Kembar (i)

Assalamualaikum wbt

Seingat saya, sejak tingkatan 3 lagi saya mula menjadi seorang yang kuat berimaginasi. Serba-serbi saya bayangkan. Ketika itu, ada sepasang kembar keturunan Syed-Sharifah ni baru masuk sekolah saya. Maka, saya pun mula berangan bahawa saya mempunyai kembar. Lagi unik, saya membayangkan bahawa kembar saya itu seorang lelaki.

Ketika tingkatan 5, saya mengalami sedikit gangguan alam ghaib ketika di sekolah. Waktu itu saya berhenti berimaginasi sekejap. Saya selalu rasa seram jika berangankan kembar imaginasi saya itu sebab ‘benda’ itu akan menyusul tidak lama selepas itu. Saya akan rasa begitu begini, berat kaki dan macam-macam bunyi saya akan dengar. Saya kan penakut (tak guna perkataan mungkin dah). Jadi untuk mengelakkan hal-hal menyeramkan terjadi, saya elakkan daripada berimaginasi tentang apa-apa saja.

Tetapi di sini, saya mula menyambung aktiviti lama yang kuat berimaginasi dan berangan tentang sesuatu yang pelik-pelik. Kembar yang saya cipta dulu kembali wujud dalam kepala saya. Saya selalu membayangkan, kalau saya ke mana-mana seorang diri, saya tidak perlu risau apa-apa kerana kembar saya itu ada bersama saya. Dulu saya pernah menjelajah Moscow seorang diri dan serius pada ketika itu saya tidak rasa langsung bahawa saya sendirian. Kembar imaginasi saya itu ada bersama saya.

Saya tidak tahu bagaimana hendak membayangkan rupa atau sifat si kembar ini. Yang pasti, dulu saya namakannya Safuan. Dari tingkatan 3 sehingga 5. Tapi selepas tamat sekolah saya sudah tidak rasa lagi yang nama Safuan sesuai untuknya sebaliknya saya (yang dalam proses cuba membuang habit suka berimaginasi ini) telah nekad untuk tidak menamakannya apa-apa. Mungkin dengan cara itu saya akan kurang terfikir-fikir tentang kembar imaginasi saya ini.

Yang boleh saya kata, perangai kuat berimaginasi ini bertahan sehingga saya di tahun kedua di sini saja. Waktu itu saya rasa saya perlu betul-betul fokus dengan apa yang saya lakukan. Perlu matang dalam segala aspek dan perlu buang segala sifat budak-budak yang ada. Salah satunya termasuklah si kembar itu. Memang saya tak terfikir langsung dah tentang kewujudan dia dalam minda separuh sedar saya yang telah wujud bertahun-tahun dalam kehidupan saya.

Sehinggalah setahun lebih yang lalu, saya mula mengenali seseorang. Dia bukan orang lain. Orang yang dekat dalam kehidupan keluarga saya. Apabila mengenalinya, saya lihat perangainya lebih kurang seperti kembar imaginasi saya itu. Malah, dia juga seorang yang berimaginasi bahawa dia juga mempunyai kembar. Ajaib betul. Kami sebaya. Tarikh lahir kami hampir-hampir saja. Disebabkan dia lahir terlebih dahulu, jadi dialah abang dan saya adiknya.

Imaginasi saya jadi kenyataan. Kisahnya bukan setakat di sini. Kembar imaginasi saya kini bukan lagi sekadar bayangan tapi benar-benar muncul dalam kehidupan harian. Cuma masih belum ada rezeki agar yang maya menjadi nyata.

Bersambung…

Nota 1: Nama Safuan itu dulu saya beri kerana saya sukakan huruf F. Kalau dah kembar, biasanya huruf awal nama juga adalah sama, kan. Jadi, muncullah Safuan. Kebetulan, nama kembar yang nyata itu juga bermula dengan S dan mempunyai huruf F. Huhu.
Nota 2: Saya menulis entri ini kerana ditanya oleh Khairul apakah yang saya maksudkan dengan kembar imaginasi saya.

49 Responses to “Kembar (i)”

  1. Khairul says on :

    Salam Kak Sarah.

    Waa. Tak sangka KS ada habit berangan sampai camni sekali.

    Saya pun kuat berangan, tapi biasa2 je la, berangan jadi watak komik Alam Perwira. Hoho.

    Tak sabo nak tunggu Part II neh.

    Reply

  2. UnaChenta says on :

    Salam ziarah Sarah!..

    Best lak cerita kembar imaginasi ni..

    semuanya kebetulan yg indah kan?..serendipity?..hehe

    Saya dulu pun berimaginasi waktu sekolah..

    Saya Kembar,
    dan selalu berimaginasi saya tidak mempunyai kembar..ntah, saya tidak suka di`uniformkan’.Saya mau mempunyai identiti sendiri..

    Tapi itu mgkin dulu, sekarang saya sayang kembar saya sebab kami dah jarang bergaduh huhuuuu..

    Reply

  3. fathiyyah says on :

    ahaha..suka huruf F eh ks?
    (malu-malu)

    kekeke..sy tak pernah berimaginasi smpai cmtu tau kak..setakat berangan jadi doktor pernah la..hihi
    sy nak tunggu bahagian dua juga laa..

    Reply

  4. ~young mango~ says on :

    hoho..same goes to me..sy pernah berimaginasi suatu ketika dahulu,mempunyai abang dan kakak kembar sebanyak 10 orang.dan sy juga berimaginasi bhw sy adalah seorang lelaki bernama irfan..haha..ni sume gara2 sy x suka jadi anak sulung dan jadi seorang perempuan..sampai ayah sy tegur sy slalu berangan dan ckp sorang2,then lps tu sy stop berangan..haha..tapi tu semua suatu ketika dahulu…

    rindu sgt kat sarah…harap sarah baik2 saje:-)

    Reply

  5. jejakalkindi says on :

    huhu..bangga sekejap sarah suka huruf F & S (*perasan)…mereka yang ada huruf F memang cool (*perasan lagi)..

    tapi camna nama anak2 aku xde pulak huruf F&S pulak, lupalah pulak..semuanya ada N&A (*gerammm)..oh, patutlah k.mai suruh cepat2 registar nama anak dulu…ish.

    Reply

  6. Ami Farhani MNA says on :

    Oh, kita punya persamaan.
    saya juga pernah berimaginasi mempunyai kembar. tapi tidak spesifik,kadang2 boleh jadi perempuan, kadang2 lelaki. Dulu2, sekarang tak lagi, tapi tidaklah sampai terasa kehadiran kembar tu. hihi. tapi seronoknya KS sebab imaginasi dah jadi kenyataan~wow

    huruf F juga huruf kegemaran saya~

    seronok membaca entri, baru saya tahu bukan saya seorang yangpernah berimaginasi sebegitu~heh

    Reply

  7. Ejalz says on :

    salam sarah, beranganlah kamu sebelum kamu begitu sebuk untuk berangan, hinggakan nak ‘bernafas’ pun susah..
    p/s samada masa dah kerja ataupun kalau dah berumahtangga nanti.. hehe..

    Reply

  8. chi am says on :

    kamu juga boleh mula panggil saye chi amF.. keskeskes. selamat tahun baru sarah.

    Reply

  9. ahmad says on :

    imaginasi?.. kembar?.. apa ni?.. ceh.. mcm tak penah berkhayal..

    Reply

  10. emma says on :

    pergh…dasatnye imaginasi…

    sy pun ske berimaginasi…n susah sgt nak hilangkan tabiat nie…

    setiap mlm, sy tak mampu tidur kalo sy xberimaginasi dulu…

    pernah kadang2 sy imagine sy jd halimunan dan masuk supermarket n amik seberapa banyak brg2…

    sehingga saya tertidur…

    p/s: mati atau pengsan…antara penyebab saya tidur tanpa imaginasi …ki3

    Reply

  11. disturbia says on :

    salam…

    dahsyat gak imaginasi sarah ni ek..

    Reply

  12. KA says on :

    bestnya berangan-angan

    sy nak ada kembar gak hehe

    ish ish…

    x sabar nak tunggu sambungan

    Reply

  13. KA says on :

    be4 dat x sangka ks ada angan2 camni….

    Reply

  14. abdrahim kassim says on :

    Saya pernah mendengar dari seorang ustaz, setiap manusia yang lahir ke dunia ini adalah bersama kembarnya iaitu “qarin”.

    Saya juga pernah bertanya seseorang “qarin” itu apa dia? Dia kata jin.

    Wallahualam…

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    Haa. Tu la. Jangan tak tau =p KS pun tak tau macam mana la otak KS boleh terfikir nak fikirkan benda2 macam ni. Hehe. Tunggu part ii ok =)

    UnaChenta:
    Awak ada kembar? Wah. Best nya! Kadang2 tengok pasangan kembar gaduh2 macam comel je. Tapi semua orang pun tau sebenarnya pasangan kembar mana boleh nak gaduh lama2. Chemistry diorg kuat sangat =)

    Thia:
    Suka F tu hanya apply untuk nama lelaki je. Haha. Sungguh ni. Nama perempuan KS tak kisah huruf apapun asalkan nama yang ada maksud yang best2 =)

    Reply

  16. snm says on :

    salam maal hijrah sarah 🙂

    nama saya ada F, adik-adik ppuan ada F, yg lelaki L. heheheh 😛

    Sarah..mcm ada satu film tu la. tp x ingt film apa. yg ada crte psl kembar khayalan ni.

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faiq:
    Ya Allah! Kita sama ye Faiq! Patut la kita kamceng dari dulu ye. Huhu. Tapi kenapa saya tak penah tau pasal nama Irfan tu? Awak tau tak, saya dah book nama Erfan untuk anak saya nanti tau. Haha. Mesti awak gelak baca komen ni. Tapi saya tak pulak cakap sorang2. Saya terbayang2 dalam kepala je. Hehe. Tu sebab sampai sekarang saya ada habit terbayang2 rasa macam2 kat tekak la, itu la, ini la macam yang saya cerita tu =p Saya pun rindu kat awak juga Faiq. Semoga awak sehat2 je ye. Salam Maal Hijrah =)

    Abg. Fisol:
    Adeh. Ada orang perasan pulak ye. Huhuhu =D

    Ami:
    Tu la. Bila tiba2 tengok ada banyak komen ni, baru KS tau yang bukan KS je yang ada imagine benda2 pelik macam ni =p KS suka huruf F pada nama orang laki je. Nama orang perempuan KS tak kisah pun. Hehe.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Aizal:
    Ops. Orang berpengalaman dah menurunkan nasihat. Akak, maksudnya kan, baik la saya teruskan berangan dulu kan. Hehe.

    Am:
    Sengal sungguh awak ni ye Am =p

    Ahmad:
    Huhu. Orang yang tak pernah terbayang macam ni tak leh geng =p

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Emma:
    Wah. Ni lagi dahsyat ni. Maksudnya setiap hari la awak akan berimaginasi macam2 dulu sebelum tido ye. Oh. Kalau saya, sebelum tido tu tak sempat nak buat apa dah. Penat sangat. Memang tak sedar apa dah bila dah naik katil. Hehe. Salam kenal ye Emma =)

    Kak Disturbia:
    (Sorry. Saya tak tau nak panggil nama apa. Hehe. Puas dah belek2 entri2 akak tapi tak jumpa2 jugak clue nama akak). Tu la pasalnya. Tapi sekarang tak extreme macam dulu la. Hihi.

    Khairul:
    Nak kembar jugak? Mulakan berangan dari sekarang. Ahaks =D Tunggu na sambungan part ii nanti.

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sdra. Abdrahim:
    Saya tau pasal qarin tu tapi menurut ustaz saya, qarin tu adalah roh kita. Kalau kita bermimpi malam2 kita jumpa dengan orang lain, tu maksudnya qarin kita yang keluar dan berjumpa dengan orang2 tu. Yang saya terbayang2 ni memang bukan qarin la. Hehe. Sebab dia lelaki =D

    Falin:
    Salam Maal Hijrah Falin. Huruf F tu saya suka pada nama lelaki je. Pada nama perempuan saya tak kisah pun ada huruf apa pun. Hehe. Cerita apa ye yang ada kembar khayalan? Takkan beautiful mind kot. Hehe.

    Reply

  21. kaklong says on :

    eh apasal kaklong tatau langsung pasal si safuan neh?? mmg die wujud eh secara misteri kat umah kite dulu?? hahahha

    btw tinggal 2-3 hari lagi kaklong kat umah. pasni turn awak plak jaga semua org kat umah ni. haih…

    kumpoi duet byk2.. mau buat mcm2.seerupa mcm ape yg kaklong berangan selama neh.. n mau kawen!! hahahahaha

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kaklong:
    Ingat tak Ngah cerita pasal rasa macam ada orang duduk atas almari la, tengah sembahyang la, tengok dari ceiling la. Ha. Tu semua Safuan la tu. Kalau Ngah cakap terang2, nanti awak ejek Ngah gila. Huhu. Sedih la Long awak takde kat rumah. Ngah dah nak balik, awak pulak pegi jauh.Ha. Sila kumpul duit. Dan sila kawen. Hahaha.

    Reply

  23. abdrahim kassim says on :

    Kalau cam tu tak dapek den nak nolong….

    Reply

  24. Anonymous says on :

    “…”

    tak sabar nak tggu sambungan.

    keSatria

    Reply

  25. sakura says on :

    kembar ya? hehe :p

    saya,
    ada sepupu kembar.
    ada anak sepupu kembar.

    so, ada chance x nak dapat anak kembar?
    (fuuh, jauh berangan tuh..ngeh3)

    Reply

  26. lee says on :

    mm..best gak angan2 awk ni 😉
    sy pernah juga berangan utk mempunyai seorang abang.ini semua sbnrnya kuasa minda.

    cuma, sy lihat smpi di satu sudut awk akan jadi terlalu asyik dn kmudian hilang di alam nyata.

    tu yg sy risau tu. 😉

    so just go on wit ur imagination but beware ek..msti letak limit..

    “inna asy-syaitan lil insan ‘aduwwu mubin” means ” syaitan itu kepada manusia adlh musuh yg nyata”

    tkt2, awk diganggu oleh syaitan dn jin shj..jadi, berhati2 ye..

    btw, nice story n i like it!maaf menyampuk di blog awk 😉

    wallahua’lam..wslm..

    Reply

  27. ytmz says on :

    Macam Beautiful Mind 😉

    Reply

  28. banat @ saffa @ hazwani says on :

    alamak…kalau CJ baca ni, mesti dia sangat bannge…sebab nama kembar tu safuan:P

    Reply

  29. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    tak kesah la nak berimaginasi camne pon sarah.. sy nye imaginasi, choc cake sudah..

    Reply

  30. botaksart says on :

    Ini fes time dengar orang ada habit berangan ada kembar. Pelik betul la. Susah betul nak carik orang cam kamoo nih weh..

    Reply

  31. UnaChenta says on :

    Sarah,
    Yup chemistry tu mgkin kuat..:)
    Time bergaduh boleh cakap kat kembar “Kaulah manusia plg aku benci dlm dunia!”..

    Selang berapa jam,kami boleh cerita2 ketawa2..budus sungguh kami hahaha..penat woh bergaduh ni..

    Reply

  32. alone says on :

    wo. menarik.

    saya juga macam tu. masa kecik2 la 🙂

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam untuk semua. Saya balas komen lambat sikit ye. Saya sudah mula ke hospital semula pagi ini. Awal pagi gelap dah kena bertolak. Nantikan sambungan kisah kembar ni nanti ya. Kalau ikutkan, ada banyak benda saya nak cerita tau. Apa yang terjadi pada hari semalam dari pagi sampai ke tengah malam.

    Wassalam.

    Reply

  34. haritz says on :

    Kamu orang yang pelik la Sarah, tapi bijak. Mungkin waktu peperiksaan kembar kamu datang tolong jawap periksa kot hehehe.. U ni kelakar la jugak ekk..

    ps:saya nak jadi org pertama yang diperiksa oleh Sarah selepas disahkan oleh kementerina Kesihatan sebagai Dr. Sarah. wakakakaka…

    Reply

  35. cik fizz says on :

    salam sarah..

    saya suka jugak berimaginasi,cuma setakat ni belum pernah berangan ada kembar..

    Sarah..nak cakap, lagu Afgan tue best sangat kan.. 😀

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sdra. Abdrahim:
    Hehe. Takpe2. Sekarang takde apa dah nak dirisaukan. Saya dah buang dah perangai berangan melebih ni. Hehe.

    Salman:
    Ye. Awak patut tunggu dan tau sambungannya. *sangat dramatik ni* =p

    Sakura:
    Ye. Kamu ada chance nak dapat kembar nanti.

    Reply

  37. Anonymous says on :

    eee, kebetulan yang “menyeramkan”..

    -joe-

    Reply

  38. Cinta says on :

    Salam,
    Moga baik-baik saja hari ini…cerita kembar sarah ni agak
    menyeronokkan dan agak misteri juga…

    Reply

  39. Sarah Mohd Shukor says on :

    Lee:
    Oh. Penah berangan nak ada abang ye. Jangan risau ye Lee. Saya ni berangan bukannya sampai asyik masyuk tergelam di awangan. Saya cuma rasa saya ada seorang kembar yang berkawan dengan saya. Tak melampau mana pun. Hehe. Terima kasih atas peringatan tu.

    Yasir:
    Oh. Sikit2 je. Tapi saya tak macam dalam cerita tu =)

    Hazwani:
    Sengaja saya tak bagitau Cikgu Jawe dari awal. Satgi dia ejek saya ni angau ke apa duk imagine sampai macam ni sekali =p

    Reply

  40. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    Upsss~ Eh, Fizy kata dia nak ke sana. Terkejut tau ni.

    Botaksart:
    Oh. Ini ke rupanya Encik Botak =) Adeh. Kalau baca komen2 kat atas2 ni kan, ramai sebenarnya yang berangan macam saya ni. Selama ni pun saya ingatkan tak ramai yang macam ni. Alih2 boleh buat geng plak. Huhu.

    UnaChenta:
    Alahai~ Sweet sungguh pasangan kembar ni ye. Kembar awak perempuan jugak ye? Apa la perasaannya kalau kembar lain jantina ye. Hehe.

    Reply

  41. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alone:
    Ha. Jumpa lagi sorang masuk geng ni =D Alone, saya tak pernah dapat bukak blog awak. Kenapa ye?

    Haritz:
    Aaaa.. awak jahat la Haritz =p Mana ada dia datang tolong pun =p Sebab kembar saya tu sekali pun tak penah pegi sekolah! Huhu. Err.. tak takut ke saya yang check? Kot2 nanti waktu tu la kembar saya menjelma dan dia hasut saya suruh buat macam2. Hoho~

    Fizz:
    Oh. 1st sekali, saya dah takde link awak la. Hari tu semua link saya hilang =( Mari la cuba berangan ada kembar. Best =D Saya ni peminat Afgan sebab suara dia sangat lemak dan ni salah satu lagu yang saya sangat suka =)

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Joe:
    Apa yang menyeramkan ye? *wondering*

    Kak Cinta:
    Alhamdulillah saya sihat2 aja hari ni. Cuma sakit perut sikit. Makan banyak sangat =p Misteri ke? Tak misteri sangat pun sebenarnya. Nantikan sambungannya. Baru tau sebenarnya cerita ni gitu2 je =D

    Reply

  43. Sarah Mohd Shukor says on :

    Untuk semua:

    Saya dah mula bercuti. Hari esok pun dah tak perlu ke hospital. Baik la sambung je cuti dari hari tu kan =p Buat penat je tiba2 mencelah sehari ke hospital di antara dua kali cuti. Huhu. Nanti saya dah relax sikit saya update ye. Ni nak makan dulu. Nak memenuhkan perut =p

    Reply

  44. Anonymous says on :

    kehadapan encik haritz,

    mintak maap. saya dah chop dr sarah jadi dr peribadi saya. ngahahaha!

    sila hampakan diri anda utk menjd org pertama di check oleh dr sarah selepas dr sarah mendpt lesen dari KK.

    ahahaha.

    keSatria

    Reply

  45. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salman:
    Adeh. Ayat di FS diulang sebut kat sini pulak ye. Punya la kontroversi. Ceh =p

    Reply

  46. dia says on :

    -out of topic-

    ks,
    mintak maaf ye.
    dan, terima kasih banyak2 jugak.
    sy yakin ks tahu knape sy cakap begini..

    Reply

  47. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    die nak kesini tp transit kejap jer…sbbnye die nak ke amsterdam katenye…
    tp awak ke sini kan?hahaha

    Reply

  48. Sarah Mohd Shukor says on :

    Dia:
    Siapa ni ye? Mintak maaf. KS tak cam siapa ni. Dan KS tak faham apa yang dimaksudkan *berfikir dengan keras*

    Izu:
    Haah. Dia ada cakap nak ke Amsterdam. Saya? Huhuhu *wink*

    Reply

  49. dia says on :

    erk..
    betul ke KS x cam saya? huhu~

    Reply

Leave a Reply