pun dah tahu..
-hantu sinag-
Reply
salam kak sarah…
uish menarik la edisi siasat tu..hihi menakutkan je drive sambil terbayang benda2 macam tu..
gambarnya dah digunakan kat blog dla. kalo kak sarah ada masa jenguk2 lah ke sana, ya. mana tau ada apa2 yang salah silap, tolong betulkan, ya…
semoga sentiasa diberi kekuatan dalam apa jua keadaan. happy2 sokmo, ya!
Reply
bestnya kalau dapat jumpa kawanΒ² lama. Selalunya kenduri kawin la tempat yang paling sesuai buat reunioun. Kat situ la dapat jumpa kawanΒ² yang duduk jauh dan dekat berkumpul. Itu yang seronok kalau ade majlis kawin nie. Pasni boleh buat reunion untuk bloggers kat majlis Sarah pulak yek..mesti ramai yang turun padang..:p
Reply
Salam buat semua.
Izu:
oh.. alhamdulillah. lepas ni jgn duk kena letrik mana plak dh ye. hehe. sy org inteam? hukhuk. sy org myteam tv3. hahaha :p mama awk bz ke kt msia ni? dia balik cuti2 je kan? ke ada hal lain?
Fairul:
tu la pasal. td ada kawan cerita, dia pn ada dgr kawan cina dia ckp psl hal mcm ni jgk. nama yg dipuja tu namanya datuk Kong. seorg melayu muslim jgk. pelik kan..
Khairul:
haah. jln naik genting tu. ada jln kecik ke jabatan bekalan air klu x silap. turn right. kt situ la. tu la kan. harapnya terbuka hati diorg utk sedar apa yg sebenar-benarnya 1 hri nti =)
Hantu Siang:
prihatinnya awk ye.. mmg mlm sblum tu sy tido dlm 2 jam lbih je. sy x boleh tido mlm.
Dila:
terbayang tu dh 1 hal. lepas tu ks teringat2 bau kemenyan kt situ. diorg bakar colok kt luar tokong tp dlm tokong tu diorg guna kemenyan. mungkin sbb yg dipuja tu melayu jd guna kemenyan la kot. oh. dh siap ye. nnti ks akn jenguk ke sana =)
Akak:
mmg best dpt kumpul camtu! mmg ebst sgt2! excited sgt dpt jumpa kwn yg dh bertahun2 x jumpa. erk.. reunion blogger wkt majlis sy? huhuu… tak kot. sbb majlis sy ntah bila la tu. ntah ada ntah tak. kita ramai2 turun ke majlis acai la nnti.. (matyi la sy kena marah dek acai sbb tak pasal2 kait ke dia plak).. huhu…
Reply
wa ks..!! nampak gaya cam pas ni ks boleh ganti tempat abang ‘apakejadah’ kt edisi siasat nih… ^_^ buat2 muka innocent pun suda terer, senang la nak gali mcm2 rahsia.. hoho.. hebat2…
actually kan ks, kalau ks try gi tanya most of non-muslim yg tau dlm pasal agama diaorg, mostly akan cakap diaorg suma percayakan Allah. Tapi yang mensyirikkan akidah diaorg tu sebab diaorg kata Allah tu ada pembantu.. So, diaorg sembah ‘para pembantu Allah’ tu.. Even kat sini pun, ramai cam tu.. ‘Auzubillah.. semoga diaorg dapat petunjuk sebelum terlambat..
sakan ks pegi kenduri merata ek. siap buat reunion cukup.. bila lagi nak buat ‘reunion’ kat umah sendiri? aicehhh..
* tanya sambil hulur microfon..* cepat-cepat kasi pengumuman…
Reply
Sarah…betulla..klu kita kaji semua agama asasnya dari satu je percaya kepada Allah(kecuali agama yg tidak percayakan tuhan)..tp para pemimpin agama tersebut telah memesongkan fakta yg sebenar utk kepentingan mereka..p/s..wajib kita semua memilih para pemimpin yg betul..salah pilih..kita share sama nanti..
Reply
salam.
seronoknya org tu dpt jumpa kawan lama.. sesekali berjumpa lepas bertahun2 ni mmg byk benda nk dikongsi. moga lepas ni tak lost contact ye dgn kengkawan tu semua. skrg ni zaman dh makin canggih, so gunaknlh kemudahan utk bertukar khabar.
citer pasal agama tu membuatkan akak teringat pada sorang teman ni. katanya tak solat pun tak pe as long as kita tahu dan yakin siapa Tuhan kita. Itu nak panggil agama apa ye?
Reply
assalamualaikum sarah,
salam perkenalan.. π
akak jumpa blog awak dari blog fisol, seems awak byk komen kat situ, tergerak pulak nak menziarah ke blog awak… x sangka byk pulak persamaan kita.. π temerloh, kisas..
Reply
slm cik sarah,
bestnye dia dapat jalan2 sampai sini..sombong ek tak bagitau dah kat sini,hahahhaha..:) err, warak sungguh member sarah tu..ermmm, selamat jadi pengapit nnti ek sarah,hihii..
Reply
oh! ni lagi sorang selain acai. shah alam tu cuma 15 minit je dari rumah aku. huhu
pssstt.. masa borak2 dgn lelaki cina tu, ada selit tak konsep akidah Islam kt dia. hehe
slmt jd pegapit ye sarah. bila le kita nk tgk pengantin acai pula ni. acai!!.. hehe.. sementara ‘masih laku’ acai!.. hehe
Reply
sarah, menarik arr entry ni! 1st time azah tau ada tokong camni…
adakah sarah tak dapat tido kerana excited dgn cutinya kali ini? setiap kali buka blog sarah mesti ada cerita bes pasal cuti sarah!
Reply
Ada bendera UMNO kat tokong tu?Huhu…
Pelik tu..
Tak tanya ke lelaki cina tu kenapa bendera tu kat situ??hehe..
Reply
Assalamualaikum,
Saja mengoogle ‘Khaled and Zaiti’, found this post. Wonder if anyone of you interested to see more pics and videos perkahwinan Zaiti & Khaled. Boleh singgah di blog saya.
Wallahualam
Reply
Ainul:
hehe. ks x cukup cun utk appear kt tv. hahaha. tu la kan. diorg ni sedar adanya Allah sbg yg paling berkuasa. tp masih belum ada hidayah utk mereka terima islam scra kesemuanya.. alah.. yg islam pn ada yg menolak apa yg ada dlm islam itu sndiri.. reunion kt rmh ks 20.09.2009. boleh gitu? hohohoho *gelak besar dan jahat*
Fairul:
sy setuju dgn apa awk ckp ni fairul. tu sbb jgn salah pilih wkt PRU. ngeh3 =)
Kak Nonnie:
insya Allah akan keep in touch dgn diorg π erk.. yg mcm tu.. hmm.. islam yg tak sempurna rukun kot.. tu peranan org terdekat utk cuba terangkan yg sebetulnya mcm mana.. wallahu a’lam..
Kak Phica:
salam kak phica. oh yeke. akak pun kisas? batch bila? temerloh jugak? waa… kat mana ye? hihi. excited sat bila tau ni =) sy x sempat jenguk blog akak lg. nnti sy free skit sy ke sana ye. salam kenal dr sy =)
Acai:
ye.. dia mmg bagus orgnya acai. sy nak jd pengapit di majlis awk nnti ye. tarikh dh ada dh kan. cepat2 pilih tema. sy nk cari baju yg matching ni *lariiiiii*
Cikgu Jawe:
sy mmg selalu sekepala dgn acai cikgu π sorry ye cikgu. mmg malam tu bergegas balik temerloh terus. nnti sy ke kisas, sy bgtau cikgu ye π sepanjang borak dgn laki tu, ayah sy duk pusing balik tentang konsep ketuhanan yg hakikatnya Allah tu la yg paling agung kan. dan dia akui. bila dia pusing cita pdl datuk itu ini, ayah sy corner smula sebut psl Allah. mcm tu la kisahnya. ehem. tu la kan cikgu. sy tak sabar tggu mjlis acai plak π
Azah:
hehe. sy pn 1st time tau ni. huuu. sy mmg menikmati cuti dgn semaksimumnya! mcm2 ada π
Hayyi:
tak tertanya plak. kononnya nak buat edisi siat kan. patutnya kena korek habis2an kan. hehe. tp mungkin x ada kaitan apa2? upss :p
Musafir Kelana:
wa’alaikumussalam wbt. oo mcm tu ke. insya Allah akan ke sana nnti. terima kasih atas info ni ye =)
Reply
ntah le sarah..setau sy, die balik msia utk berehat n lari dari kepanasan doha…ini susah betul nak contact..sigh….i think, my prob has gradually resolved now..yeayyyyy…besh besh..oopss alhamdulillah… so doctor kene bg adiah arrr
Reply
Haha apa kena mengena dengan UMNO? Sakit ke apa. Rasanya penyembahan Datuk Md Hitam ni akibat salah faham konsep Tawassul, moga dikurnia hidayah. Tapi serius bab UMNO ni memang kelakar.
Reply