Walimah Lagi Dan Lagi Dan Lagi!
Assalamualaikum wbt
Sebenarnya, saya ada tiga orang lagi sepupu yang sebaya saya yang turut melangsungkan perkahwinan baru-baru ini. Hah. Empat oranglah termasuk Nisa. Dan lima orang termasuk kawan baik saya!
Seminggu sebelum majlis Kaklong dan Abang Hashim, sepupu saya sebelah Penang melangsungkan perkahwinannya di Shah Alam. Maya dan Firdaus. Maya ni anak kepada kakak ayah saya, Mak Lang Zaitun. Saya tidak dapat hadir ke kenduri Maya. Kerja 🙁 Apa-apapun, selamat pengantin baru untuk Maya dan Firdaus!
Seminggu selepas Nisa dan Nabil pula, seorang lagi sepupu saya sebelah Penang berkahwin. Nurul dan Fitri. Nurul ni kami panggil Along saja. Anak kepada adik ayah saya, Mak Cik Zakiah. Kali ini pun saya tidak dapat hadir sama. Saya sudah tidak ada cuti untuk sepanjang Jun. Hanya emak, ayah, adik-adik, Kaklong dan Abang Hashim yang berkumpul bersama keluarga di Penang. Kebetulan, rumah Kaklong dan Abang Hashim di Penang. Memudahkan lagi mereka untuk turut serta. Hai lah nasib. Asyik terlepas saja peristiwa-peristiwa penting dalam keluarga. Apa-apapun, selamat pengantin baru untuk Nurul dan Fitri!
Pada minggu yang sama dengan Nurul dan Fitri, seorang lagi sepupu saya sebelah Pahang turut mendirikan rumah tangga. Ini dua pupu saya sebenarnya. Hishamuddin dan Nur. Selepas balik dari oncall pada hari Sabtu itu, saya pergi menguruskan hal-hal peribadi dulu dan kemudian terus balik ke rumah. Selesai Asar, saya membawa emak saudara saya terus ke rumah Ichang (nama gelaran Hishamuddin di kalangan saudara rapat) di Felda Kumai. Majlis akad nikah dan kenduri sebelah perempuan sudahpun selesai beberapa hari sebelum itu. Saya tidak datang ke kenduri menyambut menantu pada hari Ahad itu, jadi cukuplah saya dapat berkumpul bersama keluarga yang lain pada Sabtu malam itu. Makan nasi beramai-ramai dan duduk berkumpul sambil bercerita beramai-ramai. Memang seronok. Selamat pengantin baru Ichang dan Nur! Ops. Yang ni tiada gambar. Jenuh saya cari di FB kaum keluarga. Tetap tak jumpa. Hihi.
Dan yang terakhir, pada hari yang sama dengan Nurul dan Fitri juga Ichang dan Nur, kawan baik saya yang paling lama berstatus bujang bersama saya pun turut mendirikan rumah tangga. Maka sekarang, tinggallah saya seorang diri setelah habis kesemua kawan baik saya telahpun berkahwin. SOB SOB SOB. Haa kau. Dah huruf besar semua dah. Huhu~ Tahiah buat Nurul Nadia dan Saiful Razel! Kisah mereka tercipta dalam masa yang singkat cuma. Tapi Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Siapa sangka. Dalam tempoh 3 bulan saja, segalanya telah termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Magik sungguh aturan Allah itu. Selamat pengantin baru untuk Nadia dan Saiful!
Ok. Tugas saya selepas ini ialah mengingati nama ipar-duai yang baru-baru ni!
Nota 1: Sehari sebelum Kaklong berkahwin, saya bertembung dengan Anak Muda Yang Gigih. Hanya melihat dia dari jauh. Nanti saya ceritakan kalau ada masa.
Nota 2: Hati terasa sangat melankoli malam ini. Kenapa ya?









