Assalamualaikum wbt
“Pesanan daripada seorang sahabat buatku: Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama, sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak ditemui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.” Imam Al-Ghazali
Posted on February 18th, 2010 by Sarah | 7 Comments »
Assalamualaikum wbt
Hari ini saya bekerja separuh hari saja. Orang lain masih bercuti, saya sudah kembali bekerja sejak semalam. Tapi yang leganya, saya bekerja sehingga jam 12 saja. Enak. Memang enak. Boleh balik makan tengahari pukul 12.45 dengan seenaknya. Sudah lama perut tak diisi setepat ini.
Selepas Zohor, saya menemani emak pergi ke kedai yang menjual perkakas barang hantaran dan segala bagai yang berkaitan dengannya. Hampir sejam di situ. Jenuh hendak membuat pilihan. Selesai di situ, kami ke kedai baju pula. Tiga buah kedai dan sebuah butik telah kami jelajah. Pening kepala. Serius saya tidak suka dengan jenis-jenis kain yang banyak dalam pasaran sekarang ni. Kainnya jarang. Perlu memakai inner (baju lapisan dalam). Saya cukup tidak suka baju kena ber-inner ini. Sebab susuk badan masih boleh dilihat. Kalau yang perut berlipat tu, haaa, bukan setakat lipatan, bonjolan perut dan segala bagai rahsia bentuk perut pun boleh diintai dari luar. Pendek ceritanya, memang masih boleh menampakkan bentuk badan. Huhuhu. Konklusinya, janganlah memakai baju yang jarang dan rajin-rajinkanlah bersenam.
Kami berdua juga sempat masuk ke sebuah Busana Muslim di sini. Sudah lama saya hendak mencari jubah hitam. Sejak tamat SPM lagi. Tapi memang sedih. Tiada saiz untuk saya. Tadi, saya terlihat sehelai jubah berwarna peach. Lembut sungguh warnanya. Saya capai dan menggayakannya di badan. Datang emak dari tepi, terus berkata: Tu jubah budak-budak tu. Hahahaha. Saiz 10. Kalau dibesarkan sedikit bahunya dan dilabuhkan dalam 4 inci lagi, memang sudah cukup muat untuk saya. Hahaha. Sampai di muka pintu kedai itu, ada sebuah patung kanak-kanak menggayakan jubah yang hampir sama. Saya berdiri di sebelah patung itu. Percayalah. Saya cuma tinggi beberapa sentimeter saja daripada patung itu. Aduhai. Itu sebab sangat susah hendak mencari jubah untuk saya.
Baiklah. Saya rasa saya perlu membuat syarat. Siapa yang hendak datang meminang selepas ini perlu membawa sepersalinan jubah. Kalau muat, terus saya terima. Hahaha! Ok. Idea gila. Dan saya belum gila lagi. Teori pasangan hidup kita bincangkan di lain entri.
Dalam pada menunggu emak membuat pilihan di salah sebuah kedai baju di Lurah Semantan, saya keluar ke kedai kasut yang bertentangan. Tadaaaa! Kini saya sudah mempunyai kasut litup baru. Kasut Bata saja. Tapi inilah kriteria saya untuk mencari sandal atau kasut. Wajib bertapak leper dan lembut.
And now, I’m ready to go back to school work!

Nota 1: Siapa tahu di mana boleh mendapatkan jubah yang sesuai untuk orang berketinggian sekitar 150-155 cm?
Nota 2: Lagu Menanti Cinta dalam filem Ketika Cinta Bertasbih sangat menyentuh hati.
Nota 3: Aishhh… Esok on call…
Posted on February 17th, 2010 by Sarah | 18 Comments »
Assalamualaikum wbt
Saya mendapat pelepasan untuk Sabtu dan Ahad ini. Kebetulan, seorang sepupu saya, Liyana, akan bertolak ke Australia pada pagi Sabtu dan ayah saudara saya, Ayah Andak, hendak bertolak balik ke Egypt. Di awal pagi Sabtu, saya bertolak ke KLIA bersama Hidayah dan Mak Tam. Jadi, dapatlah saya bertemu dengan sepupu dan ayah saudara saya ini sebelum mereka berlepas.
Dan di pagi hari Ahad pula, saya pergi ke Pekan Sehari di bandar Temerloh untuk mencari barang dapur bersama adik saya, Adnan dan Azizi. Insya Allah, hari esok ada tetamu hendak bertandang ke rumah. Emak mahu menyediakan juadah orang Temerloh.
Dan selebihnya, saya hanya tidur. Tidak tahulah kenapa, bila ada saja masa terluang, saya akan tidur. Petang tadi, saya hanya terjaga setelah dikejutkan oleh Nan. Katanya, emak dan ayah mahu mengajak saya pergi mencari persediaan barang hantaran. Eh eh, siapa punya??? Tapi disebabkan kedai itu tutup, kami terus lajak untuk pergi melihat kedai baru ayah. Cawangan baru di bandar Mentakab. Cantik dan strategik. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk masuk ke kedai itu lagi, tapi saya berpuas hati dengan warnanya setakat ini. Memang jelas ayah orang Keadilan. Hahaha. Dan kami sempat singgah makan cendol sebelum balik. Di kedai cendol, kami berbincang soal lauk kenduri dan sekitar majlis itu nanti. Masih banyak yang belum sepakat nampaknya. Perlu berbincang lagi nanti.
Dan satu-satunya aktiviti berfaedah yang berjaya saya sempurnakan untuk istirehat kali ini ialah mengemas bilik dengan tiptop. Dari lantai ke atap. Serba-serbi saya bersihkan. Dan pewangi bilik yang sebelum ini terletak di atas kabinet buku saya pindahkan ke hadapan kipas. Haruman merata ke seluruh bilik. Dan saya semburkan permaidani yang ada dengan Febreeze. Terasa sangat segar.
Dan haruman kesegaran inilah yang akan menemani tidur saya malam ini. Harap-harapnya saya akan terjaga dengan mudah di awal pagi esok. UNTUK PERGI KERJA! Blerghhhh.
Nota: Saya rasa saya sudah jumpa apa yang saya mahu secara teorinya. Saya yakin memang itu yang saya mahu.
Posted on February 15th, 2010 by Sarah | 5 Comments »
Assalamualaikum wbt
Ehem. Cuma mahu cerita. Tadi saya sepatutnya mengulangkaji serba sedikit untuk hari esok. Tapi entah macam mana, saya terbuka Youtube dan termenonton cerita Pisau Cukur.
Dan saya terus tersuka dengan Shahredza Minhat. Tahukah anda, saya menyukai orang yang mempunyai gigi yang menarik? Hehe. Mulanya saya tidak tahu siapakah pelakon itu. Sanggup saya bersusah payah google sana sini untuk mencari namanya. Err… Dulu saya pernah menulis begini: “Kalau seseorang tu sanggup google nak cari info pasal seseorang, tu maksudnya dia dah jatuh sayang pada orang tu.” Jadi, apakah maksudnya? Hahaha. Mengarut apakah awak di tengah malam buta ni, Sarah!

Oklah. Sekadar entri kosong untuk melegakan mood yang sedang tunggang terbalik saja. Sejak kebelakangan ini, memang kepala saya serabut sangat. Ada macam-macam perkara yang saya perlu fikirkan. Untuk entri yang lebih bermanfaat, silalah tunggu bila saya lapang sikit nanti.

Nota 1: Kasihan adik-adik yang ada bertanyakan tentang beberapa soalan tentang kerjaya. Minta maaf banyak-banyak. KS macam tiada mood mahu sambung menulis entri tu lagi sekarang ni. Maaf ya.
Nota 2: Episod Dini Hari adalah siri entri yang mengisahkan repekan saya di malam hari. Siri ini adalah tidak serius dan sekadar menjadi kongsian picisan saja. 🙂
Posted on February 12th, 2010 by Sarah | 4 Comments »
Assalamualaikum wbt
Semuanya baik-baik saja. Tiada apa yang tidak kena. Tapi maaf. Saya terpaksa menolak. Bukan kerana kekurangan tapi kerana takdir.
Tapi, apa yang saya cari? Entahlah. Saya pun tak tahu.
Saya mencoret ini untuk kenangan di masa depan.
Nota 1: Belum ada masa dan mood nak menulis panjang. Sekarang saya kembali aktif menulis sajak. Ada masa nanti saya kongsikan karya-karya terbaru.
Nota 2: Sejak bila ada iklan Nuffnang di blog hamba ni?
Posted on February 6th, 2010 by Sarah | 11 Comments »