Entry Terima Kasih Hari Ahad

Assalamualaikum wbt

Ini entry tanda penghargaan. Buat semua yang mengingati hari lahir saya semalam. Atas ucapan-ucapan yang saya terima melalui panggilan telefon, SMS, pesanan di YM, komen di entry lalu, testi di Friendster, mesej di Facebook, entry istimewa daripada beberapa kenalan, gambar yang disusun atur sebagai ucapan dan ucapan langsung dari teman-teman di sini. Terima kasih tidak terhingga.

Alkisahnya, sepanjang siang semalam (Sabtu), internet di rumah kami tidak berfungsi. Kebetulan sehari sebelum itu, saya dan Wanie ke pejabat Stream.ru (internet privoder yang kami gunakan) untuk mendapatkan semula username dan password kami yang telah hilang. Bila terjaga dari tidur pagi semalam, internet sudah tidak boleh digunakan. Mungkin auto reset dari sana. Lagi 3 hari baru saya boleh online semula. Sedihnya!

Tiada kek istimewa kali ini. Saya yang mahukan begitu sungguhpun Wanie berkeras mahu membelinya. Saya hanya teringin makan cheese cupcake dan briosh coklat yang dibeli di kedai roti Perancis berdekatan rumah. Terasa sedikit istimewa hanya apabila Faisal menyanyikan lagu Happy Birthday buat saya. Sambil makan kek itu, saya dan Wanie menonton sebuah filem lama, The Truman Show.

(Melihat jam)

Malam semalam, saya hanya tidur selepas selesai solat Subuh. Sangat teruk kan. Sudah jadi burung hantu pula saya. Di tengah malam itu, saya online bersama adik-adik saya menggunakan YM (Sorry! Saya invi pada yang lain pada waktu itu :p ). Seronok mendengar keriuhan rumah di pagi Sabtu. Emak goreng nugget saja tapi riuhnya mereka waktu sarapan itu seperti sedang kenduri! Semuanya berebut-rebut mahu mengucapkan selamat hari lahir. Semuanya ada di rumah kecuali saya.

(Melihat jam)

Saya berpuasa semalam dan Wanie bermurah hati memasakkan juadah berbuka. Nasi goreng ayam saja. Tapi sudah cukup baik kerana pada hari Jumaat, saya berbuka di luar hanya dengan sepotong pizza.

(Melihat jam)

Disebabkan terlalu terdesak untuk menggunakan internet, saya ke bilik kawan. Sekadar menjenguk blog sebentar. Itu saja. Kemudian berbincang tentang pelbagai isu dengannya.

(Melihat jam)

Selepas solat Maghrib dan berbuka, saya dan Wanie yang terlalu jemu. Lalu kami sebulat suara bersetuju untuk menonton kartun, Cinderella 3. Sangat takde kerja, kan? Habis saja kartun, kami mengantuk. Terlalu jemu. Sedih! Sebelum tidur, saya melihat jam dan kami bertaruh. Jeng jeng jeng. 10 minit terakhir. 5 minit terakhir. 3 minit terakhir. Dan akhirnya 19 haribulan berlalu sudah di Malaysia dan digantikan dengan hari baru. Di sini tepat jam 7 petang. Pada mulanya saya diam. Tapi lepas itu kami dua-dua ketawa. Ok. Tak mahu cerita panjang. Kamu semua tekalah sendiri apa yang saya repekkan itu. Hehe.

Terjaga dari tidur pada jam 10.30 malam. Kami keluar ke kedai untuk membayar bil telefon (yang sebenarnya tidak tertunggak pun) di mesin top up. Berlari-lari kami kerana sudah jam 11.40 malam pada waktu itu dan pak guard hanya memberi masa 5 minit saja untuk keluar dari pintu utama bangunan ini (itupun setelah saya membuat muka kasihan padanya. Huh. Skema betul pak guard itu). Tiba di rumah, hari baru sudah hampir menjelma. Dan ya. Saya dan Wanie telah menang dalam pertaruhan kami!

Saya ada sesuatu ingin dikongsikan. Ini adalah hasil kreatif Uncle KS yang pakar dalam bermain nombor. Saya ambil ini dari blog Pakcik Sabtu. Tanpa pengetahuan saya, ada juga yang mengkaji tarikh lahir saya ya. Terima kasih.

190108 jika di campurkan 1+9+0+1+0+8 = 19, 19 dicampurkan 1+9 = 10, 10 dicampurkan 1+0 = 1 (angka satu membawa maksud masih seorang yakni masih single (still available).

19185 dicampurkan 1+9+1+8+5 = 24, dicampurkan 24+22(umur) = 46, 46 dicampurkan 4+6 = 10, 10 dicampurkan 1+0= 1 (dua kali kira masih satu, confirm single lagi).

19185 dicampurkan 1+9+1+8+5 = 24, 24 dicampurkan 2+4 = 6 (mengikut firasat saya, tuan badan suka bakal pasangannya 6 tahun lebih tua dari umurnya, iaitu pemuda berumur 28 tahun, siapa gerangannya) (sekarang 29 lah sebab umur saya sekarang sudah 23).

Kira-kira ini sangat menarik. Memang saya sukakan nombor satu! Saya disahkan masih single sebanyak dua kali. Jadi maksudnya apa? Ok. Ada sesiapa umurnya 29? Huhuhu. Tapi saya rasa yang 6 tahun lagi tua ni sedikit kurang tepat la KS. Kasilah yang muda sikit kot ye pun 🙂 Hihi.

Dan yang terakhir, terima kasih buat Cikgu Jawe dan Abang Khairil atas entry istimewa daripada mereka berdua. Dan gambar ini adalah hasil sentuhan Abang Khairil. Setiap tahun, pasti ada koleksi gambar daripadanya. Pandai mencuri ni ye. Huhu.

Terima kasih semua kerana mewarnai ulangtahun kelahiran saya yang ke-23 ini. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan redha-Nya.

Nota 1: Saya update ni dari rumah Dr. K, seorang junior di sini. Terima kasih Dr. K kasi KS dan Wanie guna kat sini!

Nota 2: Jangan salah faham dengan pertaruhan itu. Saya maksudkan dengan main agak-agak je.

Nota 3: Ini kali pertama saya menerima lebih daripada 100 ucapan hari lahir. Terima kasih semua! Terharu betul saya tahun ni.

Nota 4: Entry berikutnya akan lambat sedikit. Saya akan sedikit sibuk selepas ini 🙂 Jaga diri ye kamu semua.

44 Responses to “Entry Terima Kasih Hari Ahad”

  1. cikgu jawe says on :

    Tq kembali sarah. gambar kek besday nanti tepek ye. 🙂

    aku takrifkan formula math tu mcm ni.

    1 = bujang (awak)
    1 = bujang (dia) sapa ek? :p

    = sama2 bujang, sama negeri, sama negara, sama citarasa, sama minat. lain jantina.

    maknanya, ko akan dpt lelaki bujang juga. bkn suami org.

    yg umur tu. firasat aku le, ko akan kawen umur 24..

    ekekekee… lariiikkkk

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu:
    sy tak amik la gambar kek tu. hehe. so tak dapat la nak tepek :p
    wah! cikgu pun ada teori jgk! ermm. sama citarasa? sama minat? yeke? oh. mistilah sy nak cari laki bujang. sy tak mahu jd siti nurhaliza. huhhu. mulut takde lesen sungguh ni :p

    uh, umur 24 ke? ermm.. tu maksudnya tahun depan. mcm tak je cikgu. mana nak jumpa dlm setahun nu je :p *lariii*

    cikgu, taknak try teka apa yg sy bertaruh dgn wanie ke? huhu :p

    Reply

  3. shazwani adnan says on :

    Salam.

    Wahh.. KS! kita menang pertaruhan tu la.. huhu..

    Cheesecake pon, cheesecake la.. layan je. memang rasa hopeless gila. bangun tido macam orang ilang arah. Thanks to khairul sebab bg kitorang online kat rumah dia..

    Dalam banyak2 100 ucapan tu, mana yang paling best?

    Reply

  4. hafiy & maminya says on :

    alamak, adakah kami sudah lambat?

    HAPPY BIRTHDAY TOOO YOOOU!!!!!
    semoga panjang umur dalam keredhaan-Nya.

    psstt.. bila nak mai miri. orang miri tgh tunggu ni. ekekekeke.

    (26 tahun konon…)

    Reply

  5. cikgu jawe says on :

    quote: cikgu, taknak try teka apa yg sy bertaruh dgn wanie ke?

    err..

    1. korang sangkakan tepat jam 12 tgh mlm slh sorang dr kalian jd puteri cinderella. tp akhirnya korang hanya orang biasa yg dok boring kt dlm bilik tak leh nk tenet dn x de putera istana nk jemput korang dgn kereta kuda.

    2. awak bertaruh dgn wanie. siapa yg terakhir masuk rumah akan di sumpah jadi bibik mcm cerita cinderella tu.

    amacam? tok blalang blm abis ngaji lee..

    Reply

  6. So'od says on :

    salam sarah..
    happy birthday to you..
    semoga panjang umur & murah rezeki..
    semoga perjuangan sarah dalam apa jua bidang akan menemui kejayaan.. insya Allah..

    *rasa bersalah sbb x ingat*

    Reply

  7. K@ssim Sel@m@t says on :

    Alamak firasat saya no.3 tak betul ek! iya ler sy tak habis menuntut lagi….baru setengah jalan menuntut ‘jepun attack malaya’…hehehe (pinjam lawak p,ramlee)

    so,sape2 jejaka yg umur lingkungan 29 tahun tuu, nampak gaya tak berpeluang ler…gigi jari!

    apa2 pun pengiraan itu sekadar suka2 jer.

    Jodoh pertemuan di tentukan Allah….kan Sarah (^_^)

    Reply

  8. butterfly85 says on :

    Salam Sarah,

    Sayang sekali saya tak dpt wish smlm sbb sakit gigi yg melampau.haha.

    Anyway, Happy Belated Birthday to you! Moga panjang umur Sarah dan murah rezeki hendaknya. Amin! =)

    Reply

  9. Jason says on :

    Happy Belated birthday,
    Sorry for the late Greeting.

    Reply

  10. tiangpurnama says on :

    tau x Sarah,kira2 itu..hampir tersedak saya..walau apa pun untung jam tu,selalu dilihat Sarah, tengah meneka ni..

    Reply

  11. Pengusaha Cowbra says on :

    sarah shayangku!~~

    Dalam banyak2 100 ucapan tu, mana yang paling best?

    mstlah msg dr rynn kan sarah.

    sbb rynn da save msg tuh kul 10.30mlm sbb nak tdo :))

    dgr alarm,bgn tdo,cume tinggal send jek lagi. hahak!

    sarah seorang yang baik,mst byk yg ingat kan.

    rynn shayang sarah~!

    Reply

  12. inah says on :

    no tu..ermm
    meh nak tgk berkesan x kat akak 😛

    011008 0+1+1+0+0+8 = 10, 1+0 = single (ok, masih single)

    011082 0+1+1+0+8+2 = 12 12+26=38 3+8=11, 1+1 =2 ayyak..tidak single lagik

    last one

    011082 dicampurkan menjadi 12 1+2=3
    ao 3 taun tua dr eden..29 taun..sape umo 29 sila angkat tangan 😛

    larikkkkkk

    menyemak plak

    apepun bila balik malaysia??akak leh belanja makan kat bora ombak..besh wooo

    Reply

  13. UncleJ says on :

    sapa la jejaka bertuah umur 29 tu?..hehehe

    pandaikan KS ni mentafsir nombor …dia menuntut dulu tu sarah jgn tak percaya pulak…

    saya dah bagi birthday saya kat dia suruh tafsir, sampai skrg tak siap2 lagi..hish..KS ni, yg jauh pulak dia buat dulu…hahahaha

    Reply

  14. Faresya Fareed says on :

    ks,dh dapat lom emel tu….susah tau nak cari kad kat emel tu…hehe ^_^

    Reply

  15. cry4freedom. says on :

    Tak berkesempatan nampaknya. Terlambat. Salahkan Maxis Broadband lah. Repair celltower tak habis habis.

    Selamat hari lahir, selamatlah jumpa yang 28 ke 29 seperti yang diformulakan kat entri tu tahun ni. Harapnya ya.

    Cuba mengira umur sendiri ikut rumus kat atas. Tapi dapat 6 dan satu lagi 7. 6 dgn 7 apa maknanya ya. Last sekali suka tua lagi 4 tahun. Makanya umur bakal isteri 28 tahun? Apakah?

    Reply

  16. za says on :

    happy belated birthday sarah…
    smg panjang umur, murah rezeki dan semakin cemerlang di dunia dan akhirat.

    Reply

  17. amnah mohd yousop says on :

    salam ks..

    lagi sekali.. happy birthday!!
    huhu..
    23 dah..
    dah boleh dah nak kawen ni..
    tak yah tunggu tahun depan..
    bukan ke dah ada calonnya..
    oppss..
    ngehee~

    Reply

  18. ida.. says on :

    hi… slm perkenalan.. masih lum terlambat nak wish happy besday to u…

    Reply

  19. Aizar Azman says on :

    Salam Sarahhhhhhhhhh..
    Huuhuhu..before its to late..Selamat Hari Lahir,walaupun lambat wish(baru tawu)..alamak,kalau tak ley kirim apa2 ke Moscow..
    Rindu la tak jenguk..seminggu sy tak online!!
    Moga internet cepat2 ada balik..
    Ececece,gamba comel la..

    Reply

  20. Azuan says on :

    Tahniah and selamat hari lahir! 😀

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Wanie:
    sgt hopeless. tp hari ni best amat 😀 dlm banyak2 tu yg mana paling best? hihi. kena jawab ikut kategori tu. SMS ke, call ke, komen ke, testi ke, lagu ke, entry ke. huhuuhu. ok ok. biarlah rahsia 🙂

    Kak Lina & Hafiy:
    terima kasih banyak2 kak lina 🙂 takde la terlambat mana pun. nak gi miri kena ada org ajak dulu la. tak ajak, tak lepas la sy ke sana 🙂 erm.. 26 ok kot *lariiiiii*

    Cikgu Jawe:
    alamak. dua2 salah la cikgu. cuba lagi lain kali ye. kekekke :p

    Dr. Am:
    terima kasih banyak2 Dr. Am. aisshh. jgn la rasa bersalah plak. takde apa pun 🙂 hari menjadi org yg lebih tua je.

    KS:
    hihi. tp sy suka cara ks main2 dgn nombor. unik! sy ingt lg penah baca artikel wkt darjah 5 dulu. katanya, siapa sukakan nombor, otaknya lebih tajam dan lg senang nak menghafal. thats wh sy pun suka nombor. tp sy main2 dgn nombor dgn cara ingat semua birthdays sepupu sepapat mak pak sedara sebelah emak dan suka main tambah2 plat number kereta orang. hihi. siap buat pertandingan lg dalam kereta kalau on the way balik penang! terima kasih ye ks sbb sgt observant 🙂

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ixora:
    terima kasih banyak2. harap gigi tu dh makin kurang sakitnya 🙂

    Jason:
    thanks a lot for the wish 🙂

    Oneib:
    kenapa plak tersedak? jam tu tak untung sbb sy slalu tgk tp sy yg untung sbb ada jam yg masih elok :p

    Ryn:
    oh! sampai mcm tu ye ryn. waa.. semangat betul ryn utk jd org yg wish on time. ni yg terharu ni. sy pun sayang sama ryn. balik thn ni kita kena jumpa. wajib wajibun 🙂

    Kak Inah:
    wah. kak inah pun try kira jgk?! hehe. kak inah dapat yg 3 thn lg tua ye. 29 thn jgk ye? kekeke. tu sedang elok la tu utk akk. sy pun kalau boleh biar la dlm range 3 thn lg tua je. 29 kalau utk sy jauh jgk tu bezanya. hehehe *merapu sudah* bora ombak? waaa.. tp time sy balik nnti, akk dh ke ausie dh. camne nak jumpa tu. hihi.

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    UncleJ:
    uncle, kalau jejaka umur 29 takde la plak. hehe. so tak bolehlah nak diperkenalkan lg kalau umur dia bukan 29. tak cukup syarat lg :p hehe. oh, ks buatkan tafsiran ni kebetulan je di blog pakcik sabtu. sy baca kt situ dan copy je. hehe. jgn merajuk dgn ks, uncle. org dh 40’s ni tak macho la merajuk2 ni. huhu.

    Faresya;
    thank u. ks dh dapat dh. dh tgk dh mlm td. suka~ terima kasih ye fare.

    Azwan:
    terima kasih banyak2 wan. tak lambat pun 🙂 oh, jgn la doa yg 28/29 tu. jauh sgt tu. huhu. ehem. sy rasa teori ks ni hanya utk gender wanita je dulu. gender lagi lain skt kot. nnti kita tanya yg pakar ye. hehe.

    Azizah:
    terima kasih banyak2 za 🙂

    Amnah:
    terima kasih am 🙂 amboi2 la dia. sedap2 ye dia suruh ks kawin. nak kawin dgn sape tapinya? kamu la kawin dulu. jenuh dah dia tunggu tu. *lariiiiiii*

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ida:
    salam kenal ida 🙂 terima kasih banyak2 ye 🙂

    Aiza:
    terima kasih banyak2 aiza 🙂 and in return, happy 22ns birthday to u too (jan 21st) 🙂 tu la pasal. tak sabar tunggu internet ni. sampai termimpi2! tak tahan betul. huhu. erm.. gambar tu KI yg edit kan. lawa kan dia buat 🙂 hihik.

    Azuan:
    terima kasih Azuan 🙂 i remember u. the 1 who owns a blog named My World as well as mine 🙂 thank u!

    Reply

  25. k.i. says on :

    ada orang nak balik summer ni..
    hmm

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Khairil:
    internet ada. kita takkan jauh 😀 sila dptkn lesen sgra. nnti sy balik, bawak sy pusing2 somban ye.
    (erm.. semua org pun mmg balik kan) 🙂

    Reply

  27. Mimie Azrin says on :

    Alamak…besday aunty Sarah la baby. mama tak tahu pung…hmm..takpe. nnt mama buatkan cheese cake untuk aunty Sarah bila dia pulang ke mesia nnt.

    Selamat Ulang Tahun ke 23 ya! muah muah xoxoxox

    p/s : sekarang 1, akan datang 2 = lain taun 3
    baru leh join the club, the mama club hehehe

    Reply

  28. mAkCiK De' KiPaS says on :

    itu tandanya ramai org sayang kat sarah! Happy besday skali lagi!

    Reply

  29. Mak Su says on :

    oh… dah besdey ker? sori ler, mak su tak tahu. tarikh lahir kita tu ada yg sama…wah wah.

    anyway, hepi belated besday

    Reply

  30. fizz says on :

    buat dik sarah,salam kenal hepi besday..semoga sihat sejahtera dan dipanjangkan umur,sudah 23 eks, sy suka ngan nombor2 tue [sy cikgu nombor :D]tapi sy pon rs 6 tahun tue jauh sngt, hehe 🙂

    Reply

  31. nabilah says on :

    salam k sarah.

    selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 23.

    moga diberkati Allah selalu dlm segala urusan 🙂 moga dipertemukan dengan jodoh yg soleh. apa salahnya kahwin thn depan..

    ameen.

    Reply

  32. k.i. says on :

    o maksud abg bukan kata hari tu tak nak balik ke summer ni?
    nenene…

    Reply

  33. ~wan hidayat~ says on :

    Salam…SELAMAT HARI LAHIR BUAT SARAH DI SANA….sy mendoakan hanya yang terbaik buat anda di sana….semoga setiap perkara yang telah disasarkan sepanjang tahun ini akan dimakbulkan Allah….semoga tabah hati dan terus ceria di sana….semoga dipanjangkan usia, semoga dimurahkan rezeki dan semoga berbahagia di dunia dan di akhirat….

    DOA: Semoga ayahanda berada dalam kesihatan yang memberangsangkan…amin

    Reply

  34. cikgu jawe says on :

    akhirnya…

    dia mai dah.

    hihihiii… 🙂

    Reply

  35. reza says on :

    yeah…KS dh 23. makin qualify untuk khawin nih..
    cuti nih berlatih masak dim sum..nnt kami yg balik bercuti nih boleh merase..hehehe.

    Reply

  36. rightbrainer says on :

    kak sarah~~ saya terlalu letih dan kepenatan neh. tapi nak komen gak.. x kire.. haha

    aa.. blaja rerajin.. jgn tinggal solat.. basuh baju sebelum tido..

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mimie:
    terima kasih banyak2 mie! dan entry tu jgk! thnk u! eh eh. sy suka la dgn teori awk tu.. huhu.

    Azah:
    terima kasih azah 🙂

    Maksu:
    terima kasih maksu 🙂 kat part mana yg sama tu birthday kita ni? maksu 19 hb apa?

    Fizz:
    salam kenal 🙂 terima kasih banyak2. dah cuba dh guna teori cikgu jawe tu? hehe. manalah tu boleh apply kot. tp tua 6 thn mmg tua la kn utk sy. hihik 🙂

    Nabilah:
    terima kasih banyak2 nabilah 🙂 aishh.. thn depan tu mcm tak je. kena fikir mcm2 lg. erm.. bila kamu nak tinggalkan link ni? akk nak baca blog kamu jgk 🙂

    Abg Khairil:
    oh. summer ni sy wajib balik! wajib wajibun! nak buat praktikal dgn cemerlangnya :p

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    terima kasih banyak2 🙂 bukan maksud sy nak rahsia pun hari tu. sorry sgt2. terima kasih atas doa2 tu. moga dimakbulkan supaya sempurna tahun ni. nnti balik, sy nak ke air terjun kota gelangi. ingat tu ok 🙂 thanks for evrythg. n the photo as well 🙂

    Cikgu Jawe:
    observant betul cikgu ni. dia yg mana 1 ni cikgu? huhuhu

    Reza:
    adeh. ramai betul yg doakan pasal kawin ni. haa iye la. kalau ada jodoh, ada rezeki, kawin la ks nnti. doakan la ye 🙂

    Khairul:
    kesian kamu. praktikal mmg camtu khairul. penat. trma kasih ingtkn semua tu. insya Allah ks akan jaga sebaik mungkin 🙂

    Reply

  39. faisal says on :

    bagusla sarah cari yg bujang,ceewaahh..sypun bujang lagi ni,wakakakaka..:P tapi bila tengok umur lum sampaila plak 28 dan 29 tu,kekekeke..takde jodohla nampaknya kita,hehehehe…*perasan.

    Reply

  40. tyrexia says on :

    selamat hari jadi!

    semoga baik2 ye!!

    Reply

  41. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    kalau mcm tu, sy turunkan skit la acai. kasi suit umur awk. *lariiii*

    Tirah:
    hehe. mekasih tirah!

    Reply

  42. akirasuri says on :

    Sungguh ramai yang wish cik adik manis ni 🙂
    Selamat-selamat ek 🙂
    Tunggu ek 😀

    Reply

  43. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    setiaku menanti wahai cik ati 🙂 hihi.

    Reply

  44. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    cam tak kene je formula nie..
    ish ish ish.
    ke only apply on gals, sarah

    Reply

Leave a Reply