Assalamualaikum wbt
1. When you barely know someone, don’t pretend that you know everything about him/her. That makes the person sick of you.
2. Give some space for people around you to breathe. Continuous irritation will make them even sicker. Oh yes. Some people hate purposeless conversations and lame questions. Please avoid them.
3. Keep professionalism as your priority. Not everyone in the world can accept jokes and casualness at the first meeting. Oh yes. There are two types of jokes. Acceptable and unacceptable. Do tell the acceptable one.
4. Remember, absence makes the heart grows fonder. In other words, keep yourself away is never too bad. One day, they will surely miss you.
5. But don’t cross the border. They will hate you. Even when you disappear, they won’t care anymore.
Note 1: Think harder to understand, ok. 🙂
Note 2: I acknowledge intelligent talks/responses. Otherwise, I ignore. This is me. Sorry.
Posted on April 1st, 2009 by Sarah | 16 Comments »
Assalamualaikum wbt
Apabila saya mengejar, dia lari. Apabila saya lari, dia tak pula mengejar. Sebaliknya, mereka yang lain pula mengejar-ngejar sehingga saya terkejar-kejar melarikan diri.
Dikejar saat hati sebetulnya hendak lari adalah satu perkara yang menyesakkan hidup.
Hey, larilah jauh-jauh. Kejar-kejar buat apa. Saya sudah lari jauh-jauh. Janganlah kejar dekat-dekat pula. Saya sudah penat. Apa kamu semua tidak penatkah? Awak pula tidak usah cakaplah. Sudah lama awak penat. Atau, awak memang tidak pernah mengejar langsung?
Saya lari bawa dirilah. Eh, memang sudah lama saya lari bawa diri. Jadi, nasihatkan orang-orang awak untuk berundur dari mengejar. Jangan lari-lari lagi. Jangan kejar-kejar lagi. Duduk diam-diam. Buat kerja masing-masing.
Pertandingan tamat. Siapa pemenang? Semuanya kalah. BOOM!
Nota: Fahamkah? Tidak, kan. Yeay!
Posted on March 31st, 2009 by Sarah | 25 Comments »
Assalamualaikum wbt
Tadi saya membelek-belek blog lama saya. Ada beberapa entri yang buat saya tersenyum dan ketawa sendirian. Juga ada entri yang berjaya membuatkan air mata saya bergenang. Entri yang buat rasa marah meluap-luap pun ada juga.
Tetapi saya sudahpun mengambil keputusan, blog lama itu akan ditutup kepada umum secara mutlak. Biar cerita lama saya menjadi hak saya. Biar saya yang simpan semuanya.

Nota 1: Ada banyak benda dalam hidup ni yang perlu kita bertegas dalam menghadapinya. Takpun, jadi saja pengabai yang tegar.
Nota 2: DMA episod hari ini masih belum keluar. Penantian itu satu penyeksaan!
Nota 3: Malam tadi tak boleh tidur. Sakit-sakit badan. Sehinggalah ke hari ini.
Posted on March 30th, 2009 by Sarah | 32 Comments »
Assalamualaikum wbt
Setiap Ahad, saya akan menghabiskan masa selama tiga jam di meja pingpong. Latihan berbentuk intensif. Sakit-sakit di setiap hujung jari kaki. Kesimpulan yang saya buat, untuk bermain pingpong, kita tidak sesuai menggunakan kasut potongan B. Kasut potongan B akan menyebabkan jari kaki tidak rapat dan lebih banyak ruang untuk bergerak-gerak. Sebaliknya, jika kasut potongan A yang lebih tirus, jari kaki akan rapat dan kaki akan kurang sakit dan lenguh selepas bermain.
Dalam permainan pingpong, badan akan selalu dibongkokkan sedikit ke hadapan sebagai persiapan untuk menerima bola dari pihak lawan. Jadi, kaki akan dibukakan untuk mendapatkan kestabilan badan dan bahagian pinggang ke bawah banyak digunakan untuk mengawal pergerakan mengejar bola. Jika kasut tidak kena dengan kaki, aktiviti ini akan menjadi amat menyakitkan.
Mulai minggu depan, saya terpaksa mengeluarkan semula kasut Adidas yang saya gunakan untuk bersukan dulu-dulu. Tadi konon-konon nak tunjuk kuat. Saya hanya memakai kasut Skechers yang biasa saya gunakan ke hospital. Sekarang kaki semua sakit-sakit. Padanlah muka sendiri, kan. Oh. Bukan saya seorang. Padan muka Wanie juga. Dia pun sama saja macam saya. Hahaha.
Oh ya. Baru teringat. Saya masih berhutang 70 Ruble kepada Wanie untuk duit teksi dan roti yang dibayarkannya tadi. Mahu ke bilik Wanie sekarang juga.
“Hai orang sebelah, orang di sini nak datang bayar hutang”, laung Sarah kepada Wanie yang sedang menekun di mejanya. Mari lihat jersi saya tahun ini. Ini jersi peribadi. Bukan jersi pasukan lagi. Senyum~

Nota 1: Hari Isnin saya cuti sehari. Dapatlah qadha’ study.
Nota 2: Takziah untuk keluarga junior saya, Addi Mokhtar, atas pemergian ayahnya tengahari tadi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Nota 3: Saya seriau bila mendengar berita begini. Semoga emak dan ayah sihat-sihat saja di rumah. Esok Ngah telefon, ok.
Posted on March 29th, 2009 by Sarah | 22 Comments »
Assalamualaikum wbt
Ada dua perkara yang hendak saya kongsikan. Pertamanya berkenaan kempen Sejam Untuk Bumi atau lebih dikenali sebagai Earth Hour pada 28 Mac 2009. Kempen kesedaran untuk mengingatkan manusia bahawa setiap daripada kita ada tanggung jawab untuk memulihara dunia. Kempen untuk mengingatkan bahawa kita sebenarnya boleh berubah dengan menjimatkan penggunaan sumber tenaga dan seterusnya mengurangkan penghasilan tenaga juga. Tepat pukul 8.30 malam tadi, kami serumah pun mula memadamkan lampu. Sebelum itu, siapa yang hendak makan nasi, sudah siap-siap mengisi nasi dan lauk. Siapa hendak minum air, sudah siap-siap membancuh air dan membawa masuk ke dalam bilik. Sumber cahaya kami malam ini hanyalah secawan lilin aromaterapi berbau vanila.






Keduanya berkenaan Penjimatan Masa Siang atau Daylight Saving Time (DST) yang akan bermula pada hari esok untuk kami di Moscow ini. Apa itu DST? Saya malas hendak terangkan panjang berjela secara saintifik. Untuk mudahkan, sila baca perbincangan saya dengan kawan-kawan di Plurk di sini. Nanti jangan tanya dah ya. Saya memang malas hendak menerangkan untuk kesekian kalinya. Hehe.
Nota: Pening kepala dah 24 jam. Lagi tengah malam, bertambah sakit jadinya. Hati pun macam terguris. Terguris banyak. Dan sedih dengan apa yang jadi.
Posted on March 29th, 2009 by Sarah | 6 Comments »