Nota Untuk Anak Mama

This is a backdated entry. Specially dedicated for my son. Was written at the end of my pregnancy. But had no time to finalize it until one day before the delivery. But I was already in labour pain before I could publish it. Dear my son, Izz Zamani. This is the story of our journey together. The precious 40 weeks of my life.

Assalamualaikum anak mama,

Apa agaknya anak mama tengah buat tu? Keras-keras perut mama malam ni. Mama rasa, sejak mama sampai saja di rumah petang tadi, anak mama macam ajak mama pergi berenang saja gayanya. Berombak-ombak perut mama. Geli tau, sayang. Alhamdulillah. Mama sendiri tak sangka, diam tak diam tinggal lagi 13 hari saja sebelum tibanya due date sayang. Mama tahu, apa-apapun boleh berlaku dalam tempoh ni. Tapi setiap hari mama dan ayah berdoa banyak-banyak supaya sayang sihat dan selamat dilahirkan seperti yang dijangka. 1 Januari 2012. Itulah tarikh jangkaannya. Mama harap sangat anak mama akan lahir pada hari tu. Bolehlah sayang geng dengan mama. Kita sama-sama jadi Januarian ya, sayang!

Dah lama sebenarnya mama nak tuliskan nota ni untuk anak mama ni. Supaya satu hari nanti, bila sayang dah besar, dah boleh baca sendiri, sayang boleh baca semula kenangan sayang hidup selama 9 bulan bersama mama, dalam rahim mama. Mama tak tahu nak kata macam mana tapi pengalaman selama 9 bulan inilah yang tak ternilai harganya. Mama lalui satu fasa yang tak pernah mama jangkakan dalam hidup.

Mama ingat lagi tarikh mama tahu yang mama mengandung. 21 April. Waktu tu mama masih sakit-sakit tengkuk akibat kemalangan dulu tu. Mama saja cuba-cuba buat UPT di rumah. Sangat tak percaya yang keputusannya positif. Mama MMS-kan gambarnya kepada ayah. Ayah ketika itu sedang menuju ke tempat usrah. MMS itu berbunyi: Assalamualaikum ayah! Terus ayah menelefon mama untuk mendapatkan kepastian. Iya. Kami berdua sangat gembira dan bersyukur atas nikmat ini. Sejak malam itu, ayah sangat banyak menasihati mama supaya tidak terlalu aktif dan jangan stress dengan kerja.

Tapi mama ni masih lagi seorang HO pada ketika itu. Selepas bulan April tamat, mama kembali diberikan oncall setelah sebulan direhatkan daripada sebarang oncall akibat cervical injury yang mama alami. Disebabkan mama sudah senior, sudah berada di posting yang kelima dan sudah hampir menamatkan posting di Surgical, mama asyik-asyik diletakkan oncall sebagai 5th call. Tugasnya ialah menjaga kes-kes surgical di wad kanak-kanak Melor 1, kes-kes rujukan di periferi, kes-kes kritikal di ICU/HDW, membantu resusitasi di Kecemasan dan mengiri pesakit yang perlu dirujuk ke hospital luar seperti Hospital Kuala Lumpur atau Kuantan. Bertugas sebagai 5th call sangat banyak perlu bergerak. Kadang-kadang mama terpaksa berlari. Tidak dapat tidak, dalam hati mama sangat risau akan keadaan anak mama. Bolehkah anak mama survive? Usia kandungan baru mencecah 8 minggu waktu itu. Mama risau mama akan keguguran.

Mama masih ingat lagi. Pada satu malam tu, mama oncall sebagai 5th call lagi. Mama baru saja naik ke wad Melor 1 untuk berehat setelah berulang-alik dari Tabung Darah ke Red Zone. Ada kes UGIB. Mula-mula ambil packed cell 3 beg. Lepas tu hantar DIVC regime pula. Lepas tu kena ambil packed cell lagi. Memang separuh mati mama rasakan kepenatannya. Jarak antara Tabung Darah dan Kecemasan adalah antara dua hujung bangunan kompleks hospital yang luas tu! Selepas pesakit stabil dan mama iringinya ke wad Kenanga 7, mama berniat untuk naik berehat di bilik komputer HO di Melor 1. Baru saja mama duduk di kerusi, mama menerima panggilan. MO oncall mama memaklumkan berkemungkinan akan ada satu kes yang perlu dihantar ke HKL pada malam itu. Kes ICB. Allahu Akbar. Dalam hati mama berdoa moga-moga kes itu tidak perlu di-transfer ke HKL. Mama sangat perlukan rehat!

Kalau anak mama nak tahu, bilik komputer tempat mama jadikan tempat berehat tu bukannya ada katil. Yang ada cuma dua buah kerusi (kusyennya lembut jugalah) tapi agak tinggi yang jika digabungkan, tempat duduknya boleh muat untuk orang bertubuh kecil baring. Dulu-dulu waktu sebelum mengandung, mama akan tidur di atas kerusi itu saja. Ada juga sebuah kerusi lipat yang boleh dijadikan tempat baring di dalam bilik itu tapi sudah rosak dan ditumpangkan sementara di situ. Tapi sejak mama mengandung, mama tidak berani tidur di atas kerusi lipat yang rosak itu mahupun kerusi duduk yang agak tinggi berwarna biru itu. Mama takut jatuh dan membahayakan anak mama. Jadi, mama memilih untuk membentangkan selimut tebal di atas lantai di belakang meja komputer itu untuk mama berbaring. Dalam hati, mama sedih sebab dalam keadaan mengandung begini, mama terpaksa lalui semua itu.

Di wad itu ada bilik oncall HO. Tapi bilik itu digunakan (atau setepatnya dikhaskan) oleh HO Paediatrik yang oncall kerana itu wad multidisiplin mereka. Untuk HO Surgical pula, ada dua bilik oncall di wad lelaki dan perempuan. Tapi kedua-duanya digunakan oleh HO yang oncall di setiap wad itu. Jadi, memang orang 5th call merempat sikit hidupnya. Nasib badanlah, kan. Jadi pada malam itu, mama hanya sempat berehat dengan menunaikan solat Isyak di bilik komputer itu dan makan sebungkus roti bun ikan bilis Gardenia yang kecil tu. Tak sempat habis lagi roti tu, MO mama menelefon kembali. Dia memerlukan mama untuk menyelesaikan kes di Kecemasan. Mama capai labcoat dan stethoscope. Terus mama meluru ke lif. Di Kecemasan, terdapat 2 kes ICB menanti dan satu lagi kes baru UGIB. Dah nyata-nyata mama perlu berulang-alik ke Tabung Darah lagi untuk ketiga-tiga kes itu.

Selepas selesai menstabilkan mereka semua, salah satu daripada kes ICB itu mama perlu iringi pesakit tu ke HKL. Sudah tentulah naik ambulan nenoneno huyung-hayang gegar-gegar dari Temerloh, kan. Pesakit itu pula intubated dan hemodinamiknya dibantu oleh inotropes. Keadaannya tidak berapa stabil. Waktu itu jam menunjukkan pukul 4.45 am. Mama tiba di HKL sudah hampir jam 6 pagi. Selepas selesai memindahkan pesakit tersebut ke Unit Neurosurgical, mama pulang bersama team mama ke Temerloh. Mama terlentok di dalam ambulan. Kepenatan yang teramat sangat. Sampai di wad semula pada pukul 9.30 pagi. Mama meneruskan ward round bersama pakar dalam keadaan mengantuk, kelaparan dan tak mandi pagi! Huhu. Selepas itu, mama turun ke Klinik Pakar SOPD, tengaharinya membuat review di wad seperti biasa dan pada pukul 5 petang mama masih di wad menyelesaikan PM round bersama pakar.  Hampir pukul 6 barulah mama mula berkemas untuk pulang.

Mama macam kebuluran bila tiba di rumah. Elok saja selepas makan, mama hendak mandi. Ya Allah. Terkejut sungguh mama kerana mama lihat mama sedang mengalami pendarahan. Mama terasa cuak yang teramat sangat. Usia kamu di dalam rahim baru 8 minggu. Apa-apa saja boleh berlaku. Mama menangis sekejap. Tapi macam cuba mempositifkan diri. Mama tidak rasa sakit. Jadi mama simpulkan kemungkinan anak mama masih selamat. Cuma mengalami Threatened Abortion. Mama tidak memberitahu ayah pun. Mama menelefon sepupu mama, Maklong Nisa, yang juga satu posting dengan mama di Surgical. Mama memintanya untuk scan mama di Labour Room. Kebetulan, Ayah Tam Adi bercuti sem di rumah. Dia yang menghantarkan mama ke hospital. Setelah di scan, mama rasa sedih sangat. Denyutan jantung kamu tak dapat dilihat. Tapi sac masih regular dan IUGS kelihatan dengan jelas. Mama pasrah. MO O&G mulakan Duphaston untuk mama dan mama perlu rehat selama 2 minggu. Mama memberitahu ayah tentang hal ini. Ayah sedih tapi ayah ajak mama banyakkan berdoa agar anak mama selamat.

Walaupun diberikan MC 2 minggu, tapi apakan daya. Mama tak boleh guna! Cuti mama sudah habis. Kalau mama bercuti juga, nanti mama akan di extend posting ni mengikut jumlah cuti mama. Mama tak mahu kena extend. Mama tak pernah kena extend sebelum ni. Kawan-kawan satu posting dengan mama yang maklum akan hal ini menggantikan oncall mama dalam tempoh semingu. Selepas seminggu, mama kembali oncall walaupun ketika itu, ada ketikanya, pendarahan masih berlaku. Mama tawakkal saja. Mama masih ingat. Kawan mama yang banyak membantu dan memahami mama ialah Dr. Faizal (yang gantikan mama jadi Ketua HO dan membuat jadual oncall), Dr. Ili (tolong mama ketika mama mengalami pendarahan ketika oncall), Dr. Marissa, Dr. Michelle (kawan baik mama) dan tentunya sepupu kesayangan mama, Dr. Nisa. Pada masa yang sama juga, kami semua sedang menjayakan Surgical Night untuk jabatan kami. Mama jadi Naib Pengerusi. Walaupun keadaan mama begini, mama tak ralat untuk bekerja siang malam bagi menjayakan program itu kerana kawan-kawan yang terlibat sebagai AJK semuanya sangat membantu dan bersemangat.

Dalam tempoh 2 minggu itu, badan mama memang lemah. Mama ajak ayah pergi membuat scan di sebuah klinik swasta di Mentakab. Alhamdulillah! Denyutan jantung anak mama kelihatan! Anak mama survived! Mama dan ayah sangat bersyukur. Ayah melarang mama membuat kerja berat. Tapi apa yang mama boleh buat? Memang semua yang ada di wad tu adalah kerja rutin kami semua sebagai doktor. Tidak dapat tidak, memang mama tetap bekerja seperti biasa.

Selepas masalah Threatened Abortion selesai, mama mula muntah-muntah dengan teruk. Mama ada cerita ini dalam satu entri lama dulu. Hampir 5 kg berat mama turun. Tak larat sungguh rasanya. Waktu itu mama sudah pun berada dalam posting terakhir sebagai HO Anaesthesiology. Ketika berada di OT, berulang-aliklah mama ke tandas untuk muntah. Pernah mama dimasukkan air dan berehat di bilik oncall. Pernah juga dihantar ke Kecemasan dan terima drip lagi. Muntah sampai berdarah-darah. Muka mama pun ada bintik-bintik darah kecil-kecil. Dah macam ada episodes of asphyxia je dah masa muntah tu. Tapi kerja tetap kerja. Cuma mama jadi sangat pendiam untuk elakkan mual semakin teruk. Memang pendiamlah kiranya. Tak seperti biasa. Haha. Nampak sangat mama ni banyak cakap juga, kan.

Pernah sekali tu, mama ikut ayah balik ke Putrajaya. Tiga hari di sana, tiga hari jugalah mama melepek. Muntah-muntah tak usah cakaplah. Terlalu kerap. Hari ketiga tu, ayah bawa mama ke klinik. Masuk drip lagi sekali. Dan keadaan mama sangatlah pucat ketika itu. Nak berjalan pun terketar-ketar jadinya. Doktor di klinik tu kawan ummi (nenek kamu). Dr. Rohaya namanya. Dia sangat lembut dan banyak memberikan kata perangsang kepada mama. Sepatutnya mama perlu dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk admission. Tapi mama tak mahu. Mama kena balik ke Temerloh sebab lusanya tu mama kerja. Mama dapat MC tapi MC daripada GP tak laku untuk kami ni. So MC tu awal-awal lagi mama dah simpan bawah bantal sajalah. Waktu tu, usia kamu baru 16 minggu. Dan waktu scan di situ, mama dah pun tahu apa jantina kamu nanti, insya Allah. Hebat betullah Dr. Rohaya tu. Hehe.

Sewaktu usia kamu 18 minggu lebih, mama sudah mula rasakan tendangan pertama kamu di dalam perut. Subhanallah! Amazing betul rasanya. Mama sedang makan cendol dengan Mak Tam Ani ketika itu. Terus mama telefon ayah. Sejak itu, mama macam ternanti-nanti bila lagi akan merasa tendangan-tendangan kecil itu. Seronok betul rasa. Kalau tengah malam tiba-tiba mama merasa tendangan kamu, mama boleh tersenyum seorang diri. Hehe.

Alhamdulillah, mama berjaya berpuasa sebulan penuh. Keadaan muntah-muntah tu pun hanya hilang selepas hari raya. Waktu itu usia kamu sudah masuk 25 minggu. Barulah keadaan pulih. Dan selera makan mama mencanak-canak naik. Tapi berat mama tidaklah naik mana sangat. Yang paling mama suka makan ialah aiskrim Magnum Classic! Suka gila! Ayah risau je mama akan overweight tapi ayah tetap belikan mama aiskrim tu. Haha. Allah tu maha tahu segalanya. Elok saja mama dari alahan mengandung, mama dipindahkan ke Kuala Lipis pula. Di situlah mama dan ayah mula duduk di rumah sewa pertama kita.

Mama suka bekerja di Kuala Lipis. Keadaannya tak sesibuk di Temerloh dulu. Dan mama ditempatkan di Jabatan Anaesthesiologi juga. Mama suka! Sebab mama sangat minat Anaesth! Sebelum memulakan kerja di OT, mama ditempatkan terlebih dahulu di OPD. Jaga klinik pesakit luar dan buat general call. Penat Ya Rabbi! Disebabkan itulah mama mengalami premature contraction ketika kamu baru berusia 27 minggu. Menangis mama memikirkan kamu mungkin dilahirkan tidak cukup bulan. 27 minggu itu adalah telalu kecil! Severe premature! Hampir seminggu mama ditahan di wad di Temerloh. Mama memang banyak menangis ketika itu tapi pada masa yang sama mama juga banyak berdoa. Alhamdulillah segalanya selamat.

Kalau anak mama nak tahu, yang paling mama sedihkan sekali ialah bila mengenangkan keadaan mama yang sarat dan tinggal berseorangan di sana. Ramaaaai sangat yang tanya mama, kuat ke duduk seorang diri kat sana? Sedihnya hati bila berulang kali orang tanya soalan tu. Hakikatnya, mama sangaaaaat sedih. Setiap hari mama rasakan kosong dan sunyi. Mama hanya bercakap bila di hospital. Bila bertemu rakan sekerja. Di rumah, hanya sunyi yang menemani mama. Kalau mama tak oncall, pukul 5 lebih mama sudah sampai di rumah. Mama akan ternanti-nanti ayah menelefon. Ayah sibuk ketika ini. Selalu balik lewat. Kadang-kadang bila mama menelefon ayah, ayah masih lagi di pejabat. Sebelah malamnya pula kadang-kadang ayah ada urusan lain. Hari yang ayah ada usrah, mama akan tunggu ayah telefon selewat 12 tengah malam. Sunyi tak terkata hidup mama.

Mama uruskan semuanya sendirian. Daripada makan minum sehinggalah sakit lenguh badan mama. Apabila mendengar suara ayah di telefon, mama mesti menangis. Siapa kata mama kuat? Cengeng sebenarnya mama ni tau. Kadang-kadang, ayah tak perlu bersuara pun. Cukup dengan menerima panggilan ayah dah boleh buat mama menangis. Setiap pagi mama bangun pada pukul 5.30 am. Apabila mama ke bilik air untuk mandi, mama selalu berpesan pada diri mama sendiri. Mama perlu berhati-hati. Lantai basah, licin. Jangan jatuh. Setiap kali mama ceritakan pesan mama pada diri sendiri ini kepada ayah, ayah akan diam di hujung talian dan mungkin juga menangis sebenarnya. Lalu ayah akan berkata: Maafkan abang. Abang tak dapat teman sayang kat sana. Mama bergenang air mata tapi mama ingatkan ayah: Takpe. Allah jaga mama dan baby di sini.

Pernah pada satu hari, mama turun membantu di klinik OPD kerana tidak cukup doktor. Beban kerjanya sudah tentulah berat. Waktu itu kamu sudah pun masuk 36 minggu. Pesakit sangatlah ramai. Mama duduk di kerusi terlalu lama sehingga mama sakit pinggang yang amat sangat. Mama memandu pulang ke rumah dalam keadaan sakit. Sudahnya, mama langsung tidak dapat tidur walaupun sepicing pada malam itu. Ayah risau. Mama sudah tertekan dengan mata yang tak boleh lelap. Mama mengaji saja sepanjang malam. Banyak kali ayah telefon untuk menemani mama. Badan mama terasa lemah sebab tidak boleh tidur. Keesokannya itu mama oncall. Alhamdulillah, selepas pukul 5 petang, tiada kes kecemasan. Mama balik berehat di rumah. Mama berkira-kira, selepas Isyak, mama hendak tidur terus, takut-takut ada kes di tengah malam buta. Nanti tak sempat tidur pula.

Selesai saja mama berdoa, ayah menelefon mama. Ayah bertanya apa yang mama sedang buat. Mama jawab, mama baru sudah solat dan sudah hendak tidur selepas itu. Tiba-tiba ayah menyuruh mama membuka pintu. Ayah sedang menunggu di luar pintu. Ya Allah. Terperanjat sungguh mama. Ayah balik! Dengan bertelekung, mama membuka pintu dan terus memeluk ayah. Mama dan ayah menangis berpelukan. Ayah kata, ayah balik semata-mata untuk menemani mama tidur. Ayah nak pastikan mama tidur. Malam itu, mama boleh tidur, Alhamdulillah. Dan keesokannya, ayah bertolak untuk pergi kerja pada jam 5 pagi dan mama ke hospital pada jam 6.30 pagi kerana ada kes secara tiba-tiba. Walaupun penat mama belum hilang sepenuhnya, tapi mama gembira kerana ayah pulang untuk menemani kita.

Oh ya. Kalau anak mama nak tahu, sepanjang mengandungkan kamu ni, mama sudah 2 kali khatam Al-Quran. Alhamdulillah. Memang Al-Quran lah peneman mama setiap hari di rumah ni. Subuh-Subuh mama mengaji. Maghrib mama mengaji. Lepas Isyak pun mengaji. Bila sunyi mama mengaji. Bila tak boleh tidur mama mengaji. Mama bacakan Al-Quran untuk tenangkan hati mama dan mama hendak kenalkan anak mama dengan ayat-ayat Allah ni. Setiap kali lepas mengaji, mama rasa puas. Hilang rasa penat. Dan yang pasti, respon dari anak mama pun lebih aktif. Main tendang-tendang kat dalam. Suka betul mama. Huhu. Sekarang pula mama sedang cuba menghabiskan Surah Yasin sebanyak 40 kali. Kebetulan, ketika mama khatam kali yang kedua, cukup-cukup saja 40 hari sebelum due date kamu. Moga-moga Allah permudahkan proses kelahiran kamu nanti, ya sayang.

Anak mama, insya Allah kalau diizinkan, mama berniat untuk menyusukan kamu sepenuhnya dengan susu badan selama dua tahun. Mama dah siap sediakan pam dan segala gadget yang perlu untuk membuat stok susu nanti. Mama mahukan barakah dalam membesarkan kamu dengan susu ibu seperti mana yang dituntut di dalam Al-Quran dan mengikut sunnah Rasulullah. Mama harap, dengan barakah susu ibu, anak mama akan menjadi mukmin yang mentauhidkan Allah dan tak gentar untuk menyebarkan kebenaran itu. Setiap hari mama mendoakan ini. Dan mama sentiasa luahkan apa mama doakan dan rasa ini kepada ayah. Ayahlah penyokong nombor satu mama. Moga-moga nanti Allah murahkan rezeki anak mama dengan susu yang banyak dan tak putus-putus, insya Allah.

Anak mama, di saat mama menulis penutup nota ini, mama baru saja pulang daripada last check up di Klinik Desa Lebak. Mama sendirian saja ketika ini. Kebetulan yang lain keluar pula. Sebenarnya mama sudah mula rasa sakit-sakit. Tapi kekerapannya masih jarak-jarak. Mama rasa, memang sudah sampai masanya kamu nak keluar, ya? Hehe. Sambil menulis ini, sekejap-sekejap mama akan memegang pinggang menahan sakit. Ya. Mama yakin ini memang contraction pain. Huuu. Tiba-tiba mama rasa seram sejuk. Mama dah nak bersalin! Anak mama dah nak keluar!

Apa-apapun, mama nak anak mama tahu. Mama terlalu menghargai pengalaman kita hidup sebagai satu selama 40 minggu ini. Pengalaman yang terlalu berharga. Pengalaman yang tak boleh ditukar ganti. Kita hidup sebagai satu jasad, berkongsi segalanya. Terima kasih kerana memberikan mama pengalaman ini. Terima kasih kerana menemani mama di saat mama sunyi. Semoga mama dan ayah dapat menjadi ibu bapa terbaik buat kamu di dunia ini nanti.

Sakit dah semakin kerap ni. Andai kata mama syahid ketika melahirkan kamu, mama nak anak mama tahu, mama terlalu sayang kamu! Jika tak sempat bertemu di dunia, jadilah anak soleh yang mendoakan mama sentiasa. Moga-moga Allah temukan kita di syurga.

Sayang sepenuh jiwa,

Mama.

Nota: 8 Mac – Selamat Hari Wanita. Peliharalah diri dan aurat kita. Sesungguhnya kita adalah harta yang amat berharga. 😉

43 Responses to “Nota Untuk Anak Mama”

  1. thia says on :

    :’)

    cium kan izz zamani utk auntie thia 🙂

    Reply

  2. Aisya says on :

    So sweet kak sarah…byk sungguh pengorbanan sbg doktor dan ibu….May Allah bless akak n fmly..iA

    Reply

  3. mia says on :

    saya rase da besar nnt anak dr. sarah pon jd dr. byk clinical terms yg diguna pakai. mgkin di hosp yg sama…hehe…

    Reply

  4. Tuan Anisdina says on :

    Subhanallah..hebat,kuatnya kak sarah.

    Prncangan dan persediaan pun hebat sejak bayi dalam perut lg..

    Semoga terus dipayungi rahmatnya selalu.

    u’re my idol,Kak Sarah! 😉 😛

    Reply

  5. May Maisarah says on :

    Subhanallah… entry ini betul2 menyentuh perasaan saya. Hampir nak menangis. Kuat betul dugaan Kak Sarah. Walau apa pun, Akak memang insan terpilih untuk rasa semua ni. Semoga hari2 mendatang akan lebih bermakna bersama suami dan Izz yang comel. Insyaallah. =))

    Reply

  6. epel says on :

    Menitis airmata.

    Reply

  7. marinahunny says on :

    Sarah, teharu sgt smpai esak2 akak nangis terutama part ayah tetiba balik..ya allah kuat sungguh dirimu sarah.

    Reply

  8. anumfarida says on :

    pagi2 dah sedih baca entry kak sarah…kak sarah kan kuat sbb tu ALLAH uji…semoga baby izz menjadi anak yang soleh. baby izz bertuah sebab ade awesomee mama!!! 🙂 🙂

    Reply

  9. IjanKahar says on :

    Salam,

    Selamat Hari Wanita Iron Lady :), menangis tak semestinya lemah. Sangat kagum dan bangga dengan Sarah, bertuah Izz dapat mama mcm Sarah. Bergenang air mata membaca kisah Sarah dengan Izz. Semoga hari-hari Izz, Mama dan ayah akan lebih indah dan diberkati Allah SWT. Semoga Izz Zamani membesar menjadi anak yang soleh. Amin, insya-allah.

    Reply

  10. K.Su says on :

    As’salam Sarah and family,

    Sambil baca entri ini, sambil menahan rasa sebak yg sesekali menyentuh hati, ksu tiba-tiba tersedar, cepatnya masa berlalu. Sangat.

    Ksu ‘kenal’ Sarah sejak Sarah sedang bertungkus lumus belajar nak jadi doktor. Dan sekarang, Sarah sudah menjadi seorang mama.

    Kenal jenguk juga Izz Zamani one day ni.. InsyaAllah.

    Reply

  11. aimisya says on :

    Kalau nanti Izz baca ni,
    Izz, kena hargai & sayangi Mama awak sangat sangat tau!
    Jadi anak yang soleh ya!

    🙂
    Bergenang baca ni.
    Semoga Allah terus kuatkan kak Sarah & bro Thaariq.
    Thank you for being my inspiration <3

    Reply

  12. syazana says on :

    Subhanallah, air mata saya bergenang time ni. nak tumpah dah tapi cover la sbb kat opis haha. segan plak kang kalo terleleh ;p

    rasa macam cuak jgk sbb skrg kakak saya dah warded ,tp belum masuk labour room. waaa cuaknye aunty ngah ni hhihi.

    semoga ‘izz membesar menjadi anak yang Soleh dan penyejuk mata hati mama dan ayah ;’)

    *hug n kisses for ‘izz comel mata boolat :D*

    Reply

  13. nhhas says on :

    sangat touching…. sob sob sob

    Reply

  14. Naq says on :

    😥
    touching gila..

    Reply

  15. Faiz Ezanee says on :

    subhanallah.. hebatnya ujian doktor sarah..

    Reply

  16. hw says on :

    sedih ayat last sekali dalam entry tu..
    teringat pada ummi saya lah KS..
    ni nanti izz baca confirm hatinya tersentuh, entah2 nangis..
    hati seorang ibu tu sangat suci, mulia =’)
    sekarang KS dah ok kan??
    semoga izz jadi anak yang soleh yang menyejukkan hati ayah dan mama nya
    mabruk KS <3

    Reply

  17. 'Aina Mardhiah says on :

    :’) KS..terharu bila baca…

    Perenggan-perenggan terakhir tulisan KS ni, sy dapat bayangkan betapa besar perngorbanan mak saya..

    Moga Allah berkati hidup Dr, Sarah, zauj dan baby Izz..

    Reply

  18. nawwar hanifah says on :

    mengalir air mata baca nota kak sarah utk izz…

    i’m impressed with your strength…sy baru kena uji sikit dah xtahan…

    may Allah bless you n your family =)

    Reply

    alia Reply:

    ya allah…pdih tkak sy ks bca entry ni..than sbak sy…

    pasti nikmat ad zuriat sendri…

    xsbar sy nk rase pnglamn yg ks rase..insyallah. 🙂

    Reply

  19. akak says on :

    sarah dah buat akak nangis malam ni.. 😥 serius..akak sedih sangat bc entri ni. semoga Allah sentiasa dengan sarah & family. Bertuahnya Izz dapat Sarah sebagai mamanya.. sayang sarah!!! terus kuat ye..sekarang dah ade 2 pahlawan di sisi mesti dah tak nangis-nangis dah..kan? 😉

    Reply

  20. Fazzira says on :

    byk dugaan yg Dr Sarah alami, tp mungkin hikmahnya tetap ada. cthnya, dapat khatam al-Quran 2 kali waktu pregnant 🙂

    apapun, sgt byk ujian Dr Sarah sebagai doktor dan ibu. semoga Dr Sarah dan keluarga sentiasa di rahmatiNya.. 🙂

    Reply

  21. Nisa says on :

    Being the first one to see you on the scan monitor,
    Seeing you somersaulting in your mama’s uterus during your second trimester,
    Listening to your mama’s struggles
    Watching your mama giving birth to you,
    Witnessing you being born into this world,
    Examining you post-delivery,

    All bring tears to me..

    Jadi anak yang soleh ye sayang..

    Ngah,
    perenggan kamu yang terakhir sangat membuatkan Sya terharu.
    “Andai kata mama syahid ketika melahirkan kamu, mama nak anak mama tahu, mama terlalu sayang kamu!”

    Love both of you much!
    🙂

    Reply

  22. Nabihah Lokman says on :

    tsk, tsk… tak jadi anak mama pun dah berderai air mata baca entry untuk Izz ni 🙁

    Reply

  23. senyuman manis says on :

    salam sarah,

    wow..wonderful experience..seronok baca kisah2 satarah n bb izz..semoga sarah akan tabah dan sabar menjalankan tanggungjawab sebagai doktor dan ibu yang penyayang..salam kerinduan dari saya.. 😉

    Reply

  24. nurul nadiah says on :

    Sahabatku sayang,

    doakan sahabatmu ini, (-.-)

    Reply

  25. Aidaa says on :

    Ya Allah … terharu plus sebak sy baca. 😥
    -blogwalking-

    Reply

  26. amal says on :

    dr.sarah, semoga Allah melindungi dr.sarah sekeluarga insyaAllah

    Reply

  27. Teenz AB says on :

    Sarah!~ tak pasal2 air mata ni menitis baca entry sarah ni…

    Sangat faham perasaan sarah tu..yg duk lipis sunyi, yg sentiasa nanti kan call dari hubby, yg kite ni hanya menangis jek bila hubby call smp hubby pon xterkata dah, yg slalu mengaji untuk tenang kan ati n isi masa2 sunyi ni…we’re exactly in the same boat!~ 🙁 🙁

    cuma at least tin2 ada housemates laa..cume dorg tu nurse, kije tak tentu so kdg2 mmg terasa mcm duk sensorg gak kt umah tu…

    Skang ni plak da 7wiks ++, lenguh2 pinggang, xlarat pe sume tu mmg terasa…

    Bila baca entry ni, tin2 dpt semangat dr sarah…yg bkn tin2 sorg jek yg lalui mende ni…alhamdulillah kandungan sarah masih kuat even ada bleeding…dr tin2 terus miscarriage….huhu. Tapi pengalaman mcm tu lah yg membuat kan kita lagi kuat dan tabah..kan sarah kan?

    So kirenya sarah berapa lama lagi akan stay jauh dgn hubby ni?? nnT da naek kije Izz tinggal dengan sapa?? Takde solution ke utk korang stay sama??

    Papepon, semoga Allah kurniakan kita hati yg cekal lagi tabah dlm menjalani dugaan dan cabaran yg telah DIa tentukan utk kita……amiiin!~

    btw, hubby tin2 pon penah ckp gak, ‘Maafkan abg sebab tak dapat menemani ayang…’ 😥

    Reply

  28. Zahra says on :

    😛 Subahanallah. Kiss and send my regards to Izz

    Reply

  29. dr. 'afifah says on :

    wah. kagum!

    Reply

  30. Ardilla says on :

    I’m touched.. 😥
    rsa cm brblah bhgi je nk jd dktor..hehe

    Reply

  31. Laily Wahab says on :

    Salam Dr Sarah….teruja sungguh membaca nota dan pengalaman 40 minggu mengandungkan Izz…..tahniah atas segalanya….semoga perkongsian ini menjadi panduan dan pedoman buat pembaca setia “Dunia Sarah”.

    Reply

  32. syed says on :

    😮 subhanallah…hebat nye nota ni… sy bc mmg sgt menyentuh jiwa… terharu sgt2… agung kasih syg seorg ibu… allahuakhbar… mmg xdpt menahan air mata semasa bc nota ni…

    Reply

  33. nurul says on :

    situasi saya sme mcm .’dunia sarah.’ yang penting hati kena kuat,,,,kalau ikutkan hati ….sedih yg berpanjangan tiada titik akhirnya….perlu igt AllA akan sentiasa disisi kita,,,,jika kita sentiasa mengingatinya….

    Reply

  34. nur says on :

    menangis kak baca entry nih…:(

    Reply

  35. Sarah Zheng says on :

    Wish your child is a good child…. 😆 😆 😆 😆 😆 😆 😆 😆 😆

    Reply

  36. someone says on :

    sy syg kak sarah ! 😉

    Reply

  37. Nurqasehaira says on :

    salam Dr Sarah,

    Saya suka entri ni. Entri ini mengingatkan saat pertama saya hamil dan pengalamannya sangat menakjubkan,, alhamdulilah ke 2,2 kelahiran saya dipermudahkan oleh Nya..

    Reply

  38. adi says on :

    breathtaking read! 😉

    Reply

  39. solehah daud says on :

    Salam..i’m realy touch ='( thanks 4sharing these kinds of story..insyaAllah it may help us in the future how to manage our pregnancy time..our emotions etc..may Allah bless you and your family ~ usrah mawaddah wa rahmah insyaAllah

    Reply

  40. 29 Disember 2011 : Dunia Baru Kami | Dunia Sarah says on :

    […] dan Imani, saya pun pulang ke rumah. Terus saya membuka PC dan membuat editan terakhir untuk entri Nota Untuk Anak Mama. Sambil duduk di kerusi, saya makan aiskrim. Haha. Setiap hari pun nak makan aiskrim. Nasib baik […]

  41. syazwani sharul anuar says on :

    subhanallah… amazing feeling 😥

    harap sy akan sekuat doc! takde cengeng2 waktu posting :mrgreen:
    entry ni sgt2 membuatkan sy ‘tak sabar’ nak melalui dunia yg doc dah lalui..
    semoga Izz Zamani mnjadi ank yg soleh serta saham utk doc n hubby ke jannah.. 😀

    Reply

  42. am says on :

    Salam KS, saya ikuti blog KS sejak zaman KS di russia lagi. entah kenapa tiba2 malam ini ulang baca post ini.

    Saya sudah beberapa ketika kahwin, tetapi masih belum ada rezeki untuk mengandung. kadangkala, sudah redha juga tidak punya rezeki untuk dapat anak di dunia, walau usaha tetap diteruskan. Tetapi menangis baca post ini, terharu dengan azam dan pengalaman KS untuk baby. Dan harapan itu datang semula. Semoga Allah berkati semua hamba-hambaNya, dan tidak menguji kita dengan ujian yang kita tidak mampu tanggung.

    Reply

Leave a Reply