Akibat Terlebih Prihatin

Assalamualaikum wbt

Saya terharu pula dengan respon yang saya terima untuk entri lepas. Tak sangka pula saya, ramai yang selama ini menjadi pembaca secara diam di blog ini mula bersuara. Saya dah pun membuat keputusan.

Saya tidak akan berhenti berkongsi cerita tentang kehidupan di hospital.

Kerana saya teringat semula apa hajat dan niat saya. Saya mahu adik-adik yang masih menuntut dalam bidang ini mendapat gambaran sebenar dunia pekerjaan mereka nanti dan mereka sudah mula tahu apa yang perlu mereka buat dan patut tahu mulai dari sekarang. Terutamanya lepasan luar negara kerana orientasi hospital di Malaysia dan sistemnya jauh berbeza dengan di luar negara. Saya harap mereka dapat bermula pada suatu hari nanti dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada saya.

Ok. Tak mahulah ayat yang serius-serius. Ini hujung minggu. Masa untuk bersantai ria walaupun esok saya 1st call di active ward. Ini ada satu cerita. Baru saja berlaku hari semalam, Jumaat.

Wad saya menjadi active ward. Semua kemasukan baru kes-kes medical disumbat ke wad saya. Di awal pagi lagi kami telah menerima seorang pesakit. Saya mendapatkannya untuk membuat full clerking di dalam wad.

Sudah lumrahnya bernama doktor, segala perubahan warna di kulit akan menarik minatnya untuk mengenal pasti apakah itu. Lokasinya juga perlu diberikan perhatian. Mungkin ruam biasa, mungkin ruam berdarah, mungkin palmar erythema, mungkin hematoma, mungkin spider nevi dan macam-macam lagi.

Saya ternampak beberapa tompok merah pada pesakit itu. Seperti lazimnya, saya bertanya sejak bila ada kesan merah itu, ada kemungkinan jatuh atau terhantuk tak, ada rasa gatal-gatal tak. Soalan-soalan yang sebegitulah lebih kurangnya.

Tapi saya pelik. Pesakit tu macam nak tergelak sikit. Dia seakan-akan menahan-nahan ketawa. Akhirnya dia bercakap secara berbisik kepada saya.

“Err… Doktor tak pernah tengok love bite ke?”

Hahahahhahahaa. Ambik kau, Sarah! Padan muka. Attentive sangat lagi. Ngahahahaha. Baru saya teringat. Malam sebelumnya itu adalah malam Jumaat. Tapi, sumpahlah mana saya tahu macam mana rupa love bite tu kan. Muahahaha.

Ok. Yang budak-budak tu kalau tak faham, tak payahlah pula nak google atau apa ye. Pergi main jauh-jauh sajalah ok. Hehe. Pembaca diizikan untuk ketawa. Baiklah. Cerita ini tamat di sini sahaja. :mrgreen:

Nota: Duit dalam bank dah nak kosong. Bila gaji nak masuk ni. Huhu.

42 Responses to “Akibat Terlebih Prihatin”

  1. Chef 410 says on :

    lucu lah pulak entry nih. hehehehe
    tak pe KS, belum nikah lagi kan. eheh

  2. Sarah says on :

    Oh. I memang belum nikah. nanti I dah nikah I tak la naif macam semalam. Huhu.

    Sumpah KS malu waktu tu Jull. Kot kalau patient tu sedar la kan, air muka KS berubah tahap gaban! ๐Ÿ˜†

  3. SisHoney says on :

    salam sarah,

    dah lama gak sis xkomen kat sini even mmg sll rasa penat membaca entri2 sarah.hehehehe.bab2 love bite ni kena tanya org2 yg dah kawen la kan.kan.kan.kita kan masih muda remaja.mana nak tau~kuikuikui.owh ya.sarah masih belum dapat gaji lagi ke…kerajaan skang xperlu amik masa yg lama lagi tuk dapat gaji.dah ada sistem yg bulan sama gak leh dapat.sbb kalau kemasukan baru mmg xdak masalah.cuma kalau perpindahan aje maybe kena amik masa sbb date kekadang lari…

  4. Sarah says on :

    Hehe. Saya masih lagi gaji-less la sis =)

    Semua HO hanya akan dapat gaji bulan ke3 kerja. Tunggu bulan 11 ni la. Hehe. Duit kat bank memang dah surut betul ni. Siap ditampung oleh ayah lagi. Serius rasa macam tengah study je lagi. ๐Ÿ˜†

  5. miji says on :

    ๐Ÿ˜† ๐Ÿ˜€ :mrgreen:

    inilah paling kelakar sekali entrinyer..
    xtahan rasa nk komen…

    muahahahaha..

    ~ntahnyer, xyahlah berenti nulih, ramai jer yg intai2 blog dr sarah ni, tiap2 ari~

    :mrgreen:

  6. mahfuuzah says on :

    ๐Ÿ˜† klaka klaka jgk..tp tu sume pglmn kan..1 hr nti pasti sarah akn tau..hehe

  7. Far East says on :

    haha….keep writing ya….

  8. nadiayuna says on :

    Sarah. entri ini superb comel. i can imagine muka awak time tu. huhu. **saya akan sekali lagi merasa gaji-less lepas start posting isnin ni. bulan 1 baru dapat kot. selamat ada lagi saving gaji keje skg. sarahhhh. rindu awak secara infiniti. jaga diri ya** ๐Ÿ˜‰

  9. Noi says on :

    HAHAHAHAHAHAHA ๐Ÿ˜†
    errrrrrrrrrrrr… Sarah, cane rupanya??
    Noi pun tak pernah tengok.. AHAHAHA

  10. thia says on :

    ks,serius kelakar!

    comelll :mrgreen:

  11. alif.fa.ya.qof.ha says on :

    Hahaha~
    Aduhai kaksarah. Teruskan menulis. Saya sentiasa merindui duniamu.

    ๐Ÿ™‚

  12. izzati says on :

    salam akak..

    slmt mnulis ye..
    well nk introduce dri la…
    sy izzati..mdical stdnt gak..slent reader blog akak snce akak kt blogspot g..
    nice to read ur post..=)

  13. akmar says on :

    :mrgreen:

    wah. best nyer baca blog sarah. hiks. all the best. ๐Ÿ˜‰

    sarah, letakla gambar2 kt entry. hehe.

    rasa tak sabar nk grad ler cmni :mrgreen: :mrgreen:

  14. maa izz says on :

    hihihihi..

    angah.. angah..
    gelihati rasanya..

    tapi, betul la, tak salah pun attentive sgt, kan.. dah namanya doktor..
    takkan nak expect bendaยฒ di luar pengetahuan kita, kan, especially yg personal nye.. hihi..

    takpelah, pengalaman mendewasakan.. :mrgreen:

  15. rudis says on :

    wah ini baru kelakaran yang sehat ๐Ÿ˜€

  16. hilman says on :

    nasib baik sempat mute dlu td……klu tak mesti org ingat ada yg mengigau gelak pepagi bute ni….. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  17. roseli says on :

    Salam,

    DR.Sarah,

    Kali pertama saya gelak baca your blog.Lepas tu senyum sorang2. :mrgreen:

    rosebali.

  18. sinar says on :

    geli hati baca…
    mcm2 juga doktor ni

  19. makcik says on :

    Kelakar jugak budak kecik niii… ๐Ÿ˜›

  20. nadia says on :

    heeheheh..kelakar la entri ni KS. Dapat bayangkan situasi ni dan perubahan muka KS masa pesakit tu tanya.hehehhe

  21. firdee says on :

    salam sarah,
    kali ni baru terasa sedikit santai dan rilek je membaca entri sarah kali ni ^^. sy pon tak tahu ginama rupanya love bite tu =p

  22. nabzie says on :

    salam kak sarah!!! lucunyeeee kak sarah niii…agak lama tak jenguk blog ni..tapi amnah suruh sy bc blog ni..hahahahahaha..dan sy terhibur..kikikiki..rindu la kak sarahhhhhhhhhhhhhhhhhhh….

  23. wher mohd says on :

    YeaYY!! ๐Ÿ˜›

  24. nabilah hana says on :

    hi salam
    kelakar entry ni
    sy suka ! wee

  25. ieda says on :

    kahkahkah…good experience la sarah..nasib baik sarah tak present depan specialist..can imagine your face… ๐Ÿ˜›

  26. Haida says on :

    Haha…lawak tol….mesti merah padam muka Sarah tym tu kan…hehe….takpe…belajar melalui pengalaman…klu pasni nampak menda serupa lagi jangan tegur sebarangan ye…pk dulu…haha… ๐Ÿ˜ˆ

  27. hawa says on :

    Love bite? Ape tu? (innocent)

  28. hakimah says on :

    sarah…hehehehhe..tapikan…kimah pon xpenah tgk love bite gak…macam mana rupa dia???

  29. NoktahHitam says on :

    Woot? Like others, first gelak bace your post!

    Sekarang doc dah tau, doc takyah tanye ๐Ÿ˜›

  30. muaz says on :

    lucu seh. sapa nak tahu kan kalau x pernah dpt sblm ni. :mrgreen:

  31. riyana says on :

    haha klakar la entry ni. tp kak sarah, sy pun x penah tgk gi. camne eh? hehe

  32. i am visitor says on :

    love-bite..hehehehe

  33. djambu says on :

    adakah love-bite tu mcm digigit nyamuk? kui3~

  34. haritz says on :

    haram buat love bite untuk tontonan umum tp untuk pasangan kita digalakan untuk kerukunan rumah tangga hehehe :mrgreen:

    ps:tak sukalah “buat” tu ๐Ÿ˜ณ

  35. salym says on :

    Salam doc..
    Sy penah tgk love bite kat leher membe sy.. Tp yg pelikny, bl sy tgk nampak mcm bite tp x mcm love..so, sy tnya dia, cmna bole jd ada love bite..dia pun jwb, bite tu kn ada kaitan dgn mulut..then, br sy faham..

  36. yeojainikka says on :

    salam…k.s, jgn stop k.tulis2 n tulis lagi ๐Ÿ˜‰

  37. Kasawari says on :

    mesti time ni dah gaji.. leh belanja satay ek.. he he

  38. rudis says on :

    met kenal aja, rudis blog anyaran

  39. ashar2403 says on :

    Sungguh banyaknya ceritera orang2 temerloh
    orang maran rentaknya memerhati

  40. enar says on :

    terima kasih.

    pertolongan-petolongan yang dihulurkan itu akan dibalas jua sama ada sedar atau tidak, InsyaAllah akan dipermudahkan jalan dan menyediakan ruang yang tenang

  41. nasuharazali says on :

    salam ks.. terus menulis ye.. seronok dapat banyak info sebelum melangkah ke alam sebenar nanti..
    selamat maju jaya..

  42. siti ain says on :

    k sarah..leh sy taw bape gaji yg kak akn dpt ntuk 3 bln tu..
    berbaloi ke jdik doctor nih??hehehe

Leave a Reply