Moscow Dan Isu Keselamatan

Assalamualaikum wbt

Elok saja selesai Subuh, saya terus ke dapur untuk memasak. Saya ada group discussion bersama team saya hari ini. Saya ditugaskan memasak. Senang saja. Buat nasi lemak sambal ayam. Habis cerita. Sedang saya memasak, telefon saya berbunyi. Panggilan dari emak dan ayah.

Saya memberi salam dua kali, orang di sebelah sana masih tidak mendengar suara saya sebaliknya masih berbual sesama mereka. Dan saya terdengar apa yang mereka bualkan. Dan saya sudah mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Tambahan pula, masih gelap pagi lagi di sini ketika itu. Apa halnya emak dan ayah hendak menelefon. Saya terdengar mereka berbual begini:

Ayah: Dia tak tahu lagi kot pasal ni.
Emak: Kena cakap elok-eloklah kalau macam tu.
Ayah: Terkejut dia nanti.
Saya: (Cuak menanti)

Bila saya hulurkan salam ketiga, barulah mereka sedar saya sudah menjawab panggilan. Emak pun konon-konon cool memulakan perbualan dengan ceria. Ada gelak-gelak, suara ceria-ceria. Lalu emak pun menanyakan tentang keadaan di kawasan rumah saya di sini. Saya kata baik-baik saja semuanya. Barulah selepas itu emak menceritakan tentang berita yang didengarinya berkenaan letupan bom di sebuah pasar di Moscow yang menyebabkan ramai yang cedera parah. Saya sedikit terkejut. Emak bertanya, ada tak kemungkinan itu adalah pasar berhampiran rumah saya. Lagipun emak teringat cerita saya bahawa setiap Sabtu dan Ahad kami selalu ke pasar. Emak, kami ke pasar hampir setiap hari tau. Hehe.

Saya sudah tergelak-gelak. Emak cuak kalau-kalau pasar itu adalah yang berhampiran dengan rumah ini. Jawab saya, saya sendiri pun masih tidak tahu apa-apa tentang hal letupan itu. TV tak buka, radio pun tak dengar. Yang pasti, bukan pasar yang berdekatan ini. Malam semalam saya tidur sangat lewat. Tiada satu apapun kekecohan yang terjadi. Memang mustahil pasar ini. Lagi pula, pasar yang berdekatan ini adalah pasar yang paling dekat dengan Center of Moscow. Inilah juga pasar termahal dan paling sibuk ketika hari minggu. Pasar ini mempunyai pengurusan yang baik. Dari segi kebersihannya sama ada pasar luar atau yang di dalam bangunan. Pasar ini ada standardnya yang tersendiri. Hal-hal keselamatan juga insya Allah terjamin di sini.

Selesai memaklumkan pada emak ayah apa yang sepatutnya, saya berjanji akan memberitahu jika ada apa-apa perkembangan terkini (tapi saya tak sempat mesej atau telefon pun kerana sangat sibuk sepanjang hari). Sedang menunggu sambal yang ditumis, yang masuk ke bilik membelek-belek laman berita utama di Rusia. Utra.ru masih tiada berita terkini. Pelik sungguh. Sudahnya saya buka Rian.ru dan The Moscow Times. Barulah kedapatan berita tentang hal ini.

Seperti yang dijangkakan, kes letupan ini adalah kegiatan Skin Head. Kali ini, kes bom buatan sendiri. Saya malas hendak ulas lanjut tentang hal ini. Mesti ramai yang tertanya-tanya, selamat ke tidak Moscow ni. Banyak sungguh dengar kes itu ini. Meletup sana, meletup sini. Bunuh sana, bunuh sini. Pukul sana, pukul sini. Yang boleh saya katakan, kita tak cari pasal, kita tak tempah nahas, kita mungkin terselamat. Mungkin sajalah. Bukan 100% terkecuali. Ada yang innocent pun merasa juga sedebik dua.

Moscow ini selamat sebenarnya. Saya tak tipu. Tapi lumrahlah kalau ada yang ditakdirkan berhadapan dengan ujian sebegini. Di Malaysia sekalipun, ada juga kes ragut, pukul dan yang lebih menakutkan rogol. Di sini tiada langsung nak takut tentang rogol-rogol semua ni. Mereka menghormati perempuan jauh lebih baik daripada orang kita sendiri (atau kerana bila-bila saja mereka boleh dapat perempuan mereka dengan percuma?). Hehe.

Tapi apa-apapun, nah ini dedikasi khas untuk si Skin Head: “Bengong kau Skin Head! Bikin adrenaline rush saja! Apa kau ingat botak tu menarik? Apa kau ingat memukul orang tu macho? Kau silap besar. Kaulah manusia paling huduh dengan satu tindikan di tepi mata beserta tatu naga yang buruk rupa. Hah. Kau memang huduh wahai Skin Head. Dahlah busuk dalam metro pagi-pagi dengan kot bau masam seribu cuka. Ketiak masam tak reti nak shave pakai deadorant segala. Kau bengong, huduh dan busuk wahai Skin Head!” (Haha. Skin Head tak faham Bahasa Melayu!)

Nota 1: Saya bagi amaran, jangan tanya apa-apa tentang keselamatan, Skin Head dan sebagainya. Saya sangat malas dan tak suka nak jawab. Moscow ni selamat. Kalau tak bernasib baik saja baru terkena. Kat mana-mana pun sama saja hal ini.
Nota 2: Kes letupan itu berlaku di selatan Moscow. Jauh dari kawasan saya yang di tengah-tengah Moscow ini tapi agak berdekatan dengan sebuah hostel lain milik uni saya.
Nota 3: Saya dengar lagu You Belong To Me lebih dari 100 kali dah kot hari ni!
Nota 4: Esok kelas pukul 11. Horray~

17 Responses to “Moscow Dan Isu Keselamatan”

  1. Inah says on :

    hoho..being the first one to comment here :)..suka suka!!

    moscow nyata lebih selamat dr malaysia kan..begitu juga adelaide 🙂

    kadang2 local people respects us more than malay..trust me..i have experience in this..some malay people are too judgementalist and always underestimate people 🙂

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Yeay. Yeay. Kak Inah’s the 1st! It applies not only for the Malays but for the whole community. Be it Chinese or Indians, either Muslims or Non-Muslims, judgmental is already a part of their minds. Moscow is heaven for me but I still don’t regard it as home though =)

    Reply

  3. Acai says on :

    Slm sarah,
    Aah masa sy dengar berita tu risau gak awk kat sana,ceewahhh..:) kesimpulannya, sarah kenalah selalu buka laman news kat sana ye..ada ke patut orang kat mesia tahu dulu 🙂 tang pasal2 mak ngan ayah awk risau..

    Emm, kat manapun golongan yang suka menimbulkan kekocohan memang sy tak suka..lelagi bila melibatkan keselamatan manusia,huhu..apapun jaga diri kat sana sarah..

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    Salam Acai. Nak buat macam mana Acai. Waktu bendanya jadi, kami kat sini tengah tido lagi. Mak ayah saya called pun waktu tu saya sorang je dah bangun kat rumah ni. Hehe. Saya pun benci jugak. Tak boleh ke nak hidup aman damai buat perangai elok-elok. Hehe. Semoga cepat sihat ye Acai.

    Reply

  5. Inah says on :

    psst..you belong to me banyak kali dengar ni..ade sesuatu bermain dalam hati ke?? hehehehe

    try to listen to the man who cant be moved by the script 🙂

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    Nothing. I just love poetry. Everything that comes with good wordings and artistically arranged, so I enjoy it. I have a friend who loves singing. For him, what important is the music. But for me, the lyrics come 1st. If it has good music too, that will be a bonus. That’s the case. This song has both! Awesome lyrics, awesome music. Oh one more. Awesome voice! Huhu.

    Reply

  7. haritz says on :

    Ye betul kalau fikir keselamatan kat mana pun tak selamat. Maksud saya kalau nak mati dah sampai ajal pasti mati, yg lain2 tu hanya penyebab.Cuma saya hairan kenapa bangsa kafir ni pun faham hormat org terutama pompuan kenapa kat sini org suka buat tak tentu kalu.

    Yan, Kedah

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Haritz:
    Betul betul. Kalau dah nak mati, kat mana-mana pun boleh. Yang fakta pasal perempuan tu, tu la pasalnya. Kat Malaysia, saya tak keluar malam kalau bukan dengan ayah dan adik-adik lelaki. Takkan ke mana-mana berani je suka hati sorang2. Sebab takut kemungkinan2 yang macam ni la. 5 thn kat sini, Alhamdulillah saya tak pernah kena apa2 lagi walaupun memang sorang2 je ke mana-mana.

    Reply

  9. Hantu says on :

    alang alang dah kena kantoi, bolehlah komen kat sini pulak yang tak seram langsung. =)

    betul betul.

    patut la orang tua saya pun sms pagi tadi tanya ok ke tak.

    mula mula fikir, buang tabiat ke apa. tak pernah pernah nak tanya tiba tiba tanya.

    rasa macam mimpi pun ada.

    sekarang baru faham. begitu rupanya.

    tak sangka lah orang sibuk ada masa tengok berita kan.

    Reply

  10. jejakalkindi says on :

    salam…

    Apa la nak jadi ngan skin head ni kan….rasanya diorang pun x tahu apasal diorang berkepala botak, lagipun kat moscow tu sejuk, x kah x sesuai berkepala botak?…

    abg pun nak botak jugak tapi lepas buat umrah & haji nanti..

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hantu:
    Akhirnya terkantoi sama KS kan. Huhu. KS pulak pelik sebab mak ayah KS called pagi2 buta. Orang sibuk biasanya tak sempat tengok berita. Tapi dengar orang je bercerita. Huhuhu.

    Abg. Fisol:
    Sesungguhnya skin head ni sengal. Dah la sejuk, botak pulak tu. Memang tempah nahas membekukan lagi otak diorang yang tak berapa nak bergerak sangat tu. Huhuhu =p

    Reply

  12. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks..
    cerita ks ni buat ainul teringat time mula-mula nak datang jordan. ramai yang macam tak kasi pergi sbb dekat sangat dengan palestin. Tapi itulah, kalau nak kata tak selamat, mana2 pun sama jer.. kita tawakkal la dengan allah sambil pandai2 jaga diri sendiri..

    Reply

  13. nabilah says on :

    salam sarah,

    oh..abg fisol dah komen kat sini.apa-apa pun kena beringat jugak sarah..tau..

    hujung minggu ni akak ke sabah, biar abg jaga anak dia..hehe..

    note: 4genius ada update..singgah tau

    Reply

  14. akubudakkampung says on :

    salam dr sarah..

    minta maaf dr sarah. saya dah link blog dr ke blog saya. saya link dulu baru minta kebenaran. boleh ye. kalau xboleh bagitau. nanti boleh didelete.

    saya baru berjinak semula dengan blog ni..

    jaa~..^^

    Reply

  15. feeza.yusoff says on :

    ks.da tgk “from moscow with hate”
    takot sangat.
    link ad kt plurk.
    huu!

    tengak la ad masa t k.
    tak pn utube j.

    takottakot

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    So kesimpulannya ialah: Kat mana2 pun sama aje. Hehe.

    Kak Mai:
    Beringat tu dah pastinya la. Hehe. Oh. Ada update ye? Saya tak check bookmark toolbar saya lagi.

    Akubudakpahang:
    Ni yang namanya Khairul Azizi eh? Oh. Diizinkan aje. Takde masalah pun. Nanti saya jenguk2 ke sana ye.

    Feeza:
    KS dah tengok dah video tu. Macam yang KS cakap tu la kan, KS tak suka benda2 yang menaikkan rasa takut KS. Sebab KS ni lone ranger. Ke mana-mana pun seorang. Kalau KS terfikir-fikir pasal tu, nanti maunya tak keluar rumah kot KS ni. Heheh.

    Reply

  17. akubudakkampung says on :

    aha..

    timekasih bg izin..
    bukanla dr sarah.. sy bkn khairul azizi. sy silent reader da lama dah.. seronok baca kisah dr duk luar negara..

    itu yg semangat nk nulis blog semula.. satu lg sajak2 kt antologi dunia tu..best jugak..

    hehe^^,

    Reply

Leave a Reply