Monolog Bersama Iman (viii)
Episod lepas:
Monolog Bersama Iman (i)
Monolog Bersama Iman (ii)
Monolog Bersama Iman (iii)
Monolog Bersama Iman (iv)
Monolog Bersama Iman (v)
Monolog Bersama Iman (vi)
Monolog Bersama Iman (vii)
Lalu aku kembali ke meja studiku semula. Aku lihat di telefon bimbitku ada mesej yang kuterima. Iman pengirimnya.
“Sar, di bilik kn? Aku ke sana terus ya?”, tanya Iman yang mungkin tertunggu-tunggu informasi daripadaku sama ada telah sampai ke bilik atau tidak.
“Ye Man. Dtg la. Sy ada je kat bilik ni”, balasku semula. Aku menyiapkan diri. Memakai tudung dan sarung kaki. Wajib itu. Kalau sekadar tudung dan kakinya tidak dijaga, kurang juga kesempurnaannya di situ.
Sementara menanti pintu diketuk, aku melayari internet. Memeriksa emel dan melihat senarai rakan-rakan yang sedang online. Nama kakak dan adikku tiada. Sudah jam 1 pagi lebih di Malaysia. Pastilah mereka sudah tidur.
Tidak lama kemudian, pintu kedengaran diketuk. Aku yakin sekali itu Iman yang datang bersama duit yang hendak didermakan. Aku menuju keluar dengan membawa tabung kutipan derma untuk Palestin itu, sebahagian daripada projek Persatuan Perubatan Islam Malaysia di sini.
Aku membuka pintu dan salam dihulur oleh Iman. Pada mulanya kukira Iman sekadar hendak menyerahkan duitnya saja. Tetapi Iman menanyaku, “Sar, punya masa enggak? Aku ada benda mahu discuss ni.”
“Oh, boleh je. Ada apa ye? Ni bukan pasal orang Tunisia tu kan?”, soalku sambil menyarung selipar dan bergerak keluar. Pintu kututup untuk mengelakkan rakan-rakan serumah dilihat oleh Iman. Aurat mereka, amanahku juga. Sebenarnya Iman berhajatkan kepada Ines, kawanku yang berasal daripada Tunisia. Yang pertama kali ditemuinya pada bulan Ramadhan yang lalu. Iman selalu bertanyakan tentang Ines melaluiku sementelah aku agak rapat dengan Ines itu.
“Ya ampun. Tidaklah. Lagi mahu ditanya apa kalo beritanya tetap tidak ada. Ini aku mahu nanya’in. Kamu tahu enggak kiraan zakat penghasilan tu gimana?” Berkisar tentang zakat rupanya.
“Zakat penghasilan tu maksud awak zakat pendapatan kan?”, saya memulangkan soalan kepadanya. Untuk memahamkan maksud soalan.
“Ya, ya. Zakat pendapatanlah bagi kamu. Aku di sana sebutnya zakat profesi.”
“Baru je bulan lepas saya ada contact seorang ustaz saya dulu tanyakan pasal ni. Seingat saya dia kata kadar zakat tu ikut tempatlah. Macam di Malaysia, 2.5% daripada hasil kita. Orang yang nak kena bayar zakat ni pun kalau hasilnya cecah nilai emas lebih kurang 85 gram. Nilah setakat yang saya tahu. Kenapa ni Man? Aik. Tak kerja lagi, dah mula fikir pasal zakat ke?” Aku menjawab dan bertanya semula.
“Eh iyalah. Aku kan udah kerja di kedutaannya. Part time. Tu dikira kerja juga kan. Mati aku kalo dimakan’in hasil tak bersih. Ke neraka aku nanti. Nak jumpa kamu di syurga pun tak dapat”, jawab Iman dengan selorohnya yang tak sudah-sudah.
“Heh. Iyalah tu. Macamlah saya ni masuk syurga sangat. Tapi nanti saya confirmkan semula dengan ustaz tulah. Nanti saya bagitahu awak semula ok.”
“Oh, ok. Bagus. Kalo aku nanya’in sendiri, tahun depan pun belum tentu tahu. Kawan aku rock stars semua. Kalo ditanya, dijawabnya lain. Iyalah. Udah namanya pun star-star gitu.” Sempat pula Iman berfalsafah denganku.
Dalam pada Iman berseloroh hebat, pintu rumah hadapan terbuka dan keluar seorang lelaki Arab. Warga Lubnan. Di celah jari tangan kanannya terselit sebatang rokok. Dia berseluar sukan hitam dan bersinglet biru tua cuma. Aku memandang sekilas dan kemudian Iman turut memandang. Iman menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Rokok bertukar ke tangan kiri dan tangan kanannya menyambut huluran salam Iman. Khabar ditanya di dalam Bahasa Rusia, biarpun hakikatnya Iman boleh bertutur di dalam Bahasa Arab sungguhpun tidak sefasih ayahnya. Iman sebenarnya berdarah kacukan. Ibunya warga Indonesia dan ayahnya berdarah campuran Indonesia-Arab. Makanya, wajah Iman tidak terlalu keindonesiaan. Kulitnya cerah dan matanya coklat cair. Andai tidak didengari slanga Indonesianya, ramai yang akan tersilap menjangka bahawa Iman merupakan bangsa Arab campuran yang sedikit Pan Asia kulitnya.
Setelah lelaki Arab itu berlalu menuju ke zon merokok, Iman berpaling semula dan tersenyum. Dari cara Iman itu, aku tahu ada sesuatu yang ingin dia katakan.
slm sarah,waaaa rasenya mcm lain mcm gaya penulisan sarah skrang..:) mcm novel yg sy baru baca tu je,hehe..sy sukala,hehehe..sarah, bagus sungguh iman tu, smoga Allah melimpahi rahmat keatasnya,amin..dan sarah juga boleh jadi seorang penulis yg baik:)
Reply
hebat sarah nih..tulis cerpen pun bagus..seronok uncle baca..nanti nak baca dari awal..
dah siap boleh publish jadik novel..mesti jadi bestseller nanti..
congrats and well done sarah..keep it up!
Reply
cepat2 tau !
xsabar.!
hahak!
Reply
huhu. best!
Reply
huiii…bila nak sambung nih???
menarik menarik!
🙂
Reply
ehem..ehemm.. lagu jiwang =)
Reply
salam ks.so…im bukak internet from my school….hehe…so great being here…hehe.smile always.:)
Reply
awak tak ngorat Iman?
Reply
bila sis baca xsabar sis nak tunggu sambungannya.sbb apa ya sarah.sbb penulisan yg sungguh baik dan menyehtuh jiwa.tahniah!!
Reply
Salam buat semua.
Faisal:
mana ada lain pun acai. dh lama dh tulis mcm ni cuma yg ni bru je tulis smula smlm. dulu penah ada org kasi komen ni mcm ayat-ayat cinta tu. tp lain la. habiburrahman al-shirazi tu diva! iman tu mmg bagus 🙂 nntikn kesudahannya camne ye.
UncleJ:
insya Allah sy akn rajinkn diri utk update. tp takde la nak publish2 buat buku pun. sy tulis suka2 je 🙂 thnk u uncle!
Ryn:
nnti mlm sy update lg insya Allah.
Tirah:
thnk u tirah!
May:
nnti mlm la baru sy update smbungan ye. ni tgh batuk kokol2 plak ni.
Reply
Cikgu Jawe:
lagu tu nak kasi ada feel time bca ni. hahha 🙂
Faresya:
ewah~ bertenet dr sekolah tu. hebat2 🙂
Maksu:
adeh. iman? tak sampai hati la. hahha. nntikan sambungannya. bru maksu tau *wink*
Sis Honey:
insya Allah mlm karang free skit sy update. trima kasih ye sis 🙂
Reply
Seronok pulak baca sambil mendengar dendangan lagu Rossa ni. Tetiba teringat buku ayat-ayat cinta..ehehhe
Reply
salam, ramai ker indonesian kat sana? baru terdgr dari siaran berita mengatakan orang indonesia ngak suka di panggil indon..di OZ mereka prefer di panggil Indo, dlm siaran news mereka suka di panggil indonesia..indon satu penghinaan buat mereka…
Reply
Mimi:
awk baca semua ke? huu.. rajin tu 🙂 sbb tema cerita ni mcm ada kaitan dgn lagu ni. jd letak je la. hehe. dulu pun ada sorg komen kata cerita ni mcm ayat2 cinta. adeh. jauh sgt perginya tu. tunggu kesudahannya ye 🙂
Arsaili:
salam bro. tak ramai. sgt sikit. even di uni sy ada sorg ni je kot kalau yg english medium. sy ada terbaca somewhere psl fact tu. tp logik la kan yg diorg tak suka dgn gelaran Indon. Indo is ok. indon tu bunyinya mcm di downgrade je.
Reply
salam sarah =)
kak inah ni..bulan 3 akak akan pi oz..berjauhan la dari keluarga..sob sob..nanti2 nak slalu ke sini sbb nak tau ape rasa org jauh dr malaysia =D
salam sayang
Reply
slmt malam sarah (di mesia)..:) mmg nak tunggu eksudahan iman tu ye..setiap org ada gaya tersediri dalam menulis..teruskan sarah, jgn berhenti setakat ni je, ceewahh..
Reply
sis anak pompuan tunggal dari 5 beradik.2 abg dan 2 adik.so sis tgh2 la 🙂
Reply
sarah,zzzzzzzz…..
Reply
Kak Inah:
Salam kak inah. eh, bln 3 ni ke? hari tu wkt baca entry akk sebut psl azam thn ni, tak sangka cepat je 1 drpdnya termakbul. tp cepat betul ye. nk tau apa rasa jauh dr msia? eheh. kak inah, sy takde plak cerita apa rasa hidup jauh2 ni. dh lama ni, dh tak rasa apa2 la dh kak 🙂 apapun, tahniah coz u made it!
Faisal:
salam acai. sini pun dh gelap dh time tu td. hehe.insya Allah akan teruskn. paling tidak pun, utk kepuasan diri sndiri 🙂
Sis Honey:
owh. tunggal pmpuan, tengah2 plak tu ye. comel je 🙂
Reply
Faisal:
aik… di rumah ke?? wah.. sudah install internet eh *wink* tido acai tido…!
Reply
that guy is real funny
but he’s a very nice guy 😉
Reply
Hannan:
haah. funny but friendly n tersangatlah baik hati 🙂
Reply