Gambar

Assalamualaikum wbt

Hari ini kita tengok gambar sikit-sikit. Semalam kami ke Belaya Dacha (The White Cottage). Itu adalah tapak pusat membeli belah terbesar di Moscow. Ia menggabungkan empat buah pusat membeli belah tersohor iaitu Mega Shopping Complex, Ashan, Ikea dan Obi. Keluasan gabungan Mega, Ikea dan Ashan saja sudah seluas tiga kali ganda Mid Valley Shopping Mall di Malaysia. Akhirnya, saya, Diba dan Wanie terduduk kepenatan sehingga rasa hendak tidur saja di situ sebab tak larat hendak balik.

ff

Dalam nota entri yang lalu, saya katakan muka penyanyi Ada Band seperti kawan saya, kan. Ini buktinya. Tapi saya tak jumpa gambar penyanyi itu secara solo yang betul-betul jelas. Kalau tengok video klip Jalan Cahaya, aduhai, sejibik! Tapi kawan saya ni pun dah ala-ala penyanyi gayanya. Dia berupalah juga dan ada gaya. Tapi jangan main-main. Ini Tuan Peguam ok. Hafiz Quran lagi tu. Sebenarnya dia bukanlah sebaya saya. Ini kawan sekelas kakak saya. Tapi kira satu sekolahlah kan. Rapat sejak kecil-kecil dulu sehinggakan dah besar ni pun masih berhubung bila berkesempatan. Cuba teka, mana satu kawan saya, mana satu vokalis Ada Band. Tapi hadiah tidak disediakan bagi yang berjaya. Hahaha.

(gambar dibuang)

Nota: Dah lama tak dengar cerita Mukminin (ex-schoolmates di Pusat Pengajian Al-Mukmin, Temerloh). Inilah sekolah yang telah membentuk saya menjadi saya yang sekarang.

Posted on January 31st, 2009 by Sarah  |  9 Comments »

Kisah Date Saya

Assalamualaikum wbt

Kalau ikutkan perancangan, saya bersama tiga orang kawan yang lain akan ke Murmanks untuk melihat Aurora Borealis. Sayangnya, jadual keaktifannya masih negatif sehingga Februari ini kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Maka kami telah mengambil keputusan untuk membatalkan lagi trip ini. Terkilan sangat sebenarnya. Tapi daripada membuang masa berhari-hari menaiki keretapi dan sudahnya kecewa tidak dapat melihat Aurora, baiklah kami batalkan saja dulu niat ini.

Maka, kami berempat pun bercadang untuk ke tempat lain. Tapi ada pula yang tidak cukup bajet. Maka terpaksalah kami memikirkan keadaan kawan kami ini. Maka kami memilih untuk bercuti-cuti Moscow saja. Maka hari ini merupakan hari pertama kami mula berjalan-jalan. Pada malam sebelumnya, semua telah sepakat tapi tengah malam tadi semua terpaksa membatalkan penyertaan atas urusan masing-masing kecuali saya dan En. Z.

Haha. Saya sudah mula terasa bahang kelucuan entri kali ini. En. Z pula jadinya. Kelakar pun iya ni. Intro tadi punyalah skema susunan ayat saya. Ok. Mari sambung. Sebenarnya kami berempat ni dikenali kawan-kawan sebagai budak-budak nerd lah kiranya. Tiba-tiba pula  nak beraktiviti pun kena bersama-sama. Huhu. Tapi disebabkan lagi dua terpaksa menarik diri, tinggallah saya dan En. Z. Saya memberitahunya mengenai perkara ini melalui mesej. Plan kami pada hari ini ialah photo outing di sekitar Center. En. Z ini memiliki DSLR. Memang minat kami semualah bab-bab bergambar ini.

Sudahnya, saya sajalah yang keluar dengan En. Z. Ha. Itulah yang namanya date kononnya tu. Maka, date kami hari ini penuh dari tengahari sehinggalah saya tiba semula ke rumah pada pukul 5. Destinasi fotografi kami ialah Tverskaya Street, jalan utama yang merentasi pusat Kota Moscow. Kami berjalan kaki hampir 2 km di sepanjang jalan itu. Cuaca memang tidak sejuk langsung. Kami ambil kesempatan mengambil gambar sebanyak mungkin. Tapi ada yang lebih menarik terjadi.

Dulu ketika tahun pertama, saya pernahlah bermusuh dengan En. Z ni. Pandang muka pun tak nak. Hahaha. Tapi siang tadi, punyalah kamceng berdua. Inilah berkat fotografi dan studi. Kami ni turut berada dalam study group yang sama walaupun kami tidak menuntut di universiti yang sama.

Dalam pada sibuk berjalan menangkap gambar dan berceloteh panjang lebar tentang dunia pelajaran (nampak sangat budak nerd, tak boleh pisah daripada bercakap tentang studi!), saya ternampak sebuah kedai buku yang besar. Saya pun apa lagi. Saya paksa En. Z singgah sebentar di situ. Terujanya saya melihat kedai buku itu! Besar Ya Rabbi! Dia tanya apa yang saya hendak beli. Saya dah tak sempat nak terangkan dah. Saya terus meluru ke bahagian Bahasa Inggeris dan menyelongkar buku-buku di situ.

En. Z memang tercengang saja melihat saya. Dia pelik apa yang saya hajatkan sangat di situ. Lepas seketika diam membelek, baru saya terangkan yang saya teruja melihat banyak sangat pilihan buku sejarah Russia yang dijual dengan harga yang murah (jika hendak dibandingkan dengan yang dijual di Dom Knigi, sebuah lagi kedai buku besar di Moscow). Dipendekken cerita, saya membeli dua buah buku: The Last Tsar- The life and The Death of Nicholas II dan The Illustrated Encyclopedia of Russia. Tak sabar nak baca (ni tidur lambar ni sebab membaca buku yang pertama tu).

Waaa. Teruja betul saya membeli di sana. Ikutkan hati saya hendak membeli dua buah lagi buku tapi saya perlu berpada dengan duit saya. Pada mulanya En. Z memang terkejut dan merasa pelik dengan minat saya tentang karya-karya tentang sejarah dan politik kepimpinan tapi sudahnya saya berjaya menghasutnya membeli sebuah buku juga; ensiklopedia itu.

Kami teruskan berjalan sehingga perut mulai lapar. Memang lapar sungguh. Kamu ambil keputusan untuk masuk ke mana-mana metro yang kami jumpa dan menuju ke Evropiesky Shopping Complex (Kievsky). Terus kami ke food court untuk solat dan makan. Selesai semuanya, bermula pula sesi kedua kami untuk siang tadi: membeli-belah di tingkap! Huhu. Tapi sudahnya memang masing-masing ada membeli beberapa barang. Yang peliknya, En. Z lebih kuat berbelanja berbanding saya. Serius saya tak reti shopping segala bagai ni. Malah dia jauh lebih tahu tentang jenama barangan dan fesyen. Hah. Terasa pelik pula. Saya minta benda-benda sejarah, dia pula yang kaki shopping.

Kami ada terserempak dengan budak-budak Malaysia yang lain. Huhu. Ada pula yang ingat saya ni tengah keluar dating dengan En. Z ni. Tolonglah adik-adik sekelian. Kami ni geng bergaduh. Takde maknanya nak ber-dating bagai dengan dia.

Sebelum berpisah membawa haluan masing-masing, kami berpakat lagi untuk keluar lagi esok. Kali ini, ahli rumah saya pun hendak turut serta. Saya jamin mereka, mereka tidak akan berasa kekok sedikit pun dengannya kerana dia sangat ramah dan pandai berseloroh. Tadi dia mesej, katanya ada anak pegawai kedutaan akan turut serta untuk aktiviti esok. Wah. Meriahlah hari esok nampak gayanya.

Eh, dah hilang dah unsur lucu entri ni. Tapi sesungguhnya, memanglah sangat lucu segala apa yang terjadi siang tadi. Tambah-tambah pula, En. Z ni sesedap hati saja mengungkit cerita lama yang kami tekakkan dulu-dulu dan sesedap hati juga mengatakan saya ni adalah klon kepada Abang Khairil. Sabar sajalah. Dia memang tak puas hati dengan saya dan Abang Khairil sejak dulu lagi. Hoho. Nasib baik Abang Khairil dah tiada di sini. Kalau tidak, memang balik saja dari luar tadi saya akan bersesi mesyuarat tingkap macam biasalah dengan Abang Khairil.

Ok. Dah tak reti dah nak cerita. Ada sesuatu berlaku dalam perjalanan balik tapi saya ceritakan kemudianlah. Carca merba jadinya entri ni. Saya pun dah tak tau nak ceritakan macam mana. Ok. Selamat pagi Malaya. Selamat malam Moskva.

Nota: Entri merepek lagi. Maaf! Tajuk pun tak senonoh sungguh bunyinya. Haha. 😛

Posted on January 29th, 2009 by Sarah  |  36 Comments »

Berita Gembira

gg

Assalamualaikum wbt

Saya gembira sangat hari ini. Ok. Pertamanya tengkuk sudah baik. Hikmat penangan tidur dengan cukup dan membaca mentera kepada tilam. “Hai Encik Tilam, janganlah terajang tengkuk saya.” Tapi kalau menurut emak, diberinya petua menjemur bantal. Di sini matahari pun tak nampak, nak dijemur di bawah apa ye.

Keduanya kerana gambar ini. Hari ini saya tahu satu berita gembira. Di sebalik gambar ini terukir segalanya. Inilah kawan-kawan baik saya. Semoga mereka semua sihat-sihat saja dan gembira dengan apa yang mereka ada.

Saya ni nampak sangat dah tiada gambar lain yang nak diletakkan. Kitar semula gambar lama sajalah kan. Tapi memang gambar ini yang terbaik untuk menceritakan apa yang saya rasa. Doakan saya pula ye kawan-kawan sekelian! 😉

Nota: Doa dengan sesungguh-sungguh doa. Tapi saya takut dengan doa saya sendiri. Peliknya saya ni.

Posted on January 27th, 2009 by Sarah  |  43 Comments »

Cuba

Assalamualaikum wbt

Nampaknya semakin ramai kawan-kawan pembaca sudah menjumpai blog ini. Selamat datang saya ucapkan. Maaflah sebab saya memang dengan niat tidak memberitahu di blog lama dulu. Silalah baca entri awal-awal di sini yang baru sejemput ini kalau hendak tahu mengapa.

Saya ada satu misi penting hari ini. Saya hendak keluar sekejap lagi membeli barang-barang yang perlu untuk misi ini nanti. Hari tu saya ada menulis tentang rendah diri dan bersederhana kan. Jadi misi kali ini insya Allah sederhana saja. Tak guna kita ada ilmu tapi tidak mempraktikkan ilmu itu, kan. Ibaratnya pohon yang tidak berbuah. Tiada amal yang datang dari ilmu tu.

Kata kunci hari ini ialah, cuba mempraktikkan ilmu. Mari cuba. Cuba kau lihat. Cuba kau cuba. Renung ke mata aku bilaku kaku melihatmu. Hah. Merepek. Cuba ni lagu Melayu kesukaan saya dulu. Dulu-dululah. Sekarang biasa-biasa saja dah. 😉

Nota: Nota saya dalam entri lalu dimakbulkan Allah, kan? 🙂


Cuba – Faizal Tahir

Posted on January 25th, 2009 by Sarah  |  23 Comments »

My Stance

Assalamualaikum wbt

Yesterday, I was stuck in dilemma. To be or not to be. By midnight, decision was made and I chose not to be. Alhamdulillah. I am very contented with it.

Abu Burda related that Abu Musa said, “The Prophet, may Allah bless him and grant him peace, heard a man praising another man, extolling him greatly. The Prophet said: You have destroyed him or you have broken the man’s back.” (Imam Bukhari)

Well, the hadith supports my stance which I hate compliments as I see them as insinuations and burdening. But if you happen to hear I tell you some,  don’t worry. I really mean it from the bottom of my heart.

Note: Having good friends around is great. I want to befriend you all forever!

Posted on January 25th, 2009 by Sarah  |  22 Comments »