Assalamualaikum wbt
Dalam minggu ini, saya mendapat undangan perkahwinan daripada empat orang kawan ketika sekolah menengah rendah dulu. Semua majlisnya dalam masa terdekat ini. Tahniah untuk mereka semua. Nampaknya, memang saya melepas lagilah untuk menghadiri majlis mereka.
Kadang-kadang saya terfikir juga. Apabila seseorang itu sudah berkahwin, apakah mereka akan cenderung untuk terputus hubungan dengan kawan-kawan lama? Apakah kehidupan berumah tangga memustahilkan itu semua? Tidak, kan?
Saya bukan membuat satu penyataan. Itu cuma persoalan yang saya fikirkan. Bukan saya sengaja hendak membiarkan persoalan seperti itu menjadi satu kesimpulan yang saya iyakan. Saya bercakap atas dasar pengalaman.
Teori ini bunyinya sedikit cacat. Jadi, silalah jangan berfikir seperti mana saya berfikir. 
Nota 1: Saya bercuti sehingga Rabu depan. Ada hari khas untuk kami di Rusia. Hari apa? Huh. Tak ingin saya cerita sebab saya tidak suka. Hari cuti ini bukanlah holi-day. Sebaliknya horrid-day. Siapa yang tahu, diam-diam sudey…
Nota 2: Khamis depan saya exam! Oral sajalah tapinya. Kena viva untuk case history yang sudah disediakan. Oral exam ini sebahagian daripada Final Exam nanti. Selepas exam, yosssshhh, saya akan bertolak ke karnival sukan tahun ini bersama kontinjen universiti saya.
Posted on April 17th, 2009 by Sarah | 11 Comments »
Assalamualaikum wbt
Setiap kali balik bercuti ke Malaysia, saya hanya akan terperap di rumah saja. Patah kaki ibaratnya. Pertamanya kerana di kawasan rumah saya, tiada kawan-kawan yang sebaya saya. Jika ada pun, hanya seorang. Lelaki pula tu. Sudah besar panjang ni, kuranglah kami berkomunikasi. Terserempak waktu kenduri pun tunduk-tunduk. Tapi di YM, rancaklah pula boleh bercerita perkembangan masing-masing.
Jika saya ada aktiviti di tempat lain, sebolehnya saya hendak pergi sendiri. Tidak mahu menyusahkan ayah untuk menghantar saya. Tapi, ayah pula sebaliknya. Sebolehnya dia hendak menghantar saya ke tempat yang saya perlu pergi. Sampai boleh merajuk dengan ayah sebab tidak mahu dihantar. Haha.

Contohnya ketika saya hendak ke Sungai Siput, Perak, untuk program Homestay di Perkampungan Orang Asli anjuran PPIM. Disebabkan saya AJK program, saya perlu bertolak awal ke sana. Saya sudah meninjau tiket bas ke Perak. Tapi majoriti bas malam akan sampai di sana pada pukul 3 pagi. Kalau bas siang, saya akan terlambat daripada masa yang dijanjikan bersama AJK yang lain. Ayah kata, buat apa cari tiket bas. Ayah akan hantarkan. Aduh. Menyusahkan ayah betullah saya ni. Maka, mengembaralah kami dua beranak. Kebetulan ayah ada kerja di sepanjang perjalanan ke sana. Kami singgah di banyak tempat. Ayah menggunakan laluan Kuala Lipis-Gua Musang-Cameron Highland untuk ke sana. Sempat saya dan ayah ke Cameron Highland dulu. Untuk balik dari Ipoh, saya terus mengambil bas pada malam tamatnya program itu. Saya tidak bertangguh. Terus balik rumah. Sampai di terminal bas, ayah juga yang datang menjemput.
Read the rest of this entry »
Posted on April 15th, 2009 by Sarah | 24 Comments »
Assalamualaikum wbt
Saya memang tidak faham betul. Setiap kali hujung minggu tiba, saya akan sibuk mengalahkan pengetua sekolah menengah. Pengetua sekolah menengah pun setidak-tidaknya dapat berehat di rumah pada hujung minggu. Saya bukan setakat tidak melekat di bilik. Siap pergi mencari nahas menyakitkan badan dengan latihan pingpong.
Minggu ini jadual latihan saya sedikit berubah. Latihan diadakan pada hari Sabtu. Selesai saja solat Zohor, saya bersama tiga orang lagi ahli pasukan saya bertolak bersama-sama. Latihan masih lagi seperti minggu lepas. Intensif separuh mati yang tidak diberikan sebarang insentif atas inisiatif kami menghadiri latihan yang berbentuk elektif atas pilihan hati kami yang ikhlas. Oh ayatku. Orang muda zaman ini kata: Tak boleh blah betul! Tapi tidak elok berbahasa begitu. Rosak bahasa. Mari cintai bahasa kita semaksimumnya.
Alhamdulillah, prestasi saya kembali pulih. Mungkin minggu lepas saya tertekan dengan pelbagai perkara. Jadi prestasi saya amat mengecewakan diri saya sendiri. Minggu ini pula mungkin baru mendapat semangat baru yang disuntik melalui email, maka diterjemahkan melalui peningkatan dalam setiap smash yang dilakukan. Eceh. Melawak saja. Email itu tiada kaitannya.
Sekembalinya daripada latihan, saya dan Wanie menghadiri usrah pula. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dulu, dan juga dulu-dulu, dalam masa seminggu kehidupan, saat yang paling menggembirakan ialah ketika menghadiri usrah bersama tujuh orang yang lain. Minggu ini kupasan tafsir Surah Ad-Dukhan. Cantik sungguh Allah bercerita dengan kita dalam surah itu. Dari kisah jerebu sebagai tanda Allah murka, ke babak seterusnya tentang kisah Nabi Musa dan pengikutnya. Dan disertakan peringatan untuk orang yang berlagak seperti tuhan dan bangga dengan kekuasaan. Siap ada sindiran sinikal daripada Allah buat manusia jenis ini dalam ayat ke-49. Dan seperti biasa, Allah sudahi penceritaan-Nya dengan menyejukkan hati kita. Allah memberikan gambaran indah tentang nikmat yang menanti di syurga. Hati yang rawan mesti akan terpujuk dengan ayat terakhir surah ini: Maka tunggulah. Sungguh, mereka itu juga sedang menunggu. Hai kamu semua. Allah dan penghuni langit yang lain sedang menunggu kita di sana!
Read the rest of this entry »
Posted on April 13th, 2009 by Sarah | 33 Comments »
Assalamualaikum wbt
Dalam alam maya ini, saya mempunyai dua orang kawan baik. Yang saya hargai sebagai sahabat. Pada hari ini, salah seorang daripadanya akan melangsungkan perkahwinan.
Selamat Pengantin Baru buat Faisal dan Fiza
Barakallahu lakuma wa baraka alaika wa jama’a bainakuma fi khair.

Nota 1: Faisal lebih dikenali sebagai Acai. Sahabat yang saya kenali hampir setahun tujuh bulan yang lalu.
Nota 2: Tunggu sahabat saya yang seorang lagi tu pula. Nadia, bila lagi? 😛
Posted on April 11th, 2009 by Sarah | 27 Comments »
Assalamualaikum wbt
Entri ini ditulis pada 14 Ogos 2008 yang lalu. Baru sekarang saya rasa hendak kongsikan di sini.
Selama ini saya pernah menjadi pembaca sebuah blog yang dimilik oleh seorang lelaki muda yang bekerja sebagai Pereka Hiasan Dalaman. Dia memiliki sebuah syarikat sendiri dan saya boleh mengkategorikannya sebagai anak muda yang sangat berjaya, berkerjaya, kaya-raya dan bermotivasi tinggi. Saya sendiri kagum dan kadang-kadang mendapat semangat apabila melihat betapa dia bersungguh-sungguh mengusahakan perniagaannya itu. Sayangnya hanya satu yang saya kurang suka tentangnya. Dia terlalu bermewah dengan hidupnya yang semamangnya berasal dari sebuah keluarga yang kaya-raya. Cuba bayangkan, untuk hujung minggu yang tiba-tiba dia rasakan bosan, dia terus terbang ke Dubai semata-mata untuk membeli-belah.
Dan yang sebetulnya, kenapa saya mula membaca blognya suatu masa dulu kerana saya dapat tahu yang dia tinggal dan bekerja di bandar yang sama dengan saya. Mulanya saya ingatkan dia anak jati tempat kami. Tapi tak pernah sekali pun dia menyebutkan nama tempat dia berada itu kerana hendak menjaga status kononnya. Tapi bagaimana saya tahu itu adalah Temerloh berdasarkan gambar-gambar yang banyak di blognya. Ada gambar Esplanade yang cantik di tepi Sungai Pahang tu dan macam-macam lagi termasuklah lokasi kawasan rumah rakit yang menjadi lambang Sungai Pahang di Lurah Semantan itu. Dan disebabkan gambar itu, saya pernah meninggalkan komen padanya. Peristiwa ni hampir setahun setengah yang sudah. Dan waktu itu saya tidak tahu bahawa dia jenis yang agak dingin orangnya. Terutamanya dengan orang yang biasa-biasa seperti saya ni. Dahlah tak berkerjaya lagi, ‘orang tempatan’ pula tu.
Read the rest of this entry »
Posted on April 10th, 2009 by Sarah | 106 Comments »