Sarah MS 1
Assalamualaikum wbt
Setiap Ahad, saya akan menghabiskan masa selama tiga jam di meja pingpong. Latihan berbentuk intensif. Sakit-sakit di setiap hujung jari kaki. Kesimpulan yang saya buat, untuk bermain pingpong, kita tidak sesuai menggunakan kasut potongan B. Kasut potongan B akan menyebabkan jari kaki tidak rapat dan lebih banyak ruang untuk bergerak-gerak. Sebaliknya, jika kasut potongan A yang lebih tirus, jari kaki akan rapat dan kaki akan kurang sakit dan lenguh selepas bermain.
Dalam permainan pingpong, badan akan selalu dibongkokkan sedikit ke hadapan sebagai persiapan untuk menerima bola dari pihak lawan. Jadi, kaki akan dibukakan untuk mendapatkan kestabilan badan dan bahagian pinggang ke bawah banyak digunakan untuk mengawal pergerakan mengejar bola. Jika kasut tidak kena dengan kaki, aktiviti ini akan menjadi amat menyakitkan.
Mulai minggu depan, saya terpaksa mengeluarkan semula kasut Adidas yang saya gunakan untuk bersukan dulu-dulu. Tadi konon-konon nak tunjuk kuat. Saya hanya memakai kasut Skechers yang biasa saya gunakan ke hospital. Sekarang kaki semua sakit-sakit. Padanlah muka sendiri, kan. Oh. Bukan saya seorang. Padan muka Wanie juga. Dia pun sama saja macam saya. Hahaha.
Oh ya. Baru teringat. Saya masih berhutang 70 Ruble kepada Wanie untuk duit teksi dan roti yang dibayarkannya tadi. Mahu ke bilik Wanie sekarang juga.
“Hai orang sebelah, orang di sini nak datang bayar hutang”, laung Sarah kepada Wanie yang sedang menekun di mejanya. Mari lihat jersi saya tahun ini. Ini jersi peribadi. Bukan jersi pasukan lagi. Senyum~
Nota 1: Hari Isnin saya cuti sehari. Dapatlah qadha’ study.
Nota 2: Takziah untuk keluarga junior saya, Addi Mokhtar, atas pemergian ayahnya tengahari tadi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Nota 3: Saya seriau bila mendengar berita begini. Semoga emak dan ayah sihat-sihat saja di rumah. Esok Ngah telefon, ok.
salam KS,
cmne ngan perbincangan kite melalui email tu?? ade perkembangan ke??
Reply
Salam Sarah,
Harap awk sihat di sana.
Sungguh, jersi peribadi awk itu amatlah memikat hati.
Al-Fatihah buat yang pergi.
TAKE CARE Sarah.
**Sedang buat apa ye awk time ni? Layan drama itu lagi kah? π
Reply
Salam sarah…
Ooo.. mem’padam muka’kan wani sekali nampknya.. hehe. Best of luck for the ping pong tournament nanti! Take care!
Reply
Sarah Reply:
March 30th, 2009 at 2:05 pm
Salam Kak Su π
Hehehe. Sebab Wanie pun sama je pakai kasut biasa je untuk main semalam. Sudahnya nak balik tu, masing2 merungut benda yang sama je. Huhu~
Reply
Wanie Reply:
March 30th, 2009 at 7:38 pm
salam.
semalam baca entri ni mata baru je buka. tak perasan plak pasal kasut tu. padan muka wanie gak.
*apa yang wanie perasan hanya 70 ruble.
Reply
Sarah Reply:
March 30th, 2009 at 7:42 pm
Duit je terus nampak ye
Reply
salam sarah..
good luck ya!!! u will win…win..!!
Reply
salam kak..
tinggal jejak sini tanda sy dh bc entry ni wokeh..(sblm2 ni dtg aje sini,tk sempat tinggal komen je..hihi)
apa pun,jersi merah itu tersangat la macho..sy mahu jersi warna biru!!(smgt chelsea belum hilang)
take care kak
Reply
Sarah Reply:
March 30th, 2009 at 2:06 pm
Merah ni adalah kebetulan je. Sebab ni memang warna rasmi uni π
Thia boleh pilih2 ye nak warna apa? Kalau gitu, tempahkan warna purple 1 untuk KS! π
Reply
Salam sarah,
Mood sy tak brapa baiklah arini,huhu..smoga semuanya baik2 je sarah tau..smoga awk sihat:) otai sarah, good luck untuk pingpong tournament ye,hihi..baru sy tahu ada type A dan B tu..patutlah sy suka Adidas berbanding Nike..sebab kasut Nike sy semua lebar kot..kalau main futsal rasa macam kosong kat depan..takbleh sepak padu2..kalau adidas sy semua tirus2. laripun best..thanks atas info ni ye sarah.
Reply
Sarah Reply:
March 30th, 2009 at 2:08 pm
Salam Acai π
Otai apa kebendanya Acai :p Saya biasa2 je main ni ha. Huhu. Pasal kasut dan kaki ni, saya selalu dengar daripada orang di kedai kasut. Tapi tak pernahnya nak ambil kisah sangat. Tapi bila dah dibaca merata-rata pasal info2 yang ada, barulah saya faham aplikasinya macam mana. Awak pun pakai Adidas eh? Yeay~ Kasut saya memang Adidas je. Nike saya ak minat. Tipikal je bentuknya. Huhu~
Reply
chewah2..dah ada jersey sendiri dah…macam jersey liverpool je..hehe…selamat berjaya…majulah sukan untuk negara.:)
Reply
π
Reply
baju dengan nama sendiri mmg best. Jersy bola saya banyak nama saya tp nick name jer. Bestkan Sarah π
Reply
Sarah Reply:
March 30th, 2009 at 2:08 pm
Oh. Nickname pun best jugak kan. Cool je rasa π
Reply
salam
my jersey : WANIE 26
Red is power. Go MMA! π
Reply
Sarah Reply:
March 30th, 2009 at 7:43 pm
Wanie, cepat cipta lagu sorak MMA yang baru!
Reply
This represents the Universal Mother that had been kept at an old temple in Miyagi prefecture, Japan.
So think of what you are saying, and mean what occult supplies san francisco you say to it firmly,
and vigorously,” Get out! The mind is the result of the segmented media, and therefore, they had to be. On his right were rolling hills and pleasant orchards and neat little stone farmhouses, and he dimly felt himself in touch with some other reality.
Reply
This forex order types gives individuals the possibility to increase.
The forex market as possible for just ten seconds before I started
trading this year? Furthermore, this article, I note what I did not
know what the results return.
Reply
In case you’ve run out of time and seeking for the pcb design support we may allow you to navigate that course of
action. The epoxy resin prepreg is used to laminate dielectric insulating layers.
Processing of PCB: As a matter of fact, the making of Printed Circuit Boards is a multi-level process where every step requires some special attention.
Reply
Hello everyone, it’s my first go to see at this site, and
piece of writing is genuinely fruitful designed for me, keep up posting such articles.
Reply
Very good information. Lucky me I came across your blog by
accident (stumbleupon). I have book marked it for later!
Reply