Majlis-majlis Di Hujung Tahun Masihi

Assalamualaikum wbt

Semakin namanya bercuti, semakin sibuk pula saya. Sejak hari Jumaat, boleh dikira hanya beberapa jam saja saya berada di rumah. Selebihnya saya berada di luar. Walaupun penat, saya puas hati kerana cuti saya tidak kosong dan hambar.

Pagi Jumaat yang lalu, saya bersama Fatt dan Mily ke Dom Knigi mencari buku-buku yang saya hajatkan itu. Fatt dan Mily pula mencari bahan-bahan rujukan dan peta Sepanyol kerana mereka akan mengembara ke sana selepas exam nanti. Hampir sejam setengah saya duduk membelek buku-buku di sana. Siap duduk bersila di atas lantai lagi tu. Malangnya, ketiga-tiga buku yang saya hajatkan itu tidak ada di sana. Terkilan betul. Tapi saya tetap tidak pulang dengan tangan kosong. Sebaliknya saya telah membawa pulang 4 buah buku! Rasputin’s Daughter (Robert Alexander), Olga’s Story (Stephanie Williams), Tuesdays With Morrie (Mitch Albom) dan My Secret Lover (Imogen Parker). OK jugalah kan daripada pulang dengan tangan kosong. Tapi, pokailah saya kerana saya telah berhabis hampir RM250 untuk buku-buku ini! Saya mesej emak mengkhabarkan hal ini. Emak tidak kisah dan siap bertanya takkan hendak membaca buku saja cuti ini. Apa lagi aktiviti lain yang ada dalam senarai. Demi buku, saya juga tidak kisah. Tambahan pula, 2 buah buku bertemakan sejarah itu memang minat saya. Kalau ada sesiapa yang pernah membaca buku tentang Rasputin dan kisah keterlibatannya dengan keluarga Tsar (Di Raja) Russia, pasti hendak membaca apa pula kisahnya dengan anak perempuan sulungnya ini. Juga kisah Olga itu. Sebuah cerita di zaman melarat di Siberia dan bagaimana dia dibuang ke London dan terpisah daripada keluarga bertahun-tahun lamanya.

Selepas membeli buku, kami berjalan-jalan di sekitar The Old Arbat Street dan singgah solat dan makan di Sbarro. Pizza dan pasta sajalah untuk tengahari itu. Kemudian kami ke Midland Plaza di situ. Esprit sedang ada jualan murah. Sungguh! Memang sangat murah. Sehingga 70% diskaunnya. Pada mulanya saya tidak berhajat langsung untuk membeli apa-apa untuk diri sendiri (saya bukan kaki shopping atau barang-barang berjenama). Saya cuma terfikir untuk mendapat hadiah untuk Pena kerana hari lahirnya yang ke-20 adalah pada hari ini (30 Disember). Tapi sudahnya saya bawa pulang 2 plastik termasuk sehelai seluar untuk diri sendiri yang harganya memang sangat murah (murah untuk standad Esprit). Hajatnya kami bertiga hendak ke Kievky Shopping Complex untuk meninjau-ninjau hadiah di sana. Tapi saya terpaksa mengundur diri terlebih dahulu. Petang itu selepas Maghrib saya perlu ke Kedutaan Malaysia di Moscow (selepas ini baca sebagai embassy). Jadi, saya pulang dulu dengan metro dan mereka pula teruskan misi ke sana.

Sampai di rumah, saya hanya sempat solat Maghrib, minum segelas necafe capuccino dan sekeping roti. Kemudian, dengan tangan penuh bersama 2 biji blender, 2 bilah pisau dan beberapa barang keperluan memasak yang lain, saya bersama-sama 7 orang pelajar perempuan tahun 4 yang lain berangkat ke embassy dengan menaiki teksi. Kenapa kami ke sana?

Sebenarnya, pada hari semalam (Sabtu, 29 Disember 2007) telah diadakan Jamuan Hari Raya Haji oleh Kelab UMNO Moscow (KUMOSC) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM-MSC). Dalam mesyuarat yag lalu, saya telah diletakkan sebagai ketua memasak majlis kali ini. Dengan bantuan dua orang AJK PPIM uni saya (M1), Amnah dan Nabilah, kami bersama-sama menjadi ketua memasak kali ini. Terlebih dahulu, saya telah mengatur kerja-kerja yang sepatutnya dibuat di sebelah malam dan keesokan paginya agar tidak kelam-kabut. Begitu juga tugas memasak nasi dan mencelur mi dan yang akan menggoreng cucur udang yang akan disiapkan di hostel. Malam itu di embassy, pelajar-pelajar lelaki M2 memotong ayam dan membuat persiapan untuk dewan makan. Pelajar-pelajar perempuan yang lain pula menyediakan bawang-bawang dan sayur-sayuran yang perlu dikupas dan dihiris. Setelah semuanya siap, saya, Am dan Che Nab memulakan sesi memasak dengan dimulakan dengan kuah laksa. Ya. Salah satu menunya adalah Laksa Penang. Sekitar jam 9.45 pm, semuanya telah pulang meninggal kami bertiga. Kami perlu menyiapkan kuah kacang pula sebelum pulang. Sekitar 11.15 pm, kami pun meninggalkan embassy dan mengambil teksi untuk pulang. Cuaca malam itu dingin yang menyamankan. Tapi sayang, tiada salji. Sampai saja di bilik, saya solat Isyak, cek email sebentar dan terus tidur. Penat yang teramat sangat. Hinggakan saya tidak sempat menyalin baju yang saya guna ketika memasak tadi.

Pukul 6 pagi saya telah bangun. Bersiap-siap untuk solat Subuh dan kemudian ke embassy semula. Pagi ini segalanya perlu disudahkan. Lauk ayam masak lemak dan sayurnya. Saya membawa baju kurung di dalam beg. Alah. Bukannya baju raya pun. Baju kurung sejak saya di tahun 2 lagi. Sekadar cukup syarat punya baju salin selepas selesai memasak nanti. Kami memasak 60 ekor ayam tau. Dan sejujurnya, ini kali pertama saya melihat keadaan dapur embassy teratur dan kemas ketika proses memasak dijalankan. Sebelum ini, ketua memasak pastinya pelajar lelaki. Dapur macam tongkang pecah jadinya. Tapi masakan mereka tetap tip top. Pakaian saya, Am dan Che Nab tidak perlu diceritakan lagilah. Warna kuning kunyit melekat di mana-mana saja. Tangan dan kuku kami juga kuning.

Tetamu mula hadir pada jam 11.30 pagi. Dan kami pun menyalin pakaian, bersolat Zohor dan baru menjamah makanan. Saya makan sedikit saja kerana penat jauh lebih signifikan. Jadi saya lagi banyak duduk berehat dan berborak dengan kawan-kawan dan senior saja. Sekitar jam 3 pm, saya, Am, Che Nab dan Israfil menaiki teksi untuk pulang. Sebaik sampai, teman-teman serumah yang telah pulang lebih awal sudang mula proses memasak untuk jamuan yang kami buat pada sebelah malamnya pula. Ini sempena ulangtahun Pena. Dan sebenarnya hampir setiap tahun pada tarikh ini kami adakan jamuan untuk kawan-kawan datang.

Kali ini Wanie yang jadi ketua masaknya. Orang Jawa. Jadi menunya ialah Mi Jawa. Saya belum pernah makan mi ini. Saya menyalin baju memakai baju memasak pagi tadi kerana kononnya hendak menolong Wanie di dapur. Yang lain pula menguruskan bahagian memasak masing-masing. Ada yang membuat donat coklat, kek, agar-agar santan, kek batik dan air. Sebelum hendak menjenguk ke dapur, saya singgah di bilik Diba. Kerana terlalu penat sejak petang semalam, saya tertidur di atas lantai di sebelah katil Wanie ketika sedang melihat mereka menguli doh donat. Sungguh. Saya sangat penat. Yang saya sedar hanyalah ketika Fatt menghulurkan bantal untuk saya dan saya hanya menjawab thank you. Kemudian terlelap semula. Tapi lelap saya tidak lama. Setengah jam lebih saja. Kemudian saya bangun dan saya mengambil tugas mengemas rumah. Dari dalam bilik, tandas, ruang tamu tempat kasut dan termasuklah menggilap cermin besar di ruang tengah itu. Kemudian saya mandi dan bersiap-siap kerana tetamu akan mula datang pada pukul 10 pm. Saya hanya memakai semula baju kurung ketika di embassy pagi tadi walaupun yang lain berkemeja dan blaus. Tetamu yang hadir semuanya tinggal di hostel ini juga.

Suasana memang meriah malam tadi. Mereka yang hadir semuanya junior saya. Semuanya pelajar tahun 3. Terasa sudah tua pula berada di situ. Tapi saya suka bersama mereka. Lawaknya memang tak kering gusi. Terutamanya apabila mendengar Judin, Ammar, Syikin, Murni dan Balqis saling memangkah. Ini pasukan pertama. Di bilik sebelah pula, Fazil, Ili, Izni dan Afifahlah ketuanya. Memang gamat. Hentah apa-apa saja yang mereka repekkan.

Selepas tetamu pulang, saya tertidur di atas katil Fatt dengan berbaju kurung dan masih bertudung. Mata saya sudah tidak boleh dibuka lagi. Dalam pada mata saya terpejam, saya dapat rasakan rusuk kanan saya sakit. Mencucuk-cucuk di bahagian pinggang. Saya terjaga ketika terdengar tawa mereka. Saya cuba bangun tapi rasa mencucuk masih sangat terasa. Saya paksa diri dan berjalan dalam keadaan bongkok menekan rusuk kanan menuju ke bilik dengan dibantu oleh Diba. Saya terduduk dan terbaring di lantai bilik. Bergolek-golek pun iya agaknya. Terlalu sakit sampai saya mengetap gigi. Pena ke bilik sebelah memberitahu yang lain bahawa saya sakit. Diba datang semula dengan membawa minyak. Tapi sakitnya bukan perut memulas atau apa. Ia seperti renal colic bagi sesiapa yang tahu. Seperti kejang yang sangat kuat di bahagian bawah pingggang kanan. Lama saya mengerang. Bila sudah agak reda, Diba memberikan minyak untuk di sapu. Terima kasih Diba, Pena.

Setelah hilang rasa sakit, saya menyapu dan mengemop bilik. Kamudian saya memeluk Pena mengucapkan selamat hari lahir padanya dan terus tidur. Malah saya rasa macam saya tidak sempat membaca doa pun! Letak saja kepala, terus tertidur.

Hari ini, badan rasa sakit-sakit. Lepas ini hendak mendobi baju-baju dan petang nanti mahu ke pasar. Nanti pasar akan ditutup sempena cuti tahun baru. Baik bersiap-sedia dengan stok barang dapur yang mencukupi jika malas hendak ke kedai yang jauh.

Selamat Hari Lahir buat Fareena Zahari (Pena). Semoga hidup diberkati Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan. Juga lebih matang dalam membuat keputusan. Jika ada masalah atau apa saja, kamu tahu di mana untuk mencari KS kan.

(Sisipan: Pena adalah teman serumah yang paling saya rapat. Yang saya berkongsi segala cerita dan rahsia. Yang banyak menghabiskan masa bersama saya di bilik sama ada ketika study, bermain game dan berborak. Dialah penyumbang idea dan sentiasa memberikan respon jika saya bertanyakan pendapat. Dan dialah orang yang paling suka menyakat saya di rumah dan paling pandai mengambil hati saya semula. KS sayang Pena!)

Nota: Oh ya! Wahai kamu semua, ini entry saya yang ke-202. Hihihi =)

p/s: Gambar-gambar sudah dikemaskinikan! Yeehaa XD

26 Responses to “Majlis-majlis Di Hujung Tahun Masihi”

  1. cikgu jawe says on :

    hu..hu org 1st bg komen.

    best kt perantauan ni. kawan jd sedara. kdg sedara pun tak semesra dn serapat ini.

    penceritaan yg bagus. seolah aku berada di sana. πŸ™‚

    Reply

  2. djambu puadovich says on :

    siannye…sampai ter’colic’2 renal ha…adoi…
    penceritaan yg bagus. seolah aku ter’colic’ bersama πŸ™‚

    Reply

  3. sab2 says on :

    sarah,
    ..wah dah renovate rumah rupanya! ini tentu semangat tahun baru Masehi…

    semoga 2008 menjanjikan yang terbaik dalam memulakan era baru berkerjaya.

    salam

    Reply

  4. shukor says on :

    ayah,mak,adam,azizi dan aiman sekarang di kijal.esok lan tamat bahagian pertama pengajian dia.minggu depan start practical wiring dia kat temerloh dan kl.

    Reply

  5. Alam Setia says on :

    Salam. Selamat Tahun Baru

    Reply

  6. faisal says on :

    slmt hari lahir buat sahabat sarah tu ye..:) sarah, tak pernah mkn mee jawe ye?hehe..kalau gi umh acai nnti acai masak tuk sarah plak,hahaha…byk betuila aktiviti hari cuti sarah ye..hehe..slmt bergembira bersama sahabat2 tu ye..ohh sblm terlupa Selamat Tahun Baru sahabat..

    Reply

  7. Pengusaha Cowbra says on :

    hepi besdei,cik pena !

    tetibe teringat ngan penelope cruz.

    ahaks!

    sarah shayang,
    ryn sgt suka acara makan2 :”>

    ekekkekekeke..

    Reply

  8. 13may says on :

    Wishing you a happy and prosperous new year..

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawa:
    haah la.cikgu 1st. smlm bru bape minit je update, trus ada yg mengomen. kekeke. haah cikgu. kami mcm sedara, mcm adk beradik kat sini πŸ™‚

    Yoep:
    ter’colic’ sbb exhausted sgt dlm masa 2 hari tu kot. tu yg jd camtu tu. tp ni dh ok dh.

    Pakcik Sabtu:
    dah nak dekat sebulan dah sy tukar template ni. utk semangat baru πŸ™‚ terima kasih pakcik. atas iringan doa tu.

    Ayah:
    sempat lg ayah online dr kijal ye. drive balik Temerloh elok2 ye ayah. risau betul lately i heard so many cases bearing with the loss. all the best utk Lan. ngah sure dia boleh abiskan praktikal dia tu dgn senang je. pelajar harapan la katakan. hehe.

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alam:
    Selamat Tahun Baru πŸ™‚

    Faisal:
    trma kasih acai (bg pihak kawan tu). dh penah makan dh dulu sbnarnya tp dh lupa rasa. so bila dh dimasak semula hri tu, bru la ingt smula. waa.. ada yg nak masakkan lg tu. hihihi. mmg penuh aktiviti. tp start dr hri ni nk duk bilik baca buku je. oh, Selamat Tahun Baru sahabat…

    Ryn:
    wah! penelope crus tu! kadang2 tu kami panggil dia Pen je. nama pendek. huduh je bunyinye kn. tp best. dan dia pun layan je. hehe. ryn, next time ada upacara makan2 lg, sy roger ryn. dpt dtg ke tak, tu lain cerita. yg penting sy jemput kn πŸ˜‰ hihi.

    May:
    thank u may!

    Reply

  11. faisal says on :

    waa, dah ada gambarla sarah,hehehe..:) nampak meriah kumpul beramai2 camtu..lelagi jauh diperantauan..:) emm, jelesla plak,huhu…

    Reply

  12. cikgu jawe says on :

    eer.. gambar yg kedua. budak pompuan pakai spek. baju kurung merah hati. tudung pink sapa eh?

    muka dia sebiji mcm kawan aku kat sekolah. seriua!.

    Reply

  13. cikgu jawe says on :

    oppss.. sori. gambar ketiga. yg cuma ada 3 org duk kat kerusi tu. seiras kawan kat sekolah. mcm kembar dia pula.

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    memang meriah acai. tu sbb sy tak kesah dh penat2 tu. sbb seronok dpt kumpul ramai2 kt embassy/kat rumah. jgn la jeles. buat kenduri kendara kt rmh awk hri tu meriah jgk apa. jauuuhhh lg meriah πŸ™‚

    Cikgu Jawe:
    eh, cikgu.. tu gambar sy tu. waaa… sy ada kembar la.. hihik. senyum sorg sy kat sini πŸ™‚ tu muka comot sy tu cikgu. baru je sudah masak wkt tu.

    Reply

  15. Nuha says on :

    Salam Sarah.meriahnya.cuti2 yg terisi camni barula x jemu kn.jd ketua masak lg tu.sah2 sakit blkang bila balik rmah kn.hehe.knp gmbr awk 1 je?tu pun tersorok.x acila camni.nk tgk gmbar awk lg.happy bday utk hosmate awk ye.muda lg rupanya.

    Reply

  16. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah yang comel…

    dah ok sakitnya?risau pulak mama mimie dubuatnya. harap2 sarah tadek ape2 ye.. mungkin penat sgt masak kot. tak simpan untuk mimie jr sikit ker? πŸ˜›

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nuha:
    salam awk.. ewah. rajin plak online. mcm mana rumah baru? best? harapnye semua ok. kak opi tu duduk dgn awk lg ke? jaga dia elok2 ye πŸ˜‰ bila balik tu, bukan sakit pinggang tp sakit muscles kat bahu n atas bahu. ya rabbi. tak terkata sakitnya. tp adat la kn. nnti sy send gmbar 2 periuk kuah laksa n berbesen2 lauk ayam tu ok. haah. muda lg bdk tu. bru 20 je. but she’s lovely.

    Mimie:
    sy dh ok dh. mlm tu je. myb sbb penant so ada sudden muscle cramp. nak simpan utk mimie jr? adeh. mau basi dibuatnya. mimie, sy betul2 ternak badan je cuti ni. tidur x hengat. huhu. bgn pagi buta. tp karang lpas zohor dh ngantuk smula. smbil baca buku, pup buku terlepas n kitanye tertidur. mimpi plak best2 tghari camni. adui la..

    Reply

  18. Hafizuddin Awang says on :

    salam ks,
    wahh meriah btol ye malam tu. vogue btol fazil dlm gambar, kalah terok semua org..haha, anyway selamat tahun baru. jom kita bina azam baru.

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Judin:
    sebenarnya ks nak letak ada gmbr kamu n syikin muka seposen tu. tp nnti takut syikin merajuk. hehe. so tukar letak gmbar ni. tercapai jgk hajat syikin n the gang nak muka diorg ada dlm blog ni. cam kelakar je. hihik. tahnks sbb buat ks yg dh lembik mlm tu gelak2. serius korang sume ni mmg kelakar. selamat thn baru ye judin πŸ˜‰

    Reply

  20. 'Ain Nasir from Nizhny says on :

    Salam Sarah,
    Betul ke awak tak ape2 ni? Tak nak buat check up? Saya rs awak selalu sakit2…Jaga diri baik2 ye, Sarah..
    Nway, happy bday to ur roomate, Fareena.

    Reply

  21. Hafizuddin Awang says on :

    Selamat tahun baru kembali buat KS. πŸ™‚

    Reply

  22. Ρ„Π°Ρ€ΠΈΠ½Π° Π·Π°Ρ…Π°Ρ€ΠΈ says on :

    terharu kerana rupe2nye respon sy dianggap respon oleh ks..sob2..walaupn sy sedar respon itu agak kaku+hambar..hehehe..tp sy dh cube sedaya upaya mberi respon yg terbaik!=p
    pena sayang ks gak!yay!!

    ks,jom tgk movie same2 k!;)

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ain:
    salam.. lama x dgr cerita awk ye. sy ok dh ni. maybe penat sgt that day smpai abdominal muscles tu a bit cramp mlm tu. tertidur plak dlm keadaan tak sempurna. tu yg sakit tu kot. sy ok dh ni. takde kaitan dgn anemic sy ni. thanks for ur concern ain =)

    Judin:
    =)

    Fareena:
    tp sungguh pena. sgla usaha kamu ‘menolong’ ks dgn ‘membuat bermcm2 tinjauan’ betul2 membantu. setidak2nya ks kaji diri ks sndiri. kan? n mestilah ks appreciate sgt pendapat kamu. sbb kamu sgt sincere klu bg pendapat. walaupun kdg tu berat hati nk terima, tp tu demi kebaikan kn. thnk u! may ur life ahead be blessed insya Allah. kalau ada apa2, u know where to hit me rite.

    kita tgk butterfly on a wheel ok dear πŸ˜‰ gi amik movie tu dr Yen cepat skit. ops before that, gi mandi dulu!!

    Reply

  24. tiangpurnama says on :

    tang bab sakit tu yg risau..bab masak tetap havoc!ya Allah bila la bleh makan sarah masak ni..

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Tiangpurnama:
    sy dh ok je dh. myb mlm tu sbb dua mlm x cukup tidur n dua hari penat yg amat. erm..nk mkn masakan sy? huhu.. meh dtg temerloh la bila sy balik nnti ye..

    sape la tiangpurnama ni eh..?

    Reply

  26. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    lepas masak tak tukar baju..
    oit bau melekat arr..

    heh..guess wut, i’ll make sure at least sebuah buku mesti dibeli setiap bulan kat sini.tk kire la networking book ker…novel ker…
    kadang2 tak sempat abis satu dah beli lain..cam best je kan bg penuh ruang ngan buku..

    mase kejer kat mesiniaga dulu, abis kejer awal mesti pegi dok kat mph…then balik KL dah kol 10. perut lapar..

    Reply

Leave a Reply