Bekerja Di Luar Hospital
Assalamualaikum wbt
Ahad minggu lepas, saya bertugas di luar kawasan. Saya perlu mengikuti Mobile Clinic (Klinik Bergerak) untuk program Tabung Darah. Kawasan yang dituju hari itu ialah di Tadika Mengkuang di Triang. Sebuah kawasan orang Cina. Tak sangka betul, ramai yang datang untuk menderma darah pada hari itu. Dan disebabkan sayalah satu-satunya doktor yang bertugas pada hari itu, cubalah bayangkan betapa penatnya saya. Kering tekak memberi penjelasan itu ini ketika membuat pemeriksaan kesihatan ke atas penderma-penderma yang datang dari pagi hingga ke petang.
Tapi saya cukup teruja melihat rekod derma setiap yang datang. Hampir 80% daripada mereka mempunyai rekod sebagai penderma yang kerap. Memang bagus. Ada seorang akak Cina ni. Dia ni bisu dan tinggal sendirian. Dia sudah menderma berkali-kali. Saya kagum dengannya. Walaupun dia mempunyai kekurangan, tapi hatinya pemurah. Kita yang sempurna ni patut mencontohinya. Dan akak itu merupakan orang pertama yang sampai di tempat derma darah itu. Terharu betul saya. Belum apa-apa lagi, baru saja hendak memanaskan enjin untuk hari itu, saya sudah terharu.
Tengok gambarlah sikit. Kebetulan saja saya ada membawa kamera di dalam beg pada hari itu.
Inilah situasinya di dalam Dewan MCA di situ. Kami membawa portable bed untuk digunakan ketika penderma direhatkan sebelum mula menderma darah.
Err… Ini tak payah ceritalah siapa. Huhu. Ada ramai yang kata: Biasanya doktor-doktor yang mari sini sudah tua-tua, tapi doktor ini hari manyak muda woo.
Inilah staf-staf saya untuk hari itu. Kesemuanya staf Tabung Darah dan Makmal. Ada dua orang lagi staf lelaki tetapi mereka menaiki van lagi satu. Mereka sangat banyak membantu saya pada hari itu. Seronok bekerja bersama mereka semua. Terima kasih akak-akak sekelian! ^____^
Hari ini pula, saya dikehendaki bertugas di Global Diebetic Walk. Ada Walkaton dianjurkan untuk orang ramai di daerah Temerloh. Jabatan yang bertugas semestinyalah Jabatan Perubatan. Saya diberitahu oleh specialist saya pada hari semalam. Tapi sebelum ke Dataran Temerloh, saya tetap ke wad dulu di awal pagi tadi untuk membuat round seperti biasa. Tema Global Diabetic Walk ini ialah biru. Hampir 100 peserta menjayakan Walkaton hari ini.
Sebelum Walkaton bermula, ada senamrobik dijalankan. Kekok betul saya dengan senamrobik segala bagai ni. Saya mana reti. Hahaha. Habis cacat rentak saya. Buat malu saja. Nasib baik duduk di belakang sekali. Errr. Tapi malulah pada Dr. A sebab dia di sebelah saya saja. Aik aik. Siapa Dr. A ya? Hahaha. Abaikan. ![]()
Saya bertugas bersama specialist wad saya sendiri di check point kedua. Tugas kami ialah memberi epal kepada semua peserta yang melalui check point kami. Inilah kumpulan pertama yang tiba di situ.
Apabila kesemua peserta trelah habis merentasi check point itu, saya pun turut serta dalam Walkaton itu. Kiranya, saya hanya berjalan kaki sekitar 3 km saja. Saya ni sudah terbiasa berjalan laju di wad dan kawasan hospital. Jadi, saya tidak sempat langsung rasa penat sepanjang 3 km berjalan kaki laju-laju itu. Siap memotong orang di depan saya yang berjalan perlahan pula. Kalau ikutkan, total saya berjalan kaki di hospital dalam sehari lebih dari 5 km. Sungguh ni. Tu sebab tak bersenam pun tak apa. Haha.
Ok. Selesai saja program tersebut, kami pun duduk bersantai sebelum pulang semula ke hospital. Ini antara doktor-doktor Jabatan Perubatan yang berada di Dataran Temerloh pagi tadi. Ada lagi beberapa orang yang tiada dalam gambar. Kasihan saya. Sayalah antara sukarelawan malang yang tidak mendapat t-shirt program kerana kehabisan stok. T______T Sudahlah jenuh pagi tadi saya hendak mencari t-shirt bertema biru. Sudahnya, saya kebas sajalah t-shirt Tweety tu. T-shirt tu saya guna untuk tidur saja sebenarnya tapi dah terdesak sangat, hentam sajalah. Dahlah baju tu dah lama benar dah. Saya beli di Batu Feringgi ketika tingkatan 4. Tulah. Lain kali jangan suruh saya pakai biru dah. Saya tiada stok. Huhuhu. Oh ya. yang bertudung putih dan doktor lelaki yang paling tepi itu adalah antara specialist di jabatan ini. Muda-muda, kan. ![]()
Nota: Tahniah untuk Abang Khairil dan Kak Salwa atas kelahiran anak pertama mereka, Imran. Semoga Imran menjadi orang baik-baik seperti emak ayahnya, insya Allah. ![]()








