Dalam Kenangan

Assalamualaikum wbt

Awal Muharam 1430 Hijrah dan 1 Januari 2009 sudah semakin hampir. Selama ini, jika saya hendak menyasarkan azam baru untuk sesuatu tahun itu, saya ada kriteria saya yang tersendiri. Azam yang berbentuk perubahan positif untuk sifat dan hati sebagai seorang Muslim dan anak, saya sentiasa mengguna pakai kalendar Hijrah sebagai titik permulaan. Saya senaraikan apa yang saya sasarkan dalam tempoh setahun itu. Bagi perubahan dari segi etika diri, cita-cita dalam pelajaran dan pekerjaan juga sasaran dalam setahun mendatang sebagai seorang pelajar, saya menjadikan kalendar Masihi sebagai titik permulaannya.

Kali ini, tahun baru Hijrah dan Masihi tiba pada masa yang hampir sama. Jadi, untuk kali ini saya telah merangkumkan kesemuanya dalam satu senarai. Sebelum saya mula menyenaraikan target saya untuk setahun mendatang ini, saya mengkaji dulu pencapaian saya untuk tempoh setahun ini.

Alhamdulillah, sebelum habis beberapa hari lagi dalam tahun 1429 Hijrah dan 2008 ini, hampir 100% target saya sebagai seorang Muslim dan anak tercapai. Jadi sasaran saya untuk tahun depan semoga apa yang saya telah mulakan akan saya teruskan selamanya dengan penghayatan yang lebih. Bukankah maksud istiqamah itu ialah berterusan dan semakin memperbaiki kualiti pekerjaan kita itu. Jadi, untuk tahun baru ni, saya cuma nak tambah satu. Saya berniat dalam tahun 2009 ni saya sudah boleh memberi duit kepada emak ayah pula. Fuh. Bertahun menunggu hajat ni untuk disuarakan. Akhirnya tiba juga tahun yang dinanti-nanti. Moga saya dan emak ayah saya panjang umur untuk disempurnakan hajat ini. Saya ni umur sudah 23 tapi masih lagi mendapat duit poket dari ayah. Ditanggung serba-serbi lagi. Rasa tak sabar untuk melakukan yang sebaliknya pula.

Sebagai seorang pelajar pula, Alhamdulillah juga saya ucapkan. Pencapaian saya sepanjang tahun 2008 sangat memuaskan hati. Saya mendapat straight excellent dalam 8 subjek ketika final exam yang lalu walaupun dalam keadaan sakit-sakit. Juga medapat testimoni yang baik ketika praktikal dan pengurusan masa yang sangat memuaskan hati saya. Tapi kekurangannya tetap ada. Saya masih belum dapat mengawal emosi dengan baik ketika musim exam dan yang paling utama, saya masih lagi terikat dengan pelbagai tugas. Saya sudah di tahun akhir. Ini yang perlu saya beri perhatian selepas ini.

Jadi, salah satu niat saya pada tahun depan, saya mahu melepaskan segala tugas yang ada dan menjalani kehidupan sebagai pelajar normal yang tidak terikat dengan sebarang tugas luar sama ada persatuan atau penulisan yang lain. Saya mungkin nampak seperti pentingkan diri sendiri. Tapi saya terpaksa. Jadi, saya harap saya ada kekuatan untuk mengatakan tidak kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Ada beberapa lagi azam saya untuk tahun baru ini. Yang paling utama ialah tamat belajar tepat pada masanya dengan keputusan yang boleh membanggakan diri sendiri. Setakat ini, keputusan saya cukup boleh buat saya sangat senang hati dan emak ayah saya tersenyum. Tak perlu saya lihat orang lain. Saya akan berpuas hati jika saya dapat mencapai target diri sendiri yang saya buat sejak 5 tahun yang lalu. Serius Ya Allah. Moga-moga Kau permudahkan niatku ini.

Tentang kahwin, sila jangan tanya lagi. Saya belum terfikir lagi sebab saya mahu tunggu computer geek datang melamar dengan ros merahnya. Hahaha.

Salam Maal Hijrah 1430 Hijrah
dan
Selamat Tahun Baru 2009

Nota: Kalau ada rezeki, blog ini juga akan berubah hosting pada tahun baru ini insya Allah =)

38 Responses to “Dalam Kenangan”

  1. Ami Farhani MNA says on :

    Bismillah..huh akhirnya komen juga saya di blog KS ni.

    Salam KS
    Hmm menariklah cara KS menyasarkan azam baru mengikut kriteria tertentu dan menggunakan dua kalendar tu sbg titik permulaan. Bolehla cuba lepas ni=)

    Klu KS nak tau, saya dengar nama KS dulu sblm kenal KS. Dan saya jumpa KS dulu sblm jumpa blog KS ni. Hihi. Misteri x?
    Saya ex student Khairiah 2001-2003.
    Tak sempat sama dgn KS pun, tapi nama Sarah Shukor tu amatlah glamour. Sedikit sbyk KS jadi idola saya jugak sepanjang di sekolah tu.
    Pernah nmpk KS dtg skolah jumpa cikgu2, saya tengok dari jauh je la. segan=p
    Lepas tu, pernah tegur KS jugak masa sama2 naik bas Temerloh- Triang. Masa tu KS balik rumah dr Intec. KS mesti tak ingatnya=p
    Banyak juga tau perkembangan psl KS dari wani. Sekelas dgn dia masa form 2-3. Masa form 3 tu, duduk sebelah2 plak, banyak jgk sy tanye2 die psl KS. Peminatla katakan=p

    Then, saya dah lama ikut blog KS ni dari fs lagi.
    Bila KS cite2 sikit pasal kenangan kt Khairiah tu, tersenyum- senyum jugaklah saya=p

    Panjang plak komennya, maaf!
    Saya sekarang study kat Mesir, amik medic jugak. Tahun 2 sama dgn Fathiyyah. Suppose tahun 3, tapi takde rezeki, saya repeat year tahun ni.

    Apapun KS tetap menjadi sumber inspirasi saya.hik3.

    wslm

    Reply

  2. abdrahim kassim says on :

    Awak seorang anak yang baik. Ibu bapa yang jadi keutamaan. Sejuk perut ibu yang mengandungkan mu. Semoga ianya berterusan…

    Reply

  3. Syam says on :

    saya bagi hosting free. kamu nak park domain kat hosting saya pun xde masalah. amacam? plus saya installkan WordPress & basic plugin.

    Reply

  4. Ainul Arina Madhiah says on :

    semoga ks dapat semua yang diimpikan.. allahu yusahhil alaik!

    p/s: yang part last tu ada jugak rupanyaa.. -_- ish2.. =P

    Reply

  5. nono says on :

    Salam Maal Hijrah buat Sarah jugak..
    Have a blast, bless and bliss one this year.. Insha Allah..

    Take care. 🙂

    Reply

  6. Sweet Thinker says on :

    pehhh. laju je syam. ehem2. ko nk kena belasah dgn CG ke? nnti tragedi berdarah kat suzi korner. akoo ramalkan syam nie akan tulis pasal tahun hijrah jugak nnti. huuuu. ape2 pun kalo balik mesia xde kije, u datang kije ngan i je. k. daaa!

    Reply

  7. sakura ^^ says on :

    salam ma’al hijrah.
    jom kita berhijrah ke arah yang lebih baik. *ni baru masuk sem baru nih, semangat nk blajar tengah berkobar2 nih* hehe 🙂

    dan
    sawaddee pimai = slmt tahun baru. :p

    Reply

  8. fathiyyah says on :

    salam ks.

    sy selalu dpt inspirasi dr blog akak.tak pernah bertemu dengan akak,kenal melalui nama je tp bila rasa turun smgt sikit,sy mesti jumpa smgt baru dalam DS ni..

    akak,doakan sy agar dapat jadi insan yang lebih baik.belum mampu jadi yg terbaik pun tak apa la.asalkan ada perubahan yang positif.sy mahu capai target sy juga.sekurang-kurangnya lebih baik dr tahun lepas..

    akak,sila jaga diri.sy sayang akak ok.
    akak jgn sedih-sedih dan mesti mahu gembira je.sebab ramai sayangkan akak..

    p.s: kak,ada pesan dr emak utk akak..special request punya..hhihi

    Salam Maal Hijrah Kak Sarah~
    -thia-

    Reply

  9. fathiyyah says on :

    haa lagi satu..sy ternanti2 juga saat yang ‘perenggan terakhir’ tu..tak aci kalau ainul tahu dulu..kekekeke

    Reply

  10. fathiyyah says on :

    salam ks..sy dh hanta emel kat akak..sila periksa emel ‘gmail’ akak tu yaaa..hihi

    Reply

  11. Acai says on :

    Salam sarah,

    Waaa bagus2 sarah.siap ada senarai perubahan yang dikehendaki semua..sbnrnya didokumen tu lebih baik..macam sy malas menulis, azam dalam hati je..baru bulan 2 dah lupe yang kecik2 tu,hahaha..sebab kalau tulispun mesti hilang kat mana2 tah..

    Pasal pelajaran rasanya awk memang dah buat yang terbaik..semua orang akui..sebab tu ramai peminat awk hatta dikalangan junior2 awk tu,hihi…macam kawan ngan artis je sy,hahahaha..bagus awk menjadi idola mereka semua..:) itu bleh jadi dorongan awk untuk jadi insan yang lebih baik dan jaga segalanya ttg akhlak, tingkahlaku dsb..

    wah wah kemain lagi awk ek nak berubah hosting semua..hosting takpe, domain tu nanti yg melambangkan identiti awk,ceewahh..jgn dah kerja nnti malas update sudah,haha..

    Sarah, bila nak kahwin nih? =P

    Reply

  12. awaktahusaya says on :

    sarah

    sy xpayah ckp byk rsanya.awk lg tau yg terbaik utk diri awk.cuma sy nak btau, apa pun yg awk buat,sy sentiasa doakn awk.
    (pasti ke nk tunggu comp geek?)

    Reply

  13. Khairul says on :

    waow, KS jadi inspirasi banyak orang neh..

    um, good luck KS, in anything you do. saya pun sentiasa doakan yang baik2 untuk KS.. 🙂

    Reply

  14. snm says on :

    sarah..salam maal hijrah 🙂

    smg tcapai smuanya yg awak target.

    doakan tcapai target saya yg satu itu..insyaAllah 🙂

    Reply

  15. a.s.h.a.r says on :

    Azam Sarah untuk 2009 sama dengan bro waktu mula kerja dulu.
    waktu tu kat MIMOS, Bukit Jalil

    First gaji bro, bro bagi setiap ma dan ayah
    sekeping RM 1
    sekeping RM 5
    sekeping RM 10
    sekeping RM 50
    sekeping RM 100

    bro bagikan kepada 4 orang
    (yang 2 lagi tu bakal ayah & mak mentua)

    yang bestnya, ayah bro simpan lagi duit tu sampai skrg…

    Reply

  16. Mazarina says on :

    wahai dik sarah..slamat maju jaya..tomorrow will give us something 2 think about..minat penulisan gak ek?akak pun.hehhee

    Reply

  17. jejakalkindi says on :

    selamat menyambut Maal Hijarah dan selamat tahun baru dari the fisol family…azam kami nak lebih berjaya lagi dari Sarah…haha..

    kami rasalah kan, sarah akan menamatkan zaman bujang tahun depan..

    kalau betul bolehlah kami pinjam pelamin untuk untuk tambahkan koleksi gambar kawin abg & k.mai..hehe..xdelah..lawak je..sarah xkan bagi nye..

    ..k.mai kirim salam dr. sabah..

    Reply

  18. HAIRI BIN ISA says on :

    Internet di topup…
    Megabait yg diguna x terkira banyak mengalir masuk n keluar..

    Klik,klik,klik…
    tetikus ditekan…
    tak terkira jumlah air mineral Bon Aqua diminum,
    Jam berdetik-detik.
    Tak terkira masa berlalu pergi..

    Leka,
    Terharu,
    Gembira,
    Ketawa,
    Air mata mengalir,
    Kembali gembira,
    Sedar2,
    subuh menjelma…

    Saya habiskan satu malam utk baca semua entri…

    Dari zaman ‘muda’ si penulis…hingga ke zaman ’emasnya’..

    terpegun lagi..

    hebat.

    Andai diberi duit USD yang banyak.
    andai semua emas di Poh Kong itu saya punya,
    Andai pesawat Emirates utk pulang ke m’sia itu saya yg punya…

    pasti x sama nilainya dgn dua patah perkataan yang berbunyi….

    TERIMA KASIH!

    p/s: mcm mn nk ckp errkkk.Blog ni mantap abes….hebat sungguh…!

    Tahniah..

    Teramat byk pengajarann yang amat2 berguna…

    Reply

  19. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    yeayyyy
    Hint jugakkk

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ami Farhani:
    Ya Allah. Kamu kenal KS ke? Maksud kamu, kawan kamu tu Shazwani Sheikh Bokhdi yang sedara KS tu ye? Keciknya dunia. KS tak ingat sebenarnya kita penah bertegur sapa dalam bas. Dah lama sangat kot. Maaf sangat2 ye. KS ni banyak kurangnya Ami oi. Hehe. Tak layak langsung nak jadi contoh pada orang lain. Kalau ada mana yang tak elok tu, kamu jangan ikut ye. Hehe. Ooo. Kamu follow blog FS KS jugak ye dulu? Lama dah tu. Terharu pulak KS =) KS doakan kamu terus survive kat sana. Mungkin tahun lepas kamu takde rezeki. Insya Allah untuk tahun2 seterusnya ni, kena lagi sungguh2. Ok?

    Sdra. Abdulrahim Kasim:
    Saya tak tahu saya anak yang macam mana. Tapi saya nak pastikan mak ayah saya terpelihara selagi saya masih ada untuk jaga mereka.

    Syam:
    Awak terlalu baik ni pada saya. Terharu pulak jadinya ni. Saya sebenarnya dah pakat dah hal ni dengan adik saya sejak hari tu. Untuk masa ni, saya kekal dulu dengan keputusan ni =) Saya ni pun sebenarnya sub kan storage saya pada adik saya punya je nanti. Domain insya Allah yang sendiri la. Hehe. Apa2pun, terima kasih sangat Syam. Terharu saya 2 kali awak offer ni =)

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Terima kasih ye Ainul =) Oh. Last part tu satu doa la kot. Haha =p

    Nono:
    Terima kasih Nono. Salam Maal Hijrah =)

    Sweet Thinker:
    Loque, Syam berniat baik tu. Serius dah 2 kali dia suarakan tawaran tu tau. Takde yang tersirat pun. Hehe. Oh. Takdenya CG nak belasah2 dia. Ada CG ke selalu di Suzi’s Corner tu? Huhu. Wa. Yang ni offer kerja la pulak ye. Wii~

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sakuraa^^
    Salam Maal Hijrah. Ha. Wajib la bersemangat kan dengan new sem nya ni. Hehe. Eh, bahasa apa tu?

    Thia:
    Salam Maal Hijrah Thia. Alahai. Macam tu sekali ke. Kadang2 tu KS ni bukannya menulis sesuatu yang beri inspirasi pun. Nanti makin hilangkan motivasi orang je. Huhu =p Apa2pun terima kasih atas doanya. KS dah baca email kamu. Cuma malas lagi nak mengadap email lama2. Ni mata ni pagi ni buat KS pening sangat2 lagi. Kena tunggu tengahari sikit baru akan ok. Untuk ringkaskan dulu jawapannya sebelum balas dengan email yang panjang (haha), Insya Allah takde hal la nak penuhi hajat mak Thia. Hehe. Small matter aje tu 😉 Tak sangka mak kamu suka benda2 tu ye =) Nanti KS balas kat email. Tunggu mata KS ni relax2 sikit deh.

    Acai:
    Saya suka tuliskan apa yang saya nak buat. Nanti boleh dijadikan checklist. Senang nak rujuk semula mana yang dah buat, mana yang belum. Macam tu la lebih kurangnya. Acai, saya ni tak layak langsung nak dijadikan idola ke, contoh ke, apa2 je la. Awak sendiri pun kenal saya ni macam mana kan. Macam ombak je kadang tu. Saya harap apa yang buruk tentang saya takde la orang terikut-ikut. Domain tu sah2 la domain sendiri. Nak identiti sendiri kan. Untuk hosting saya share yang adik saya sebenarnya (eh yeke apa saya cakap ni? pening sudaaa). Share storage dia yang banyak lagi tu =p Saya suruh dia bayar semua dulu lepas tu claim kat ayah. Hoho. Domain murah je kan. Yang hosting tu, saya tumpang dia. Maybe free je kot dia kasi saya. Kalau dia nak suruh saya bayar, tunggu saya keje =p Haha. Eh, saya kena la kawin lepas awak kawin. Kalau tak, sape nak jadi OP saya nanti kan =)

    Reply

  23. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    interrupt sarah mengupdate comments..yeehaa

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Awak Tahu Saya:
    Saya sebenarnya musykil ni. Siapa ni ye? Saya tak tahu awak rasanya kot. Tapi apa2pun terima kasih atas doanya. (Computer Geek adalah pilihan buat masa ni. Hehe. Atau satu perumpamaan untuk sesuatu yang hampir sama dengannya) =p

    Khairul:
    Eh, mana ada banyak. KS ni pun macam apa je entah. Terima kasih ye Khairul. KS pun selalu ingat kat kamu. Semoga kamu capai apa yang kamu hajatkan =)

    Falin:
    Salam Maal Hijrah Falin. Terima kasih ye Falin. Oh. Saya doakan awak dapat capai target tu!

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro ASHAR:
    Ya Allah. Menariknya apa bro buat ni! Saya baca komen ni awal pagi tadi. Rasa bergenang je mata. Tapi saya nanti bahagi 2 je la. Hehe. Takde lagi bakal mentua yang saya nak fikirkan. Hehe =D

    Kak Mazarina:
    Terima kasih kak. Ha. Saya tau akak minat penulisan jugak. Kalau bukak blog akak, saya akan belek-belek link2 yang ada sekali kat situ. Banyak pasal penulisan. In fact, cara akak menulis pun penuh gaya 😉

    Abg. Fisol:
    Adeh. Gelak betul saya baca komen kali ni. 1st sekali, terima kasih atas doanya. 2nd, saya tak mungkin kawin lagi tahun depan. Percaya la. Kalau ada nanti, saya tak lupa punya la pada The Fisol Family ni =D Nanti kalau ada pelamin saya, ha, saya umumkan untuk suruh Abg dan Kak Mai naik bergambar jadi pengantin kat atas tu. Huhu. Salam untuk Kak Mai semula ye =)

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hairi Isa:
    Ya rabbi. Kamu baca semua entri2 KS malam tadi ye? Patut la bila KS check traffic, ada dari Nizhny yang berjam-jam spent masa kat sini. Walaupun kamu 1st year, KS tau kamu akan jadi orang hebat2. KS boleh nampak tu dalam diri kamu =) Kamu mungkin tak cam KS tapi KS ada waktu pre departure program di PWTC dulu =) KS ada ingat beberapa orang yang sebut nak ke Nizhny. Salah sorangnya yang berdiri kat majlis tu kan. Mungkin kamu pun ada dalam majlis yang sama =) KS ni takde apa pun Hairi. Kalau ada yang kamu jumpa yang baik2 dari blog ni, harap berguna untuk kamu jugak. Tapi yang mana yang tak elok tu, maafkan KS ye.
    p/s: Panggil je KS. Semua junior pun panggil KS je. Hehe.

    Izu:
    Awak faham ke maksudnya? Wah. Nanti saya cerita kat email ok. Sebenarnya, mata saya ni tak tahan menatap laptop lama2. Masih kabur dan memeningkan.
    Eiii. Izu memang suka kacau saya sebab hobi Izu ialah mengacau saya =p Haha~

    Reply

  27. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    geramnyer la hai

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    Hihu. Dan saya pulak suka buat Izu geram. Choc indulgence nak? Tak payah. Buat sendiri naa =D

    p/s: Saya nak solat Zohor. Daa~

    Reply

  29. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    mintak ampunnnnn

    Reply

  30. Ami Farhani MNA says on :

    Terima kasih KS atas kata- kata semangat tu. Doakan saya ye. Haah, betullah tu, Shazwani Sheikh Bokhdi. Dunia memang kecil=) Saya tahu rumah KS di atas bukit tu..hihi. Cuma tak pernah singgah je. Saya orang Temerloh juga, tapi lama tinggal di Bera 15 tahun, sekarang di Rompin pula. KS tahu, cerita KS terbakar tu saya tahu dari Wani dulu sebelum baca di blog ni=p

    Dah lama ingat nak tinggalkan komen di sini tapi segan. Saya tekad, saya hanya akan komen kalau saya jadi orang pertama.hihi.macam apa je=p

    take care ye. salam kenal.

    Reply

  31. Cinta says on :

    Salam,
    Selamat menyambut Maal Hijrah dan Selamat menyambut Tahun Baru dik Sarah…semoga semuanya baik-baik buat sarah dan semoga azam-azam Sarah akan terlaksana…amin..

    Reply

  32. Magnetic knee says on :

    Tetapkan niat dan istiqamah lah. Ramai mengharapkan yang terbaik.

    Moga berjaya.

    Reply

  33. sakura ^^ says on :

    itu bahasa siam. kwang3 =)

    ish3, ramai jugak yang terinspirasi dgn blog akak ni ye. sy pun nk jugak la. hehe :p

    Reply

  34. syzn says on :

    semoga tercapai niat akk yer….
    =)
    aminn…~

    Reply

  35. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    Tak leh. Bluek =p

    Ami Farhani:
    Oh. Banyaknya kamu tahu pasal KS ye. Satu hari nanti kalau ke rumah Wani, singgah la rumah KS sekali. Atas bukit tu je. Kalau pagar tutup pun, bukak je naik. Hehe. Tak pun usung Wani ke rumah KS. Kami dua pupu je pun. Dah biasa datang rumah masing2 =)

    Kak Cinta:
    Salam Maal Hijrah kak. Terima kasih atas doa dari akak tu =)

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Magnetic Knee:
    Nak istiqamah tu susah kan? Doakan semua dapat istiqamah pada apa saja amalan baik yang sedang dilakukan atau diusahakan =)

    Sakura:
    La hai… Siam rupanya. Padan la tak cam langsung! =p

    Syzn:
    Oh. Siapakah ini ye? Apa2pun terima kasih ye =)

    Reply

  37. arsaili says on :

    Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

    Reply

  38. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    takpela kalo sarah tanak buat
    nak buat camner kan..
    orang tu dekut..
    tanak kawan die

    Reply

Leave a Reply