Dari Sarah Buat Sarah

Assalamualaikum wbt

Buat Sarah,

1) Sila bersenam dulu macam biasa di waktu pagi. Ini dapat menyegarkan badan awak.
2) Kalau bersarapan dengan nestum, sila jangan berani makan lebih daripada 4 sudu. Nanti loya, sendiri susah.
3) Sila baca Ma’thurat Kubra sekali seminggu. Jangan asyik hari-hari Ma’thurat Sughra saja.
4) Sila jangan patah balik kalau terserempak dengan Annas. Teruskan berjalan dengan macho. (Uwaa… Kenapa saya tak boleh terserempak dengan mamat ni? Ketar lutut, seram sejuk satu badan. Uwaa!)
5) Teruskan dengan ignorant awak. Seorang itu lebih baik.
6) Sila bertahan, esok hari Jumaat. Boleh yale-yale. (^_^)

Dari Sarah.

Posted on November 6th, 2008 by Sarah  |  16 Comments »

Misteri Doa-doa Cinta

Assalamualaikum wbt

Saya pelik sungguh. Setiap kali ada saja entri yang berbaur rahsia hati ni, mesti ramai je yang bertanya macam-macam, meneka macam-macam. Seakan saya ini terlalu misteri. Mari saya bongkar misteri Doa-doa Cinta.

Dua hari lepas, saya menghantar mesej kepada si dia. Bertanya khabar dan apa aktivitinya ketika itu. Tapi tidak berbalas. Saya pun sudah mula terfikir macam-macam. Saya ada buat si dia berkecil hatikah? Saya ada mengabaikan mesej-mesej si dia kebelakangan inikah? Saya cuba ingat kembali. Saya tak pernah tak membalas mesejnya, kalau terlewat tu adatlah kan. Kadang-kala saya sedang di hospital. Kalau email, walau sependek mana yang ditulisnya, saya balas juga dengan penuh ceria. Tapi apabila mesej saya tidak berbalas semalam, saya nukilkan sajak itu, Doa-doa Cinta. Saya kenal sangat dengan si dia ini. Dia tak boleh melihat saya merajuk hati, memendam rasa sedih sendirian, membawa diri tak tentu hala atau lebih tepat berayat-ayat sastera dalam mengekspresikan perasaan saya. Si dia pasti akan menghubungi saya untuk memastikan keadaan saya stabil atau sebetulnya, si dia ini hendak mengetahui duduk perkara yang sebenar sehingga boleh menyebabkan saya seperti ini: patah hati.

Jadi, saya umpan si dia dengan sajak membawa diri ini. Sayangnya, umpanan saya kali ini tidak mendapat respon daripadanya. Langsung. Fikir saya, mungkin si dia tidak membuka blog sajak saya itu (saya tulis sajak itu pada 4 November, hari yang saya tidak mendapat balasan daripadanya). Saya tunggu sejam, dua jam 3 jam dan akhirnya tengahari tadi, saya ambil keputusan untuk letakkan sajak itu di blog ini pula. Saya tunggu lagi hingga ke petang, pun tiada juga respon daripadanya. Dalam hati, saya fikir, mungkin si dia sudah faham benar dengan taktik saya. Sudahnya, saya juga yang beralah. Demi rindu, demi ingin mendengar khabar dan demi mendapatkan penjelasan sebenar mengapa si dia tidak membalas mesej saya, akhirnya saya nekad menelefon si dia.

Saya: Assalamualaikum. Kat mana ni?
Si dia: Wa’alaikumussalam. Kat luar ni. Tengah beli barang. Baru je tengah nak balas mesej semalam. Tiba-tiba dapat call pulak ni.
Saya: Yeke? (Sejuk hati sikit masa ni. Kira macam cairlah kononnya. Hehe)
Si dia: Iye. Ni tengah beli makanan sikit di R&R. Rojak buah. Lepas ni nak baliklah.
Saya: Kenapa tak balas mesej semalam? Orang dah puas tunggu. Dah risau dah apasallah tak balas mesej.
Si dia: Busy sangat. Musim exam kan. Minggu depan nak ke Dusun Eco Resort pulak. Ada camping pulak kat sana.
Saya: Oo yeke. Hmm.
… dan berlanjutan beberapa minit lagi sehingga kredit telefon habis…

Selepas tamat panggilan, baru saya dapat jawapannya kenapa umpanan saya melalui sajak putus hati ini tidak mendapat layanan daripadanya. Rupanya, si dia sibuk. Musim peperiksaan di mana-mana saja sekarang ini. Dan kenapa entri siang tadi tidak dibacanya lagi kerana dia masih di luar membeli barang. Mungkin masih belum berkesempatan untuk online di rumah.

Tapi, detik hati kami sentiasa sama. Di saat saya sangat teringatkannya, si dia pasti teringatkan saya juga. Seperti tadi, sedang saya berhajat hendak menelefonnya, si dia pula sedang menulis mesej untuk membalas mesej saya. Suka~ Hihik.

Si dia itu memiliki separuh daripada jiwa saya dan saya tahu si dia itu mencintai saya sepenuh hatinya. Dan, saya juga mencintai si dia itu dengan sepenuh hati saya juga. Si dia itu ialah…

Emak saya!

Hehehe. Lain yang saya hendak umpan, lain pula yang terumpan. Untuk Falin, Critical Thinker, Penjejak Malam, Cikgu Jawe, Shamsul, Bro. ASHAR dan Izu, saya bukan berjiwa-jiwa ye. Tiada maknanya saya nak berputus hati. Bercinta pun idak. Hoho. Ok. Kisah tamat. Tak usah ungkit-ungkit dah. Hehe.

Nota: Lagu kali ni memang tak boleh blah langsung =p Ni lagu rock kapak zaman saya sekolah rendah ni. Rasa terngiang-ngiang lagi. Bila saya buka Imeem untuk cari lagu tadi, saya gunakan kata kunci ‘merajuk’. Terus tersenarai lagu ni. Mak aih. Macam apa lucunya. Tapi tak kira. Saya letak juga. Memang rasa nak tergelak lagi ni. Kalau dengar sampai rangkap akhir tu, lagilah lucunya. “Andainya kasih aku merajuk, adakah mungkin engkau memujuk”. Emaknya, nak ke emaknya pujuk anak bertuah sorang ni ha? Huhuhu. Mahunya sakan emak ayah saya gelakkan saya kali ni =p

Posted on November 6th, 2008 by Sarah  |  17 Comments »

Doa-doa Cinta

Wahai orang yang mulia hatinya,
sudah lama aku menyusah batin
tenggelam dalam mujahadah.
Aku tiada siapapun di sini kecuali Allah menemanku
tapi kau datang dengan suara penyejuk jiwa.
Aku ingin menjadi yang halal bagimu
yang akan kau pimpin tangannya
kau dakap dirinya.
Puas aku berdoa
tapi kau tak juga sedar.

Aku hanyut dalam pasrah
selamanya Allah penemanku
dan semoga kau tak pernah tahu.

Dari orang yang pernah berharap,
Sarah.
4 November 2008
Kota Moscow

Posted on November 5th, 2008 by Sarah  |  32 Comments »

Kek Coklat Auyun

Assalamualaikum wbt

Saya berjaya menyiapkan kerja saya tepat jam 6.30 pagi tadi. Memang bersengkang mata habis-habisan. Dah siap kerja barulah saya tidur. Bangun tidur, satu perkara je yang saya ingat. Hari ini saya akan dapat kek yang saya tempah daripada Auyun, rakan se-batch di sini. Dan lebih kurang pukul 3 petang, kek pun sampai. Serius, kek coklat Auyun memang sangat sedap. Dia selalu buatkan kek untuk sambutan hari lahir kawan-kawan di sini. Waktu malam sambutan hari lahir Aizat hari Sabtu lepas, saya jamah sedikit keknya dan terus lepas tu saya tempah kek daripada Auyun. Saya ni hantu kek. Tak boleh ada kek dalam peti, mesti saya akan jenguk peti berkali-kali. Tapi sekarang sibuk. Tak sempat buat. Untuk warga Moscow yang ada membaca entri kali ini, jangan segan-segan nak tempah kek Auyun. Kek coklat yang saya tempah ni harganya 120 Ruble saja. Berbaloi sangat cik oi. Ni kira murah kan kat sini. Dan hasilnya sangat sedap.

Ha, tadi Auyun baru je datang bilik saya. Berborak pasal exam, studi dan macam-macam lagi. Selamat ber-exam Khamis ni ye Auyun. Terima kasih juga sebab bagi tip-tip untuk posting saya ni. Ha, nanti saya nak tempah lagi kek awak ok =)

Posted on November 5th, 2008 by Sarah  |  24 Comments »

Mengejar Dateline

Assalamualaikum wbt

Program Autumn Gathering yang berlangsung dari pagi sehingga jam 6 petang tadi berjaya mencapai matlamat. Ini pendapat peribadi saya. Dalam leka-leka kita, bila ada sesuatu yang menyentap kita supaya kembali sedar kan bagus. Tapi, separuh jalan program berlangsung, sekitar 11 pagi, saya menerima SMS daripada Maryam, Timbalan Setiusaha SMSA, persatuan pelajar universiti saya. Katanya, ada mesyuarat Editorial Board pada petang ini.

Zap. Terpotong sekejap mood ketika itu. Tapi saya balas juga mesejnya: Ok.

Selepas slot kedua, sekitar 4 petang, saya pun bergegas pulang meninggalkan yang lain terus berprogram. Saya target untuk sampai sebelum pukul 5 dan kemudian menyambung kerja saya yang banyak itu dan selepas Isya’ saya akan terus menuju ke tempat mesyuarat di Bilik Studi. Saya sampai betul-betul pukul 5, sudah Maghrib. Selesai Isya’, saya ke tempatnya dan mesyuarat berjalan. Kali ini mantap. Semua menepati waktu. Saya suka begini. Masing-masing datang dengan tidak kosong. Ada persediaan dari segi idea yang hendak dicadangkan dan kupasan terus kepada isi kandungan isu akan datang.

Tetapi terlebih dahulu, Tjen Jung, Setiausaha SMSA, yang bertanggung jawab menguruskan Behind The Stethoscope (BTS), majalah mini yang kami kelolakan, menyampaikan ucapan tahniah buat Editorial Board SMSA yang telah berjaya membuat ‘a kicking start’ untuk isu pertama sem ini. Ya. Saya sendiri pun sangat berpuas hati dengan isu pertama yang lalu. Untuk BTS, saya sebagai satu-satunya pelajar tahun akhir yang terlibat dalam Editorial Board dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan ruangan akademik dan laporan-laporan khas yang berkaitan. Untuk isu lepas, ada 2 artikel yang saya kelola. Dan untuk isu akan datang, fuh, lebih banyak dan semuanya penting! Nasib baik Jumaat ini hari terakhir saya untuk posting kali ini. Selepas itu, saya akan fokus menyiapkan artikel-artikel ini. Dateline adalah pada 13 November depan. Sebenarnya, menulis sesuatu artikel tidak mengambil masa yang lama. Saya ada sebuah buku kecil yang saya bawa ke mana saja saya pergi. Sebenarnya, ini buku koleksi sajak. Disebabkan kali ini saya terlibat dalam penulisan artikel dan laporan pula, maka, saya membuat draf tentang artikel dan laporan ini di dalam buku itu juga yang lazimnya saya buat ketika di dalam metro. Sambil berdiri pun bolehlah. Draf saja pun. Buruk-buruk pun tak mengapa. Untuk sendiri faham. Hehe. Oh ye. Macam mana nak menulis sambil berdiri di dalam metro yang bergerak laju? Pasang kuda-kuda dengan kuat dan mantap. Ups~

Ok. Sudah dulu. Malam ini saya akan bersengkang mata untuk menyiapkan semua kerja saya ni. Saya hendak mengejar dateline yang saya tetapkan pada diri saya sendiri. Esok hari terakhir cuti. Saya nak berehat. Nak tidur puas-puas. Dah berapa minggu saya rasa macam tak cukup tidur aje ni.

Nota: Tiba-tiba saya teringatkan entri Wanie suatu ketika dulu tentang kami serumah. Saya rasa, tahun depan kalau saya baca semula entri Wanie ni, saya boleh menangis kot =D

Posted on November 4th, 2008 by Sarah  |  10 Comments »