Siapa Melayu

(I)
Lelaki Melayu itu
yang berbaju melayu segak
butangnya lima
agamanya hebat
kerjanya kuat
sifatnya berani
hemahnya tinggi
mahirnya berbudi.

Yang cakap dan benar
yang tutur dan buat
yang janji dan kota.

Maka disempurnakan sebuah kehidupan
dibekalkan mereka pelengkap keindahan.

(II)
Gadis Melayu itu
yang berbaju kurung
butangnya satu
bajunya lurut
kainnya labuh
rambut hitam
sinarnya di dalam.

Yang sifatnya malu
santunnya sipu
senyumnya lembut
tuturnya ilmu
langkahnya gagah
tak mudah mengalah.

Maka diindahkan sebuah kehidupan
dibekalkan mereka untuk menyempurnakan.

(III)
Siapa itu Melayu
bukan kiranya pada belacu
adalah sutera taruhan budi
tatapan sejagat insani.

Sarah Mohd Shukor
Moscow City, RF
28 Mei 2008

Assalamualaikum wbt

Sajak ini saya tulis di pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, sajak ini (dan sebuah lagi sajak saya) telah dibukukan dalam sebuah Antologi Puisi 50 Penulis Luar Negara berjudul Bahasa Bumi pada bulan Ogos lalu.

Sajak ini ada seruan. Mengajak kita menjadi Melayu yang utuh Islamnya. Bukan sekadar Melayu pada namanya. Supaya nanti orang bertanya siapa itu Melayu, kita tak tersipu-sipu malu nak mengaku diri kitalah Melayu. Melayu yang Islam. Yang zahir pada luaran kita dan diserikan kemelayuan dan keislaman kita itu pada akhlak kita.

Nota 1: Alangkah indahnya Malaysia kita jika pemimpin kita yang Melayu sempurna Melayu dan Islamnya. Fikir dalam-dalam. Jangan kata saya racist. Tidak. Saya sangat terbuka dengan konsep berbilang kaum. Dapat makan limau percuma. Ke kedai mamak makan tosai dan macam-macam lagi. Tiadalah ini semua di tempat lain kan. Cuma bila kita berdiri atas nama Melayu semata-mata, kita terlupa tentang kaum lain. Tapi bila kita berdiri atas agama, kita sedar agama kita luas cabangnya dan toleransilah salah satu daripadanya.

Nota 2: Jawa, Banjar, Minang, Kampar semua tu pun dari rumpun Melayu juga ye ๐Ÿ™‚

48 Responses to “Siapa Melayu”

  1. Amin Ahmad says on :

    saya nak kata sarah racist gak! tak kire… :p

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Kick Racism!

    Reply

  2. keSatria says on :

    alamak. terasa la nota 2. saya ngaku saya jawa. bugis juga. sedikit cina. =P hahahaha!

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Jawa pun Melayu, Bugis pun Melayu. Ceria =) Mari kita bedal sambal belacan sama-sama.

    Reply

  3. MK says on :

    Subhanallah sedapnye sajak ni… saya ke lelaki Melayu yang segak tersebut? Eceh.

    Dan, ya, kita kena lebihkan semangat Islam dari semangat Melayu atau semangat Pahang atau semangat Kelas 5 Anggerik kita, barulah perjuangan itu betul.

    Reply

  4. chmod says on :

    persoalan yang perlu direnungkan…ada perasan tak orang yang selalu buat demontrasi?paling terbaru kat perak beberapa hari lepas?semua orang melayu kita..adakah orang melayu kita dah sampai lawan institusi kesultanan? yang nak saman sultan siapa punya idea?Kalpal sing..tapi guna name siapa? bekas menteri besar nizar?siapa master mind belakang pencaturan ini? sudah pasti bukan orang melayu..tapi yang menjadi name buruk ialah orang melayu itu sendiri…bertelagah antara sesama melayu yang lain dapat faedahnya..hilangnya ketuanan melayu adalah disebabkan sikap melayu kita itu sendiri..ini sekadar untuk renungan sahaja…not more than that ya…keep smiling Sarah… ๐Ÿ™‚

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Encik Chmod jangan tuduh orang bukan Melayu tak tentu pasal, cakap sedara ini boleh mengundang api perkauman. Ini yang bahaya.

    Kita rakyat yang sedar, patutnya bila tengok keadaan sudah menghala perkauman, kita redakan, bukan nyalakan. Kata-kata “sudah pasti bukan orang melayu.. yang memburuk orang melayu”.

    Ini cakap apa ni? Orang Melayu sendiri yang burukkan sesama sendiri. Orang Melayu jugak yang cakap Melayu mudah lupa. Orang Melayu jugak yang tak angkat bahasa sendiri. Orang Melayu jugak yang cakap rajanya Natang. Orang Melayu jugak yang kenyang makan rasuah tak ada pendirian, lulus macam-macam projek. Sudahnya atas orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu yang mana perangai macam ni?

    Kita berhak atas tempat ni, kita tuan, tapi jangan zalim, kita mesti jaga semua, jangan bangkit api perkauman. Kita mesti jaga semua bangsa, bela orang miskin, bukan Melayu semata-mata. Agama kita tak ajar tindas orang Cina, sepak orang India, angkat orang Melayu sahaja. Kita diajar jaga semua, itu tanggungjawab kita, kita Khalifah Allah, tugas lagi berat, apa barang setakat pemimpin Melayu, Melayu ni tak ramai seciput je dalam dunia.

    Reply

    chmod Reply:

    En.Yasir…adakah anda baca dengan tenang apa yang saya tuliskah?saya ada mention “sekadar renungan”..ada saya hentam sesiapakah? ada saya memburukkan melayu?saya kupas apa yang rakyat melayu buat..saya tak menuduh sesiapa..saman sultan adalah idea idea kalpal sing..itu satu yang betol..demostrasi depan istana raja orang melayu yang buat.itu pun betol.ada saya cakap salah?so dimanekah saya memburukkan melayu?saya tak nampak pun..saya cerita apa yg saya nampak..saya tak cerita pa yg saya tak nampak…so harap En yazir double check comment orang dan fahami apa yg orang nak utarakan jika berhajat nak reply comment org ye..saya lontarkan renungan untuk Cik Sarah..hairan En pulok jawab..untuk pengetahuan En. saya tak menyokong sesiapa disini..saya sayangkan bangsa melayu.saya nak bangsa melayu unggul.that its!saya tak letak komen untuk burukkan bangsa mane2 pun..saya tak cerita pasal politik kat sini..ini dunia Sarah..kalau En nak juga kupas pasal politik ini, saya tak keberatan..kita leh sediakan ruangan politik kat tempat lain dan bincang pasal politik..okey ka En.Yasir? sorry ye cik Sarah tumpang explain keadaan sebenar..harap di maafkan jika terkeluar dari landasan sebenar..

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    “siapa master mind belakang pencaturan ini? sudah pasti bukan orang melayu..tapi yang menjadi name buruk ialah orang melayu itu sendiriโ€ฆbertelagah antara sesama melayu yang lain dapat faedahnya..” – Encik Chmod baca balik apa encik tulis. Saya tak kata pun Encik Chmod memburukkan Melayu, memang encik tak burukkan Melayu, tapi encik sudah mula cakap “yang lain dapat faedahnya”, apa maksud encik? Saya kata Encik boleh mengundang api perkauman. Bahaya. Hati-hati. Jangan terkeluar dari landasan. Awas kata-kata, apa yang tertaip susah hendak dipadamkan, boleh jadi orang atas tengok, yang dalam bahaya Encik sendiri.

    Reply

    chmod Reply:

    sedara sy sudah reply penjelasan kepada pendirian aku dalam blog sedara..sy tak nak cerita pasal benda2 lain selain pasal Dunia Sarah itu sendiri kat sini..harap maklum..

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Ya Chmod, terima kasih, saya baru sudah baca, mari kita hormati lapangan Dunia Sarah Shukor.com.

    Reply

    toped Reply:

    laa..cam tu je setel? ek eleh

  5. diya says on :

    seriously, tak sangka sajak tu kak sarah yang buat. ohmaigod. best gile okeh. simple but yet too meaningful. kudos KS! =D

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Sajak yang cantik! Cantiknya Moskow eh Melayu.

    Reply

  6. kakk izzah says on :

    wow, a mind blowing poetry sarah! i like it v much. =)

    Reply

  7. Yasir Tamizi says on :

    Saya sampai ada ketikanya, terbuka jika Perdana Menteri seorang pemimpin Cina, Cina yang berakhlak, Cina yang ada moral, Cina yang pegang pada prinsip adil, Cina yang fasih berbahasa Kebangsaan, Cina yang menghayati Perlembagaan Persekutuan, Cina yang alim dalam agamanya, Cina yang sembahyang 5 kali sehari siang dan malam, Cina yang tawaduk solat sunat wirid dan zikir tengah malam, Cina yang tunduk kepada suruhan Allah, Cina yang bangkit menentang kemungkaran, Cina yang tidak zalim, dan Cina yang mengucapkan Kalimah Syahadah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya setuju pendapat ni. Dan semangat ni. Kalau inilah kesnya, saya jadi Datin Seri untuk Dato’ Seri tu pun saya sanggup ๐Ÿ˜€ Hey hey. Tapi pendapat ni memang saya setuju. Yang kita pentingkan ialah agamanya. Sempurna agamanya, insya Allah adil dan segala sifat mahmudah yang lain akan ada padanya sekali.

    Wah. Nampaknya saya dah ada co-author di sini. Yang membantu menjawab komen. Baru je tadi terasa malas nak membalas komen. Terima kasih Mr. President. Lama dah nama ni tak disebut. Hehe.

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Kalau ada Mr. President, mana Mrs. First Lady nya. Apa nya tak nak balas komen, balas-balas, masa rajin balas, masa malas tak payah balas, Ha Ha. Ulang balik je cakap.

    Reply

  8. haritz says on :

    Sajak yg indah Sarah

    ps: sedikit pembetulan, melayu adalah Melayu. Jawa, Bugis, Minang, Banjar dll bukan Melayu. Melayu byk dtg dr Riau. Kalau diseberang di panggil suku Melayu Asli atau Deli. Yang sama hanya rumpun satu nusantara. Bukan menidakan, ini fakta. Cuma di Malaysia dah rojak. Semua dipanggil Melayu. Semak di marga nusantara, google pasti jumpa.

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Jadi encik Haritz, bangsa apakah Jawa, Bugis, Minang, Banjar? Bukan kita ini rumpun Melayu, cuma suku-suku etniknya saja berbeza? Bukan begitu?

    Reply

    haritz Reply:

    Aku Jawa dan bangga menjadi jawa, tp ic Melayu muahaha. Kalau kamu kata mealyu so melayu lah malas nak lawan cik Yasir

    ps:ni blog sapa lain org yang jawap..jgn marah

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya menulis berdasarkan kajian. Saya tak menulis dengan suka hati. Sastera bukan satu bahan untuk menipu manusia tapi memberitahu fakta secara puitis. Saya dah kawan baik saya dah mengkaji hal ni lama dah. Mana asalnya Bahasa Melayu. Apa kaitannya Islam dengan Melayu. Sejak bila Islam muncul di Tanah Melayu. Siapa Melayu tu sebenarnya. Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Bangsa Melayu tu apa. Etnik/suku Melayu tu pulak apa.

    Saya menulis merujuk skop penerimaan definisi bangsa Melayu di Malaysia. Kalau definisi Bangsa Melau menurut sejarawan Jerman (saya tak ingat namanya), Bangsa Melayu diklasifikasikan mengikut warna kulit. Antara yang berkulit hitam (Bangsa Euthopia) dan kulit pulit-kuning (Bangsa Mongolia). Bangsa Melayu tu yang di tengah-tengah.

    Kalau mengikut definisi Melayu di Nusantara, kesemua kumpulan etnik yang meliputi orang Austronesia di seluruh gugusan kepulauan Melayu (Malay Archipelago) adalah Melayu.

    Kalau mengikut pendefinisian Melayu di Malaysia, Bangsa Melayu itu ialah orang natif/asli yang berasal dari Tanah Melayu itu sahaja. Tapi demi mencapai kemerdekaan, sepakat suara telah menerima etnik/suku Melayu yang bermastautin di Malaysia yang berasal dari mana-mana daerah kepulauan Melayu di Nusantara ini sebagai Melayu. Hal ini dah pun dinyatakan oleh A. Samad Said dalam bukunya Siapa Itu Melayu Kini.

    Saya menulis fakta yang betul. Saya jamin, tiada pembetulan diperlukan. Pendefinisian Melayu yang saya rangkumkan Jawa, Kampar, Minangkabau dan lain-lain adalah rumpun Melayu. Saya memang tak memaksudkan rumpun Nusantara. Sebab ada saja rumpun Melayu di Malaysia tu yang bukannya berasal dari rumpun Nusantara sebab keturunannya nun bermastautin di Cape Town sana. Limitasi geografi bukan persoalannya tapi rumpun bangsanya yang saya ketengahkan. Inilah pendefinisian Melayu Malaysia. Kita serumpun Melayu yang mempunyai pelbagai suku di dalamnya.

    Kalau tidak, masakan orang berketurunan Jawa, Minang, Bugis dan lain-lain ni yang bermastautin di Malaysia diisytiharkan berbangsa Melayu dalam pengenalan diri mereka (IC). Tiada pula kita lihat pemegang kad pengenalan yang tertulis info dirinya berbangsa selain Melayu (bagi setiap orang berketurunan Jawa, Bugis, Kampar dan lain-lain ini). Ini kerana dalam pendefinisian Melayu Malaysia, suku-suku Melayu ini ditafsirkan sebagai Melayu.

    Kita semua serumpun Melayu. Berbangsa Melayu.

    Sumber: Terlalu banyak. Malah, kalau google/wiki sekali pun, saya jamin semua maklumat ni ada. Tapi yang paling saya tekankan ialah sumber daripada buku sejarah melayu dan hasil tulisan lain sasterawan negara termasuklah pendefinisian melayu dalam Siapa Itu Melayu Kini.

    Wallahu a’lam.

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Tu dia. Hambik. Baca.

    Reply

    Sarah Reply:

    Baca jangan tak baca. Dan ingat. Dan amal. ๐Ÿ˜‰

    Reply

  9. NoktahHitam says on :

    Tidak~~~~~~~~~~ Sy tetap JAWA di hati!!!

    Sedap poetry. One can only wonder how you can balance between the left and right side of your brain.

    Reply

    Sarah Reply:

    Denial mode ๐Ÿ˜› (I remember your comment in your blog claiming that you don’t want to be known as Malay. You always prefer to be known as Javanese instead.)

    I have only one brain and why shouldn’t I use it to the max, either side of it ๐Ÿ˜‰

    Reply

    diya Reply:

    bila NH mentioned gini, baru ter – a ah la, KS ada both sides. jarang jumpa yang bijak bersastera, hebat juga dalam ilmu sains. diya kalau nak faham bahasa sastera boleh la sikit2, tapi bila masuk je bab sains … Allahuakbar. pasrah jelah aku sorang2. haha. obviously, KS jenis yang sangat rare =D

    Reply

    Sarah Reply:

    Rare species. Macam Golden Lion Tamarin. Kot. Haha. Monyet tu. Takmau la. Tapi rambut merah-perang dia cute Ya Rabbi. Rasa nak ternak je. ๐Ÿ˜€

    http://en.wikipedia.org/wiki/Golden_lion_tamarin

    Reply

    diya Reply:

    hahaha. gelak aje lah diya tengok spesis yang bergayutan itu. walaweh. ada gak keinginan nak ternak makhluk tu, KS? hahaha. sah. KS sangat rare. tapi, taklah sama satu spesis ngan monyet cute tu KS de. huhu. sabar jelah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tiba2 KS teringat cerita Bina-bina. Cerita kuiz tentang haiwan dan alam binatang yang lain waktu zaman KS sekolah rendah dulu. Ada sejenis biawak tu namanya Biawak Komodo yang asyik disebut-sebut dalam cerita tu. Komodo Dragon/Lizard. Hehe. Ni yang terasa nak wiki ni ๐Ÿ˜›

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Ha. Ha. Ha. Bina Minda.

    Reply

  10. ko_rek says on :

    hehe- sy setuju! agama yg satukan kite! tak kire siapa jugak kite-

    Reply

  11. toped says on :

    sajak cantek. tp hanya angan2 penulis maukan melayu skrang begitu. persepsi sudah jelas mengatakan melayu kita tidak begitu. maaf saudari. teruskan berkarya. sajak anda manis bg ibu2 yang mau kan anaknye begitu. TQ

    Reply

    Sarah Reply:

    Sajak ni bukan angan-angan, Toped. Sajak ni seruan. Nak ingatkan Melayu sekelian yang seperti awak katakan dah tak pun begini pada masa ini. Seruan ni nak ingatkan sekelian Melayu supaya jangan lupa diri. Kembalilah jadi Melayu yang sedar diri, kelek adat dan sanjung agama. Tak guna nak berjuang demi bangsa tapi Melayu pada diri sendiri entah ke mana. Ini yang cuba disampaikan. Kembali menjadi Melayu yang terhormat. Bukan angan-angan. Tap seruan. Terima kasih kembali.

    Reply

    toped Reply:

    melayu yang asal tu dalam hutan tu cik.. melayu asli mana tah.. melayu kita ni melayu parameswara india arab cina mari..

    Reply

    Sarah Reply:

    Nampak sangat awak kurang mengenali asal usul datangnya Melayu dari mana.

    No more argue. Tired of this. Cukuplah masing-masing bersyukur jadi Melayu Islam. Saya dengan cara saya. Awak dengan cara dan pendefinisian awak.

    Reply

  12. miji says on :

    urmm..

    yeah, amat mendalam tersirat sajak Sarah. Melayu, yang sifatnya malu.

    malu bersifat dengki mendengki

    malu bersifat khianat mengkhianati

    malu bersifat caci mencaci

    malu menyombong berbesar hati

    malu menolong hanya meminta budi

    malu meminta rajin memberi

    malu berlagak menyombong diri.

    ————————————————————————————————

    Melayu itu gagasnya,

    dunia dikelek, akhirat dijunjung,

    ke gunung sama didaki,

    ke lurah sama dituruni,

    kalau berat sama dipikul,

    kalu ringan sama dijinjing,

    kalau hilang di laut,

    biar kita cari sampai ke darat,

    kalau hilang di darat,

    kita cari sampai ke laut,

    adat hidup sama sekampung,

    sakit senang sama ditampung,

    bila karam sama mengapung,

    sama ke teluk sama ke tanjung

    ————————————————————————————————

    Tanpa bangsa siapalah kita,

    Tanpa agama siapalah kita,

    Tanpa negara siapalah kita,

    Tanpa seni, budaya, dan bahasa.

    Jiwa bangsa adalah kosong

    ~All Right Reserved, copyright by ….

    Reply

  13. haritz says on :

    Sorry Sarah kalau tersinggung ngan komen saya. Mungkin Sarah benar atau sy salah. Ada benda boleh kaji ngan teks ada yg tidak. Ada betul dan ada tidak. Manusia punya kelemahan termasuk A Samad said dll. Saya ckp atas dasar pengalaman. Sy pernah berada di seberang agak lama. Cubalah tanya bangsa lain disana adakah mereka melayu atau rumpun melayu. Pasti jawapan mereka tidak. Mereka kata kajian ttg itu selama ini salah. Itu kajian penjajah kata mereka. Jadi adakah pengkaji2 ini benar? Mgkn malaysia je camtu, sbb seperti termaktub semasa nak merdeka. Jadi saya tak kata sarah salah, sy terima semua jd melayu. Minang, jawa, bugis semua jd melayu. Hanya Allah yg tahu. Jgn marah saya ye sarah, nanti sy nangis waaa..

    Reply

    Sarah Reply:

    Sebab tu saya katakan, pendefinisian Melayu yang saya maksudkan ialah yang diterima di negara kita sebab saya tengah membincangkan isu negara sendiri. Bukan negara luar. Saya tak marah tapi saya pun membetulkan semula fakta untuk skop dan kes ni. Sekian.

    Reply

    haritz Reply:

    terima kasih (sambil mengangguk kan kepala sebanyak 18 kali heheh)

    Reply

  14. Fikry says on :

    Saya adalah seorang yg sangat meminati sejarah bangsa dan bahasa Melayu…
    Pendapat saya tentang Melayu:
    Seperti kata saudari Sarah, kesemua Jawa, Minang, Banjar, dsb adalah Melayu. Jangan sesekali dikelirukan dgn etnik Melayu. Nama penuh etnik Jawa adalah Melayu-Jawa, manakala nama penuh etnik Melayu adalah Melayu-Melayu.

    Saya mengambil contoh bangsa Cina. Seperti ras Melayu, Cina juga terbahagi kepada beberapa rumpun atau suku bangsa. Antaranya, Han (yg menuturkan bahasa Mandarin), Kantonis, Hakka, Teochew dsb. dalam bahasa Cina Mandarin, perkataan ‘Cina’ diterjemahkan sebagai ‘Han’, manakala ‘org Cina’ pula sebagai ‘Han Ren’. ‘Bahasa Cina’ pula diterjemahkan sebagai ‘Han Wen’. Poinnya di sini, nama penuh suku bangsa Cina yang bertutur dalam bahasa Mandarin adalah Cina-Cina, manakala org Cina yg brtutur dlm bahasa Kantonis pula sebagai Cina-Kantonis. Untuk peringatan, bahasa Mandarin dan Kantonis adalah dua bahasa yang sangat berbeza dan tidak difahami antara satu sama lain. Perbezaan antara bahasa Mandarin dan Kantonis adalah seperti perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa Jawa. Namun, org Cina masih boleh bertutur sesama mereka dgn menggunakan bahasa Mandarin, iaitu bahasa (bukannya dialek) yang telah diangkat sebagai bahasa rasmi orang Cina di seluruh dunia. Meskipun begitu, orang Cina Mandarin tidak boleh memahami apa yang dituturkan oleh orang Cina Kantonis walaupun mereka adalah satu bangsa.

    Konteks ini sebenarnya sama sahaja seperti Bangsa Melayu. Dalam hal ini, Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi orang-orang Melayu dan dimiliki oleh seluruh bangsa Melayu (bukannya oleh etnik Melayu sahaja). Manakala bahasa Jawa pula sekadar bahasa yang dimiliki oleh etnik Melayu-Jawa dan tidak difahami oleh orang Melayu-Melayu.

    Saya mempunyai beberapa orang rakan yang berasal dari Indonesia. Ada yang Jawa dan ada yang Betawi. Mereka mengakui bahawa Jawa itu adalah etniknya yang tersendiri yang berbeza dengan Melayu. Tetapi, mereka turut mengakui bahawa mereka adalah bangsa Melayu (mereka menyebutnya sebagai Ras Melayu).

    Kenapa bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Republik Indonesia? hal ini kerana mereka (pemerintah awal Indonesia ketika Sumpah Pemuda 1928) melihat bahawa Melayu itu adalah asas pembentukan bangsa Melayu Nusantara. Bahasa Jawa sendiri (yang memiliki lebih 80 juta penutur di Indoโ€™sia berbanding BM=7 juta) tidak dijadikan bahasa kebangsaan kerana bahasa Jawa itu adalah satu cabang kepada keluarga bahasa Melayu-Polinesia.

    *Kunjungilah Galeri Alam Melayu di Muzium Negara untuk mengetahui lebih banyak tentang bangsa Melayu. Di galeri tersebut, saya mendapat tahu bahawa orang Iban dan lain-lain suku kaum di Borneo adalah orang Melayu walaupun rata-rata mereka tidak beragama Islam.

    Reply

    Sarah Reply:

    Saudara Fikry,

    Terima kasih di atas perkongsian ini. Banyak analogi mudah yang dapat memahamkan orang lain dalam komen saudara ni. Penjelasan saudara juga tepat dan saya hargai perkongsian saudara di sini. Terima kasih ๐Ÿ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    p/s: Susah kan nak memahamkan orang lain dan meletakkan satu garis panduan yang sama untuk difahami oleh semua.

    Reply

  15. Fikry says on :

    Tambah++

    Jika kesemua orang Cina boleh mengaku bahawa mereka adalah bangsa Cina, mengapa tidak Melayu? Mereka tidak berpecah-pecah seperti Melayu. Meskipun ada antara mereka yang bersuku bangsa Kantonis, tetapi apabila ditanya, ‘Apakah bangsa kamu?’, pasti ia menjawab ‘Cina’ (bangsanya), bukannya ‘Kantonis'(etniknya). Tetapi apabila orang Jawa ditanya soalan sedemikian, ia akan menjawab ‘Jawa’ (etniknya), bukannya ‘Melayu’ (bangsanya)

    Reply

  16. Fikry says on :

    Tambah++

    Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pemerintah Indonesia,
    Komposisi Kaum di Indonesia adalah seperti berikut:
    Melayu (termasuk bumiputra lain) 99.9% Cina 0.1%

    Bagaimana pula di Malaysia?
    Melayu (termasuk bumiputra lain) 61% Cina 24% India 7% Lain-lain 8%

    Di Brunei, kesemua golongan etnik dalam bangsa Melayu yang beragama Islam diklasifikasikan sebagai Melayu (seperti Malaysia tetapi berbeza juga kerana mereka yang beretnik bukan Melayu tetapi berbangsa Melayu tetap menganggap diri mereka sebagai Melayu)…
    Melayu 67% Cina 15% Bumiputra Borneo 6% Lain-lain 12%
    Perangkaan sebenar menunjukkan bahawa etnik Melayu di Brunei hanyalah 28%. Etnik Kedayan merupakan golongan etnik terbesar di Brunei, iaitu 39%. Orang kedayan bukanlah orang Melayu-Brunei tetapi mereka menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada Melayu-Brunei.

    Fikir-fikirkanlah…

    Reply

  17. Fikry says on :

    Tambah++ (Brunei)

    Memandangkan kedayan adalah golongan etnik terbesar di Brunei, mengapa bahasa Kedayan tidak dijadikan bahasa kebangsaan Negara Brunei Darussalam? Mengapa mereka menjadikan bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa kebangsaan mereka sedangkan lokasi bahasa tersebut terletak jauh dari Brunei? Kalaupun mereka menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, mengapa tidak mengambil bahasa Melayu-Brunei sahaja?

    Renung-renungkanlah…

    Reply

  18. Fikry says on :

    Ralat (PERHATIAN!!!)

    Jumlah peratusan orang Melayu-Brunei tidak sampai 28%. Selain Kedayan, terdapat beberapa golongan etnik lain yang turut diklasifikasikan sebagai Melayu, iaitu Tutong, Belait, Bisaya, Murut, … Saya tidak tahu peratusan sebenar etnik Melayu di Brunei (mungkin tidak sampai 15%???). Saya pasti akan peratusan etnik Kedayan, iaitu 39%.
    Sumber: The Mystic of Borneo – Kadayan

    Reply

  19. fauzi - web design says on :

    yang penting tak kan hilang melayu di dunia

    Reply

Leave a Reply