Sepetang Bersama Mereka
Pasti akan terpahat selamanya
Perkongsian sepetang bersama mereka cukup mudah.
Akal yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.
Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.
Pasti akan terpahat selamanya
Perkongsian sepetang bersama mereka cukup mudah.
Akal yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.
Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.
Assalamualaikum wbt
In the evening, I went to a Piano Concert held in Moscow Central State Museum of Music. I was, again, offered by my leacturer, Mdm. Inna Hendihovna to go there with her. And this time, a few more students going along with me. Me, Davina and Jimmy were a bit late and for that reason, the regular middle seats for our tickets were fully occupied (free sitting system, no numbering). And when the organizer found an available seat at the front, he pushed me to sit there. At the third row from the stage. What a day! I sat among the VIPs. Huhu. Eventhough I was all away separated from my clan, but it doesn’t matter. They all came along with their partners but I was, as usual, a lone ranger. Hihi. Sitting at the front wasn’t that bad. The lady next to me was a very rich Datin-wannabe type. She has topaz at her neck! And she talked a lot to get rid of her boredom. At first, she had mistaken me as a music student. Blame my fingers. They didn’t stop dancing on my laps once the piano started to sing.
In short, the concert took about 2 hours and the half. The performances consisted of piano, organ and clarinet shows. Here are the videos I managed to capture (luckily I have got the front seat).

Update on Sunday evening. We housemates went down at the housing compound to play badminton and Diba was having her futsal training. Wanie got herself some space to bloom her blues by the lake and unfortunately Emy wasn’t around. She went out to the city center to buy something. Pena and Fatt seemed very excited ran after the shuttlecock and believe me, I played with them too even though I wore skirt. Huhu~ What a wonderful weekend. Tomorrow, Monday is waiting to kill us again without fail…
Dua entri saya sebelum ini memang kelam-kabut. Saya menulis sekadar untuk melepaskan tekanan. Tapi sekarang, exam pun sudah habis. Masih ada lagi satu sebenarnya tapi tarikhnya dibawa ke 14 April nanti. Sementara itu, bolehlah saya sedikit merehatkan badan. Harapnya persediaan untuk exam Psychiatry nanti lebih tenang dan tidur juga mencukupi. Bukan seperti exam pagi tadi. Malam tadi saya lelap kurang dari 2 jam rasanya.
Saya senang hati sekarang. Lapang saja rasanya. Macam sedang lari-lari dalam taman bunga. Dalam hati pun rasa macam ada bunga tumbuh. Mentang-mentanglah sekarang sudah masuk musim bunga. Semuanya rasa berbunga-bunga. Ok. Yang mahu saya kongsikan bukan tentang bunga-bungaan tetapi tentang pemikiran budaya timur dan barat.
Beberapa hari lalu ketika di kelas Psychiatry, sedang kami membincangkan topik Personality Disorder dengan doktor kami, dia membangkitkan fakta tentang seorang anak kecil secara fitrahnya akan berfantasi mengahwini ibunya sendiri (bagi anak lelaki) dan ayahnya sendiri (bagi anak perempuan). Kami semua tidak bersetuju dengan idea itu. Kami tidak terus membangkang tapi kami semua menyatakan pengalaman masing-masing yang tidak pernah mempunyai angan-angan yang sebegitu sewaktu kecil dulu.
Doktor kami menerangkan ini adalah anganan separuh sedar yang telah ditindas ke bawah oleh aturan ‘Ego’ dan ‘Super ego’ kita semua. Ego dan Super ego ini menjadi undang-undang rasional otak kita yang memberitahu bahawa apa yang diinginkan itu adalah mustahil. Disebabkan itu, bila sudah besar, kita sudah tidak punya angan-angan seperti sewaktu kecil itu. Kami riuh memberikan pendapat masing-masing. Doktor kami menambah lagi, biasanya hal ini terjadi sewaktu berumur 3 atau 4 tahun.
Doktor kami memberitahu, antara reaksi anak-anak pada waktu itu ialah selalu memeluk erat ibu atau bapa dan meletakkan mereka sebagai yang insan yang paling sempurna serba serbi bagi mereka. Baik cantiknya, gagahnya, kuatnya dan kacaknya. Memang kami gelak besar mendengar idea ini. Seorang rakan saya ditanya oleh doktor kami, tidak pernahkah dia bermimpi dimanjai oleh ibunya. Dia mati-mati menegaskan memang tidak pernah mimpi begitu terjadi padanya. Saya berbincang dengan seorang rakan yang berbangsa Singh. Kami akhirnya membuat kesimpulan ringkas. Idea sebegini timbul mungkin kerana budaya yang berbeza dan pengamalan agama yang juga berbeza.
Kenapa begitu rumusan kami? Kerana semua nama pakar-pakar psikiatrik yang disebutkan adalah berbangsa Eropah. Jadi idea ini timbul kerana skop kajiannya yang tidak menyeluruh. Saya mungkin silap tentang rumusan yang saya dan kawan saya bincangkan ini tapi saya yakin, amat mustahil, atau susah, untuk kita mendengar anak-anak kecil di Malaysia berfantasi mengahwini ibu atau ayah sendiri dalam erti kata fantasi seperti orang dewasa!
Dari dewan auditorium hospital, saya menelefon rumah ketika waktu rehat. Adik Azizi yang menjawab. Emak sedang solat Maghrib. Selepas berbual seketika dengan Adik Azizi, emak menjawab panggilan. Emak demam rupanya. Semoga emak cepat sihat. Satu soalan saya tanyakan pada emak. Pernah atau tidak sewaktu kecil-kecil dulu saya atau Kaklong mengatakan mahu berkahwin dengan ayah. Emak tergelak. Emak menerangkan memang tiada. Saya ulang soalan untuk kepastian. Memang sahih jawapannya tidak pernah. Saya tergelak saja sebab rumusan yang saya dan kawan berikan tadi mungkin boleh diambil kira. Maksud saya, tentang fantasi anak-anak kecil ini sebenarnya bergantung kepada budaya dan persekitaran pembesarannya juga. Juga pengamalan agama dalam sesebuah keluarga itu.
Sebelum talian terputus kerana kredit saya habis, emak sempat berkata: Dulu-dulu waktu kecik-kecik, awak semua main kawin-kawin dengan Abang Ery, Mizi, Hafiz, Alif semua tu. Dah membesar dengan budak-budak laki semua tu kan. Mana taknya. Saya tergelak. Iya. Mereka itulah pasangan main kahwin-kahwin kecil-kecil dulu. Mereka semua adalah dua pupu saya. Huhu.
Saya hilang fokus sepanjang hujung minggu yang lalu kerana:
1. Sedang mengalami mood instability.
2. Sudah berderet 3 kali hujung minggu saya tidak berehat.
3. Terlalu berfikir tentang suatu isu. Penatnya!
4. Rasa macam otak dah penuh.
5. Rasa nak keluar dari Moscow sekejap.
6. Nak balik rumah!
Tapi, saya tahu saya tak akan:
1. Abaikan study. Terpaksa tidur 2 jam saja pun tak kisah.
2. Jadi macam Sufiah Farooq.
3. Buat perkara bodoh yang lain.
Tapi, saya akan:
1. Terus belajar terus terus terus terus!
2. Cuba baiki suatu keadaan supaya kembali seperti biasa.
3. Terus belajar terus terus terus terus!
Saya ni pelik. Jangan hiraukan saya. Sebab saya memang pelik. Ye. Saya pelik. Saya memang pelik! Bak kasi saya sushi sekotak. Saya mahu sushi Unagi dan Geisha saja. Roll tak mahu. Lain-lain pun tak mahu.
Saya sedang benci amat dengan Belanda. Dengan filem Fitna itu. Menonton video itu buat saya rasa hendak menangis dengan fitnah yang dilontarkan kepada Islam. Istighfar tak sudah-sudah saya. Jadi semua, siapa yang selalu isi minyak di Shell, guna produk Unilever, basuh baju guna sabun Fab semua tu, produk Dove, majerin Planta, suka sapu roti dengan Lady’s Choice, suka makan coklat Ferrero Roche, sila-silalah berhenti sekarang. Boikot. Kuasa ekonomi boleh melumpuhkan mereka. Bro Sebol, ini kenyataan saya buat masa ini merangkap Menteri Luar dalam kabinet Bro. Tak punya banyak masa. Tapi saya harap, semua muslim dapat sama-sama meneruskan boikot ini dan semoga azab Allah yang selayaknya untuk mereka laknatullah itu.
Saya juga akan beli shower foam baru. Dove sudah tidak wangi. Tidak relevan. Wajib ditukar. Sudahlah dulu. Jumpa lagi nanti. Salam.
Semalam saya menelefon seorang kawan lama. Sekejap saja bualnya. Sebab tidak mahu telefon dihidupkan lama-lama. Dia bertanya: How’s life? Saya menjawab: Well, great. It was great. Dia sedikit meninggikan suara: Was??!! Why? What with it now? Alamak. Baru saya tersedar. Saya tersilap cakap rupanya. Saya membalas: Hep hep. Sorry. I meant it to be now and forever. But my tongue just slipped out it way. Not was. It is great. Hehe. Don’t worry. Itu saja perbualan muqadimahnya. Kesimpulan dari kisah ini ada dua. Pertama, otak saya serabut. Saya fikirkan hal lain, lain pula yang dijawab. Atau tidak kena cara jawabnya. Kedua, apa kena dengan Bahasa Inggeris saya kebelakangan ini? Macam makin berkarat. Karat coklat gelap. Marah betul saya. Tapi sugguh. Saya tidak suka berbual dalam Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan berbangsa Cina di sini. Mereka makin merosakkan bahasa saja. Oni, oso, oledi. Jadi, saya buli mereka dengan bercakap Melayu. Biarkan. Biar mereka belajar lebih. Hendak berbahasa Inggeris, saya lagi suka bercakap dengan kawan-kawan dari luar. Dengan Nelyn dari Nigeria, dengan Imen dari Tuniasia (campur Arab), dengan Leila dari Iran dan dengan Deema yang berbangsa Rusia.
Saya sepatutnya fokus dengan buku-buku saya. Memang saya duduk menghadap buku dari hari Jumaat lagi tapi fokus saya kurang. Saya sudah lama tidak membuka akaun Friendster saya itu. Tapi, dalam sibuk-sibuk inilah saya tiba-tiba gatal tangan hendak mengemaskinikan Friendster saya itu. Ada dua alasan juga. Pertama kerana disebabkan saya tidak pernah ambil serius sangat dengan akaun itu, saya jarang melihat-lihat aplikasi-aplikasi yang ada. Tapi semalam tergerak hati untuk melihat ‘who has grabbed your photos‘. Yang ini buat saya geram. Hentah siapa-siapa saja yang sesedap hati grab gambar-gambar saya di Friendster tu. Tak berkenan sungguh saya. Saya pernah hendak membuang saja akaun di Friendster tapi memikirkan itulah medium saya boleh dijejak oleh kawan-kawan lama, jadi saya biarkan saja dulu. Jadi, semalam saya membuat operasi pembersihan. Habis saya buang semua gambar-gambar peribadi. Yang tinggal hanya sejemput. Gambar bersama keluarga, kawan baik, rakan-rakan sekumpulan dan kucing kawan saya, si Nelly yang comel.
Kedua, sebab saya dalam usaha menjejak seorang kawan lama. Kawan sekolah rendah sewaktu darjah satu dulu. Saya gunakan Friendster sebagai medium. Saya jumpa. Dan yang lebih terkejut, dia baru saja berkahwin 3 bulan lepas. Alhamdulillah. Nanti bila-bila ada masa, saya hendak jejak lagi kawan-kawan sewaktu darjah satu hingga tiga yang sudah terpisah lama. Siapa lagilah yang dah berkahwin agaknya.
Saya nampak merepek dengan entri ini, kan? Sebab saya tengah tunggu Prince Charming macam dalam kisah Cinderella. Tapi tak datang-datang juga. Sebab apa? Sebab dia tak faham-faham maksud indirect action saya. Huhu. Saya memang merepek. Dalam hidup ini, takkan adanya watak begini.
Untuk Adik Aiman, tahniah sebab awak dah pandai berniaga. Bagus. Bagus. Kecil-kecil ni untungnya biarlah RM8 je. Nanti dah besar, lipat ganda untung jadi RM80K ye. Oh ye. Dulu waktu kecil-kecil pun saya pernah belajar berniaga. Emak dan ayah menggalakkan kami bermain duit dengan berniaga asam boy di tingkat bawah rumah. Ada orang yang beli tau. Ok. Ceritanya kemudian. Saya beransur dulu. Nescafe saya sudah sejuk. Macam mana nak fokus ni???
Kemas kini (4.40pm):
-Beza waktu Moscow-Malaysia sekarang ialah 4 jam. Daylight saving sudah bermula pada hari ini.
-Kenapa saya tidak fokus? Ada banyak sebabnya. Dan saya rasa, saya juga manusia normal macam orang lain. Akan mengalami rasa merudum dan tidak fokus begini.
-Saya tiada masalah langsung untuk berbahasa Inggeris. Cuma konsep blog saya lebih mengutamakan Bahasa Melayu. Dan kenapa saya tidak suka berbahasa Inggeris dengan kawan-kawan Cina kerana bahasa yang mereka guna rojak campur pasembor. Rosak. Saya tidak suka rojak dalam bahasa. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Ok. Panas. Saya nak keluar ambil angin. Untuk exam praktikal pada hari esok, insya Allah sudah siap siaga cuma saya kurang semangat saja sekarang ini. Tinggal dulu.