Walimah Kaklong Dan Abang Hashim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, pada 28 Mei yang lalu, Kaklong telah selamat diijabkabulkan dengan Abang Hashim, lelaki yang berjaya menawan hati Kaklong, emak dan juga ayah. Mereka tidak punya kisah cinta seperti orang lain. Tiada semua tu. Secara tiba-tiba saja, eh eh, keluarga dah pun rancang majlisnya. Hehe. Abang Hashim ni pun orang Temerloh juga. Mereka berdua sama-sama bersekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 3 di sekolah yang sama. Sudah jodoh, mereka bertemu semula ketika raya tahun lepas.

Mungkin kerana Kaklong merupakan cucu sulung untuk keluarga sebelah Pahang, jadi majlisnya juga sangat meriah. Keluarga sebelah Penang ada yang datang awal-awal lagi. Pada malam akad nikah itu, agak kelakar juga sewaktu ayah hendak mengijabkan Abang Hashim dengan Kaklong. Ayah pula yang tersasul lebih-lebih. Tapi Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Kaklong dan Abang Hashim sah menjadi suami isteri. Saya terharu sangat bila melihat emak memeluk Kaklong. Mengalir air mata emak. Saya pun tumpang tersentuh sama.

Malam itu, kendurinya kami semua menjamu kari kambing dan beberapa lauk kampung orang Temerloh yang lain. Sebenarnya kami jangka untuk majlis akad nikah, kendurinya sederhana saja. Tapi tak sangka pula ramai sungguh yang datang pada malam itu. Untuk majlis Kaklong ini, saya dapat cuti selama empat hari. Sudahlah baru bertukar ke jabatan baru, minta pula cuti lama-lama. Pada mulanya saya sangat risau cuti saya tidak diluluskan. Tapi atas alasan kakak hendak berkahwin, cuti saya diluluskan. Tapi sebelum bercuti, saya oncall sebanyak lima kali secara selang sehari. Separuh mati rasanya. Tapi demi Kaklong, semuanya saya sanggup.

Pada 29 Mei pula, majlis kendurinya berlangsung dengan sangat meriah. Saya pun tak sangka majlis akan jadi semeriah itu. Emak dan ayah menerima kunjungan lebih daripada 2000 tetamu termasuk dua buah bas ekspress yang disewa oleh keluarga dan kawan-kawan ayah dari Penang yang datang secara rombongan. Kebetulan kawan-kawan ayah Alumni SMS Pulau Pinang (sekarang SMS Tun Syed Sheikh Shahabuddin) sedang bereunion di Genting Highland. Mereka semua turun ke kenduri itu.

Yang saya boleh katakan, saya memang tak menang tangan untuk hari itu. Sampaikan, disebabkan terlalu ramai tetamu pada satu-satu masa itu, mereka terpaksa menunggu di khemah bubur kacang atau berdekatan dengan khemah air sebelum ke khemah makan. Termasuklah kawan-kawan saya yang datang dari KL ni. Yasir Tamizi, Azwan Ngali dan Alin. Mereka saya bawa masuk ke rumah terlebih dahulu. Kasihan mereka kena menunggu. Sudahnya saya menjamu mereka makan di dalam rumah saja. Makan tepi pelamin pengantin. Hehe. Istimewa tu. Apapun, terima kasih sangat sebab sudi juga memenuhi jemputan kenduri pertama keluarga kami ni. Lain kali datang lagi ya.

Kenduri Kaklong juga telah menjadi rekod kenduri di kampung kami. Lapan kawah nasi beriyani semuanya. Menunya nasi beriyani dengan ayam rempah. Tapi Tok saya ada juga menyediakan nasi putih untuk dijamu dengan lauk ikan patin masak tempoyak. Oh ya. Untuk kawan-kawan yang datang dari jauh tu, ada juga yang bedal makan nasi beriyani dengan ikan patin. Huhu~

Apapun, kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat kaum keluarga, ahli qariah yang banyak membantu dan kawan-kawan yang telah datang memeriahkan majlis pertama emak dan ayah ini. Semoga Kaklong dan Abang Hashim disatukan Allah dalam rahmah sampai ke syurga. Disember ini kenduri kedua pula akan menyusul. Insya Allah, segala kekurangan yang ada pada kenduri pertama ini akan kami baiki.

Keesokannya, 30 Mei, kami berarak ke rumah Abang Hashim pula. Tak pasal-pasal saya terpaksa menjadi pengapit Kaklong untuk hari itu. Rumah Abang Hashim berdekatan saja dengan hospital tempat saya bekerja. Ada beberapa tetamu di kenduri itu berkata, mereka seakan mengenali saya. Dalam hati saya berkata, ‘ini mesti jumpa di hospital ni’. Yang paling sadis, saya terdengar perbualan ini:

A: Yang jadi pengapit pengantin perempuan tu macam kenal je kan.

B: Owh… Tu kakak pengantin perempuan tu. Dia doktor. Kesian kan. Tak kawin lagi dia.

Saya yang terdengar ni macam: ‘Aik, kau apasal nak kesian pulak. Saya bukannya kakak pengantin. Apa salahnya pun kalau jadi doktor dan tak kawin lagi.’ Tapi makan hati jugalah bila terdengar orang sebut macam tu. Balik rumah tu, asyik termenung panjang saja.

Dan pada 29 Mei juga, saya bertemu sejarah saya yang sudah lama hilang. Terima kasih Ya Allah kerana mengembalikannya kepada saya.

Nota 1: Official Photographer untuk majlis ini ialah Kerul Shukor. Gambar memang cantik. 🙂

Nota 2: Kenduri dibuat secara rewang. Memang penat. Hari Isnin tu bila saya pergi kerja, terus oncall. Kawan-kawan tanya, tak penat ke? Ish… Jawapannya dah tentulah maha penat. :|

Nota 3: Seminggu selepas kenduri Kaklong, menyusul pula kenduri sepupu terapat saya, Nisa dan Nabil. Tunggu entri seterusnya. 🙂

20 Responses to “Walimah Kaklong Dan Abang Hashim”

  1. Saffa says on :

    Kalau orang kawin kita cakap apa eyk? Tahniah eyk? =.=”

    2000 orang. Ramai sungguh!

    P/s: Saffa tak faham sungguh dengan orang yang suka ‘mengata’ tak bertempat.

    Reply

  2. Nurlulu says on :

    Salam Sarah!

    Tahniat buat kak long awak n husbandnya. Semoga menjadi perkahwinan yang penuh dengan mawaddah, rahmah & sakinah.

    Awak bila lagi Sarah? Hehe. Dah jadi pengapit tu, alamatnya dah tak lama lagi la tu. AMEEEN 🙂

    Lantaklah apa orang nak kata, Sarah. Asalkan kita kenal diri kita dan keluarga tahu siapa kita.

    Mereka hanya tahu berkata-kata. Mulut tempayan leh ditutup, mulut manusia?

    Tapi, kalau saya jadi awak Sarah, ada chance, time tu juga saya sound je depan2. Haha.

    k Sarah. Senyum sokmo (^__^)

    Reply

  3. ieda says on :

    salam sarah…kakak kamu sgt cantik..salam tahniah drp saya..

    Reply

  4. riena yatim says on :

    tahniah buat kak long Sarah dan Sarah sekeluarga… 🙂

    Reply

  5. ejalz says on :

    salam Sarah…
    tahniah untuk your kaklong dan tahniah to you menerima ahli keluarga baru..
    memang nampak meriah sekali kenduri kaklong… besar-besaran untuk anak sulung kan…. and memang kenduri yang diuruskan secara rewang akan memenatkan yang teramat sangat… 😉
    anak perempuan seterusnya bila pulak? hehehe… 😛

    Reply

  6. yonna says on :

    OP pilihan utk wedding kakak akak mmg terbaik! 🙂

    jahatnya mulut orang yg cakap mcm tu kat akak 🙁 soal jodoh, bukan kita yg tentukan.kalau kuasa kat tgn kita, yonna percaya semua org dah kahwin sekarang ni. haihhh.

    Reply

  7. nhhas says on :

    Salam,
    Kenduri Disember? hihihi…

    Reply

  8. Kak Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Moga baik-baik saja…tahniah utk awak sekeluarga…
    Kak Long Sarah manis sekali terserlah benar serinya 🙂
    Jaga diri Cik Doktor…

    Reply

  9. kaklong says on :

    “Dan pada 29 Mei juga, saya bertemu sejarah saya yang sudah lama hilang. Terima kasih Ya Allah kerana mengembalikannya kepada saya.”

    HAHAHAHA APAKAH NGANGAH????????

    p/s : Syukran jazilan utk semua2 dia atas. =)

    Reply

  10. Kerul Shukor says on :

    owhoo..patut r berduyun link dri sarahshukor.com masuk dlm blog koi..hehe, btw thanks ya, scara x lansung terpromote my blog..

    owh ya, insyaAllah, xlama lagi turn Sarah plak kenduri..amin

    Reply

  11. k.tikah says on :

    tahniah Sarah.. br kerul, saya rasa anda termiss satu shot yang terhebat dalam sejarah pd hari tersebut…hehe..

    Timoh: “an evening di rumah atas bukit… ”

    😆

    Reply

  12. hawa says on :

    Sarah, nak beli kain cotton tak? hehe

    Reply

  13. sarahfazalul says on :

    kenduri bulan disember? siapa-siapa? (^^,)

    Reply

  14. wai says on :

    salam ziarah..akk dh lepas yg adik bile lg..:P

    Reply

  15. Fizz says on :

    Salam Sarah,

    Ucapan ini mungkn terlewat, tapi nak ucapkan tahniah bt Kaklong Sarah atas perkahwinan dan semoga ikatan yg terbina berkekalan sampai akhir hayat.

    baca entri ini sahaja saya dapat rasakan kemeriahannya..lagi-lagi part masak tempoyak tu, mmg jarang2 sngt org hidangkan patin masak tempoyk masa kenduri kawin, sy rncg nnt ecech nk bt msk tempoyak jugak bila majls kahwin sendiri..haha * tapi xtau bila…huhu..

    cite pasal kahwin ni Sarah…mmg kena makan hati jela kalau org bercakap, mereka tidak memahami apa yg kita rasa, saya sampai xtahu nk jwp apa dah kalau orang tanya bab ni.. 🙁

    apa-apa pun..smg jadi Dr yg berjaya… 😉

    Reply

  16. Dunia Sarah » Blog Archive » Namanya Uzair says on :

    […] semua. Yang paling saya ingat, kisah saya terserempak dengan Anak Muda Yang Gigih sehari sebelum Kaklong mendirikan rumah tangga. Wah! Lamanya dah cerita ni! Bulan Mei dulu kot. Tapi baru sekarang nak ungkit semula. Huhu […]

  17. Dunia Sarah » Blog Archive » Amal Dan Niat says on :

    […] tentang keluarga. Alhamdulillah, dalam tahun ini emak dan ayah telah menerima dua orang menantu. Kaklong telahpun mendirikan rumah tangga dengan Abang Hashim di penghujung Mei lalu dan Nan pula baru saja mendirikan rumah tangga dengan Farah di pertengahan […]

  18. Muhammad Aiman says on :

    Still reading…………

    tp kalo tak silap saya,KS ada jmpa kwan lma tyme knduri kaklong nie.
    tp knape xcite pn kt sni…

    Reply

  19. delhi packers movers says on :

    What’s up, after reading this awesome piece of writing i am as well delighted
    to share my know-how here with colleagues.

    Reply

  20. packers and movers in delhi ncr hyderabad says on :

    There is certainly a great deal to learn about
    this issue. I really like all of the points you’ve made.

    Reply

Leave a Reply