Mati Jiwa

Assalamualaikum wbt

Entah macam mana, kecelaruan otak melanda malam ini. Maka saya duduk membaca di bawah meja sekali lagi. Sampai satu tahap, otak sudah terlalu tepu. Saya capai keluar buku sajak saya.

Ah, sudah! Otak pula mengeras. Saya menyedari hal ini sejak sebulan lebih yang lalu. Beberapa buah sajak yang saya tulis dalam tempoh ini semuanya tidak berjiwa. Sajak yang berjiwa itu bagi saya ialah sajak yang boleh membuatkan saya sendiri rasa terkesan. Kadang-kadang boleh menangis dan boleh juga tersenyum seorang. Macam orang sedang perasan tu.

Nampaknya, akan terkuburlah satu hajat saya kali ini. Tak mengapalah. Mungkin memang tiada rezeki untuk kali ini. Saya tidak akan menyuarakan sesuatu yang bukan datang dari jiwa. Terasa palsu. Dan berlakon. Dan menipu. Jadi, baik tidak diluahkan apa-apa. Nanti jadi cacat sungguh bunyinya.

Nota 1: Kaklong saya menyukai blog ini. Poskadkeheaven. Unik kan.  Dia menyarankan saya membacanya. Katanya, tulisannya pendek. Maksud pun jelas. Bagi saya, penulisnya buat kita rasa hendak bercinta. Tapi bahaya juga. Bukan semuanya sudah bersedia. Ajaibnya, penulisnya seorang lelaki. Saya tabiklah pada encik itu. Bahasanya sungguh penuh dengan gula dan madu dan halwa dan manisan dan hati dan jiwa dan cinta. 🙂

Nota 2: Jumaat dah ni. Selawat, selawat.

19 Responses to “Mati Jiwa”

  1. hakimah says on :

    sy terbaca mati jiwa tu sbgai “mat jiwa”

    ingatkn apela mat jiwa tu..baca2 xde kaitan pon..rupa2nya xnmpak “i”

    mata udah rabun nek…

    sarah yg jiwang…hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Oit oit. Saya mana jiwang la makcik. Eh silap. Nenek. 😆

    Reply

  2. truemax says on :

    oo.. belajar bawah meja rupanya! Ni mungkin sama dengan teory pyramid kot 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Teori piramid tu macam mana ye Truemax?

    Reply

    truemax Reply:

    Don’t quote me, tapi kat internet banyak info.. some of it cam ni.

    With this power, model pyramids are said to preserve foods,[1] sharpen or maintain the sharpness of razor blades,[2] improve health (some people “were so energized that they could not cope with the dynamo effects they experienced”[3]), function “as a thought-form incubator,”[4] trigger sexual urges,[5] and cause other dramatic effects.
    (from http://en.wikipedia.org/wiki/Pyramid_power)

    Kalau bawah meja mungkin lain sikit 🙂

    Well, saya tak percaya.. kat mythbuster hari tu pun depa ade try tapi tak jadi pon. ❗

    Anyway.. anything that suit you Dr Angah (headspin) ha ha ha

    Reply

  3. nurNabil says on :

    😀 heheh
    blaja bawah meja

    Reply

    Sarah Reply:

    Teknik melarikan diri dari dunia 😆

    Reply

  4. chi am says on :

    waa lain macam cara blajar kamu ni sarah.. bagus ka?

    Reply

    Sarah Reply:

    Kalau terpaksa, kenala buat macam ni, Am. Kalau tak, tak boleh fokus.

    Reply

  5. kaklong says on :

    huhuhu awak dah mempromote poskadkeheaven…. owh heaven sunggo tulisan die…. rase nak bercinta sampai mati….huhuhu

    Reply

    Sarah Reply:

    Silalah Long. Mood awak memang tengah mood bercinta pun. Kahkahkah 😆

    Reply

  6. dila says on :

    Salam Kak Sarah~

    Akak dah nak ‘grand’ final exam eh? Heh sesuka hati je bagi nama exam…kat sini pun senior final year kami tengah pulun untuk professional exam..Apa pun, selamat maju jaya!

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Dila. Kat sini panggil State Exam. Awal Jun nanti.

    Reply

  7. MakNdak says on :

    Ngah, Kak Long secara X langsung yg mempromosi kan poskadkeheaven tuh sebenarnye… MakNdak baca kat FB terus MakNdak cari… mmg sajak yg indah dan persis..

    Reply

    Sarah Reply:

    Ooo. Mak Andak pun tau dari Kaklong la rupanya ye. Mula2 Ngah tak faham apa yang Mak Andak komen ni. Tapi lepas baca semalam, Ngah terus bukak FB Kaklong. Rupanya Kaklong dah promote kat FB dia. And from there I started to realize I’ve missed so many progressions of our family in FB. :mrgreen:

    Reply

  8. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah,
    nak out of topic sket hehehe

    i’ve received ur burfday wish. shooo sweeetttt…
    i was suprised u still remember me :D..

    btw, expecting baby boy now in +-2mths. and sarah can run by herself already..
    how fast time passed by..

    i hoping ur will grad with flying colorsssssssssssssssssssssssssssssss 😀 lotsa color~!!!!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Mimie.

    What!! Expecting the 2nd child?!! Waaaa. Alhamdulillah. Congrats to both of u! Insya Allah, balik kali ni, saya memang nak jumpa si Sarah. Asyik tengok gambar je selama ni. Hehe. Take care ye, Mimie 😉

    Reply

  9. Dunia Sarah » Blog Archive » Sambutan Hari Wanita 2009 says on :

    […] telah bemula seminggu lebih sebelum itu lagi. Pada mulanya, saya memang berniat untuk menyertainya tapi saya rasa idea saya semakin kaku dan tiada jiwa. Jadi, saya batalkan niat saya. Sebenarnya saya ada menulis sebuah sajak pada minggu lalu. Tapi […]

  10. Yeop says on :

    Salam KS,

    Jiwa mati….ilham buntu….agaknya kekadang kita terlalu memikirkan apa yang hendak ditulis, apa yang hendak diluahkan oleh hati….menunggu ilham yang tak kunjung tiba…satu ekspresi jiwa yang baik…berkerut dahi memikirkan karya KS.

    Dasvidanya.. Da zhaftra..

    Reply

Leave a Reply