Kisah Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum wbt

Malam semalam, saya lelap mata pada jam 2.30 pagi. Itupun baru mula siap-siap untuk naik katil. Entah pukul berapa saya terlelap. Sekitar 3.50 pagi, saya sudah terjaga sebaik mendapat mesej daripada seorang kawan. Hendak tidur semula, mata sudah segar. Hati pulak cuak. Bangun sekejap. Baca nota. Sekitar 5.20 pagi, baru saya rasa mengantuk semula sedangkan saya kunci jam pada pukul 6 pagi (biasanya bangun 6.30 pagi sepanjang cycle ni). Tapi memandangkan ada exam, jam dikunci lebih awal. Malang nasib, disebabkan baru terlelap semula pada jam 5.30 pagi, saya tidak sedar jam berbunyi pada pukul 6. Dan disebabkan sudah biasa setiap hari bangun pada jam 6.30 pagi, walaupun tanpa jam, saya terbangun sendiri. Siap-siap, ulang baca nota untuk habiskan pusingan ketiga, sarapan (minum air je pun) dan bertolak ke hospital.

Alhamdulillah. Exam Trauma siang tadi, saya examted. Susah hendak terang bagaimana prosedurnya tapi pendek cerita Alhamdulillah mendapat markah yang warnanya berterbangan. Sebaik habis exam sekitar pukul 1 tengahari, saya bergegas ke Pejabat Dekan. Perlu menguruskan hal visa (untuk pulang bercuti nanti) dan ada mesyuarat bersama Puan Timbalan Dekan. Ada senggang masa kurang lebih 1 jam sebelum Pejabat Hal Ehwal Pelajar English Medium dibuka. Saya, Farah dan Faisal singgah di McCafe. Saya sekadar lalu minum Iced Cafe dan menjamah seketul muffin coklat. Itu saja.

Bergegas ke Pejabar Dekan. Uruskan visa (Alhamdulillah siap). Farah dan Faisal terus balik sebab mereka berdua tidak terlibat dengan mesyuarat itu. Saya terus menunggu di Pejabat Dekan sehinggalah mesyuarat tamat sekitar 4 petang. Misi berjaya tapi mesyuarat lanjutan bersamanya akan disambung pada Selasa depan. Aduh! Bergegas pulang (Ada insiden terjadi. Ini cerita lain kali ye. Hihi). Sampai sekitar 4.15 petang di bilik. Hanya sempat melepas lelah seketika, air pun tak sempat diteguk, terus saya berkejar ke perpustakaan pula. Wajib. Untuk meminjam buku bagi cycle baru yang akan bermula esok. Bertolak pukul 5 dari bilik dan perpustakaan akan ditutup pada pukul 6. Jadi saya berlari dari bilik menuju ke stesyen metro dan berlari menuruni escalator sedalam 150 meter ke bawah tanah. Di dalam metro tidak dapat duduk. Penuh. Orang pulang dari kerja. Kaki sudah lenguh kerana berlari dan nafas pula semput.

Tiba di perpustakaan 10 minit sebelum pukul 6 petang. Makcik-makcik pustakawan yang bekerja tergelak melihat saya. Makcik, kasihanlah saya ni. Penat tau. Saya jadi pengunjung terakhir perpustakaan petang tadi. Turun ke tingkat bawah perpustakaan untuk mengambil winter coat pada pukul 6.10 petang. Sempat menelefon seorang junior berkenaan hal PPIM. Selesai. Bergegas ke stesyen metro semula. Sambil berjalan, sambil menelefon. Perlu pulang, ada mesyuarat pada pukul 7 malam. Di dalam metro, penuh lagi. Terpaksa berdiri. Saya dapat berpegang pada palang pemegang dengan sempurna. Jadi saya tutup mata. Tidur. Sedar-sedar sudah sampai di stesyen tempat membuat pertukaran. Nasib baik ada seorang jejaka Rusia menegur sama ada saya hendak turun di stesyen itu atau tidak. Jika tidak, dia minta saya berikan laluan sebab dia hendak keluar. Oh. Saya juga hendak keluar, kata saya. Kami melangkah keluar bersama-sama ratusan lagi yang turun membuat perukaran di situ.

Sampai di stesyen tempat tinggal saya, saya keluar dan berjalan laju. Singgah di kedai runcit seketika. Terlalu haus. Wajib beli air. Nescafe X-press jadi pilihan. Lihat jam. Oh tidak! Saya sudah lewat untuk mesyuarat. Mahu telefon pengerusi maklumkan keberadaan saya di luar. Periksa kredit telefon. Oh tidak! NEGATIF! -9 ruble! Patutlah saya tidak dapat menghantar mesej sewaktu di dalam metro. Ini gara-gara menelefon seorang kawan di Malaysia sampai tak ingat dunia tadi. Saya lihat diut kecil baki tadi hanya ada 30 ruble. Saya topup telefon di mesin topup dengan 30 ruble saja. Tak pernah hayat buat begitu. Tapi cukuplah dulu. Saya menelefon pengerusi persatuan. Suruh dia teruskan dulu mesyuarat. Katanya, baru tengah berkumpul semuanya. Aik, sudah 7.30 masih belum berkumpul semua ke? Saya jalan laju-laju.

Pukul 7.40 malam saya sampai di bilik. Terus bermesyuarat. Secara online. AJK semuanya tinggal di tempat yang berbeza. Mudah begini. Sambil menyuarat, saya teguk Nescafe X-press. Habis! Mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat sehingga jam 10.30 malam. Saya sudah terlalu penat. Urus-urus diri. Masuk dapur, baru tersedar saya belum makan apa-apa lagi hari ini melainkan muffin coklat tenghari tadi. Saya ambil sekeping roti. Saya keluarkan serunding. Letak serunding atas roti, kepitkan roti dan makan. Makanan rasmi saya hari ini ialah muffin coklat dan roti dengan serunding. Gabungan budaya timur dan barat, kan?

Apa motif entri ini? Sebenarnya, saya hendak minta maaf sebab otak masih belum mampu untuk menulis entri review tentang pilihanraya itu. Hati membuak-buak. Tapi untuk menulis satu topik yang berat, tidak boleh sambil lewa. Saya menulis, ada kawan-kawan yang baca. Setidak-tidaknya, mesti ada ilmu yang dikongsikan. Mana boleh menulis yang sambil lewa. Ye dak? Jadi, saya minta maaf. Otak saya sudah keras untuk malam ini. Esok pagi saya akan bangun pagi. Saya akan tuliskan entri itu sebelum bertolak ke hospital. Esok cycle baru bermula. Lebih dahsyat kali ini. Kelas dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Setiap hari. Alhamdulillah hospitalnya sekitar kawasan ini saja. Subjek Pediatrics dan Psychiatry. Permisi dulu. Saya mahu tidur. Sudah 3 malam tidur saya macam ayam main kenyit-kenyit mata dengan itik.

Selamat malam dari Moskva yang dingin. Katil bujang saya sudah memanggil-manggil.

Rabbi yassir wala tu’assir…

8 Responses to “Kisah Sebuah Kehidupan”

  1. cikgu jawe says on :

    hmm.. hari yang sgt sibuk. kisah hidup yang mencabar. bukan calang orang sanggup meredah segala kepayahan yg sarah alami. sarah memang mewarisi darah pejuang..

    Reply

  2. faisal says on :

    slm sara,
    *tarik telinga…nape tak makan nasik?hehehe…:) fuhhh, mmg mencabar betul hidup seorang student doktor ni,hehe..:P tapi mesti hati gembira akan pulang tak lama lagi..awk sangat tak cukup tidur sarah,huhu…tahniah mendapat kaler terbang2, mesti seronok makkan,hehe…baru nak baca review pilihanraya sarah,ceeewaaahhh…tapi sypun agak bizi juga,hihi..slmt menghadapi hari jumaat sarah ye..bykkan selawat..

    Reply

  3. ytmz says on :

    nampak sibuknya. banyak noktah. terasa pantas membaca jugak. memang bergegas nampaknya semalam ya. hehe ok hadap dulu kelas segala.. kalau diseru yasir datangla dia.. dgn segera =)

    Reply

  4. WanHidayat says on :

    Salam…alhamdulillah semuanya dah selesai kan…rasanya lah, dari exam sehingga ke pengurusan pulang bercuti…saya dah mula sibuk balik, back to normal, tak boleh nak jadikan sakit sebagai alasan untuk tidak boleh lakukan yang terbaik…mmbaca kisah ayah di bawah, sy sendiri rasa termotivasi…kena kerja kuat….ooo, awak beli camera jugak ek???, mesti gambar2 lepas makin cantik…minggu ni kemungkinan sy byk naik laut utk execution of job…walaupun belum ready sepunuhnya tapi kerja zupppp tetiba makin byk….amanah dan tanggungjawab. Sementelah awak dah abis exam nih, bawalah berehat ek…rehat yang puas2 ek….

    Reply

  5. mAkCiK De' KiPaS says on :

    selamat tidur sarah! mesti amat penat kan? kesian dia….

    *tak sabar nak tunggu sarah balik malaysia*

    Reply

  6. manje says on :

    jaga kesihatan walau sesibuk mana sekalipon… kalau sakit apapun tak le buat…

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    darah semangat dr ayah n darah pejuang dr emak 🙂

    Faisal:
    Acai, tak cukup tido takpe. ambik wuduk, segarkn muka, solat sunat, pakai krim bawah mata, so semua kembali jd normal. hehe.

    Yasir:
    sy terharu dgn offline msg pg td 🙂 sibuk2 pun, ada byk benda tak boleh abai. oh. its weekend. yeay~ weekend boleh seru jgk ke?

    Hidayat:
    ye.. sakit mmg tak boleh dijadikn alasan. pasal kamera tu, haa.. ni sah baca kt blog abg rush. huhu. tu cite lain. x mo cakap kt sini. nnti abis sume tau :p mmg exam dh abis tp new cycle pn dh mula. jd, mcm x de masa rehat yg nyata sgt pn. weekend je dpt rehat.

    Azah:
    wkt azah komen tu, sy dh jaga dh. hihi. sy tido sat je mlm smlm 🙂 azah, cuti ni kita kena jumpa ni. sy rajin turun ke klang 🙂

    Manje:
    trma kasih atas ingatan dr manje 🙂 kalau sakit, boleh tido je nnti. hihi.

    Reply

  8. MK says on :

    waa.. bz bz bz kak sarah ni. lagi bz dari saya (bz ke saya? huhu). kak sarah makan serunding! jelesnye… ni buat saya mengidam serunding nih, huk2.

    all the best ye KS, dah2, pi tidur, jgn dok main mata dengan itik

    Reply

Leave a Reply