Jangan Bawa Mereka Dekati Saya Lagi
Di saat saya tiba di sini 5 tahun lebih yang lalu, saya seorang yang serba tidak tahu. Innocent. Tidak tahu yang buruk-buruk. Tidak tahu yang kotor-kotor. Tidak tahu pelbagai istilah. Tidak tahu pelbagai jenis manusia yang ada. Sekarang, terlalu banyak yang saya tahu. Perjalanan masa yang tak berhenti mengenalkan saya dengan semua ini. Hampir kesemuanya yang jelik-jelik.
Yang paling saya sesali, saya mengenali golongan gila seks. Baik suka lelaki-perempuan, lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan. Di sini saya spesifikkan. Saya benci gay. Saya bukan ditemukan dengan satu, dua kes. Tapi saya ditimpa sederap, dihadapkan hampir berbelas kes. Jika saya bukan saya, saya tidak tahu apakah keadaan saya sekarang. Alhamdulillah saya masih saya. Maka saya menjauhkan diri dari segala yang ada.
Rugi bukan, apabila melihat golongan yang berpotensi menjadi teman hidup kita bernafsu songsang pula. Adalah lebih menyedihkan, apabila mereka ini sebenarnya bukanlah cetek ilmu agamanya.
Tapi saya pohon sungguh-sungguh. Jangan bawa lagi mana-mana golongan ini mendekati saya. Saya geli. Kerana mereka tidak malu membelakangkan hukum Allah. Dan saya geli kerana mereka menongkah fitrah.
Fitrah manusia yang waras sudah cukup indah. Dan Islam itu Allah jadikan sempurna dalam memenuhi fitrah ini. Siapa yang melawan fitrah, mereka itu… Hmm. Isilah jawapannya sendiri. Kalau ada yang terasa, maaf, saya hanya mahu encik sedar. Ya. Encik adalah seorang encik. Perbetulkan naluri encik. Selagi wujud golongan seperti encik, satu masyarakat itu turut terkena tempias azab Allah. Kalaupun encik tak malu dengan apa yang encik buat, tak takut dengan azab Allah, fikirkanlah nasib orang lain yang tidak terlibat.
Bacaan sampingan yang ditulis dua tahun lalu: Pink Is Not For Me
