Cuti-cuti Moscow ii

Assalamualaikum wbt

Kali ini, saya ingin menyambung kisah Cuti-cuti Moscow saya bersama Cik Wanie. Pada hari Ahad lalu, selepas Asar, saya dan Wanie bertolak menuju ke Metro Mayakovskaya. Kami ke sana dengan hajat untuk ke Restoran Pizza Hut bagi mengisi perut. Hajat lain, inilah hadiah saya untuk diri sendiri sempena ulangtahun kali ini. Tapi lain pula jadinya sebaik tiba di sana. Pizza Hut yang biasa saya kunjungi dulu sudah tiada lagi di sana. Sebaliknya, sudah diganti oleh sebuah Restoran Pizzerissimo, juga sebuah restoran berteraskan pizza tetapi lebih berkelas dan pastinya lebih mahal daripada Pizza Hut. Kami mengambil keputusan untuk membelanja diri masing-masing di situ saja. Sudah malas hendak ke stesyen lain untuk mencari Pizza Hut (sebenarnya satu stesyen selepas steyen itu saja).

Bersebelahan dengan restoran tersebut, terdapat sebuah Concert Hall yang digunakan untuk pertunjukan teater dan tarian. Yang pastinya, Concert Hall ini kebiasaannya hanya dilawati oleh golongan atasan kerana kelasnya yang lebih tinggi berbanding dewan teater lain. Dari luarnya saja sudah boleh dilihat lampu bergemerlapan dan karpet merah untuk masuk ke tangga utama.

Kami memesan makanan. Saya memilih Spagetti Ocean and Mountain (berasaskan makanan laut dan cendawan), sebiji pizza tuna saiz kecil dan air Strawberry Syrup Chocolate. Wanie pula memesan Fish Fillet with Baked Potato Puree and Mushroom Souce, sebiji pizza mozarella saiz kecil dan air Vanilla Ice Cream. Ya. Inilah menu kami pada hari itu. Memang banyak. Makanan tiba sedang elok ketika waktu Maghrib pun masuk. Jadi saya pun terus berbuka.

Makanannya sangat sedap. Betul-betul menepati citarsa lidah kami yang Melayu Jati Temerloh dan Melayu Jawa ini. Untuk pengetahuan semua, bila hidup di perantauan ini, salah satu masalahnya adalah untuk menyesuaikan lidah kita dengan citarasa tempatan. Tapi Alhamdulillah, di restoren itu, segalanya sempurna. Saya masih terbayang-bayang hirisan dan serbuk keju halus di permukaan spagetti saya yang mencair sebaik digaulkan dengan kuah sup cendawan berudang yang panas itu. Orang Itali kata: Perfecto! Malangnya, saya hanya dapat menghabiskan separuh saja daripadanya kerana saya mengalami gastrik dengan tiba-tiba. Sebetulnya perut saya telah mula pedih sejak jam 11 pagi tapi saya tetap mahu menghabiskan puasa pada hari itu. Nasib baik Wanie membawa ubat gastrik yang saya bekalkan padanya. Pizza saya hanya jamah sepotong saja dan selebihnya dibungkus pulang.

Lain pula bagi Wanie. Dia berjaya menghabiskan makanannya tetapi 2 potong pizza tetap terpaksa dibungkus pulang saja. Sebelum melangkah keluar, restoran itu mula dipenuhi oleh pengunjung yang baru sudah menonton persembahan di Concert Hall bersebelahan. Semuanya ala-ala Mak Datin. Yang lebih mencuit hati, kami memasang telinga mendengar perbualan beberapa orang pelanggan yang mengagak-agak kadar kalori yang terkandung dalam makanan yang hendak ditempah. Dan mereka membandingkan dengan berat makanan tersebut. Contohnya Cheesy Beef Steak seberat 90 gram satu hidangan. Aduh. Kami berdua ni. Tak sempat dah nak fikirkan kadar kalori semua ni. Nak makan, makan saja. Jangan fikir dah. Hairan betul saya dengan orang yang terlalu menjaga kelansingan badan ini. Hilang satu nikmat. Nikmat menghadap makanan dengan gembiranya!

Dari situ, kami menaiki metro menuju ke stesyen Teatralnaya. Di situ terdapat pertukaran untuk 3 buah stesyen sebenarnya. Ke laluan Merah (Stesyen Okhodny Ryad), ke laluan Biru Tua (Stesyen Plosyad Revolutsy) dan ke laluan Hijau Tua (Stesyen Teatralnaya). Tapi kami tidak membuat sebarang pertukaran. Sebaliknya kami keluar menuju ke arah Kremlin. Ketiga-tiga stesyen tersebut letaknya di tengah-tengah Moscow City, berhampiran dengan The Red Square. Dari situ, kami berjalan kaki menuju ke dataran di hadapan Kremlin. Kebetulan, tempat meluncur ais awam telah mula beroperasi dan suasana sangat meriah pada hari itu. Waktu itu, jam baru menunjukkan sekitar 5.40 petang. Kami berjalan-jalan di sekitar The St. Basil dan sempat bercanda-ria dalam suhu 3 di bawah takat beku. Salji juga sedang turun pada waktu itu tapi tidak sesejuk mana. -3’C masih dikira boleh tahan saja buat kami.

Dalam perjalanan menuju ke metro semula, kami melalui Moscow Historical Museum. Pada hari tersebut, sedang berlangsung sebuah pameran Emas Ketuhanan Seantero Dunia. Sebenarnya tadi kami telahpun melintasi muzium ini tapi tidak berhajat untuk masuk. Tapi setelah lalu buat kali kedua, hati saya dipanggil-panggil untuk menyaksikan pameran tersebut kerana terpujuk dengan kelembutan ayat: Dear Moscow and Guests of Our City yang disebut oleh narator yang membacakan kronologi aktiviti di muzium tersebut. Setelah dua kali mendengarkannya, kami berdua ke kaunter tiket dan menunjukkan pas pelajar kami untuk mendapatkan harga pelajar. Murah saja.

Ketika menyaksikan pameran emas itu, saya kira, kami berdualah pengunjung termuda di dalam dewan pameran tersebut dan kami berdua jugalah yang riuh berceloteh kerana teruja dengan barangan emas sama ada milik agama Kristian, Islam, Buddha dan beberapa agama yang lain. Juga peralatan perang milik anak-anak raja (saya terbayangkan Putera Raja dalam cerita Cinderalla berperang menggunakan perisai emas yang dipamerkan. Hehe), pinggan mangkuk bersadur emas (dalam Islam, ini adalah haram ye 🙂 ), hiasan di dalam rumah para bangsawan, baju-baju bersadur emas, bekas memungut cukai di zaman dahulu yang bersadur emas dan yang lebih dahsyat, saya baru saja mengetahui bahawa ketika sukan Olimpik pada tahun 1980 (atau 1960) yang berlangsung di Moscow, pingat emasnya juga disadur dengan emas tulen dan ia dipamerkan dalam koleksi Emas Seantero Dunia ini juga! Kaya sungguh Rusia pada waktu itu sehingga boleh menyediakan pingat emas tulen ya. Terkejut saya.

Selepas itu, kami menuju ke galeri muzium yang utama. Kisah sejarah manusia yang didahului dengan Teori Darwin yang kemudian disangkal dengan fakta saintifik pensenyawaan sperma dan ovum, bukannya melalui evolusi kaum ungka kepada manusia (Dalam Islam {rujuk Surah Al-Insan}, kita mempercayai manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam. Memang kita terbentuk hasil pensenyawaan yang kemudian terbentuklah seketul darah yang lalu menjadi daging dan tulang belulang, tetapi bapa kita Adam adalah manusia pertama yang Allah ciptakan daripada tanah syurga dan ibu kita Hawa daripada rusuknya). Kami menyusuri perkembangan zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan sehinggalah ke zaman pasca modenisasi dan seterusnya Rusia yang moden. Kenapa mereka amat menitikberatkan pengetahuan sejarah ini? Sebenarnya Rusia dan Tanah Siberianya yang melunjur sehingga ke Timur Uzbekistan merupakan antara pusat awal berkembangnya zaman Paleolitik. Di dalam muzium tersebut, ada dipamerkan rangka tulen dua orang dari zaman Paleolitik yang mana ketinggiannya adalah sekali ganda lagi daripada manusia zaman sekarang. Bagi orang bersaiz kecil macam saya, tinggi mereka adalah 3 kali ganda ketinggian saya! Saya terbelek-belek rangka-rangka tersebut sehingga apabila balik ke rumah, saya masih mengingati raut dua rangka tersebut!

Seperti yang telah saya nyatakan dalam entri terdahulu, Bahasa Rusia ini sudah sangat tua usianya. Telah muncul sejak penghujung era Neolitik lagi. Banyak lagi fakta berkisar tentang pembangunan Rusia dan Ukrain (spesifiknya di Kota Kiev) yang diceritakan di dalam muzium tersebut tetap saya dan Wanie sudah pening kepala berlegar-legar terlalu lama di dalam muzium tersebut. Jadi kami pun mengambil keputusan untuk pulang.

Kami terlupa untuk membeli pelekat kebenaran membawa kamera. Jadinya tiada gambar di dalam muzium. Hanya pemandangan dari luar sajalah yang ada.

Akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR KE-21 buat CIK WANIE kita. Semoga hidup Wanie sentiasa dalam redha-Nya di dunia dan akhirat (26 Januari, Sabtu).

Nota 1: Maaf. Entri terlalu panjang. Tak reti nak dipendekkan macam mana. Maaf kalau ada yang jemu.

Nota 2: Internet masih rosak dan saya sudah mula terbiasa hidup tanpa internet. Lagipun, kelas akan bermula kurang 2 minggu dari sekarang. Jadi, maaflah saya tidak sempat melawat-lawat blog rakan-rakan. Saya sudah mula memfokuskan diri dengan nota-nota. Saya macam tak percaya telah menghabiskan hampir 6 jam menelaah pada siang tadi!

Nota 3: Welcome Home my dearest housemates! Dan semoga cepat sembuh Ayah!

26 Responses to “Cuti-cuti Moscow ii”

  1. cikgu jawe says on :

    oh.. penceritaan sejarah yang bagus dari seorang doktor perubatan.

    sarah ni kalau jd cikgu kt sekolah boleh ngajar agama, sains, math, bio, bm, bi, sejarah dn ert.

    huhhuuu..

    Reply

  2. AiRynnz says on :

    salam sarah…

    rasa seronok membaca kisah sarah…alangkah bestnye lau ryn pun dapat menikmatinya sama

    Reply

  3. djambu puadovich says on :

    pssstt sarah! C O N C E R T la bukan C O N S E R T…
    oh ye…tamadun rusia mmg bermula di ukraine…nama tamadun tu dulu ialah kiev-rus…[kene paksa belajar benda ni masa 1st year] huhu…

    Reply

  4. tiangpurnama says on :

    i can digest ur medical based,but ur story of history i have to swallow like that

    Reply

  5. Pengusaha Cowbra says on :

    happy birthday wanieku!

    hiks!

    sonoknyew sarah dpt makan.

    sonoknyew sarah dpt jenjalan.

    jeles!

    ari sabtu pon kene g skola 🙁

    Reply

  6. Faresya Fareed says on :

    best lak kat moscow ek?hehe..tpi ks ni asyk tnjuk gmbar mkan jer…nk jadi tembam eh?haha

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    cikgu, dulu abis SPM, guru besar sekolah sebelah rumah sy mintak sy n kakak ajar tuisyen utk bdk drjah 6. kitorg pun jd la cikgu sat wkt tu. kakak sy plak bru abis matrix wkt tu. kitorg jd cikgu tak bergaji pun. nak tolong budak kampung. sian tgk diorg tu. tak reti english sgt pun. sy wkt tu nak ajar math sbb suka sgt dgn nombor tp cikgu tu suruh sy ajar english intensive utk drjh 6. kakak sy plak ajar math. tp kalau kena ajar sejarah, uwaaa… takmau!

    Airynnz: (sy kena tulis nama Airynnz sbb ada Ryn lain. takut terkonpius nnti) 🙂
    kalau dpt jalan2 kt msia pun best jgk kn. sy teringin nak cuti-cuti msia dgn puas2. hehe

    Yeop:
    muahaha. sy tercampur2 eja in russian n english! mula2 smlm sy eja Koncert. sbb tu ejaan in russian kn. pastu sy tersedar psl huruf K tu. so sy tukar jd C. tp lupa plak yg hujung tu nak tukar jgk. huahuahua. haah. tamadun diorg kan bergabung dulu2. infact, kat muzium tu, byk cerita pasal kiev, odesa n a few more. yeop, sorry ye skrg ni takde masa lg nak berjalan-jln sgt ke blog awk. nnti sy luangkn masa baca entry balas awk tu ok.

    Reply

  8. Faresya Fareed says on :

    ah…lpa nk kta,nnti blog fare tu akn tkar tau dri funkysya ke faresyafareed k?

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    sbb mmg dh lumrah kkta semua ni kureng minat skit dgn sejarah kan :p

    Ryn:
    wanie sungguh happy malam td. dpt hadiah bday dr spain lg tu. huhu. tak lama lg sy pun akn start class jgk dh. jadual sy lg dahsyat. pack sampai sabtu. dan setiap hari kena start travelling pukul 7.15am!! subuh pun baru je masuk wkt tu. dah la hospitalnya jauh!!!! petang around 4.30 baru smpai rumah semula. penat!!

    Faresya:
    kalau kamu tgk friendster akk, lg la byk gmbr makan. mmg dh tembam pun skrg ni. hahaha. tp rugila kalau cuti tp tak dpt makan2 dg riang gembiranya, kan? huhuhu.

    Reply

  10. hanny says on :

    sarah, yang gambar macam istana tuh muzium ker?..hebat sungguh. skate memang popular kat sana ya..syoknya boleh ber-skating….tapi akak tak tahan tang sejuk tuh.. wanie tuh lidah jawa ya…rindu nasi ambeng tak?…

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Hanny:
    gmbr muzium, tu gmbr yg akhir sekali tu. tu dr side tepi. kalau yg berkubah warna-warni n sy dgn wanie duduk bersila atas lantai tu plak gmbr St. Basil. yg merelip2relip bentuk istana tu shopping complex GUM. antra yg 1st class punya shopping complex kt sini. ice skating, snow boarding, skiing tu semua aktivi org sini la tu. tak sah kalau diorg tak reti sukan2 ni. hehe. wanie mmg jawa tulen kak. cuma bahasa dia je tak berapa nak jawa sgt. hehe :p

    Reply

  12. faisal says on :

    tak peduli!!! tak peduli!!! nak jugak sarah jadi penunjuk jalan sy nak kesana nih,kekeke..:) seronok baca kisah sarah jejalan ni..maklumlah, org seperti sy entah dapat rase nak pergi tpt camtu entah tak,huhu..rasenya gi baitullah kena diutamakan dulu..

    emmm, smoga ayah sarah cepat sembuh kalau tak sihat ye..waaa, samelah ngan sy, kalau dah lidah jawe mmg susah skit nk sesuaikan diri ngan makanan yg pelik2 bahan campurannya,hehe..:P

    Reply

  13. Anonymous says on :

    salam…

    tumpang lalu..nak tanya…
    kalau kat luar negara, macam mana dengan soal halal makanan ya?..kalau makan makanan based sayuran ke, adakah diaorang letak minyak masak yang berasaskan sayuran?atau bahan2 makanan tu, kena ambil kira kehalalan atau macam mn?adakah kita boleh makan je semua(kerana mungkin dianggap darurat[mungkin tak])& ada tak mana2 web site yang bagi penerangan jelas soal makanan diluar negara

    -minta maaf tanya, sebab ingin tahu dan saya bukan pelajar oversea, so tak melalui perkara2 sedemikian..

    terima kasih sebab sudi jawab(ks jawab bila terluang, jika sibuk takpe…. )

    jaga iman dan jaga diri

    wassalam

    Reply

  14. djambu puadovich says on :

    haha…mmg tertuka2…cube baca ni pulak ‘uHcmumym’…kalo betul, sarah mmg power ruski yazik 🙂

    Reply

  15. ytmz says on :

    syok jugak encik opick tombo ati, tapi entah apa disebutnya, gusti Allah gusti Allah! chorus nya sama dengan Neo-Salawat dari Snada, sedapnya makan-makan cara cerita cik Sarah, selamat ngadap musim belajo buat keduanya =)

    Reply

  16. wai says on :

    adui la sarah … seronok hamatt wehh orang blajo kat obersi dapat jalan-jalan sokmo! err..kalo kat mesia ni ada winter, agoknye le mesti ramai yg ber ice skating kat sungai pahang tu yek? hehehe…

    Reply

  17. azreen says on :

    Salam 🙂

    ehehhee..waaah~ cuti-cuti Rusia yeakk.. ermm..mcm best gak duduk kat negara org ni. BEst berjalan je la… ekeke..saya pon akan berjalan esok ke singapura 😀

    ekekekeke…hopefully semuanya selamat!
    🙂
    psst: camna internet boleh rosak? hurmm…

    Reply

  18. cik ati says on :

    Salam sarah masyem..

    Moga ayah sarah cepat sembuh..
    Terus sehat dan macho, Insya-Allah..

    Oh! Selamat hari lahir buat wani..
    moga panjang usia dan dimurahi rejeki, insya-Allah..

    Erk! Hari tu kata nak pergi Oman.
    Tak jadi ke?

    Reply

  19. myfisol says on :

    huh..bro dah tak payah pergi moscow dah…kalau study cerita sarah dari entry ni dan sebelumnya serta the coming ones dah tau about moscow & russia…details & siap ngan gambar lagi..

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    ye. marilah. sy tunggu. hehe. tp mcm yg awk ckp tu, ke baitullah tu lg utama kn. ingt target umur kita tu. ayah dh makin sihat alhamdulillah. dh bergayut dgn mak dh :p kalau dh namanya melayu, tak kira la jawe ke, banjar ke, melayu tulen trang tang tang ke, tekaknya tu sama aje. hehe.

    Anon:
    pasal soal makanan, kalau makan diluar, makanannya biasanya mmg vege based n seafoods. di moscow ni, ada beberapa buah je kedai makanan halal yg diyakini. personally, ks tak pergi kedai2 yg kurang diyakini walaupun ada yg mendakwa halal. tentang minyak, mostly mmg minyak sayuran la yg digunakan. tambah2 plak di sini. orgnya mmg guna olive/sunflower/corn oils. dan kitorg ada senarai E… E… yg tak boleh guna tu. ks rasa, hmpir semua org ada simpan senarai nombor2 siri yg haram tu. kalau takde pun, tu maksudnya org tu dh biasa dh dgn nombor2 yg tak boleh tu. pasal web, ks tak sure. tp dulu ks rujuk terus pd Persatuan pengguna islam malaysia (PPIM). senarai yg dikeluarkan dlm buku panduan pengguna yg warna hijau pocket size tu world wide boleh guna. itu pun dh mencukupi. harap penjelasan ni menerangkn sikit sebanyak ye 🙂

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yeop:
    sakali baca pun dh tau dh. institut la tu. hehehe. terer tak? *wink*

    Yasir:
    rasanya mmg ada versi Snada. cuba cari. misti ada. sedap sampai boleh buat iklan kn. hehe. trma kasih yasir. nnti kuranglah sesi burung hantu kita kan.

    Kak Wai:
    berjalan ni wkt cuti2 ni jela. tu pun pusing2 balik tempat yg sama je. ibaratnya kita gi jalan kat esplanade tu byk kali. huhu. betoi amat. kalau msia tu ada winter, penuh melaut sungai pahang tu org skating kat situ gamaknya!

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azreen:
    singapura plak ye? jealous… pegi dgn kwn2 lg ke? ke dgn family plak? erm.. actly fon line kitorg kot yg rosak. tp takde penyelesaian lg 🙁

    Cik Ati:
    Alhamdulillah ayahanda hamba semakin kebah dari geringnya. pasal ke oman tu, sy dah cancel kan. baru je call 2 hari lepas call airline tu cancel kan tiket. tak dapatla jumpa faiq kat sana.

    Bro Fisol:
    kekeke. sy dh sabotak tourism moscow la nampak gayanya. makin kurang org nak dtg sbb dh baca travelogue ni. hehe.

    Reply

  23. tyrexia says on :

    seronoknya berjalan2…

    sy seorang yg suka kira kalori. mungkin hidup bertahun2 sbgai ‘org besar’ dah sampai limit. biarlah hilang nikmat yg satu ini, asal kesihatan sy terjamin. hehehe…

    Reply

  24. djambu puadovich says on :

    mmg tere…xsyak lagi mak ngah…heheh

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tirah:
    oo..kalau mcm kes ni, baguslah kalau mengira-ngira. tp kalau badan kerempeng mcm lidi, tu kurang best la kalau mcm tu kan 😀

    Yeop:
    hehe. meh la suruh sy meneka lg :p mari ita tgk mak ngah ni betul2 terer ke tak :p

    Reply

  26. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    tabik spring utk awak sbb study mase cuti

    Reply

Leave a Reply