Ceria
Assalamualaikum wbt
Memang hidup ni penuh kegilaan. Kadang-kadang, kita tidak memerlukan kata-kata untuk menjernihkan keadaan.
🙂
Air di kali kembali jernih,
ikan di kuala tidakkah dibubu;
adik di hati bertali kasih,
abang di sana tidakkah begitu.
Auwww~
🙂
Nota 1: Saja–saja ni. Hehe. Kasi ceria di pagi hari. Semalaman saya menghadap nota. Kasi peluanglah nak ceriakan hati sendiri, kan. Sebenarnya hari ni, Insya Allah, hari terakhir untuk posting ini. Seronoknya hati. 🙂
Nota 2: Entri lepas bukan cerita tentang dendam. Itu cerita tentang orang yang suka mengungkit dan membandingkan. Dan saya adalah mangsa walaupun saya bukan di tengah-tengah. Abaikan sajalah. Tak boleh nak buat apa dengan orang macam tu.
😆
saya juga sedang ceria seperti pohon marhaen.
ini dedikasi buat awk:-
padu kita berhasrat
hingga bumi kiamat
pertama dan terakhir
kuat jantung berdetak
untuk berpaling tidak
biar di gelegak air
rela kita mengangkat
cita bangsa berdaulat
ke puncak murni berukir!
salam perjuangan dear!!!
🙄
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2009 at 4:23 pm
Thanks Sufi.
Sat lagi saya baca cerita pokok marhaen awak ni. Hehe.
Reply
Sarraaahhhh!! amboi amboi, semenjak dua menjak ni cam awk plak dah nak kahwin tau,hihihi..semoga awk terus ceria dan senorok sarah ye..jgn lupa sy disini,haha *ayat kontroversi,keke
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2009 at 4:24 pm
Acai ni. Saya ni nak kawin? Huh. Takde maknanya Acai oi 😆
p/s: Kalau saya tulis ayat kontroversi pasal awak pula, lagi la gemparnya nanti. Muahahah.
Reply
Nad dapat ilmu utk iye kan aje orang-orang begitu. Pening kepala nak melayan. Huhu.
Gendang gendut tali kecapi,
Esok Jumaat suka hati 😆
Ni utk KS 😉
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2009 at 4:28 pm
Nad suka berbalas-balas ayat dengan KS eh 😉 Ni KS balas semula:
Dua tiga bayi yang lahir
mana nak sama si Nusyra ku itu
gembira di wajah itu yang zahir
gembira di hati Allah saja yang tahu.
Hehehehe. 😎
Reply
Nad Reply:
March 6th, 2009 at 2:40 am
*Tersenyum-senyum*
😆
Reply
sarah dearie
sometimes all those little things will make you happy..raindrops, oceans, greetings from local people..etc
hang in there sis!!
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2009 at 4:29 pm
Biasalah tu Kak Inah. Resmi dunia. Mesti akan jumpa manusia dengan macam2 ragam ni. 🙂
Reply
ceria menaikkan mood seharian kan? kan?
oh ye..esok sudah jumaat 🙂
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2009 at 4:31 pm
Jumaat pun biasa2 je Falin. Busy la sekarang ni. Hehe. 😉
Reply
uh kak long pon tersangat2 ceria wpon tersgt2 bz… ceria sbb nak cuti!!! yahooooo
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2009 at 4:32 pm
Tu la. Minggu depan awak dah nak balik dah kan. Bestnya balik rumah!
Reply
It’s better to ignore a brat than to care about what he says or gonna say. A brat is a brat forever… never better.
Smile. Will ya? 😉
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2009 at 4:34 pm
Let them be. It’s important to satisfy each of them. Oh. I’m smiling, Faisal. Thank you. 🙂
Reply