Sahabat Baik Saya Dah Kahwin!

Assalamualaikum wbt

Seperti yang saya ceritakan minggu lepas, inilah sahabat baik saya dari zaman kanak-kanak dulu yang baru saja mendirikan rumah tangga pada hari Ahad lepas. Tahniah buat Mahfuuzah dan Firdaus. Jenuh saya tunggu gambar dari kakak saya. Akhirnya petang Isnin barulah saya dapat. Rasa nak mengalir air mata saya tengok beberapa keping gambar yang kakak saya emailkan. Gembira sebab dah selamat dah jadi isteri orang dia ni ye. Ini gambar ketika selesai akad nikah. Persalinan pengantinnya pada hari itu bewarna merah jambu. Sangatlah manis. Dan apa yang buat saya lebih kagum dengan sahabat saya ni ialah dia tetap kekalkan tudung labuhnya ketika di hari perkahwinan. Alhamdulillah. Istiqamah sungguh. Jangan main-main tau dengan Mahfuuzah ni. Dia fasih berbahasa Arab! Jadi didoakan yang terbaik untuk Mahfuuzah dan Firdaus. Saya dah dipaksa oleh Mahfuuzah suruh ke Teluk Intan waktu balik bercuti nanti. Insya Allah panjang umur, ada kelapangan, sampailah saya ke sana nanti.

Lagi pasal isu kahwin. Tapi bukan saya yang hendak kupas. Mari dengar kuliah ringkas Ustaz Azhar Idrus ni. Suka betul saya lapangkan masa mendengar kuliahnya di youtube. Padat dan diselangi dengan humor yang buat keras pipi tersengih. Kalau ada masa, cuba-cubalah cari kuliah-kuliah lain dari Ustaz Azhar. Gerenti baik punya! (Topik cadangan: Ayah nakut dan Bidas ucapan Ummu Hadhari. Best amat!)

Nota: Alhamdulillah 1 exam dah selesai. Jawab oral depan lecturer dengan suara rock ala-ala Ella gitu. Hikss. Dalam perjalanan nak ke exam tadi, saya telefon kakak saya. Sempat pula bergosip sekejap. Dia bagitahu, semalam (Isnin), Ikram Dinzly (Zahar dalam cerita Bella tu) datang ke rumah saya. Aishh.. Pelik amat mamat tu. Buat apa datang rumah saya pula. Rupa-rupanya satu team penggambaran slot Gegar U di Astro tu singgah rehat-rehat dan bersiap-siap di rumah saya sebelum ke destinasi yang dituju. Huhu. Kaklong kata, dia budget je :p Tanya toilet kat mana pun kerek je. Huhu. Ironinya, rumah saya takde Astro pun. Tak main la Astro-Astro ni. Rosak budak-budak sekarang ni kalau banyak sangat hiburan diberi. (Hikss. Lucu pula sebab mula-mula saya salah eja nama Ikram tu. Macam bunyi sizzling mee pun ye juga!)

p/s: Yana, Ngah rasa macam tengah dengar Ayah De bercerita je bila dengar ceramah Ustaz Azhar ni tau. Hikss 😉

13 Responses to “Sahabat Baik Saya Dah Kahwin!”

  1. shazwani adnan says on :

    salam.

    tahniah buat kak mahfuuzah. KS jangan sedih2. kami masih single menemani KS. huhu

    Laa.. apa pasal jadi Ikram Dizzling pula? Nama dia Ikram Dinzly. macam bunyik sizzling mee je. ahaks. Ala.. kepingin makan sizzling mee..!! nak g makan kat foodcourt Mid valley! waaa…

    Reply

  2. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    baru nk kenekan sarah..
    nasib baik dah ade orang betulkan bunyi sizzling tuh..

    sarah will be de next kan sarah?
    how soon tu tak tau la plak bile eh..tp ASAP kan?
    hehehe..
    aduhai kekenyangan la skang..
    amboi..ni pizy citer bab2 makan ker kat sarah.. mesti la sy akan kate mama sy masak best. tu sebab kenduri Dr Azhar tuh pon, kitorang adik beradik turut same menibai lauk ayam merah dengan guests lain..

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Wanie:
    aishh. mana ada sedih2 kan. happy sgt2 bila tgk muka dia happy sgt dlm gmbr2 yg kaklong email pd ks. hahaha. dinzly ke ejaannya! hahaha. mana la ks ni tau. pakai ikut suka hati je eja nama mamat tu. lain la klu nama hans isaac ke. sure la ks tau dgn mantapnya 😀 wanie, tolong urut kepala ks.. ni ks baru je terjaga dr tido. masih demam…. mcm makin teruk je ni:( huu…

    Izu:
    hehehe. sy mana tau sgt bab2 artis ni izu oi. setakat tgk tu boleh la. nak hafal nama se-sorg, fuh, jenuh le jawabnya. sy next?? huh. tu sindir la tu. sabar je la dia ni. awk la yg dh stabil sume benda ni yg dh boleh langsung dh. huhu~ fizy cite pasal masak sedap n kek je. lain2 dia x cite pun. ke ada yg lain2? oo.. no wonder tgjawab diberikn pd dia ye wkt walimah tu. hehe. ada org hebat rupanya!

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    aish. demam lagi ke sarah. ni demam nak balik malaysia nih.

    tahniah le kt kawan awak tuh. moga bahagia selamanya.

    pekatnya ceramah cakap kelantan. pening juga nak faham. huhu

    Reply

  5. Inah says on :

    tahniah buat kawan baik sarah..i wonder sarah ni bila 😀

    ceramah ni kena tunggu balik baru boleh download..adooi..baru kul 8..lagi 7 jam nak balik umah..huhuhu

    ikram datang umah..huhuhu..umah sarah ni rumah penting ke kat pahang??mcm mano ikram boleh datang (nada menjeles :P)..lalallalaa

    artis ni mcm tu lah..bukan bagus sgt pun attitude depa tapi depa jugak yang dipuja2..di beri rumah, wang yang banyak..

    akak selalu bincang ngan teman sekerja..betapa budak2 melayu sekarang naik lemak..semua nak jadi artis..semua nak dapat duit banyak..

    alamak..lari isu pulak..maaf ye sarah..suka komen panjang2 kat blog sarah..lalalalala

    Reply

  6. faisal says on :

    slm sarah,
    Tahniah untuk sahabat sarah tu..:) two less lonely people in this world,ceewaahhh..smoga jodohnye kekal hingga keakhir hayat,amin…tengok2 cambar tu tak teringin ke sarah?kekekek…

    thanks for sharing ceramah tu sarah, sypun sbnrnya dah beberapa kali dengar ceramah dia nih,hehehe..:)

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    haah. demam lg cikgu. takpe la. kifarah dosa. cikgu, ni loghat terengganu la cikgu. bukan kelantan. huhu.

    Kak Inah:
    sy bila?? huhu. soalan yg takde jawapan smpai bila2. sy pun tak tau apasal diorg singgah rmh sy. agaknya salah sorg org2 yg terlibat dlm shooting tu kwn ayah kot. sy agak je la. kakak sy tak cite plak smlm. apa kak inag cakap tu betul. dan sy pelik la sgt. apasal la diorg nak sgt jd artis dgn alasan nak kaya. apa ingt jd artis ni boleh kaya sederap sekelip mata ke? patutnya diorg kena belajar elok2 then perform elok2, then kerja la yg elok2 jgk utk dpt rezeki. klu nak kaya, kena la byk sikit usahanya wkt keje tu. tp pokok pangkalnya bukan kaya. tp berkat atau tak rezeki kita tu. kan kak inah kan 🙂

    Faisal:
    2 less lonely people in this world, tp baru je bertambah semula 2 lonely (again) people in this world. mcm mana tu? huhu. eh eh. tnya sy plak ye. awk tu la yg patut ditanya. umur dh berapa dh acai. duit ada dh. rmh pun na buat dh tak lama lg. haa.. cukup dh semua tu. klu nak tggu sempurna segalanya, alamatnya ntah bila2 la kan. bestkan ceramah2 dia. sy suka dgr. padat n ada lawak2 tu. hehehe

    Reply

  8. nabilah says on :

    salam..

    selamat pengantin baru buat pasangan itu..teringat kenangan dolu-dolu.

    Astro dulu kami subscribe jugak, tp kena potong sebab bro tu tak bayar bill, ada tertunggak..then suruh akak plk yg settle..hiss, banyak benda lain yg boleh dibuat..lagipun diorang byk tengok katun ngan bola..itu je, eloklah pun kena potong…sib baik tak jadi katun jugak..hihi..

    Reply

  9. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    mama tu hebat die..hebat lg saye kot..
    lalalla :-“…
    sy ngah memikir, ape lagi nak suruh die masak sblom keberangkatan pulang neh..

    Reply

  10. Aleeya says on :

    tahniah buat kwn baik sarah
    semoga jodohnya berpanjangan ke akhir hayat

    Reply

  11. Ejalz says on :

    sarah, pusing-pusing satu dunia, rupanya ada kaitan kita dengan teluk intan eekk.. hehehe… ayah saya orang tk intan and they are still staying there…even my grandma pun masih ada di tk intan.. anak2 jek yang dah merantau merata negeri.. dulu your parents duduk kat mana?
    nanti bila nak balik malaysia? me going back end of june sampi merdeka day.. akan sampai klia on 30/6.. lepak shah alam, ada kenduri kawin, pas tu baru balik tk intan..
    cuti kita sama ke? kot-kot la ter’pergi’ tk intan, jangan tak bgtau pulak… boleh kita berkenalan secara physical pulak… hehe..

    Reply

  12. hawa says on :

    Orang Teluk Intan memang best!

    Reply

  13. Liyana says on :

    hahah…reallyy???!!leh la lpas ayh pncen yana suh ayh jdi pnceramah bebas lak…huuu~~~

    Reply

Leave a Reply