Kita Ini Manusia

Assalamualaikum wbt

Bangun dari tidur pagi tadi (31 Jan), saya sedar saya sedang memegang Ma’thurat saya. Tenangnya hati pada waktu itu. Saya menghabiskan 2 jam tengahari tadi menghafal semula jenis-jenis rawatan untuk beberapa penyakit. Senangnya ilmu masuk hari ini. Macam air mengalir. Kemudian saya berehat sebentar dengan membuka beberapa blog kawan-kawan.

Saya terpempan membaca perkongsian yang ditulis oleh Hidayat. Tidak pernah saya membayangkan seperti apa yang diceritakannya ini. Bacalah coretannya kali ini. Moga-moga kita dapat menilai semula diri kita. Ya. Kita manusia memang tidak pernah lari dari salah dan silap tetapi kita tidak pernah terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dan selepas membacanya, saya terfikir apalah agaknya yang kamu semua dan rakan-rakan, baik yang sekarang mahupun kawan-kawan lama fikirkan tentang saya. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas segala salah silap, bahasa yang kasar mahupun tindakan yang tidak menyenangkan yang pernah saya lakukan. Maaf dengan sangat.

Semalam 31 Januari 2008. Hari penyudah bulan Januari. Juga hari bersejarah buat seorang insan yang cukup penting dalam hidup saya. Kak Nuranisa Anuar. Seorang senior yang saya kenali sejak zaman sekolah dahulu. Yang sudah saya anggap seperti kakak kandung. Ketika saya masuk ke KISAS, Kak Ani sudahpun tamat SPM. Kami menjadi rapat kerana Kak Ani datang membimbing pasukan bahas ketika itu.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-25 buat Kak Ani. Semoga redha Allah sentiasa bersama Kak Ani. Juga Selamat Bertunang buat Kak Ani dan Abang Ewan. Semoga impian Kak Ani dan Abang Ewan untuk hidup bersama dipermudahkan Allah. Nasib baik majlisnya bulan Ogos nanti. Kalau tak, saya merajuk tau Kak Ani. Nampaknya ada 2 walimah orang penting dalam hidup saya yang akan saya hadiri ketika pulang nanti. Walimah sahabat baik saya Faaiqah dengan pasangannya (juga sahabat saya) Saufi dan walimah Kak Ani dan Abang Ewan. Gembira betul saya. Mereka berdua inilah penyimpan mohor-mohor besar untuk diri saya. Sekarang tinggallah saya seorang nampaknya.

Dan pada hari ini pula (1 Februari), Selamat Hari Lahir yang ke-13 buat Adik Azizi. Ngah doakan Zizi diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan dalam menuntut ilmu dan dipanjangkan umur. Macam yang Ngah mesejkan pada Zizi, semoga Zizi jadi anak yang baik, tak tinggal solat, tak melawan kata dan rajin belajar. Ngah gembira dengar Zizi suka kelas baru Zizi ni. Walau macam mana sekalipun keadaan Zizi, Ngah sayang Zizi. Sayang dengan sangat.

Salam maaf atas segala kekhilafan diri sepanjang saya bernama Sarah buat kamu semua. Salam sayang buat Kak Ani sepanjang saya bergelar Aya dalam hidupnya. Dan salam rindu buat Adik Azizi sepanjang Ngah menjadi kakak buat Zizi.

____________________________________________________________

Hari buat dia:

85) Petikan dari Ma’thurat – Ya Allah, aku terjaga (atau tertidur) olehMu dalam nikmat afiah (keselamatan dari bencana) dan terjaganya dari rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku. Maka sempurnakan nikmatMu, afiahMu dan penjagaanMu itu ke atasku di dunia dan di akhirat. Doa ini cukup memotivasikan hari dan tidur kita. Semoga Ma’thurat terus menjadi amalan kita semua. Motivasikan diri kita untuk rajin mengamalkannya.

23 Responses to “Kita Ini Manusia”

  1. cikgu jawe says on :

    salam sarah.

    kak ani dh bertunang. faaiqah dh nak kawen. bila agaknya wanie dn awak pula yeeee.

    aku dh baca posting wan hidayat. semua manusia mmg pernah buat silap. tapi dr kesilapan kita belajar jd dewasa. dn kita makin dewasa mengharungi badai hidup.

    kitalah nakhoda pada bahtera diri kita.

    Reply

  2. shazwani adnan says on :

    Salam.

    Uppss.. cikgu, sy lambat lagi. bagi KS dulu. mana boleh langkah bendul.

    Terasa juga diri ini buat salah dengan ramai orang. Maaf juga dengan sangat.

    Selamat ulangtahun kelahiran buat kak ani dan azizi. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.

    Sentiasa dalam keinginan untuk memperbaiki diri.

    Amiinn..

    Reply

  3. M A Sabtu says on :

    sarah,

    insyaAllah pagi ni lari sekejap ke Kinokuniya @Plaza Senayan Jakarta,

    …untuk beli buku DASC untuk sarah!

    Reply

  4. faisal says on :

    Slm sarah, emm sory ganggu pepagi,ceewaahhhh…:P dah lama rasanya tak baca ma’thurat..dulu bleh baca tanpa buka skrang dah lupa,huhuhu…

    slmt hari lahir untuk semua akk, adik ipar zizi dan kengkawan sarah semua,hihiihi..smoga mereka semua dirahmati Allah,amin..

    sypun minta maaf atas salah silap sy sepanjang kita bersahabat ye sarah..:)

    Reply

  5. Aizar says on :

    Salam Sarah…moga ceria2 selalu..
    sy pon sentiasa cuba mempertingkatkan diri..
    tpkan,kita tak boleh nak memuaskan hati semua orang..kan..kan..kan..

    Reply

  6. WanHidayat says on :

    Terima kasih teman….selamat hari lahir kepada kengkawan sarah tuh…semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki…….amin…have a blessing friday….

    Reply

  7. Pengusaha Cowbra says on :

    salam,sarahku shayang.

    moge selamat2 hendaknya semua ya.

    sarah bile lagi?

    *jeling2 satu nama*

    Reply

  8. fizz says on :

    Salam sarah, kadang kala kesilapan itulah yang mengajarkan kita berubah untuk menjadi yang lebih baik. betul tak? selamat belajar ya sarah, ilmu itu ibarat air, tegukla walaupun cuma setitik…

    #soalan cepu mas, sarah bila pula?..hehe

    Reply

  9. Faresya Fareed says on :

    ks ni bla plak ek?tringin noo nk tau…eheh

    Reply

  10. aNgRiAni says on :

    salam sarah…best lah lagu kat blog sarah ni…syahdu-syahdan…

    Reply

  11. myfisol says on :

    Selamat bertunang, selamat hari lahir dan selamat semuanya untuk kawan & adik sarah tu…and for you too.

    bro sejak jadi AJK surau ni, selalu jugak membaca Ma’thurat tu. BTW I don’t know how I end up jadi AJK surau nie…mungkin the people see something in me that I don’t see..

    Allah know best…

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    ala cikgu. sampai masa nnti, ada la insya Allah turn sy plak. skrg rezeki diorg dulu. sy tumpang gembira la kn utk dirg 🙂 sy take note psl kitalah nakhodah diri kita. kat situ bawak mksud besarnya tgjawab kita utk diri kita ni. AMANAH.

    Wanie:
    eh, apa salahnya kamu kawin dulu pun. takde istilah langkah2 bendulnya ye. meh langkah tangga sama2. hihik.

    Pakcik Sabtu:
    ya Allah. sungguh2 ke ni pakcik? terima kasih sgt2! terharunya sy… terima kasih!

    Faisal:
    acai, mula slow2 smula ok je. dpt baca sekali ehari pun dh ok kan. walaupun sy hafal yg sughra, tp sy suka pegang bukunya skali. sbb dpt baca makna. kasi motivasi skit bila tau makna. ehwa. adik ipar la plak yek. acai, mintak maaf jgk ye semua salah silap.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aiza:
    itulah point nya aiza. kita mmg takkan dpt memuaskn hati semua org tp kita kena jaga/ambil tahu apala agaknya org fikirkn tntang kita. jd, kita kena sntiasa perbaiki diri kn. maafkn salah silap sy ye aiza.

    Hidayat:
    terima kasih jgk teman. sbb perbincangan yg awk bawakan betul2 buat sy tersentap smlm. have a good day in miri 🙂

    Ryn:
    eh ryn ni. sy patut tanya awk. awk bila lg. erm.. jeling2 nama sape ye? hehe.

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Fizz:
    ye. betul tu. kalau mcm tu kn, sy nak teguk banyak2 smpai kembung perut. hehe. ups. soalan cepumas sungguh ye. sy tunggu fizz sudah dulu la. lepas sy ke jerantut, bru awk ke temerloh ye fizz :p

    Angriani:
    salam kak. terima kasih. nnti sy pilih lagu best2 lg ye 🙂 salam kenal dr moscow 🙂

    Bro Fisol:
    sy suka dgn ayat: maybe people see something in me that i dont see. kadang tu, kita mmg tak nampak value yg kita ada tp org dh nampak. dgn pikul tgjawab mcm jd AJK surau ni sbnarnya byk baiknya. lebih dekatkn diri kita dgn kebaikan sgguhpun pd awlnya tu hanya sbb atas rasa tgjawab je kita buat kerja tu kn. yes. Allah knows best. always.

    Reply

  15. 13may says on :

    Salam Sarah,
    Lama tak jenguk ke sini…dan byk plak yg terlepas…maklum la, sekrg sgt busy dengan kerja…dah jarang sgt muncul dlm blog nih…

    Btw, skrg bahasa penulisan Sarah makin indah..sedap ajer baca..

    keep it up!

    Have a nice day!

    🙂

    Reply

  16. azreen says on :

    hurmm.. bila umur dah nak masok 223-24 ni, memang akan terima laa jemputan kawin dari rakan-rakan.
    hehehe..
    🙂

    kak sarah, kita muda lagi.. jauh lagi alam perkahwinan tu.. kan ? 😛

    Reply

  17. Pengusaha Cowbra says on :

    sarah,rynn lambat agik.

    tungggu abg sarah neh :p

    *larikk menyorok belakang pintu!*

    Reply

  18. azizi says on :

    terima kasih bayak2ngah jiji pun sygngah juga

    Reply

  19. sembangkomputer.com says on :

    salam kak sarah

    xpe2, khairul maafkan kak sarah. hehe.

    selamat hari jadi zizi, kamu sudah dewasa. kamu akan membalas jasa. ibu ayah tercinta, jasamu tak ku lupa, mendidikku hingga sempurnaaaaa..

    *erk, dah lama tinggal al-mathurat*
    *balik keje ni kena cari mathurat la kat surau >_<*

    Reply

  20. one says on :

    Salam,sayapun 🙂

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    May:
    haah. lama tak dgr kabar awk. tp takpe. drpd email2 awk yg best2 tu sy tak awk sehat2 aje kt sana. walau bizi camne pun, jgn lupa jaga kesihatan ye may.

    Azreen:
    sesungguhnya kita mmg mud abelia lg 😀

    Ryn:
    lambat lg la konon :p eleh. suruh blkang pintu, boleh ditarik keluar smula! hehe.

    Khairul:
    dah jumpa belum mathuratnya tu? hehe. nnti akk balik meh dtg rmh. alang2 dh dekat tu kan, dapat nnti kenal zizi 🙂

    Azizi:
    eh, ni sapa ajar zizi utk tinggalkn komen ni? mak ke ayah? hehe. ngah pun sayang zizi sgt2 tau!

    Oneib:
    ye. sama2 la kita.

    Reply

  22. Zack says on :

    Sarah,

    Even after a hard thinking and self-deliberation, i still cudnt relate the entry’s title with its contents. or izzit becuz im too analytical and just make things in a fuss

    LOL my my

    enw, we shall hope and pray for da best to both couples. once they officially solemnised, our family tie will increase a new member. hence, by hook or by crook u must cum back dis year and arrange a welcoming party to ewan yah (or shud i address abg ewan too?) LOL

    dis excerpt, albeit to sum up, be da best wishes and guidance for kak anie and (abg) ewan ..

    Love is always patient and kind
    It is never jealous
    Love is never boastful nor conceded
    It is never rude or selfish
    It does not take offence
    It is not resentful
    Love takes no pleasure in other people’s sins
    but always delights in the truth
    It is always ready to excuse, to trust, to hope and to endure … whatever comes

    Love always,
    xxx

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Wan:
    let us all pray for their best n happy ending 🙂 hep, u no need to call him abg ewan la. euuww.. huhu. even the age gap is there, but it doesnt sound cool :p

    Reply

Leave a Reply