Doa-doa Cinta

Wahai orang yang mulia hatinya,
sudah lama aku menyusah batin
tenggelam dalam mujahadah.
Aku tiada siapapun di sini kecuali Allah menemanku
tapi kau datang dengan suara penyejuk jiwa.
Aku ingin menjadi yang halal bagimu
yang akan kau pimpin tangannya
kau dakap dirinya.
Puas aku berdoa
tapi kau tak juga sedar.

Aku hanyut dalam pasrah
selamanya Allah penemanku
dan semoga kau tak pernah tahu.

Dari orang yang pernah berharap,
Sarah.
4 November 2008
Kota Moscow

32 Responses to “Doa-doa Cinta”

  1. snm says on :

    salam sarah 🙂
    wonder who is him..

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    =)

    Reply

  3. CritiCalThinKer says on :

    ha ah la nak tahu juga..

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    CT:
    ah-ha 😉

    Reply

  5. penjejak malam says on :

    sarah..

    jodoh di tangan Allah. kita bukan berkahwin dgn cinta. tapi jodoh yg telah Allah tentukan.

    mungkin org yang awak cintai itu bukan jodoh awak. lantas awak perlu rela melepaskannya. ada hikmah tersembunyi dalam ilmu Allah kenapa dia bukan jodoh awak.

    hanya yang terbaik Allah beri untuk awak. orang itu le yg dpt terima awak seadanya, kelebihan dn kekurangan awak.

    insyallah.. andai dia mmg jodoh awak, awak sentiasa dlm hatinya dan rasai susahnya awak sekarang. 🙂

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Penjejak Malam:
    sy tak tau awk fikir sy gila ke apa tp sy ketawa bila baca komen awk. apa2pun terima kasih. nanti sy akan beritahu knp sy tulis sajak ni. so, stay tune =) apa yg awk kupas tu ada benarnya dan ada yg tak benar jg. apa yg tak benar? ne ne ne ne~

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Penjejak Malam:
    ini utk awk lg. sy suka nama ni. mcm watak The Night Tracker. satu watak dlm english novel wkt kecik2 dulu sy baca. mungkin awk penah baca novel tu jgk kot. buku penyasatan kanak2.

    Reply

  8. cikgu jawe says on :

    sarah..

    takkan le saya fikir awak bukan2. sedang saya kenal awak melalui penulisan blog awak. 🙂

    saya teruja akan kisah selanjutnya. spt saya juga teruja nk tau apa silapnya kenyataan saya.

    kita sama2 kongsi ilmu kan. 🙂

    nak kenakan orang ye. tak baik tau!. 😀

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    haha. sy dh agak dh. sah2 tu cikgu jawe td :p tunggu naaa… hehe

    Reply

  10. chmod says on :

    salam….
    hahaha…terselamat…kalau cepat2 saya letak komen tadi for sure terpesong lari andaian saya yang saya akan buat berpandukan kepada entry nie…so lebih baik tunggu empunya diri yang bercakap..baru kita komen..kekeke..kalau tak kena cam penjejak malam..kwang3x…

    Reply

  11. chmod says on :

    ohhoooooo….baru saya sedar..
    cuba teliti betol2 entry nie..dan lagu yang sedang berkumandang nie..ohhooooo…nie cam broken heart punya kes nie..tapi masih tak berani komen lagi..sebab nanti tak pasal2 lari analysis saya..kekeke..wait for empunya diri berbicara.. 🙂

    Reply

  12. a.s.h.a.r says on :

    tunggu ajalah kesudahannya…

    doa kami moga sarah ketemu
    jodoh yang terbaik

    lelaki yang baik utk wanita yang baik
    lelaki misteri utk wanita misteri…

    selamat.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Shamsul:
    kali ni awk cekap. baca komen atas2 dulu ek pastu dgr lagu n kaitkan dgn entri. bijak2. hihi. tunggu ye kisahnya. tak tau la kisah broken heart ke apa. tunggu aje la dulu ye 😉

    Bro ASHAR:
    sy terima ayat yg kedua: lelaki misteri utk wanita misteri. hihi 🙂

    Reply

  14. a.s.h.a.r says on :

    misteri lah lagi
    kami nantikan kesudahannya…

    Reply

  15. penjejak malam says on :

    saya harap saya bukan lelaki misteri tu. 🙂

    siapa cikgu jawe?

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro ASHAR:
    entah bila akan ada sudahnya. hehe.

    Penjejak Malam:
    ops. sy silap ke? tp sy tetap suka nama ni. mengingatkan sy zaman darjah 3 waktu sy baca english novel tu. erm. sy tak tau awk siapa jd sy boleh kata awk bukan orgnya. hehe. hmm. yet to be revealed?

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Penjejak Malam:
    Aishh.. tp sy rasa ni betul cikgu jawe ni. apa2 aje la. huhu. sbb komen cikgu jawe tu adlh kesinabungan jawapan sy utk penjejak malam yg kat atas nun. ok ok. tak mau fikir dh. serabut sy nnti. hehe.

    Reply

  18. cikgu jawe says on :

    sarah.. bdk yg tu ke?. hehe. spekulasi nih. apapun, aku suka ambil jln selamat. baik tunggu je kesudahannya. lg pun tak baik potong ckp doktor. hehe

    penjejak malam.. jgn guna nama aku!. amaran nih. penumbuk kang!

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    elelele cikgu. lg mau nyorok2 ye. sy tau la tu sape :p budak mana ni cikgu? aishh cikgu ni. tak main la spekulasi2 gini. lapuk dh cikgu. org pun tak caya dh. huhuhu.

    Reply

  20. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah jiwang…cepat bak sini cake n jacket potato sy..
    kalo tak lancarkan perang jiwang ke atas kamu

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    eleh. kalau dia jiwang takpe ye. hihik. sy bukan menjiwang la. nak tau jwpnnya, sila la tunggu. skrg ni takde masa nak berkek n berjacket potato. atas meja ni tgh penuh dgn buku. huuu

    Reply

  22. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hoittt
    izu berjiwang?
    u r barking to the wrong tree la..
    grrrr

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu, grrr tu maksudnya terasa. sape mkn cili dia la rasa pedas. hehe. acah je la. awk dh lama dh tinggal zaman jiwang awk. tp sy nak balas jgk: auuummmm~

    Reply

  24. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sy nak doa jugak la camni
    Ya Allah,
    berikanla perasaan sakit hati n jeles pada siti sarah pabile melihatkan family ku berada disampingku bermule pada 24hb ini…
    ameeen

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu, awk pulak akn jd jeles kalau tiba2 mak awk bukak cerita psl sy ke, liyana ke, amy ke wkt cuti hari tu. huhu. kami makan2, borak2, n ber-GG sekali dgn papa awk 😉

    Reply

  26. are-name says on :

    sarah, akak suka dengan sajak sarah yang ni.boleh akak simpan?

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Anem:
    sila la kak anem =)

    Reply

  28. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ya allah..
    kurang asam…tak penah tau yg papa ade umah mase tuh..
    cesss..korang memang laa..
    huh..grrrrrrrr..
    takde2..papa datang jugak okay 24 ni..
    adela hal2 anak ngan bapak nnt

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    laa.. yeke.. ingtan awk tau yg papa awk ada kt rumah wkt tu.

    Reply

  30. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    mu kejam

    Reply

  31. akak says on :

    macam pernah ku dengar sajak ini..tapi di mana ye..mmm.. barangkali dalam Ayat-ayat Cinta kot..betul tak?

    Reply

  32. bio_addict says on :

    kak sarah…mtk publish sajak ni kat blog kt…nice poem..lps bace post misteri doa2 cinta tu..rase terkena plak..huhu
    visit me..

    http://bioaddict219.blogspot.com/

    ain,kisas spm 03.(kalo lupe mane satu..anggap je igt2 lupe.hoho)

    Reply

Leave a Reply