OCD Dan Lantai Berkilat

 

wpid-img1434260111992.jpg

Assalamualaikum wbt

Inilah sebabnya kenapa saya suka lap dan gosok lantai berbanding mengemop dengan pengemop. Lantai jauh lebih bersih dan berkilat. Saya tak suka tengok lantai kotor. OCD yang tak boleh dibuang sejak kecil. Lantai kena bersih dan berkilat. Dulu-dulu mak buat seorang je bab-bab mengelap lantai. Tapi sejak saya umur sekitar 10 tahun, bab jaga keberkilatan lantai tu saya yang ambil alih. Belajar dari teladan gitulah jadinya. Huahaha. Pantang saya nampak habuk kat lantai rumah. Barang mainan pun tak boleh adik-adik sepahkan. Kalau raya, lebih 5 kali sehari kot saya sapu rumah bila tak ada tetamu. Muahaha.

Tak penat ke terbongkok-bongkok mengelap? Penat. Siapa kata tak penat. Tapi bahagia. Sebab rumah bersih sangat. Dan anak-anak bermain dalam persekitaran yang bersih.

Ok. Habis membebel. Nak siapkan mee sup Izz dan special request dia nak agar-agar pulak dah secara tiba-tiba di tengahari rembang ni. Random betul anak saya yang seorang tu. 😥

Nota: Nanti ada masa online dengan laptop baru akan di resize semula gambar. Guna handphone ni terhad sikit. Tapi nak online di laptop tu macam angan-angan Mat Jenin la jawabnya. Laptop pun entah kat mana simpan. Haha. 😂

Posted on June 14th, 2015 by Sarah  |  No Comments »

Drama Di Dapur: Suamiku Pergi Lagi

Assalamualaikum wbt

Tengahari semalam, selesai solat Zohor, saya masuk ke dapur untuk mula memasak. Waktu itu, kami semua baru saja tiba dari luar. Ke Sogo dan Medan Mara di Kuala Lumpur. Untuk pertama kalinya dalam hidup saya keluar bersama anak-anak ke tempat yang sesak begitu. Untuk pertama kalinya juga saya sanggup meredah lautan manusia yang sedang kusyuk membeli-belah di sana. Terutamanya di Sogo. Sale sehingga 80%! Orang macam ulat. Merayap penuh. Ok melebih dah. Sogo memang sale sepanjang tahun pun. Kami ke sana kerana suami saya hendak mencari barangnya. Alang-alang tu, kami lajakkan kaki ke Medan Mara di sebelahnya untuk mencari baju raya buat anak-anak. Masuk Ramadhan nanti dah tak perlu fikir apa dah tentang persiapan raya. Fikir untuk beribadah saja. Ha gitu.

Eh, yeke beli baju anak-anak saja? Iya. Untuk anak-anak saja. Mak dan ayahnya pakai baju recycle saja. Dan sebenarnya tak beli pun baju di Medan Mara tu. Buat penat saja ke sana. Sudahnya beli di bazaar depan Warta. Lagi cantik dan murah. Ok. Kembali ke pangkal cerita.

Sedang saya mengupas bawang untuk mula memasak, suami saya tiba-tiba saja membuka pintu dapur. Air mukanya kelihatan resah. Memang saya dapat mengesan perubahan riak itu. Kenapa pula ni ya? Sebab saya dan dia kedua-duanya terasa cukup ceria dan gembira sejak bangun sebelum Subuh pagi tadi. Ceria kerana akhirnya ada hujung minggu yang dapat dikongsi bersama. Dapat menghadap muka masing-masing. Tapi ini lain. Mukanya nampak cemas. Serba salah pun ada.

“Sayang, 16 haribulan ni abang kena ke Brunei. Sampai Sabtu depan.”

“Ooo. Okay.”

Saya memalingkan muka dari pintu dapur. Suami pun menutup daun pintu semula meninggalkan saya keseorangan di dapur.

Tiba-tiba saya rasa mata saya basah. Pipi pun mula dituruni air yang datang dari mata. Dan saya memang tak pasti sama ada itu air dari mata kerana pedih sedang mengupas bawang yang selonggok di depan saya tu atau memang air mata menangis. Sadisnya awak ni, Sarah. Sadisnya. Itupun nak nangis. Drama sangatlah. Cukup berdrama. Kembali memasak. Berangan macam sinetron sampai tajuk entry pun poyo je. Sobsss.

Tapi mestilah sedih. Dah bertahun-tahun tak memulakan Ramadhan bersama-sama. Nampaknya tahun ini pun Ramadhan saya hanya dengan anak-anak.

Dan nampaknya plan untuk menyambung pelajaran pada tahun ini perlu saya kaji semula dengan lebih teliti. Supaya anak-anak tak terabai akibat kesibukan kami.

Sobsssss. 😭

Posted on June 14th, 2015 by Sarah  |  2 Comments »

Misi 2015/2016

Assalamualaikum wbt

Sejak hampir setahun berkhidmat di Bahagian Perancangan KKM, saya secara langsung terlibat dalam merancang projek pembangunan fizikal segala jenis fasiliti kesihatan di seluruh Malaysia. Baik hospital, klinik kesihatan mahupun institusi khas. Dan sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dalam menjayakan perancangan masa panjang KKM dalam menetapkan halatuju pembangunan fasiliti kesihatan ini. Dalam bahasa mudahnya, penyediaan pelan induk atau masterplan. Bukan setahun dua. Tapi untuk tempoh 15 tahun sehingga 2030.

Pagi tadi sesi perbincangan bersambung lagi. Dalam satu slot pembentangan berkaitan perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran yang perlu dikembangluaskan, ada beberapa isu penting yang menangkap minda saya.

1) Pertumbuhan penduduk bagi kategori pediatrik (kanak-kanak) menunjukkan penurunan.

2) Nisbah bilangan pakar kepada bilangan katil sedia ada adalah sangat rendah. Terlalu rendah.

Antara konklusi daripada kedua-dua isu ini ialah (hipotesis):

1a) Tahap sosioekonomi negara semakin merosot sehingga penduduk berkira-kira untuk mengembangkan keluarga.

1b) Terlalu ramai yang merancang perkembangan keluarga sehingga berlakunya kerencatan pertumbuhan populasi yang akan berakhir dengan kerenggangan generasi (generation gap).

1c) Tahap kesihatan awam negara yang merosot sehingga menyebabkan ramai kematian di peringkat awal umur.

2a) Jumlah tempat untuk kursus sarjana perubatan yang terhad.

2b) Meningkatnya jumlah pelajar kursus sarjana yang gagal atau keluar (quit) dari kursus tersebut sebelum tamat latihan kepakaran 4 tahun.

2c) Jumlah doktor yang berjaya menamatkan latihan kepakaran adalah sangat sedikit berbanding jumlah pengambilan.

2d) Ramai pakar yang meninggalkan perkhidmatan awam dan berhijrah ke hospital swasta dan luar negara.

2e) Bertambahnya bilangan pegawai perubatan (MO) yang hanya kekal menjadi MO sehingga ke akhir perkhidmatan (MO kronik).

Mendengarkan ini semua, saya memberitahu diri saya. Untuk:

1) Saya perlu ada anak lagi. Bukan hanya dua, jika diizinkan Allah. Saya perlu mengembangkan ummat Muhammad ini. Dan mereka akan saya pastikan menjadi insan yang soleh lagi musleh (baik dan membawa kebaikan).

2) Saya perlu sambung belajar. Perlu dengan sangat! Tahap keterdesakan yang tertinggi sekali dalam segala prioriti yang saya ada. Yang paling penting antara yang penting-penting. Saya mahu menjadi antara yang membawa kebaikan untuk orang lain dengan menyumbangkan khidmat kepakaran saya. Saya mesti mencuba lagi!

Saya nekad, saya akan membantu menyiapkan dua masterplan penting yang sedang dibangunkan oleh KKM pada masa ini. Selesai misi ini, saya akan mengejar misi saya pula.

Walaupun kedua-dua misi saya itu besar, tapi ia tidak mustahil. Kedua-dua misi saya ini turut diinspirasikan oleh sepupu saya, Nisa, yang baru saja dikhabarkan telah lulus part 1 exam untuk kursus sarjananya dan pada masa yang sama sedang mengandungkan anak keduanya.

Sya, Ngah cemburu dengan awak. Awak doakan Ngah berjaya menurut awak pula lepas ni. At this very point of life, awak memang dah mengatasi Ngah walaupun dulu-dulu awak selalu kata awak kalah kepada Ngah, but hey, look where you are at now. You are ahaead of me! 😊

Okay. Akhirnya berjaya menulis sedikit di sini. Akan menulis lagi jika diizinkan masa dan kudrat. Siapa kata menulis blog tak guna kudrat. Guna sangat. Kudrat otak dan jari jemari. Haha. 😅

Sehingga bertemu dengan mood rajin lagi di lain kali!

Posted on May 22nd, 2015 by Sarah  |  5 Comments »

Muntah Di Jalanan

Assalamualaikum wbt

Terlalu sakit sehingga tak larat memandu sendiri menyebabkan suami saya pulang di waktu rehat tengahari tadi untuk menghantar saya ke klinik. Saya disarankan untuk mengambil ubat tahan muntah jenis cucukan tapi saya menolak kononnya saya boleh bertahan hanya dengan ubat makan. Sebaik keluar dari klinik, masuk ke dalam kereta dan bertolak pulang, baru dalam 50 meter bergerak, saya bergegas membuka pintu di tengah-tengah jalan raya itu. Saya muntah. Bukan sedikit tapi sangat banyak.

Saya: Sorry abang kena berhenti tengah jalan macam tu. Tak sangka nak muntah teruk macam tu.
Suami: Eh, bukan dah biasa ke muntah tengah jalan dulu-dulu?
Saya: Abangggggggg! (Cubit lengan kiri)
Suami: Hahahahaha.

Apa yang dikatakannya itu adalah merujuk kepada pengalaman mengandungkan Izz dan Zayd dulu-dulu. Merata-rata dah saya muntah di jalanan. Di tepi Tol Temerloh, di R&R di Kuantan, di tepi jalan berhampiran IOI Golf Club, di beberapa jalan utama di Lipis, di kawasan bunga renek di hadapan lobi utama Hospital Kuala Lipis, di atas Jambatan Temerloh (😱) dan bermacam-macam tempat lagi. Tetapi muntah kali ini bukanlah kerana mengandung. Ini penangan Acute Gastroenteritis (AGE).

Hai, blog! Lama saya tak menulis. Sempena blog ini baru diperbaharui domainnya, wajiblah kita menulis sebagai tanda tidak membazir. Huhu! 😄

MC dua hari. Semoga esok saya kembali pulih seperti sediakala, insya Allah.

Posted on January 26th, 2015 by Sarah  |  11 Comments »

Abang Izz

Assalamualaikum wbt

All this while, what ever we teach Izz at home, we never force him to memorize it. Be it ABC, Alif Ba Ta, 123 or du’as. We teach him to make him feel happy. Singing along, dancing along and drawing along. We recite the necessary du’as in every activity that we do. From early morning until the moment we hit bed again. Our journey back from school is infact very fun too. We can sing and tell short story about every object that attracted our eyes.

Only last week, without Izz noticing me listening to what he’s doing, he was actually singing the ABC perfectly until Z! 123 until 10 is considered done. He can count since he was 18 months. And last Thursday, while driving heading home from his nursery, he was repeating the Alif Ba Ta until Ya perfectly! I told Izz, “Wow. Ahsanta! Izz baca la lagi.” And he replied back, “Alaa mama ni. Tu senang je. Ajar la yang lain pulak.” Haha.

And yesterday, before he took his dinner, he recited doa makan by himself and at night, he recited doa tidur by himself too. Allahu Allah. Why so many surprises, Izz. Huuu. Mama is so touched by your achievement. Alhamdulillah.

For some, this is just a simple achievement as many other kids have already scored at earlier age. But for me, this is a history to remember. Knowing my limitations (time, due to oncall and workload), I previously had very little time to formally teach him at home. So I go with the concept of fun and happy. And I never assessed him back to avoid him feel stressed. And this is the result. He finally finds all these ABC, Alif Ba Ta and 123 are fun and happy stuffs to know.

Mama is happy!

Next target, insya Allah to memorize short verses of Al-Quran. Insya Allah, Insya Allah, Insya Allah.

 

Posted on September 5th, 2014 by Sarah  |  32 Comments »