Assalamualaikum wbt
Rindunya saya pada dunia saya ni. Saya menghilang hampir seminggu kerana saya ada majlis yang ditunggu-tunggu di Bangi. Majlis perkahwinan sahabat baik saya yang sudah 8 tahun jatuh bangun bersama saya. Nurul Faaiqah dan Mohd. Saufi. Saufi juga sahabat saya. Mengenalinya ketika di PASUM. Jodoh mereka kuat. Biarpun cuma 2 bulan di PASUM, akhirnya mereka bertemu kembali. Kalau nak diceritakan, banyak insiden mereka ni yang melibatkan saya. Boleh tersenyum seorang dan berair mata kalau dikenangkan kembali. Alhamdulillah. Setinggi syukur kepada Allah kerana segalanya telah selesai. Selamat pengantin baru diucapkan buat Faaiqah dan Saufi.
Saya ke Bangi pada hari Selasa lepas. Saya datang lebih awal untuk membantu Faiq dan keluarga membuat persiapan. Keluarga Faiq adalah keluarga saya juga. Petang Selasa itu, saya membantu membuat sedikit persiapan akhir hantaran dan belajar berzanji. Sebenarnya, pada malam sebelum majlis, akan diadakan majlis khatam Al-Quran dan berzanji di rumahnya. Tak semena-mena, saya disuruh berzanji sekali. Saya dapat
verse ketiga. Tak panjang mana. Tapi inilah pengalaman pertama saya belajar berzanji. Nenek saudara Faiq, Atuk Inul, yang mengajar kami lagu zanji yang betul. Jadi, di atas inilah gambar sekitar majlis tersebut. Faiq memakai sepersalinan ungu. 3 orang adiknya juga turut khatam bersamanya. Selesai makan malam Selasa itu, saya balik ke Seri Kembangan. Malam itu saya tidur di rumah Ayah Long saya.
Keesokannya, saya datang semula ke Bangi. Saya membantu Faiq menyudahkan hiasan hantaran. Banyak yang saya belajar tentang persiapan majlis daripada Faiq. Kira menambah ilmu di dadalah ni. Huhu. Selepas Zohor, kami sambung berzanji dan selepas Asar, saya keluar sekejap bertemu seorang kawan. Sebelah malamnya, kami menyudahkan hantaran dan selepas Isyak, saya menginaikan Faiq. Gembira betul sepanjang menginaikan Faiq itu. Kebetulan ada seorang jiran Faiq sekali turut membantu. Cepat siapnya. Malam itu, saya dan Faiq tidur lewat. Walaupun lampu sudah dipadamkan, kami berbual di dalam gelap sehingga pagi buta. Terima kasih Faiq atas segalanya!
Keesokannya (Khamis), saya keluar rumah pada jam 7 pagi kerana perlu menghadiri mesyuarat di KL. Cerita selanjutnya tentang apa terjadi di KL, tunggu dalam entri berikutnya. Urusan saya selesai hampir jam 4 petang. Saya terus pulang ke Seri Kembangan dulu dan bermalam di situ pada malam itu. Penat sungguh hari tu. Penuh dengan kekhusyukan (mesyuarat) dan kegembiraan (tungguuuu~). Huhu. Awal pagi Jumaat, baru saya ke Bangi semula, bertemu dengan Amy dan Liyana, kemudian kami terus ke rumah Faiq. Kami memberi sentuhan terakhir pada hantaran dan yang paling gembira ialah menyediakan bunga rampai! Sebelum Asar, kami bertolak ke rumah keluarga Izu. Izu, silalah jangan marahkan saya. Kami tak sangka emak awak memang dah masak untuk kami petang tu. Huhu~ Emak ayah awak memang sangat cool =) Dan pada malam itu, berlangsunglah majlis khatam Al-Quran dan berzanji di rumah Faiq. Faiq memang berseri-seri malam tu. Saya dan Liyana menjadi orang kuat (hoho~) membantu keluarganya menguruskan majlis. Malam itu, saya bermalam di rumah Liyana. Kami bercerita itu ini jugalah sebelum terlelap. Memang penat hari tu. Sampaikan kami tak sedar tertidur macam tu saja sedang berbual-bual tu.
Dan di awal pagi Sabtu itu, saya sudah sampai ke rumah Faiq. Risau juga saya memikirkan Mak Andam yang terlewat tiba kerana ada ahli keluarganya yang sakit di hospital. Baru je saya dan Faiq nekad untuk menyolek Faiq ala kadar mengikut apa yang saya mampu, Mak Andam pun tiba. Kalau tak, entah apalah yang jadi pada muka Faiq disolek dek saya yang tak pernah pegang alak solek pun. Huhu. Sebetulnya, saya diberi mandat oleh Faiq untuk menjadi pengapitnya. Awal-awal lagi Faiq dah
booked. Besar hati saya tau, Faiq =) Alhamdulillah. Sekitar 10.15 pagi, Faiq dan Saufi telah selamat diijabkabulkan. Saya pula yang terharu waktu tu. Hikss.
Persalinan pernikahan mereka berwarna krim. Selesai akad nikah, mereka kembali ke rumah untuk sesi fotografi. Kemudian, pengantin lelaki dihantar balik untuk bersiap di tempatnya dan Faiq pula bersiap di rumah sebelum tibanya masa berarak selepas Zohor. Persalinan pengantin berwarna biru terqois. Sangat cantik =) Untuk sesi fotografi, ada 3 lagi persalinan.
Gown, Jawa dan
dress. Sangatlah cantik tau!
Ramai rakan 1 batch di KISAS datang ke majlis kali ini. Kebetulan, ramai yang sedang bercuti. Macam reunion batch pula pada hari itu. Sangat gembira! Walaupun saya kurang sempat berbual panjang dek kerana kesibukan ke hulu ke hilir, tapi saya tetap gembira kerana dapat bertemu semula dengan kawan-kawan yang memang sudah lama tidak saya temui.
Yang paling berharga, Faiq dan saya dapat bertemu dengan seorang lagi sahabat baik kami, Hidayah Hassan. Kami bertiga dulu memang gila-gila. Waktu prep malam, orang lain
study, kami bertiga berborak. Dah penat berborak, kami tertidur. Bila terbangun je, orang dah mula beredar balik ke asrama. Haha. Inilah kami bertiga dulu-dulu. Kali terakhir kami berkumpul bertiga adalah pada tahun 2004. Saya melawak pada Dayah dan Faiq. Nak tak bergambar macam kita bergambar 4 tahun sudah. Gelak besar je kami waktu itu. Kalaulah kamu semua tahu apa gaya kami bergambar tu dan cuba bayangkan Faiq dengan baju pengantin bergambar begitu lagi, memang pecah perut dibuatnya. Begitu juga Liyana. Kami berempat sekelas. Bagi saya dan Liyana, kami berdua banyak menghabiskan masa bersama kerana kami Ketua Pelajar. Liyana dan Dayah pula duduk di kumpulan meja hadapan. Saya dan Faiq budak meja belakang yang selalu tidur ketika kelas BM. Huhu. Saya yakin, tak lama lagi majlis Dayah dan Liyana akan menyusul pula, insya Allah. Istimewanya Faiq dan Dayah kerana mereka berdua berdarah kacukan Melayu-Cina dan wajah emak mereka seiras! Faiq, Dayah dan Liyana, nanti kita berkumpul lagi ya (^^,)
Faiq dan Saufi, awak berdua jangan duk ulang-ulang dah ye ayat tu. Karang tak pasal-pasal saya merajuk panjang. Hehhe. Kalau teringat balik gaya awak ajuk, saya rasa nak ketuk je awak Saufi. Huhu. Faiq, saya nak awak percaya saya tau. Terima kasih atas segalanya. Rasa nak tergelak pulak teringat mimpi malam tu :p
Haa.. Ini antara rakan blogger yang bertandang ke majlis Faiq.
Yasir Tamizi,
Azwan Ngali dan rakan serumah saya di Moscow,
Wanie Adnan.
Maksu pun ada. Tapi tak sempat pula bergambar dengan Maksu. Dengan
Cik Ati tak usah ceritalah. Sejak hari Selasa lagi sudah bertemunya. Cik Ati merupakan emak saudara kepada Faiq. Mula-mula kami malu-malu. Bila dah mula kenal, rancaknyalah kami bercerita itu ini. Cik Ati sangat
best! Dan kami sekepala 😉
Selamat Pengantin Baru buat Faaiqah dan Saufi. Semoga awak berdua sentiasa dalam redha Allah dalam meniti alam rumah tangga. Semoga cinta awak berdua membuahkan syurga. Insya Allah persahabatan kita akan berkekalan selamanya!
Alamak. Dah pukul 3.27am. Pagi esok ayah ajak saya ke Taman Negara. Dia ada kerja di sana. Tapi saya tengah demam. Mungkin pergi dan mungkin juga tidak. Malam yang selamat. Daa~