Ultimatum Kebahagiaan

Assalamualaikum wbt

Beberapa hari lepas, saya ada bermain teka-teki dengan Azam, rakan sekumpulan saya, ketika di hospital. Salah satu daripada soalan yang diajukan oleh Azam, saya panjangkan kepada adik saya di Malaysia. Adik saya ni penuh dengan humor orangnya. Sengaja saya hendak melihat sejauh mana akalnya berfikir untuk menjawab soalan itu. Saya jangka, Adi akan menjawab sepantas kilat. Tapi agak lama saya menunggu, dalam perjalanan balik dari hospital barulah dibalasnya.

Sebaik terbacakan jawapannya, saya tergelak seorang. Jawapannya tidak seperti dia yang selalu. Terlalu skema dan logik. Luar biasa pula Adi kali ini. Dalam hati saya membuat kesimpulan. Budak-budak lepasan SPM memang beginilah agaknya. Otak masih skema. Huhu.

Sampai di rumah, Adi ada menghubungi saya semula. Bunyinya seakan merajuk sebab saya tidak membalas mesejnya semula. Saya sedang memasak sebenarnya pada waktu itu. Sewaktu jam sudahpun menunjukkan pukul 11.45 malam di Malaysia, saya terus menelefon Adi. Tapi tak pula berangkat. Dan keesokkanΒ  harinya, saya menelefon Adi sekali lagi untuk menebus kesalahan tidak membalas mesejnya.

Rupa-rupanya, Adi sedang berbuka puasa dengan emak pada waktu itu. Dia berpuasa nazar katanya. Sempatlah saya berseloroh itu ini dengannya. Saya menegurnya, kenapa dia gelak berbeza dengan dulu. Saya kata, macam nyah saja. Dia lagi gelak. Sabar betullah budak ni. Dia kata, takkanlah nak gelak berdekah-dekah. Tak sopan langsung. Aiseh. Saya lagi rela dia tergelak besar daripada gelak seperti itu. Bila saya menegur, lagi dibuat-buatnya gelak itu. Sabar banyak-banyak, Sarah.

Tadi saya menelefon rumah. Hajatnya hendak bercakap dengan emak. Tapi Adi yang menjawab. Katanya, dia yang baru balik dari kerja pun pelik. Rumah kosong. Tidak tahulah emak dan adik-adik ke mana. Lalu, berbual lamalah saya dengan Adi. Dalam pada berbual itu, kami merancang satu projek untuk dijayakan bersama. Apa projeknya, ahha! Itu kena tunggu.

kecik5

Yang saya ingat, saya ceritakan tentang perbalahan Kaklong dan Adnan di Facebook tentang gambar waktu kecil-kecil dulu yang saya tag dengan nama mereka. Masing-masing mengatakan diri masing-masing paling comel. Laju Adi membuat kesimpulan: Awak ni macam tak tahu je, Ngah. Diorang tu mana nak mengalah. Mesti nak mengaku diorang lagi comel. Hahaha. Ambil sekali, Kaklong, Nan!

Informasi terkini tentang keluarga di rumah:

1. Rumah sedang diubah suai (lagi!). Ada cat sana sini sikit-sikit. Tukar semua pintu. Emak ayah ni macam nak buat kenduri besar saja gayanya.

2. Emak kata, raya tahun ni mesti meriah. Sebab semuanya ada. Kaklong pun sudah membeli tiket kapal terbang untuk balik bercuti raya nanti. Wah! Maju, handal, tangkas, cekap dan amanah betul Kaklong!

3. Adi kata, business ayah maju sekarang ni. Alhamdulillah.

4. Ayah bagi gaji/upah yang agak besar untuk Adi. Ini bagi sayalah. Huhu. Tapi yang bagusnya, duit minyak untuk kereta Kaklong yang digunakannya, dia tanggung sendiri. Bagus ni.

5. Adi sedang menunggu panggilan kemasukan ke universiti. Moga-moga dipermudahkan Allah.

6. Adlan sudahpun bekerja. Kerja elok-elok ya, Lan. Nanti nak kena ambil exam untuk naik lagi.

7. Adam mengambil aliran Akaun. Nampaknya, dialah yang pertama sekali mengambil aliran ini di kalangan kami semua.

8. Adik yang masih bersekolah tu semuanya tuisyen. Habislah emak! πŸ˜›

9. Adi kata, malam ni mereka semua akan bergelap untuk Earth Hour. Saya bertanya, akan berlilinkah mereka nanti. Jawabnya, buat apa. Sejam saja. Nak bergelap, biar gelap terus. Bila lagi nak buli adik-adik ikut suka hati. Weh, salah guna kuasa betul Adi ni! Ayah, baik ayah suruh Adi jadi imam solat Isyak malam ni. Lepas tu, suruh dia conduct wirid lepas solat Isyak tu lama-lama sikit. Kata dulu selalu jadi imam di asrama kan. πŸ˜€

Apakah tanggung jawab kita sebagai seorang anak? Berusaha menjadi yang terbaik untuk keluarga kita dalam apapun bidang yang kita ceburi, mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan ibu bapa dan keluarga kita. Juga menjaga maruah keluarga secara total. Jika pincang satu, kita patut malu untuk menghadap ibu bapa kita dan Allah suatu hari nanti.

Ya Allah. Semoga adik-adik saya menjadi insan berguna untuk keluarga, bangsa dan agama.

ngahadi

Nota: Kadang-kadang internet boleh menjadi sangat menjengkelkan. Percayalah.

28 Responses to “Ultimatum Kebahagiaan”

  1. kaklong says on :

    tiket raya tak book lagi tp tiket cuti tgh tahun n awal ramadhan dah booked dah.. tinggal cuti raya n hujung tahun je blom…

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Wrong info sikit la ye. Book cepat Long. Nanti raya dalam hutan sorang2 tak memasal je. πŸ˜†

    Reply

  2. diya says on :

    diya baru nak ttp internet [nak dekat maghrib dah kan, huhu], alih2 tengok ada entri baru KS. terus tak jadi ttp, dan baca dari awal sampai habis. heeee =D

    huwahhhh~!!! gambar KS, kaklong ngan adnan tu super duper kiut lah, KS!!!! hak hak hak. serius. comel gilak. paling comel, KS kot [err, bukan nak amek hati ni ye, ikhlas dari lubuk hati, eceh].

    ramai betul adik2 KS. semua nama bermula huruf A. “pening” jap diya baca fakta family KS. adeh. apa2 pun, moga akan dtg, bakal bertimpa yang baik2 saje utk adik2 KS. amin =)

    p/s-curious nak tahu jawapan adi tu. plus, adi gelak mcm nyah tu tak tahannya. mcm mana lah bunyi nya agaknya. hahaha

    Reply

    Sarah Reply:

    Diya, Semua adik-adik lelaki KS setart huruf A. Ikut emak.
    Kami perempuan huruf S. Ikut ayah. πŸ˜€

    Diya, serius kamu takkan suka cara dia gelak tu. Nyah nak mampus. Hahaha. Mati la KS Adi marah baca ni 😈

    p/s: KS tak pernahnya menang dari segi kecomelan kalau nak banding dengan Kaklong dan Nan. Kaklong gebu. Nan pulak macam anak mat saleh celup. Huhu.

    Reply

    xanda Reply:

    thanks πŸ˜†

    Reply

    Sarah Reply:

    Perasan seh. :mrgreen:

    Nan, thanks tolong Ngah the other day.

    Reply

  3. kaklong says on :

    eeeiiii sori sket ok.. sini bukan utan tau… sini pantai2 tau…

    Reply

    Sarah Reply:

    Ok ok. Tukar ayat. Nanti raya tepi pantai sorang2 tak memasal je. Kah kah kah. :mrgreen:

    Haip. Wajib balik raya kat rumah semua sekali tahun ni ok.

    Reply

    kaklong Reply:

    gilo apo tak balik ghayo!! dah tu eden nak ghayo mano laei…

    Reply

    Sarah Reply:

    Eceh. Mentang2 hari tu pergi Linggi ye. Cakap nogoghi terus!
    Tu la. Kalau awak takde, takde maknanya nanti Long. Suka nak tengok awak dengan Dayah bertaki sape lagi grand di pagi raya kat rumah Tok. Lepas tu, sape la nak nyanyi2 lagu raya dengan Ngah sambil kemas2 rumah? Huhuhu~

    Reply

    Wanie Reply:

    ks sebut bertaki. new word learnt! Bertaki! πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    KS pelik dari tadi Wanie duk tanya pasal bertaki ni. Apasal la sebenarnya ni ye. ❓

    Reply

  4. kaklong says on :

    pon tade maknenye… kaklong sampai umah pon sehari sebelom raya daaaaa.. so balik cuci kaki je la

    Reply

    Sarah Reply:

    Aduh!

    Reply

  5. Wanie says on :

    salam

    suka tengok Adi. Dah la tinggi. Kan ks? Huhu.. Habislah perasan dia ni nanti kalau terbaca nih..

    Reply

    Sarah Reply:

    Ehem. Adi tu dah ada orang kot. Huhu~ Wanie kena tengok Adam jugak. Adam tough ooo. Adi kerempeng! Huahuahua πŸ˜†

    Reply

  6. enar arshad says on :

    hargai dan simpanlah kenang kenangan bersama keluarga terutama mak dan ayah.masa akan terlalu pantas dan nanti sedar tak sedar begitu rumit untuk ada bersama sekeluarga.tentunya bisnes ayah maju tu berkat doa anak-anak juga….kita memandang dari jauh mengharap dipermudahkan segalanya.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Enar, betul sangat apa akak kata tu. Satu hari nanti, mesti dah susah dah kami semua nak berkumpul sekeluarga. Sekarang ni pun masing2 dah tercampak merata dah. Yang pasal rezeki melimpah tu, mungkin rezeki adik2 kot. Alhamdulillah. Sekarang dah masa kami yang besar2 ni pulak fikir untuk keluarga πŸ™‚

    p/s: Terbayang2 muka Kak Enar. Hehe.

    Reply

  7. Hazreen Rashid says on :

    salam.

    amboi tukar pintu, cat rumah nak buat kenduri besar2. Kenduri kategori yang macam mana tu?

    hohohoho…. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la pasal. Suspen jugak ni. :mrgreen:

    Reply

  8. saffa says on :

    KS.. apa teka-teki tu? nak tau jugak? πŸ˜›
    *Adam mengambil aliran Akaun.. KS amik perubatan ni memang tradisi ker?

    Reply

    Sarah Reply:

    Adam baru F4 je Saffa. KS pulak satu2nya dalam adik beradik yang amik medic. Kat mana pattern tradisi tu ye? *thinking* Ha. Teka-teki tu: Kat tengah-tengah laut ada apa? Punya la simple sebenarnya. πŸ˜† KS jawab: au. Dia jawab: Ada pulau dengan air. Hahaha. Kawan KS tu pun gelakkan Adi. πŸ˜† Skema budak abis SPM katanya!

    Reply

    saffa Reply:

    Oo.. ingatkan KS ni dalam keluarga perubatan.. πŸ˜›

    Reply

  9. haritz says on :

    Nothing to comment, all the best to U and friends. :good:

    Reply

  10. enar arshad says on :

    terbayang muka akak?dulu berjumpa dalam suasana yang hiba.harap-harap nanti dapat dipanjangkan persahabatan.

    keluarga kami yang menjadi terlalu besar amat susah untuk berkumpul.kadangkala kematian tu lah yang akan mengumpulkan semua.

    Reply

  11. Yeop says on :

    Salam…

    Mbi ocen krashivee!! semua kiut-miut.. KS ocen-ocen krashivie toshe!! πŸ˜› πŸ˜›

    Reply

  12. one_nash says on :

    salam
    sedap cite cik sarah ni. Ni yang nak slalu follow blog ni..Rasa nak kenal lebih dekat dengan cik sarah

    Reply

  13. acai says on :

    camnelah adik awk sorang tu gelak saran,hehe..alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik je keluarga awk kat sini..bila camtu mesti kita nak buat pe pun rasa tenang je kat sana kan sarah..:) sarah, terasa macam nak cubit je pipi semua dalam gambar tu tau,hehehe..comei2..tapi awk lagi comel kot,hihi..

    Reply

Leave a Reply