Mesej Berantai 25 Muka
Assalamualaikum wbt
Sedang menunggu kes baru tiba di Kecemasan untuk di‘clerk’, saya dan dua orang kawan pergi ke kafe untuk mengisi perut. Jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam. Saya sangat lapar.
Sedang duduk-duduk menikmati air necafe ais yang dipesan, saya menerima satu SMS.
Selamat Hari Lahir, Sarah!
Sejurus kemudian saya menerima SMS lagi. Ucapannya sama. Tidak lama kemudian, saya menerima lagi SMS yang sama. Tiga. Empat. Lima. Enam… Sehingga yang kedua puluh lima! Semuanya daripada pengirim yang sama. Saya tersenyum-senyum seorang diri. Kemudian saya membalas:
Banyaknya. Terima kasih!
Balasnya:
Kalau 25 tu banyak, maksudnya dah banyaklah umur awak sekarang.
Saya tersenyum saja membaca balasannya itu.
Terima kasih emak dan ayah atas pengorbanan yang tak putus-putus sehingga kini. Kalau tiada emak dan ayah, siapalah saya pada hari ini.
Semoga perjalanan hidup saya di tahun ke dua puluh lima ini dirahmati oleh Allah dan dipermudahkannya dalam setiap urusan. Ada banyak yang ingin saya capai pada tahun ini dan saya bermohon moga Allah memberikan saya jalan yang terbaik untuk mendapat yang terbaik, insya Allah.
Nota: Dah masuk umur 25 nilah baru nak wujud macam-macam hal. Aduhai. ![]()

Selamat hari lahir KS..
Moga panjang umur,murah rezeki dan bertambah iman dan ketaqwaan..
Moga menjadi lebih cemerlang setiap hari..
assalammualaikum
selamat hari lahir juga saudari sarah, semoga dengan pertambahan usia ini mematangkan lagi diri saudari untuk menempuh cabaran dunia kerjaya yang penuh onak berduri itu.walaupun saya sekadar mampu membaca segala apa yang dialami saudari namun jauh disudut hati saya mengagumi diri saudari yang sentiasa positif dengan segala apa yang dihadapi
semoga menjadi pengamal perubatan yang diredhai Allah dan diberi kekuatan untuk berbakti kepada masayarakat dengan sesungguhnya.
Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa baik saudari membantu insan lain ini.
Amiin.
Salam,
Selamat hari lahir sarah. π
selamat hari lahir cik sarah.. π
hadiah? xde.. huhu..
HAPPY 25TH BIRTHDAY SARAH!
MAY ALLAH BLESSING ALWAYS BE WITH U:)
2010 WILL BE GREAT(^___^)
otanjoubi omedeto kak sarah..
and thank you for sharing some parts of ur life here^_^
Selamat hari lahir Dr sarah π
kakak, hepi besday yang ke 25. kita sama2 meningkat usia kak
moga dirahmati kak(thia nk doa dahsyat2 utk akak la kali ni. hehe)
Salam Dr Sarah…
Kak Dela? Selamat Hari Lahir Dr Sarah… All the best..!
Sanah Helwa Ya Jameelahh… π
π
π
Selamat Hari Jadi Sarah .. semoga diberkati umur & rezeki & happy selalu
Selamat hari lahir Dr Sarah
moga 25thn memberi pengertian yg lebih mendalam
berjaya dalah hidup , kerjaya & peribadi π
happy birthday KS!
π
Salam,
Selamat Hari Lahir yg ke-25 Sarah….
Semoga segala urusan dpermudahkan, ketemu jodoh yang baik-baik,
rezeki melimpah ruah dgn barakahnya dan umur dirahmati olehNYA….
Amin….
sanah helwa kak sarah! semoga lebih gembira+ berjaya di hari2 mendatang
Selamat Hari Lahir yang Ke-
Sarah!
p/s:mmmm, boleh ke tumbuh janggut? π
salam ziarah π
moga sisa2 usia dapat dimanfaatkan hanya untuk jalan Allah…
hapi besday sarah…
semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat ditemukan jodoh…
Salam doc..
Hepi bday u n me..sama plak bday kt..
Smga sntiasa dlm bimbingan ilahi..
Sarah Selamat Hari LAhir ke-25. Moga dikurniakan keberkahan dan kebaikan dalam hidup. Dan semoga dipertemukan jodoh yang baik..Aminn π
Salam Sarah… Azah ingat hari ni birthday Sarah. Ingat nak wish kat sms. Tapi takde no. Anyway, Happy Birthday Sarah! Semoga panjang umur & murah rezeki sentiasa! Take care…
salam..hepi besday dr.sarah..semoga lebih tenang dan tabah di “post” baRu..selepas medical..rasa janggal bila diorg mtk ( nk dr.sarah..HO ORTHO π )
sanah helwah…
mcm seronok je dpt 25 berderet…
May Allah bless u ks…
Salam, KS!
Just wanna wish it again, happy birthday KS π
Sarah..lengkap 25 mesej tau..
so, selamat hari lahir ke 25.
π
salam…
Selamat hari lahir Dr. Sarah dari the Fisol family…tp sayang kami x ingat, kalau tak boleh bagi Panda dari Beijing..hehe
akan makin sayu kalau dapat mesej 25 berderet mcm tu…
dah byk umur kita ni rupanya…:(
π waa, cute la hantar msg banyak kali sebanyak umur.. idea siapa la tu ye? comel betul mak ayah ks buat camtu.. hehe
all the best in the future~
sarah,
selamat ulang tahun ke-25..
semoga bertmbah iman,ilmu,dan amal ya!!!
dan dipertemukan jodoh yang baik..
dari kak k.a dan si kecil nushi..
Salam….
Selamat Ulang tahun ke-25 (awak dah semakin dewasa), hehehehe….sekalipun bertubuh kecil kan???, hehehehe….
Sy doakan hanya yang tebaik untuk awak di dunia lebih2 lagi di akhirat kelak…
*Jaga diri dan kesihatan π
salam
selamat hari lahir ke 25
lama tak menjengah kesini