Dunia Pingpong
Assalamualaikum wbt
Ini gambar Pasukan Pingpong MMA di kejohanan Intervarsity Game (IG) pada tahun 2005. Pada tahun itu, IG telah berlangsung di Volgograd, salah sebuah bandar di Rusia. Ketika itu saya di tahun dua dan merupakan kali kedua mewakili uni saya dalam pasukan ini. Ketika IG berlangsung, disebabkan saya terikat dengan jadual perlawanan yang ketat, saya tidak sempat untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sana termasuklah monumen Mother of Russia yang menjadi lambang kemenangan Rusia ke atas Jerman ketika Perang Dunia Kedua dulu.
Oleh sebab itu, saya berhajat untuk ke sana lagi ketika berlangsungnya IG pada April 2009 nanti yang kebetulan diadakan di sana sekali lagi. Kalau dulu Kontijen Moscow berangkat ke sana dengan menaiki bas dan memakan masa 18 jam perjalanan, kali ini saya taubat tidak mahu menaiki bas lagi. Saya mahu menaiki kapal terbang saja untuk menjimatkan masa. Penerbangan dalam negeri murah saja. Jadi saya akan berpakat dengan beberapa orang lagi untuk ke sana bersama-sama. Tambahan pula, saya tidak berniat untuk turut serta dalam IG kali ini. Saya hendak pencen.
Tetapi petang semalam saya dipanggil menghadiri mesyuarat Biro Sukan Badan Pelajar di sini. Saya digalaskan tanggung jawab sebagai Ketua Pingpong Wanita uni saya. Baru saja malam kelmarin saya nyatakan niat hendak pencen tahun ini, tiba-tiba ada-ada saja yang menanti. Tapi memandangkan ini tahun akhir saya di sini dan rekod tidak pernah kalah yang diukir oleh Pasukan Pingpong Wanita uni saya, maka saya menerima tanggung jawab itu. Tahun ini (April 2008), uni saya tidak mengambil bahagian dalam IG yang berlangsung di Nizhny Novrogorad kerana jadual penggal akademik waktu itu sangat padat. Maka kali ini kami insya Allah akan membuat comeback di IG Volgograd 2009. Sudah setahun lebih saya tidak beraksi. Dah ketat dah sendi-sendi ni. Jadi kita lihatlah bagaimana nanti ya. Kalau menang lagi, dapatlah saya bawa pulang pingat emas ke-4 dalam sukan pingpong ini.
Nota: Kaklong saya dapat posting di Sarawak. Jauh di sudut hati, saya terasa sedikit sedih. Bila saya jauh, dia yang dekat dengan rumah. Bila saya dah nak balik, dia pula yang semakin jauh. Dah lama tak hidup sebumbung dengan Kaklong. Rindunya zaman kecil-kecil dulu. Bergaduh tu memang ada tapi lama mana sangatlah bertahannya. Kami berdua saja perempuan di rumah tu 🙁
salam kak sarah..tu anet kan..len plak rupanya di sini…wait till she sees this..kekekeke
Reply
anyways, go M1!!!!!!!!!!sapot team pingpong korg!!!!!!ni nak paksa anet tu join team pingpong lagik…hehehe
saya jadik cheerleader korg bleh*wink wink wink*haha!
Reply
Salam aleikom wr wb,
I am Moroccan, Muslim, 27 years.
I work as an engineer in Paris (France / Europe) since 2001.
I love the culture and lifestyle of Malaysia and I’m looking for knowledge exchange.
I found your blog just by chance and I read a few articles (those in English).
my blog is : http://www.mdai.centerblog.net (most of articles are in french but you can find someones in english and arabic)
Fi Amani Allah Wa Hifdih
Mouad
Reply
pingpong ni le satu2nya sukan yg aku tak reti main. kalau lwn sarah mau aku kalah teruk ni, melainkan terpaksa main kotor. muahahaha!
posting sarawak kt mana?. kalu kt kapit dn miri ada member kt sana blh tlg carikan rumah sewa.
nanti2 awk posting le gak sarawak ye. temankan kakak awk. 🙂
Reply
Nabilah:
Ha. Jangan tak caya. Thats for real. Anet 4 years ago =p Show ur support by cooking for us. Huhu. Tapi Jan Jan dah takde. Tak tau la macam mana team ni nanti =p
Mouad:
Thanks for visiting. I’d love to know more about your life in France. Insya Allah will pay you a visit at your blog later.
Cikgu Jawe:
Dia tak tahu lagi kat mana. Katanya kena lapor diri di JPN dulu. Tapi dia kata ada ramai jugak kawan2 dia dapat sana. Hmm. Saya tak nak dah duduk jauh2. Saya nak duk dekat rumah la pulak. Terpaksa la kan berpisah lagi kami ni ha.
Reply
ayyaks..ping pong?? akak wakil kolej main chess n bola tampar jek..hehehe 🙂
ping pong penah try tapi x cukup pantas utk kejar bola
psstt..skrg tgh blajar main skuasy..jom lawan!! best utk hilangkan stress 🙂
Reply
Kak Inah:
I can’t play heavy sports anymore. I ve health problem. So table tennis is more than enough for me. Skuasy? Hmm. In my dream… 🙁
Reply
once a pingpongoholics..forever ppholics~……ks ppong pon my buah hati pengarang jantung..xleh berpisah..
Reply