Archive for the ‘Life’ Category

Chak! Saya Kembali!

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah saya masih diberi sedikit kelapangan untuk menulis. Maaf sebab agak lama saya berdiam diri. Bukannya saya merajuk atau apa. Ada banyak benda yang terjadi dalam masa 2 minggu ini.

Pertamanya, saya jatuh sakit sejak 2 minggu lepas. Mulanya saya kira demam biasa. Tapi makin lama makin teruk. Dengan batuk berdarah dan sesak nafasnya, akhirnya saya ambil keputusan untuk ke klinik (walaupun pada keesokan harinya saya ada exam!). Saya sebenarnya seakan dapat mengagak apa sakitnya tapi hanya X-ray yang boleh mengesahkan. Ya. Saya kena jangkitan kuman di paru-paru. Pneumonia. Di samping itu, saya turut mengalami progressive bronchitis (kesan daripada sakit teruk bulan Oktober dulu). Saya pun hairan kenapalah badan saya ni sangat mudah terkena jangkitan. Immuniti badan saya sangat rendah agaknya. Tapi kenapa ye?

Keduanya, saya sedang menjalani final exam autumn semester. Untuk sem ini, saya ada 8 subjek kesemuanya. 2 sudahpun diselesaikan ketika bulan 3 dan 4. Dan secara kolektif, ada 6 subjek yang perlu saya hadapi dalam masa 2 minggu lebih ini. Saya sudahpun selesai 3 lagi exam dalam keadaan sakit yang teruk. Dan kini tinggal lagi 3 subjek. Secara total, 5 subjek telah selesai, tinggal lagi 3 dan yang terdekat adalah pada hari esok. Wah. Sempat pula saya menulis di sini ye. Hihi.

Sebenarnya saya baru saja kembali dari klinik untuk temujanji susulan bersama doktor tadi. Alhamdulillah, secara keseluruhan keadaan saya semakin baik. Tapi belum sepenuhnya. Masih batuk (berdarah kadang-kadang), tidur tidak boleh baring (sesak nafas) jadi saya akan tidur menyandar di katil. Sakit belakang tau. Dah lah sepanjang hari duduk di kerusi untuk studi. Waktu tidur pun kena duduk juga. Sedih je. Makan pun perlu dicatu. Bukan semua benda saya lalu makan. Tekak sakit. Semalam Wanie buat bubur nasi. Wow. Saya makan bertambah 2 kali! Waktu tu dah tengah malam. Tak kira. Saya makan je banyak-banyak. Selesai makan, saya sambung studi tapi tidak lama selepas itu, tersyahid pula. Pukul 3 pagi baru bangun semula untuk menghadap nota. Ubat pula ada 7 jenis semuanya. Hampir setiap hari akan kedengaranlah suara Pena dan Emy mengingatkan saya suruh makan ubat. Huhu. Terasa macam budak kecil saja. Terima kasih Pena dan Emy sebab selalu ingatkan KS. KS tak pernah culas makan ubat tau.

Begitulah kiranya jadual saya kebelakangan ini. Exam dan sakit. Buku dan ubat. Hari-hari pun akan telefon emak. Sempat berbual 2-3 minit pun dah cukup. Tapi kalau ada cerita yang menarik, lamalah pula akan melekat di telefon dengan emak =) Saya minta maaf kepada beberapa pembaca yang secara kebetulan mendapat tahu yang saya sebenarnya ada menulis di blog sajak saya itu tapi tidak memberitahu di blog ini. Saya sengaja buat begitu sebab saya rasa bukan semua pun berminat dengan sajak-sajak semua ni kan. Maaf sangat-sangat. Kalau sesiapa rasa berminat, silalah baca di blog sajak tu.

Oh. Tadi ada sesuatu yang gembira terjadi. Sangat menggembirakan. Tapi saya tak mahu cerita sekarang. Kena tunggu sehingga exam selesai, baru saya akan cerita. Tentang exam pula, Alhamdulillah. Kesemua 5 exam yang telah berlalu berwarna-warni coraknya. Tinggal lagi 3. Doanya, semoga 3 yang baki ini, tiadalah cacat celanya. Apapun, apa yang kita usahakan, itulah rezeki kita. Kan? Macam mana saya urus diri dan studi sepanjang waktu sakit? Jawapannya satu saja. Jangan bertangguh. Mulalah dari awal. Saya selalu syaratkan begitu pada diri saya. Kalau saya tahu exam akan bermula sekitar 1 Jun, saya wajibkan diri saya bermula sebulan sebelum itu. Alhamdulillah saya bermula awal, jadi, ketika ujian sakit Allah datangkan, setidak-tidaknya saya telah membuat persiapan. Hamdallah. Hamdallah. Hamdallah.

Buat kamu semua, terima kasih atas doa yang diberikan. Saya tak balaslah ye komen di entri lepas. Apa-apapun, terima kasih tak terhingga sebab mendoakan kesihatan dan exam saya. Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kamu semua juga. Oh ye. Isu minyak naik harga di Malaysia. Saya sebenarnya kasihan dengan warga Malaysia. Sungguhpun saya tak merasa kehangatan isu tersebut secara langsung, tapi saya kasihan dengan tanggungjawab yang semakin berat yang perlu dipikul oleh semua. Kuncinya sekarang ialah bijaklah mengurus ekonomi diri dan keluarga. Kalau nak minta diturunkan semula pun, takkanlah mungkin hal itu kan. Lainlah kalau ada demonstrasi besar-besaran 1 negara. Tapi demonstrasi bukanlah jalan penyelesaian. Kalau hendak diikutkan, kami di sini pun pernah berikat perut mengalami krisis harga barang yang naik mendadak. Apa penyelesaian kami waktu tu, tunggu dalam entri seterusnya ye =)

Hmm… Kasihanlah emak dengan ayah yang kena urus minyak untuk berapa biji besi berenjin di rumah tu ye… Dengar khabar, 1 Julai ni tarif elektrik pula akan naik. Oh. Janganlah ayah catu penggunaan internet di rumah nanti. Huhu.

Daa~ Salam.

Posted on June 5th, 2008 by Sarah  |  29 Comments »

Hilang Di Taman Khayalan

Assalamualaikum wbt

Saya tidak sedap hati. Badan pun tidak sihat. Sudah beberapa hari demam dan semakin memuncak pula di kala exam sudahpun tiba. Kepala berdenyut dengan teruk di saat ini. Tapi sakit bukan persoalannya. Yang utama, saya tidak sedap hati. Saya cuba untuk tidak menangis sepanjang beberapa hari ini. Tapi pagi ini, tewas juga saya dengan emosi. Saya ada lima lagi exam yang menanti. Jika dikira secara rasminya, ini merupakan final exam terakhir yang akan saya duduki kerana pada tahun hadapan, hanya State Exam yang menanti sebelum saya bergraduasi. Semoga tiada cacat cela mencoret keputusan final exam kali ini. Sekali telah bermula, biarkan molek sampai ke akhirnya. Saya minta maaf pada semua andai selama ini saya telah menyinggung perasaan sesiapa. Kalaulah saya ini Gusti Puteri, izinkan saya menghilang bersama Hang Tuah di taman khayalan buat seketika.

Wassalam.

Posted on May 28th, 2008 by Sarah  |  43 Comments »

Patah Sayap Rajawali, Sanggupkah Bertongkat Ke Mari?

Assalamualaikum wbt

Pernah menonton filem Puteri Gunung Ledang? Saya suka filem itu. Kesan bahasa dan unsur sejarahnya sangat cocok dengan jiwa saya. Perihal jalan cerita yang dikatakan agak lembap letak tepi sebentar. Banyak perkara lain yang boleh dipelajari daripada filem itu. Untuk kali ini, saya cuma hendak mengimbau kembali mimik muka sedih Gusti Puteri tatkala mengetahui pinangan yang datang adalah daripada Baginda Sultan Mahmud. Bukannya daripada Hang Tuah. Sedangkan Hang Tuah pernah berjanji bersaksikan Taming Sari bahawa demi cinta yang ditemui di Tanah Jawa itu, Tuah sanggup berkorban demi cinta.

Tapi siapalah Hang Tuah untuk membelakangi Baginda Sultan. Begitulah kiranya apa yang terjadi. Demi Melaka yang dipertuankan, Hang Tuah meletakkan Baginda Sultanlah segala-galanya. Itu sumpah setianya. Sehingga kata-kata ‘Ya, aku untuknya kerana dia untukku’ terpaksa diabaikan.

Saya terkesan dengan muka rajuk Gusti Puteri. Terpamer wajah sedih dan makan hati. Sudahlah hilang cinta hati, ditambah pula cintanya datang meminang bagi pihak Baginda Sultan sendiri.

Sebenarnya saya sedang merajuk. Bukan dengan cinta hati seperti Gusti Puteri. Tapi dengan seseorang yang selalu menombor-duakan saya kerana orang lain. Sampaikan selalu saja benang yang ditarik olehnya menyelerakkan tepung ke seluruh meja. Putih. Semua pun nampak jelas. Tapi saya berdiam diri kerana tidak mahu menjadi kambing hitam yang membawa bau busuk pula kepada dia. Eloklah saya berdiam diri sebentar. Andai dirasanya patah sayap Rajawali, sanggupkah dia bertongkat ke mari untuk mencari?

Kiranya susah membuatkan saya tabah, maka saya harapkan senang boleh membuatkan saya tenang. Yang terbaik buat semua dalam peperiksaan akhir dan segalanya. Wassalam.

Posted on May 25th, 2008 by Sarah  |  58 Comments »

ManUtd vs Chelsea – Photo Session

Assalamualaikum wbt

As I had promised earlier, here are the hot photos captured pre and post match. To be fair and square, I posted both The Reds and The Blues all together. So, here is the story why in a sudden I was one among the thousand millions fans over there.

While I was discussing with my groupmate about the MCQ exam which was scheduled on the next day, my housemates called me to get prepared to leave for the stadium. Our aim was only for the sightseeing and nothing more. We planned whether to watch the match from the big screen over there or going to the center and watch it with other fans whose could not get any tickets or just from TV at home. Later, when we reached the stadium compound, the boys were approached by so-called ‘ulat’ who sold black tickets. They managed to get each of them one with a bit higher price. Then, Paan (credit to Paan for all the photos) and Fatt (both are big ManUtd fans) started to consider to buy too. Next, came Daus and Aidi proudly telling us that they have got themselves tickets at the Chelsea fan area. Anyway, they both are Chelsea supporters. Diba and Emy got influenced by them and excited to get themselves tickets too. Who else left? Only me and Pena. Considering that we might not have any other chance in our life to watch it live in the stadium (Just imagine if we were in Malaysia, have to pay for flights, accommodation and all, aduh… Entah bila lagilah dapat tengok kan), plus, everybody has got tickets from the ‘ulat’ and only we both who did not have any yet, we asked Paan to help us looking for ‘ulat’ too. In just seconds, we found 2 guys looking for costumers. We did not have to negotiate long for the price since the given price was just nice for us. We were lucky ok!

Then we moved inside the stadium compound. We headed to the ManUtd Fan Zone where games, entertainment and merchandised stall were opened for all MUFC. It was very happening over there. Everything. From the people which surely could see more English people than the locals, the surrounding, the music, and the banner. Perfecto! Never experienced such condition in Moscow before this (Eheh. I hardly join the crowd. I hate crowd by the way). I didn’t put on any red-yellow MU stripes on my cheeks since I didn’t have wudhu’ for Maghrib yet at the moment. Plus, I love my skin even more. Just afraid of the chemicals might cause me harm. Huhu~

I called my brother to inform him that “Nan.. I’m here! In the stadium!”. My brother refused to believe. “No, you’re not”. I said “Yes I am!”. He said “No way. Aaahh!” Huhu. He was struggling with books and notes for his final paper for his final exam in his final year. He’s a Chelsea fan anyway. But then he said “Alah… Dapat agak Chelsea macam kalah je malam ni. There’s no use to get jealous over this thing.” Hehe. He’s in denial mode.

In the stadium, my seat was at the corner side. I could see the whole stadium clearly from there. For your information, this is my first time ever watching a football game live from stadium. Alhamdulillah me and Pena have gotten seats next to each other while Fatt was a bit separated from us. Next to me was a Russian lady as well as in front of me. Behind me was also an English woman who came to accompany her husband. And few seats away from me, there were one granny and her daughter-in-law who came with their family for the match. So, I could say that I sat with quite a number of women around. So, there was no such thing like misbehave part. When Ronaldo scored the first goal, we hugged each other and obviously those around me were the XX chromosome belongers!

During the penalty, I went down at the box next to the exit to get a clearer view. Everyone was standing on the seats at that time, so I could see nothing ok! (Aishh… Tu la… Pendek sangat kan). When ManUtd officially won the game, everybody was hooraying, cheering, singing, crying and hugging each other. Ok. I think, photos are always better in doing the talking part. Click for larger image.

Eh, forgot to mention. I’m not a fan of Christiano Ronaldo tau. That’s why I didn’t know the ‘Viva Ronaldo’ song. I’m a fan of Ryan Giggs since 1996! Unfortunately they didn’t sing even once the ‘We love you Giggs’ song. After all, I didn’t memorize the whole verse. Hehe. Glory Glory ManUtd!

The Reds


The Blues

Posted on May 24th, 2008 by Sarah  |  23 Comments »

Kahwin!

Assalamualaikum wbt

Entri gambar bola nantilah dulu. Saya belum kumpulkan semua. Jadi tiada perasaan lagi hendak muatnaikkan apa yang ada ni. Jadi saya nak cerita pasal hendak kahwin! Ha. Ni bukan tajuk menggelikan macam hari tu. Yang hari itu di bawah kupasan teori. Kali ini di bawah kategori cerita.

Bukan saya yang hendak kahwin tetapi sahabat baik saya sejak darjah 1 sehinggalah sekarang. Mahfuuzah Suhaimi namanya. Sudah 16 tahun berkawan dengannya. Majlisnya Ahad ini. Siapalah yang sangka, dulu dialah antara orang yang selalu katakan tidak akan berkahwin selagi belum cecah 25. Sekarang ni, umurnya baru 23 sudahpun bertemu jodoh, dengan orang Teluk Intan.

Membesar dari kecil sehinggalah besar bersama-sama membuatkan saya mengenalinya luar dan dalam. Ayah dan arwah emaknya juga merupakan kawan kepada emak ayah saya. Begitu juga adik beradiknya yang lain. Pendek cerita, keluarga kami berkawan rapat. Kalau balik bercuti, tidak sah jika saya tidak ke rumahnya dan begitu juga dia. Dia juga akan ke rumah saya. Cuti yang lepas, saya ke rumahnya berbaju kurung putih. Dia melawak mengatakan macam saya hendak bertunang saja gayanya. Saya membalas, silap haribulanlah kalau saya bertunang. Entah-entah, tak lama lagi dia yang hendak bertunang. Masin mulut, memang betul dia bertunang tidak lama selepas itu.

Mahfuuzah ini seorang yang sangat lemah lembut. Dia merupakan anak sulung daripada 9 beradik. Emak ayahnya cikgu. Dipendekkan cerita, sepanjang mengenalinya, dia memang seorang kakak yang bertanggung jawab. Dia akan selalu memikirkan adik-adiknya lebih daripada dirinya sendiri. Sewaktu arwah emaknya meninggal pada tahun 2004 lalu, dia sanggup menangguhkan setahun pembelajarannya kerana memikirkan adiknya yang bongsu yang tidak mahukan orang lain. Saya sangat menghormati dan mengagumi sahabat saya ini. Emaknya meninggal kerana meningitis (jangkitan kuman di otak). Sewaktu saya, emak dan ayah menziarahi keluarganya di Hospital Kuantan ketika kami mendapat tahu arwah emaknya sedang dalam keadaan kritikal, Mahfuuzah menarik saya keluar dari wad dan dia menangis. Sedangkan di hadapan ahli keluarganya yang lain, dia nampak sangat tenang dan tabah. Dia menangis semahunya pada saya. Inilah dia sahabat saya. Dia pendiam tapi penuh dengan ciri-ciri yang semua idamkan.

Untuk majlisnya Ahad ini, kakak saya akan menjadi pengapitnya. Aishh… Kalaulah saya ada di sana, mestilah saya yang akan jadi pengapitnya, kan. Huhu.

Buat Mahfuuzah dan Firdaus, Selamat Pengantin Baru. Semoga kalian di dalam redha Allah selalu =)

Saya punya 2 orang lagi sahabat baik. Nurul Faaiqah yang selalu saya sebut-sebutkan yang telah saya kenali hampir 8 tahun dan Nadia Hamimah yang telah saya kenali hampir 6 tahun. Mereka berdua pun akan berkahwin pada bulan 7 dan 8 ini. Nampaknya berseoranganlah saya selepas ini. Uwaa~

Bila saya nak kahwin pula ni? Huhu~ Ah, sudah. Berangan pula. Lambat sangat lagi. Titik bulat besar.

Posted on May 23rd, 2008 by Sarah  |  22 Comments »