Cahaya Mata

Assalamualaikum wbt

Sekali lagi terlalu lama saya mengambil masa untuk kembali menulis di sini. Sekali lagi juga, faktornya adalah sama. Kesibukan di hospital dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Banyak juga yang terjadi dalam tempoh sebulan lebih ini. Antaranya ialah berita gembira buat keluarga saya. Sebenarnya Kaklong sudah berkali-kali memberikan hint kepada saya supaya mengemaskinikan blog. Tapi maklum sajalah. Adik dia ni kalau dah balik kerja, hanya katil yang dicarinya. Tak mandi pun tak mengapa. Janji dapat tidur. Kalau di hari cuti selepas syif malam pun, saya semestinya akan terlepek tidur di ruang depan TV di dapur. Janganlah dipaksa-paksa saya untuk bangun apatah lagi menghadap blog. Memang tipis sungguh harapan. Huhu.

Tapi sebelum itu, saya ingin mengucapkan Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan. Tahun ini terasa masa berlalu begitu cepat. Sekarang kita sudah pun tiba ke penghujung Ramadhan. Sedihnya. Sedihnya. Sedihnya. Terlalu banyak yang masih belum sempat dilakukan. Bukan seperti zaman pelajar dulu-dulu. Ada banyak masa untuk berlumba-lumba beribadah. Tapi sejak mula bekerja dan bergelar hamba orang ni, Masya Allah, masa seperti dipendekkan dalam sehari tu. Yang penting, semangat untuk terus beribadah selagi mana sempat dan termampu itu, saya tidak akan sia-siakan.

Ok. Berbalik semula kepada berita gembira yang disambut oleh keluarga saya. Sebalik selepas saya siap menulis entri yang lalu, saya terus bersiap untuk bersiap ke hospital kerana saya bekerja syif malam pada hari itu. Ketika sedang bersiap di dalam bilik, riuh kedengaran suara adik-adik saya di luar. Rupa-rupanya ayah saya baru mendapat panggilan telefon daripada abang ipar saya, Abang Hashim, yang memberitahu bahawa Kaklong baru saja dibawa ke dewan bersalin.

Sebenarnya, Kaklong sudahpun simasukkan ke wad sejak sehari sebelum itu. Kaklong sudahpun melepasi due date nya dan sehari sebelum itu, Kaklong mengatakan bahawa bayinya kurang gerak (reduced fetal movement). Jadi, ditahan di wad dan di induce pada keesokan harinya. Pada petang hari tersebut ketika hendak di induce, rupa-rupanya jalan Kaklong telahpun buka 2 cm. Kaklong hanya perlu di induce dengan belon saja. Ketika dibawa turun pada sebelah malamnya ke dewan bersalin, ketika itu jalan sudahpun buka 5 cm.

Ayah dan emak menawarkan untuk menghantar saya ke hospital kerana hendak terus menunggu Kaklong di luar dewan bersalin. Kaklong ada menyatakan hajatnya supaya saya yang menyambut bayinya ini. Kebetulan saya bertugas syif malam di ICU pada malam itu. Setelah memastikan tiada apa yang tertunggak di ICU dan HDW, saya turun semula menemui Kaklong di dewan bersalin. Saya memberitahunya, saya tidak sibuk dan boleh menyambut anaknya lahir.

Menurut Kaklong, dia tiba di dewan bersalin pada jam 10.40 malam. Saya membuat perhitungan, untuk anak sulung dengan jalan yang baru 5 cm terbuka, Kaklong masih ada 5 ke 7 jam lagi untuk bersalin. Abang Hashim dan saya berada di sisi Kaklong setiap masa. Kebetulan, doktor-doktor yang bertugas di dewan bersalin pada malam itu semuanya kenalan saya juga. Staff nurse yang bertugas di bilik Kaklong juga adalah antara yang paling senior di situ.

Ketika contarction Kaklong sudah kerap (3:10) keadaan jantung anak yang dilihat pada CTG (cardiotocography) adalah tidak berapa memuaskan. Disebabkan itu, saya tidak boleh memberikan ubat tahan sakit kepada Kaklong untuk mengelakkan anaknya mengalami kesan sampingan ubat tersebut. Maka, bertahanlah Kaklong dengan hanya menyedut gas Entonox dan sipujuk supaya banyak membaca syahadah dan berselawat. Saya kerap mengingatkan Kaklong supaya membaca doa Nabi Yunus ketika baginda terperangkap di dalam perut ikan nun.

Saya lihat, Kaklong tidak bersuara sedikit pun. Walaupun dia sedang mengalami sakit yang amat sangat, dia sedikitpun tidak mengerang. Tapi saya dapat melihat air matanya meleleh di pipi. Allahu Rabbi. Sayu hati saya. Tapi saya memang tidak boleh memberikan ubat tahan sakit itu kepadanya. Saya mengurut-ngurut belakang dan pinggang Kaklong untuk menyelesakan dia. Waktu itu, hendak saja saya luahkan padanya, saya sayangkan Kaklong. Tak tahan saya tengok air mata dia meleleh begitu. Kaklong memang tidak banyak kerenah. Dia menurut saja apa yang saya katakan padanya. Ada ketikanya dia perlu mengiring dan ada ketikanya dia perlu berbaring lurus untuk memastikan jantung anaknya tidak lemah. Dia tetap menurut saja dalam diam sungguhpun contraction nya pada ketika itu sudah terlalu kuat (4:10).

Walaupun due untuk vaginal examination (VE) yang seterusnya adalah pada pukul 2.40 pagi (selang 4 jam selepas review yang pertama), tapi selang beberapa waktu, saya akan membuat VE untuk memastikan bukaan jalannya. Sekitar pukul 2 pagi, jalan sudah buka 8 cm. Dalam hati saya berkata: Wah, cepat juga ni. Pada pukul 2.40 pagi, saya membuat VE dan review yang dijadualkan. Bukaan jalan antara 8 ke 9 cm. Saya memberitahu Kaklong akan hal itu dan menasihatkannya supaya jangan meneran lagi untuk mengelakkan koyakan pada bibir cervix (cervical tear).

Elok saja selepas saya membasuh tangan dan berjalan keluar sekejap daripada bilik itu, staff nurse yang menjaga di bilik tersebut melaung nama saya: Doktor Sarah, kakak kata dah rasa nak meneran ni!

Saya pun berkejar masuk semula ke bilik itu, memakai apron plastik dan menyarung sterile gloves. Kaklong diletakkan dalam posisi  hendak bersalin. Saya membuat VE sekali lagi. HOYEAH! Os dah fully! Saya memberitahu Kaklong, jalannya telah terbuka penuh. Jadi saya mengajarnya teknik meneran yang betul. Saya menyuruh Abang Hashim menampung kepala Kaklong dan setiap kali contraction datang, Kaklong perlu mengangkat kepalanya, memandang perut, manarik nafas dalam-dalam, jangan buka mulut dan meneran sekuat yang mampu.

Kali pertama Kaklong meneran, terus kelihatan kepala bayinya hampir keluar. Saya menenangkannya dulu. Epi (episiotomy – guntingan kecil di bahagian perineum) belum dibuat. Kalau tak dibuat epi, ada kemungkinan akan terkoyak besar pula nanti kerana gaya-ganya bayinya nampak besar. Kali kedua Kaklong meneran, saya membuat epi dan terus selepas itu, kepala bayinya telah keluar. Wah! Saya tidak menyangka secepat itu bayinya akan keluar! Semua yang ada di dalam bilik itu menyuruh Kaklong meneran untuk mengeluarkan badan bayi pula. Kaklong meneran untuk kali yang ketiga. Badan bayi keluar separuh, Kaklong mencuri nafas pendek dan meneran penghabisnnya untuk kali yang keempat.

Alhamdulillah, bayinya selamat dilahirkan pada jam 2.53 pagi 9 Julai 2011 dan tak sempat-sempat nak menangis biarpun ketika itu badannya baru separuh saja yang keluar. Huhu. 😉

Saya meletakkan bayi Kaklong di atas badannya. Disebabkan Kaklong tu kecil saja orangnya, bayi tu sedikit tergolek ke tepi. Saya membuat jangkaan, mesti beratnya lebih daripada 3.5 kg ni. Huhu. Sebaik saja bonding selesai antara ibu dan anak, placenta (uri) telah keluar dan saya sibuk menjahit luka epi itu, bayi Kaklong dibawa untuk dibersihkan. Staff nurse itu tadi melaung daripada bilik sebelah memberitahu saya: Doktor Sarah, berat anak saudara doktor ni 3.6 kg ye. Besar budaknya. Emaknya kecik je.

Waaaa~ Tersenyum lebar saya mendengar hal itu. Hehe. Sungguh tau. Perut Kaklong kecil saja. Pakar yang melihat Kaklong di wad pun membuat estimation sekitar 2.8 kg ke 3.0 kg saja. Tetapi yang keluarnya ialah 3.6 kg! Oh ya. Jantinya apa? Hehe. Alhamdulillah. Anak sulung kaklong ialah perempuan. 🙂

Sebaik selesai semuanya, saya ke bilik sebelah untuk melihat bayi. Subhanallah. Itu saja yang boleh saya ucapkan. Terlalu bulat dan gebu. Terlalu mulus dan comel. Saya mengucup pipi anak saudara saya itu dan kemudian saya menuju ke tempat menunggu untuk bertemu emak, ayah dan juga mertua Kaklong (rumah mertua Kaklong terletak di belakang hospital saja. Ngehehe). Seketika kemudian, bayi Kaklong dibawa keluar ke tempat azan dan Abang Hashim pun mengiqamatkannya. Syahdunya rasa di dini hari itu.

Anak dini hari BERSIH itu diberi nama Anis Tasnim Binti Muhammad Hashim. 😉

Kini selepas sebulan dua minggu, berat Anis sudah mencecah 5.1 kg! Masya Allah. Dengan exclusive brestfeeding daripada emaknya, Anis membesar dengan bulat dan sihat. Hobinya minum susu, tidur menonggeng dan buat mulut bulat-bulat. Hihihi.

Sekian dulu buat kali ini. Saya sedang berada di dewan bedah ni. Kebetulan tiada kes, saya capai handphone dan menekun mengemaskinikan berita gembira keluarga saya ini. Sekejap lagi waktu berbuka. Selamat berbuka puasa buat semua dan selamat berlumba-lumba beribadah di malam-malam terakhir Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya, insya Allah.

Nota 1: Insya Allah tahun ni saya akan bercuti raya agak lama. Alhamdulillah! 🙂

Nota 2: Nantikan entri seterusnya ya! 😉

22 Responses to “Cahaya Mata”

  1. mimmie says on :

    sabar menunggu entry kak sarah..
    tahniah kak timah n abg hashim atas kurniaan anis..
    menitis air mata sy baca..huhuhu….

    Reply

    maisarah Reply:

    Alhamdulillah,tahniah kat keluarga Kak Sarah.
    Baiklah,saya menanti entry baru dengan penuh sabar dan teruja!

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih 🙂

    Blog dah update lagi 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Mimi, nanti Kak Tikah bersalin, macam mana la pulak berjurainya air mata awak ye. Hehe

    Reply

  2. Ejalz says on :

    Salam Sarah. Tahniah utk kaklong, sarah & family dpt ahli keluarga baru. Bertuahnya kaklong dpt adik sendiri yang menyambut anak yg dilahirkan. Alhamdulillah… Menjadi insan terpilih utl melalui detik istimewa ni.
    Eeerrr… Bila pulak giliran adik kaklong tu? 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Giliran adik Kaklong is so soon! 😉

    Reply

  3. hazen says on :

    “bergelar hamba orang”…er, macam mana tu?

    Reply

    Sarah Reply:

    Well, dah jadi HO tu memang kena abdikan diri sepenuhnya pada kerja je la jawabnya biar tak larat macam mana sekali pun, sakit macam mana sekali pun dan macam2 lagi. Tapi kena ikhlaskan hati dan bersabar 🙂

    Reply

  4. gfarhah says on :

    salam^^
    t’tggu2 entri bru dr.sarah
    alhamdulillah.. tahniah dr.sarah dpt ank sedara dan utk keluarga dr.sarah jg..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam 🙂

    Terima kasih atas doanya 🙂
    Nanti doa untuk saya pula ye 😉

    Reply

  5. anumfarida says on :

    thniah kak sarah dpt fmly baru 🙂 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Anum 🙂

    Reply

  6. Rohani Hashim says on :

    As salam, Tahniah buat keluarga Pak shukor, cucu sulung tu. Bulatnya dia.
    Dr kita bila lagi ye. sekadar bergurau. Lama akak tunggu coretan Dr Sarah.
    Selamat menyambut aidil fitri. Maaf jika terdapat kekasaran bahasa.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak.

    Terima kasih banyak2 atas doanya. Selamat hari raya dari saya juga. Maafkan saya kalau ada terasa apa2 dengan saya ye 🙂

    Reply

  7. jiejah says on :

    Alhamdulillah . Tahniah . montel n comel anis tasnim. 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Semakin hari semakin boolat Kak Jiejah oi! Hihi. Macam mama dia kecik2 dulu. 😀

    Reply

  8. ieda says on :

    salam..
    selamat berpuasa & selamat menyambut syawal…
    tak sabar nak tunggu baby Sarah plk.. 🙂

    tahniah buat kak long Sarah..

    salam aidil fitri..maaf zahir & batin.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Ieda.

    Terima kasih on behalf of my sis. Tak sabar tunggu baby saya? Insya Allah soon 😉

    Selamat hari raya buat Kak Ieda dan family.

    Reply

  9. fakhruddin says on :

    tahniah…
    kagum dgn KS n kak KS..

    ms KS ajar teran tu..sy pn terikut plak teran..
    haha…feel sampai…

    allah maha besar…
    selamat hari raya maaf zahir dan batin..
    =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Kamu pun ikut teran sekali ye. Hehehe. Nanti boleh apply kat isteri ye. :mrgreen:

    Selamat hari raya, maaf zahir batin ye Fakhruddin. Jemput la ke Temerloh nanti ye. 😉

    Reply

  10. Nadiah Sidek says on :

    salam kenal sarah 🙂

    akak ikuti blog sarah sejak entry 13 tahun mencari cinta. baru kali ni nak tinggalkan jejak 🙂

    tahniah buat kak long sarah dan selamat hari raya buat sarah seisi keluarga..

    Reply

  11. Ksu says on :

    Salam Sarah ,

    Tahniah dpt anak saudara. Bulatnya dia, geram nk cubit pipi! Ksu pun bakal dpt sorg lg anak saudara dlm masa terdekt.

    Oh ya.. selamat hari raya yer..

    Reply

Leave a Reply