Menjadi Wanita

Assalamualaikum wbt

Semenjak mula bercuti seminggu yang lalu (baru seminggu bercuti tapi saya dah rasa seperti dua minggu), saya tidak menulis sesuatu yang bermanfaat sangat pun. Semuanya lebih kepada aktiviti harian saja. Apa ini diari online sayakah? Harapnya saya tidaklah merepek yang tak tentu hala di sini.

Sebenarnya saya ada satu azam sempena tahun baru lalu yang saya kira sangat baik untuk peringkat umur seperti saya. Cara saya bercakap ini seperti saya ni sudah tua saja. Ok. Tukar cara berfikir. Ini bukan cara orang tua berfikir tapi cara seorang anak muda hendak mematangkan lagi diri.

Saya berniat untuk menjadi lebih lemah lembut dan berhemah dalam setiap tindak-tanduk saya. Baik cara membawa diri, bercakap mahupun menulis sekalipun. Tapi, semakin mendekati tahun baru lepas, semakin banyak dugaan datang. Provokasi yang datang bertimpa-timpa menyebabkan saya kalah dengan emosi.

Saya menjadi semakin mudah diprovok. Semakin lama saya menjadi semakin tegas. Baik dari segi pembawaan diri mahupun cara menulis. Saya akan mempertahankan apa yang saya rasa patut disuarakan. Dengan cara yang tegas. Bila saya mngkaji semula diri sendiri, saya akan malu dengan ketegasan yang melebih-lebih yang muncul dengan tiba-tiba ini.

Dulu saya bukan begini. Saya boleh bertoleransi dengan apa jua provokasi yang datang. Saya lebih mudah mengalah terutamanya jika dijolok-jolok dek api-api panas yang muncul di dalam hidup saya. Saya lebih senang mengundur diri dan diam. Tapi sejak provokasi yang terjadi di sekitar awal tahun baru lalu, saya susah hendak bertoleransi dengan perkara-perkara yang menyesakkan saya apatah lagi yang tak menepati selera saya. Cara saya menjawab komen juga tegas. Dan saya betul-betul akan menegaskan apa yang menjadi prinsip saya. Dalam erti kata lainnya, saya semakin emosional.

Saya geram juga kerana saya menjadi semakin tegas begini. Sebab saya terasa jauh dengan kehidupan yang dulu. Tapi entahlah. Susahnya untuk saya berpatah ke belakang. Yang saya tahu sekarang saya menjadi lebihΒ  pengabai (ignorant) berbanding dulu. Inilah fasa baru dalam hidup saya sejak dua, tiga minggu yang lalu.

Kalau ada yang meletakkan azam untuk mendapat 11A1 dalam SPM tapi tidak berjaya mencapai target, begitulah yang saya rasa bilamana diri saya menjadi tegas seperti sekarang. Apa yang saya rasakan tidak kena, saya akan abaikan saja daripada perhatian saya. Tak perlu dilayan. Begitulah betapa ignorant-nya saya kini. Nampaknya, entah bilalah hajat saya hendak menjadi lebih lemah lembut dan berhemah akan tercapai. Betullah pesan Baginda Rasul. Halangan terhebat sesuatu niat itu ialah hatinya sendiri.

Pesan ustazah sewaktu sekolah rendah dulu, kalau hendak menjadi orang yang berakhlak, kita kena mulakan dengan mengamalkan doa-doa harian sebagai satu kelaziman dalam hidup. Segala doa. Masuk-keluar tandas, sebelum-selepas makan, hendak-bangun tidur, tengok cermin, pakai baju, keluar rumah dan segalanya. Bila kita berniat dan berdoa, kita akan lebih mengawal tingkah laku kita. Hasilnya, kita akan lebih berhemah dan menjaga tingkah laku kita.

Saya hendak mencuba. Sebab saya betul-betul hendak mengubah diri saya yang sedia ada. Saya hendak menjadi lebih lemah lembut selari dengan tuntutan adat dan agama.

Nota 1: Tapi saya tahu saya takkan boleh berjalan lemah gemalai. Auw. Masa itu emas bagi saya. Dan saya tak boleh bayangkan saya berjalan melenggang macam itik pulang petang tu. πŸ˜€

Nota 2: Ada ke perkataan pengabai? Macam Bai Bai Baiya je bunyinya. πŸ˜›

34 Responses to “Menjadi Wanita”

  1. Lina says on :

    Salam Sarah..
    dalam ketegasan awk, terserlah kelembutan awk..cuma awk je yg tak perasan..sy ttp nmpk awk mcm dulu lg, time skolah dulu..dulu awk mmg garang & tegas, tp still boleh bergelak ketawa lg..

    Jgn berjalan lemah gemalai sgt, itu mcm pemalas berjalan..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Lina. Saya rasa dulu saya lagi tegas. Lagi garang. Sampaikan budak 508 dan 509 semua takut dengan saya. Nak tegur lagi la tak berani. Huhu πŸ˜› Awak rasa, saya sama lagi ke Lina? Saya rasa saya dah banyak berubah. Hmm.

    Reply

  2. Wanie says on :

    salam.

    macam itik pulang petang? lol

    Wanie jalan tak lembut sangat kan? Wanie pun kejar masa juga. Dulu wanie pernah menasihati seorang kawan wanie supaya jgn jalan berlenggang sgt sebab boleh tarik perhatian lelaki tapi dh nature dia macam tu, ssh la dia nak ubah. kesian dia.

    takpe ks. Setiap wanita itu ada lembutnya. nampak tak nampak, belakang kira. *saya mahu jadi wanita juga*

    Reply

    Sarah Reply:

    Wanie jalan lemah lembut? KS rasa kita ni sama je kot. Kelibut je melaju ke depan. Haha. Haah kan. Ada orang yang semula jadi memang dah cara jalan dia macam tu kan.

    Reply

  3. Ksu says on :

    Salam Sarah,

    ‘Itik pulang petang?’ Hmm.. berlenggang jer, buruk betul! Hehe.. but then, dah semulajadi dia, nk buat cam ner.

    Ksu lebih suka tgk seseorg tu menjadi diri sendiri, tidak meniru gaya atau lagak sesiapa, tapi tahu dimana baik dan buruknya. Ksu rasa, sarah dah cukup cam tu skrg ni, walaupun just kenal kt sini. πŸ™‚

    Aisya baca doakan makan sekali dengan tafsirannya setiap kali nk makan! Hahaha..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Su. Tapi tu la. Bila saya jadi diri sendiri ni, ramai orang tak suka pulak. Susah jugak tu. Tapi saya tetap nak jadi diri sendiri sebab saya selesa dengan cara ni. Saya yakin semua orang pun fikir macam ni. Toksah nak plastik2 tiru gaya orang lain kan.

    Wah! Aisya pun dah boleh jadi wanita la gini! Lagi hebat tu. Siap dengan makna sekali πŸ˜‰

    Reply

  4. Nad says on :

    KS, pensyarah Nad cakap, orang yang berjalan laju, dia pun cakap laju, dan dia pun berfikir laju. Takpe takpe. Jangan buang habit berjalan laju KS tu πŸ™‚

    Bai Bai Baiya. Bai Khan kah? Hihik πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Jap jap. Nak check diri. KS jalan laju. KS cakap pun laju. Tapi otak fikir laju ke tak tu tak pasti la pulak. Tapi laju kot rasanya πŸ˜€ Wah. KS suka la sama kamu punya pensyarah ni πŸ˜‰ Bai jual roti je kot Nad πŸ˜›

    Reply

  5. diya says on :

    diya tak rasa KS merepek lah. banyak benda2 bagus yang KS kongsi tanpa KS sedar. huhu. cara2 KS menjawab komen dengan tegas jugak lah yang menggerakkan hati diya untuk tegur KS. kalau tak, sampai sudah diya tak tahu KS kat sini. setiap sesuatu kan, ada hikmah nya kak. =)

    Reply

    Sarah Reply:

    KS rasa Diya mesti akan ingat cara KS jawab komen tu sampai bila2 kan. 1 jan 2009. Hehe.Tapi dulu KS bukan la macam tu sangat Diya. Tapi semenjak kebelakangan ni KS rasa tercabar dengan macam2 hal. Tu yang KS maksudkan KS jadi semakin tegas. Punah cita2 nak jadi lemah lembut berhemas bahasa dan akhlak ni. Adoi.

    Reply

  6. inah says on :

    salam sarah..x salah pun jika jadi diari online..u write what u feel and what u think..bukan sebab orang lain πŸ™‚

    anyway, i tried to be an ignorant :)..masih mencuba..dan akan kekal mencuba..for me, ignorant ni penting untuk lebih fokus!!

    keep on trying ok :)..perhaps in 3 years time, i’ll meet sarah yg lebih kental dan kurang emosi πŸ˜›

    caiyok caiyok πŸ™‚

    sayang sarah!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Saya suka apa Kak Inah kata ni. Ignorant tu penting untuk lebih fokus! Sangat betul! Sebab tu la definisi ignorant utk saya!

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh ye. Kita memang akan jumpa lagi. Insya Allah!

    Reply

  7. zool says on :

    Tegas bertempat takpe cik sarah..
    Jangan memanjang naik angin sudahlah.

    Reply

  8. inah says on :

    eh..cuba sarah dengar lagu menanti barzakh – far east..

    Reply

    akak Reply:

    lagu ni sangat best kan. Sape yg belum dengar memang kene dengar. Menanti di Barzakh. Selalu tengok klip video kat youtube.

    Reply

    Sarah Reply:

    Haah. Saya pun suka nasyid ni. Listed dalam playlist saya Kak.

    Reply

  9. Ari says on :

    salam..

    off-topic : maksud KS= Kill Steal ke? larh. sy mati2 ingatkan Kak Sarah. Heh.

    oh btw sy baru jumpa blog neh πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Ari. KS = Kill Steal tu ada jugak yang bagitau KS hari tu. But unfortunately KS stands for Kak Sarah πŸ˜‰ Hehe. Selamat datang ke Dunia KS~

    Reply

  10. cikgu jawe says on :

    jadi diri awak sendiri sarah. asalkan ianya baik dn tak melanggar hukum. tegas bkn bermakna keras. antara tegas atau cara meliuk lintuk gemalai dlm pertahan hak dn kebenaran, awk pilihlah mana yg awk sebenarnya.

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh oh. Saya suka kata2 cikgu ni. Tegas tak bermakna keras kan πŸ˜€ Saya tetap pilih nak jadi yang ni kalau gitu.

    Reply

  11. MK says on :

    Salam KS.

    Emosional ye. Biasa le tu, remaja. Eceh.

    Saya sendiri pun, cepat emosional bila bercakap tentang sesuatu yang saya ingin perjuangkan. Pasal Palestin, misalnya. Saya cepat naik marah bila nak terangkan sesuatu, sampai tak sampai lak mesej tu pada kawan-kawan. Kena belajar berdakwah secara berhikmah πŸ™‚

    Btw KS, kalau nak saya tolong kemaskan threaded comments, habaq mai la.

    Reply

    Sarah Reply:

    Ehehe. Kamu pun macam tu maksudnya kita ni sama la. Remaja. Hehe. Betul kata kamu tu. KS sendiri pun kena kaji diri balik. Macam mana nak memberi respon kepada orang dengan lebih berhikmah.

    Oh! Thanks sangat. Ok. Memang KS ada benda nak mintak tolong. Nanti KS email kamu la kalau gitu k.

    *untungnya ada adik2 yang computer geek ni. Hooray!!*

    Reply

  12. nadiah says on :

    Sarah. its great to be ignorant tegar & penegas macam awak ni. at least people knows how to respect our decision & our opinion. Saya dah lama nak jadi penegas tau. tapi tak berjaya jugak. as u can see. saya ni luarannya nampak je cam macho gila. cam power rangers je. hakikatnya, dalam lembut lah sangat sampai semua benda pun tak berani nak speak up. akhirnya. tension sorang-sorang.

    bila saya try berani speak up. terus terang. terus kawan saya tarik-tarik muka, merajuk sume. so how sarah? dah terlambat untuk saya jadi tegas kot. agaknya semua keliling saya dah biasa dimanjakan dengan jawapan YA dari saya. when i say NO. Semua nak jauhkan diri. Semua tak puas hati.

    memang susah nak puaskan hati semua orang, biarlah saya menjadi saya yang selalu membakar diri seperti lilin.

    oh. sebelum komen menjadi entri luahan hati. lebih baik saya berhenti. heh. ramai lagi nak komen kat sini ni =p

    ** sarah. kalau makan roti je hari-hari. minum milo je. air masak. sometime nescafe. kalao rotate mende tu hari2. effect tak? cos i feel bad la. my stomach macam tak boleh terima food plak skg, taktaula sebab terkejut tetiba makan banyak atau apa. tapi mmg perut x sedap. hoh. tengok. saya memang suka komen dan tanya panjang2. heheh. sorry. =p

    Take care ye makcik.

    & cepat-cepatla balik jadi doktor! nak gi klinik awok =p

    Reply

    nadiah Reply:

    Ya allah. panjangnye komen saya. (“.)

    Reply

    Sarah Reply:

    Hmm. Kesian jugak bila dah jadi macam awak ni. Bila tak bertegas dari awal lagi, dah susah pulak bila dah jadi kebiasaan orang mengenali kita sebagai yang sentiasa ‘yes’ je ye. Nak kata ‘no’ nanti dah susah pulak. Tapi saya yakin, dalam kelembutan awak ni, awak memang ada ketegasan awak yang tersendiri.

    Tapi dalam dah berbulan2 rapat dengan awak ni, saya rasa saya nak nasihatkan awak supaya belajar untuk lebih bertegas lepas ni. Awak mesti faham apa yang saya maksudkan ni, kan? Ni untuk kebaikan awak. Insya Allah awak akan lebih dihormati dan hak awak akan lebih terjaga kalau awak belajar untuk lebih tegas. πŸ™‚

    Pasal diet harian, kalau perut kita dah terlalu biasa makan benda yang sama untuk satu tempoh yang lama, memang ada masalah bila nak bertukar menu. Jadi, caranya kena ikut kaedah diet baby semula. Awak kena belajar makan sesuatu yang baru tu sikit2 tapi kerap2. Maksudnya, kalau awak nak makan nasi pulak, makan la dalam 3-4 suap je dulu. Selang 2 jam, awak try makan lagi sikit. Ni la cara diet baby. Proses ni dapat berikan penyesuaian yang lebih baik utk perut awak. Tapi kalau sampai ada masalah penghadaman, awak kena banyakkan sayur dan buah dalam diet harian awak ok.

    Reply

  13. akak says on :

    tegas & toleransi tu sama penting tau. Cuma nak kene balance je. Kalau terlalu tegas nanti org tak berapa nak respect tapi takutnya yg lebih. Tapi kalau terlalu berlembut, kita yg akan selalu jd mangsa keadaan..(tu pengalaman tu..hihi). Erm..susah kan. Senang cerita, jadi je diri kita sendiri. Selagi tak menyalahi agama & batas hidup.. πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya suka dengan nasihat Akak ni. Yang penting balance. Tu point yang saya patut amalkan. Tapi kalau tengah emo (macam yang terjadi hari tu), saya rasa nak marah2 je orang2 yang terlibat. Kalau tak dapat nak marah, sudahnya menangis sorang2 la pulak πŸ˜€ Terima kasih Akak. Saya akan cuba balance kan selagi tak lebihi agama dan batas hidup.

    Reply

  14. Fisol An-NAFis says on :

    salam..

    kami nak singgah kat sini sekali2 boleh?…manalah tau…

    takut jugak ni, nampak macam serious & tegas je…:)

    bilalah kami nak ada dot com sendiri ni..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam. Ha. Jumpa dah! Yeay! The Fisol Family is always welcome here *with arms wide open*

    πŸ˜€

    Reply

  15. Hasbullah Pit says on :

    Ni blog baru?
    Blog lama tutup?

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Bro dah jumpa dah ye! Haah yang ni yang baru. Yang lama biarkan aja. Nak larikan diri dari stalker yang sangat tak best. Selamat datang bro!

    Reply

  16. ainul arina says on :

    salam ks

    bagi ainul la kan, menjadi seorang wanita tu tak perlulah sentiasa perlu lemah lembut yang tahap gemalai tu. Lembut dan tegas biar bertempat. Nanti takdelah sampai kena pijak sebab orang ingat kita selembut perangai kita. Ada masa kena lembut dan ada masa kelembutan tu perlu dikeraskan cumanya jangan keras sangat sampai over dose. Lagipun rasanya ketegasan tu lambang seseorang tu berperibadian dan berprinsip. Itu lagi penting rasanya. Macam bunga ros yang berduri. Dia memang cantik dan wangi tapi duri dia menyebabkan ros jadi makin unik dan tak mudah dipegang sesuka hati.

    Tapi, apa-apa pun jadilah diri sendiri. Memang elok kita sentiasa cuba untuk berubah demi kebaikan tapi yang penting perubahan tu biar sesuai dan bagus untuk diri kita dan sekeliling kita. Semoga berjaya menjadi yang lebi baik dari sebelumnya.

    Reply

  17. acai baik says on :

    salam sarah,

    Sy tahu awak memang seorang yang tegas dah lama dulu,hehe..dan awk seorang yang mempunyai pendirian yang kuat dan berdikari orangnya..:) tapi dalam masa yang sama awk juga seorang yang sangat ramah dan boleh buat lawak yang membuatkan orang lain ketawa juga..seeloknya jadilah diri sendiri sarah..lemah lembut tu tak semestinya yang paling baik..kalau berlebihanpun kekadang sy nampak macam ngengadapun ye..tapi kalau lelaki lembut sy jadi geli plak,hahahaha

    pasal jalan tu baguslah awk tak jalan lemah gemalai sarah..sypun rasa rimas camtu..rasa cam nak tarik dia supaya jalan laju skit je,heheehe

    Reply

Leave a Reply