Sambutan Hari Wanita 2009
Assalamualaikum wbt
Semalam, kami di sini meraikan Hari Wanita di Kedutaan Besar Malaysia. Khas untuk perempuan saja bersama staf wanita pihak kedutaan. Memang meriah. Di awal pagi lagi, aktiviti Women Amazing Race (WAR) sudahpun bermula. Housemates saya yang lain semuanya menyertai WAR. Hanya saya dan Emy yang tidak menyertai WAR.
Pertandingan sajak telah bemula seminggu lebih sebelum itu lagi. Pada mulanya, saya memang berniat untuk menyertainya tapi saya rasa idea saya semakin kaku dan tiada jiwa. Jadi, saya batalkan niat saya. Sebenarnya saya ada menulis sebuah sajak pada minggu lalu. Tapi selepas mendapatkan pendapat Wanie, katanya, terlalu mendalam maksud saya dalam sajak tu. Saya terus batalkan niat untuk menghantar penyertaan. Keesokannya, dalam perjalanan ke hospital, ketika di dalam metro, idea saya datang dan saya menconteng terus idea itu di atas kertas. Tarikh tutupnya ialah pada hari Jumaat malam Sabtu. 15 minit sebelum tamat tempoh penyertaan, baru saya menghantar karya saya. Huhu. Terkocoh-kacah waktu tu. Tajuk kali ini ialah Bila Tuhan Katakan Jadi.
Satu lagi, pada malam yang sama, saya dan Emy beserta lapan orang lagi junior tahun empat yang lain (Ili, Balqis, Izzni, Syikin, Hatim, Tiqah, Wani dan Mekti) telah sepakat untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid. Penyertaan kami dihantar betul-betul sebelum tamat tempoh.
Dan pada hari semalam, hendak dipendekkan cerita, maka kami semuapun bertandinglah. Dua buah nasyid yang kami pertaruhkan. Hikmah (Subhanallah) OST Hikmah dan Pesona Zulaikha (Suhaimi). Dengan busana jubah hitam, tudung lilit-lilit dandan-dandan macam Kumpulan Al-Jawahir hasil kreativiti Diba tu lagi, kami rasa macam Mak Datin saja. Huhu.
Jujur saya katakan, persedian kami amat lambat dan tidak sehebat kumpulan lain agaknya. Sudahlah di saat akhir baru menubuhkan pasukan, masing-masing pun kurang pengalaman bernasyid semua ni. Oh ya. Jangan tanya saya mana videonya. Saya tidak akan kongsikan. 😉
Semasa acara nasyid berlangsung, ia telah diselang-selikan dengan deklamasi sajak oleh empat peserta yang mendapat empat tempat tertinggi. Tapi waktu itu, tiada siapapun yang tahu siapa pemenangnya mengikut urutan. Saya turut terpilih untuk mendeklamasikan sajak yang terkocoh-kacah saya hantar tu. Selain itu, turut dipertandingkan ialah Busana Muslimah. Ini lagi meriah. Kami siap boleh mengundi ala-ala reality show untuk menentukan pemenang.
Ok ok. Saya pendekkan terus. Keputusan diumumkan. Untuk WAR, pasukan pelajar tahun enam telah menang (Syima, Rodo, Lisa, Krin, Krun). Yeah! Hidup 6th year! Pasukan housemates saya pun tak kurang hebatnya. Mereka mendapat tempat ketiga! Hoyeah! Untuk pertandingan sajak, ok, mari gelak-gelak dulu, hahaha. Saya telah mendapat tempat pertama! Alhamdulillah. Hidup 6th year lagi! Hahaha. Untuk Busana Muslimah, bagi kategori kasual, Baiz telah memenanginya. Ini buddy saya ni. Sekali lagi, hidup 6th year!
Dan keputusan yang paling ditunggu-tunggu ialah untuk pertandingan nasyid. Selepas semua hadiah saguhati diberikan, kami semua sudah tercengang-cengang. Maksudnya, kami mungkin mendapat tempat ketiga. Tengok-tengok, tempat ketiga bukan milik kami. Maksudnya, mungkin antara naib johan atau johan. Tetapi sebaik keputusan naib johan diumumkan dan ia bukan milik kami, habis gamat dewan kedutaan kerana kumpulan nasyid saya dan kawan-kawan yang datang telah mula bersorak kerana tanpa disangka kami akhirnya menjadi johan pertandingan nasyid ini! Serius tak percaya. Kami masuk di saat akhir dan nasyid yang kami bawakan tidak sepopular yang kumpulan lain bawakan. Apa-apapun, Alhamdulillah kami semua ucapkan.
Untuk semua ahli kumpulan Soutul Alam, kamu semua memang best! KS akan ingat kenangan dengan kamu semua ni. Tak sangka betul gabungan kali ni menjadi. Dan untuk junior-junior yang lain, kalau nak rasa jadi hebat, cepat-cepat jadi 6th year. Mesti semua dah mantap bab-bab berlari panjat tangga escalator yang tinggi nak mati tu laju-laju, redah shopping complex untuk cari check point dan macam-macam lagi. Hehe. Ini kata-kata semangat ni. Teruskan sampai tahun akhir di sini ya. Jangan separuh jalan je. Huhu. 😆
Nota 1: Salam Maulidul Rasul. Insya Allah nanti saya update kan aktiviti Maulidul Rasul kami pula.
Nota 2: Ili, Syikin, Wanie, Mekti, Izzni, Balqis, Hatim, Tiqah dan Emy, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA sebab kamu semua memang sangat best! Siap ajar KS rap lagi! 😎
Nota 3: Terima kasih kepada pelajar-pelajar lelaki yang telah bermurah hati memasak untuk kami semua pada hari semalam. Serius lauk ayam tu sedap.
Nota 4: Tahun depan dah tiada Hari Wanita 8 Mac yang meriah macam di sini lagi. Huhu.
wahh..tahniah! Hehe..menjadi semuanya ye. 😉 Itula dia dikatakan ..bila Tuhan katakan jadi..alhamdulillah. Salam maulidur rasul juge utk Sarah. 😀
Reply
Sarah Reply:
March 10th, 2009 at 7:18 am
Terima kasih Akak 🙂 Tu la kan. Bila Tuhan katakan jadi, maka jadilah.
Reply
Speechless ❗
Reply
Sarah Reply:
March 10th, 2009 at 7:18 am
Ngeh ngeh ngeh *Truemax, see, how small I am* (banana_rock)
Reply
teruja teruja teruja 😛 😛
dengan Sarah laa
last minut prep pun menjadi, maka saya nk bagi awak ucapan TAHNIAH SETINGGI2 DIRI SAYA 😎
Reply
Sarah Reply:
March 10th, 2009 at 7:20 am
Terima kasih Falin. Last minute pun ada rezekinya. Hehe. Erk erk erk. Setinggi diri awak? Tinggi manakah awak? (lmao) 😆
Reply
snm Reply:
March 11th, 2009 at 9:56 am
hhehehe 😛
erm..152cm :p
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 10:15 am
Falinku! Saya tinggi sikit dari awak rupanya! (banana_rock) 😆
Oh dunia. Saya gembira~
Reply
snm Reply:
March 11th, 2009 at 10:19 am
silap tulis..153cm 😆 kurang jugak eh dr sarah? klu cmtu, tmbh lg 1 cm 😛 😛 tp confirm 153cm, bulan 8 saya ukur tinggi di JPJ test (ujian pegawai JPJ).
Reply
sarah. comelnya awakk…. huhu
eh eh. saya straight ok! saja happy dan suka menengok kawan baikk yang kelihatan sangat comel! 😛
Reply
Sarah Reply:
March 10th, 2009 at 7:20 am
Nadia! Thanks! Ye. Kita memang straight! Huahuahua. Tangan awak tak kasar ke lepas mengangkat pagar pagi tadi. Hehehe.
Reply
wah, lama x jenguk sini..
tahniah angah! alhamdulillah. tapi, mana sajaknye.. ke ade post kat posting terdahulu.. serious akak byk missed ni.. Bila Tuhan Katakan Jadi.. nak bace nak bace! hehe.. congrats again!
Reply
Sarah Reply:
March 10th, 2009 at 7:21 am
Ma, sajaknya saya takde letak lagi. Nanti saya kongsikan ye 🙂 Thanks Ma!
Reply
Salam Sarah, Darasvuthe, Kak Dela?? Salam Hari Wanita untuk semua yang bergelar Wanita. 😛 Kejayaan yang datang hasil dari usaha tanpa usaha ia sia-sia. Tahniah 6th years. Bila tuhan Katakan Jadi….Maka Jadilah. Semua dari kehendakNYA. Kejayaan Pasti Tiba. Bila tuhan katakan Jadi……………..Maka Jadilah.
Amin.
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:06 am
Terima kasih Yeop.
Reply
menariknya ada hari special untuk wanita. tahniah dapat menang pertandingan tu. Rezeki tuhan memang kita takkan tahu bila ia akan muncul kan.
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:07 am
Budaya sambutan ni dah lama dah di Rusia. Ini salah satu hari yang ditunggu-tunggu setiap tahun.
Reply
salam..
camne 6th. year boleh menang besar nie…..apa2 pun hidup 6th. year..hehe..dah capai 6th. year tu pun dah hebat dah tu…kami paling lama 3rd year je, final year dah tu..
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:07 am
Kalau saya buat engineering, dah double degree la kot 😆
Reply
wawawawawawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bestnya dengar dengar sarah deklamasi sajak..rasaa macam nak pi rusia je,hahaha.:) patutlah menang, sebab awk pakai jubah besar kot sarah,hihi..*takde kaitan..tahniah ye..
Sy teringin nak tengok gak nasyid kumpulan awk tu..:) blehla..blehlaa sarah..awk baikkan,hihi..*ngengada..apapun selamat hari wanita sarah dan kawan2..awk semua adalah wanita yang berkualiti yang diharapkan untuk menyumbang kepada masyarakat kelak..semoga terus berjaya dalam hidup pada masa hadapan 🙂 chaiyok2 sarah sahabatku!!
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:09 am
Huhu. Memang jubah tu besar dari saya. Tapi dah takde pilihan. Bedal jelah pakai. Tapi ok gak. Takdelah nampak kecik sangat saya ni. Huahuahua. Ops. Yang nasyid tu saya takkan kongsikan. Suara perempuan menyanyikan adalah aurat. 🙂 Apa-apapun, terima kasih ye Acai.
p/s: Saya nak alamat awak ASAP. Puas tunggu ni.
Reply
ala comel sungguh tersorok belakang podium. Ni mesti ada adegan jengket2 sekejap sebelum stat kan? hehehe… apa-apapun tahniah2… 😉
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:10 am
Tak sempat jengket-jengket pun sebab terus sedar diri dan mencuba mencabut mic untuk bawa ke tepi. Haha. 😆 ba
Reply
suka suka suka tgk sarah bg sajak..tetiba teringat adegan kat KLCC..comel sungguh sarah masa tu..hohoho
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:11 am
Alamak! Yang di KLCC tu lagi la Kak Inah. Dah la saya yang paling muda waktu tu. Dengan beg sandang belakangnya. Fail penuh kat tangan lagi. Serius macam budak sekolah baru balik tuisyen je! 😆
Reply
Bermacam-macam hari memperingati wujud, contoh hari Wanita Sedunia. Kami kaum Adam tertunggu-tunggu tahun Lelaki Sedunia, bila ekk!! 😆
Anyway tahniah menang.
ps:Tahun Lelaki Sedunia.. ermmm macam tak macho je bunyi nya.
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:14 am
Pada pendapat saya, hari wanita ni takla diraikan di peringkat antarabangsa sangat pun. Tapi di Rusia, memang ini budaya mereka. Dah berkurun lama. Dan saya hargai hari ini selama mana di sini je la sebab saya tahu kat tempat lain takde sambutan khas untuk raikan hari wanita ni. Dan di sini ada juga hari lelaki. Dah lepas dah. 23 Februari. Dan jangan kata kat Malaysia takde hari untuk lelaki. Hari Pahlawan adalah hari untuk kaum lelaki sebenarnya. Mengingati jasa dan perjuangan kaum lelaki yang dah bertungkus lumus untuk mempertahan dan membangunkan negara.
Reply
haritz Reply:
March 11th, 2009 at 8:34 am
haha.. ader tahun lelaki yer emm. Ok lah kalau hari lelaki tak der Hari Perajurit pun buleh ler. 😉
Reply
kali kedua masuk sini. dah lama tak komen di blog KS. huhu.
itulah, bila pula nak ada Hari Lelaki Sedunia? Haha.
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:15 am
Bagi KS, (rujuk komen kat atas ni), sambutan hari wanita tu takde la apa sangat pun di peringkat antarabangsanya. Tapi di sini, itu memang budaya sejak berkurun dulu. Dan di sini ada juga sambutan hari lelaki. 23 Febuari. Fair and square.
Reply
er, tambahan, saya Hariz Hazwan atau H2 dulunya
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:16 am
No worries. I remember u. 🙂
Reply
salam.
mabruk.
bait-bait yang mendalam maksudnya.
walau saya bukan bdadari, jiwa terasa jua mendengarnya.
syukran atas komen yg diberikan untk puisi sy .
kita samalah, sy hantar lewat gak penyertaan puisi kat sini, puisi paling last diterima.
ok, slamat berjuang utk akak sebelum pulang.
teruskan menyubur karya walau di mana berada. 🙂
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:17 am
Salam Naqeb. Terima kasih. Teruskan berkarya juga ye. KS ni dah makin takde masa nak menulis. Otak pun dah makin beku. Karya semakin takde jiwa.
Reply
salam sarah… hehe. dpt sy tumpang glamour skali dlm blog awak nieh.. kuakuakua.. terima kasih sarah.. hehe.
tapi tulah, sedih, thn depan x dpt rs gini lagi.. tapi alhamdulillah juga, kurang2 dpt juga merasa skali before balik.. 😀
sy kempunan nk dgr awak bc sajak. nasib awak letak kat sini.. heheh
😉
k sarah.
salam rindu dari kahov!!!! 😎
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:18 am
Salam Baiz. Glory of the 6th year girls, mestilah kena coretkan. Untuk kenangan dah tua2 nanti. Hehehe. Salam rindu dari Spartiv!
p/s: Kita mesti jayakan rancangan outing kita!
Reply
Salam Sarah,
Sarah sihat? Sedap suara sarah bersajak. Dalam lembutnya, nampk tegas sarah dalam nada itu.
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:19 am
Salam Kak Su. Saya tak reti sangat deklamasi sebenarnya. Saya suka baca ikut suka hati saya je. Huhu. Harap Kak Su sihat2 je ye kat sana. 🙂
Reply
ks…tak “sia-sia” (smbil gaya poyo index finger ku bergerak2),kita buat latihan vokal..wahaha..msti smua sbb ks tarik yaaaaa…hehe..
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 8:20 am
“Aku percaya tiada yang sia-siaaaaaaa”. Mau terkeluar anak tekak waktu tu. Hehe.
Yaaaaaaa KS tak sepower rap korang semua. 😛
Reply
cantik jubah…mana dapat? mcm jubah negara arab la jugak… hari wanita wat ttutup ek? hari wanita utk wanita sahaja. tp bl dah post vdeo kt sni,seems for all la..xgitu?
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 10:09 am
That’s only the poem. Not nasyid. Can’t u differentiate between those two?
*Seems that u didn’t watch it first. Never mind. U don’t have to.
Reply
j_hafiz Reply:
March 11th, 2009 at 10:50 am
did i mentioned it as nasyid??? it’s lah ok since u still know the right and the not
Reply
Sarah Reply:
March 11th, 2009 at 11:00 am
U didn’t mention it but I just corrected what was probably wrong to your perception. Sedangkan Aisyah lagikan bersyair untuk kabilahnya. This is a mere poem. That’s not the same as nasyid. Malas nak cakap pasal ni dah.
Reply
salam..
Tahniah.. menjelang nak grad
banyak kenangan manis!
Pasal suara wanita menyanyi per se adalah aurat,
I think u should double check…
Anyway, anda berhak tidak menyiarkan apa-apa
yang anda tidak mahu siarkan.
Orang lain seharusnya menghormati pendirian anda tak kira apapun alasan anda.
Reply