Hari Kegembiraan

Assalamualaikum wbt

13 jam bejauhan daripada rumah. Pagi ke rutin Tropical Disease seperti biasa. Ada berita baik dan buruk. Berita buruknya, kes Influenza sedang memuncak sekarang ini di Moscow. Jangkitan virus pada saluran pernafasan. Berita baiknya, kami diberi cuti bermula dari hari Sabtu sehingga Rabu untuk mengelakkan perkara ini! 5 hari cuti. Hehe.

Maksudnya, boleh pergi solat raya pada hari Isnin nanti dan saya ada banyak masa untuk menyiapkan presentation yang perlu disiapkan sebelum Rabu yang perlu memenuhi standard piawaian WHO. Kerana pada hari Khamis nanti kami semua akan membentang kes kajian kami di hadapan Ketua Jabatan yang merupakan wakil dari WHO. Nasib baik untuk menyerahkan slide yang disediakan kami tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya perlu mengemailkan saja kepada Assistant Professor kami itu. Dia akan memeriksanya dan sebarang respon akan dimaklumkan melalui email saja. (Dia tahu kami malas hendak keluar kalau dah diberi cuti) =p

Tadi petang saya ke elektif Obstetrics lagi di Kashirskaya. Bermaghrib di dalam metro saja. Orang lain dah balik kerja, saya bersama Auyun, Faiz, Nazlin dan Iman pula kena pergi kerja. Sebaik habis elektif, kami berempat (kecuali Iman) menyertai kawan-kawan se-batch berkumpul di Korean Restaurant. Kami makan yang paling murah (hahaha) sebab masing-masing nak berjimat. Serius sesi permainan Truth or Dare tadi telah membongkar banyak rahsia setelah 6 tahun berada di sini. Boleh tersenyum seorang teringat permainan tadi.

Sebelum pulang, kami berjalan kaki di tepi Sungai Moscow dan kemudian baru menuju ke metro yang tidak jauh letaknya daripada hostel kami. Tiba di rumah, tetamu yang saya nanti-nantikan telah pun tiba daripada Jordan. Selamat datang ke Moscow, Amira. Comel sungguh adik Ammar ni rupanya ya.

Dan malam ini saya sangat gembira. Sesi memberi laporan mingguan kepada bos saya. Bos, kita ada banyak masa sampai Rabu. *Lariiiii*

Nota: Lagu ini saja suka-suka untuk gelak ketawa senyum ria di hujung minggu yang wardah =)

11 Responses to “Hari Kegembiraan”

  1. cikgu jawe says on :

    aku dpt bygkan betapa seronoknya dpt solat raya bg org2 di perantauan mcm awk. lagi2 di negara yg rayanya bkn hari cuti.

    5 hari cuti? lama tuuu.. ada masa yg panjang utk masak2 raya nanti.

    slmt hari raya sarah. aku tlg makankan daging korban utk awk eh?.. hihi

    Reply

  2. Hafizuddin Awang says on :

    wahh 5 hari cuti? braya sakan la jawabnya nanti. senang2 buat la open house ye. hehehe. btw, secomel2 adik ammar, comel lagi ks (menaip sambil mndengar lagu Joget Mengambil Hati). hehehe. mmg ks comel pon. :p

    Reply

  3. snm says on :

    raya sakan awak ye sarah 😀
    saya mgkin beraya di hospital. x pasti lg pun bgmana keadaan nnt.
    happy holiday ye sarah.
    lagu ni buat saya tersenyum. mr.snm pnh bg loket btk matahari&lagu ni. tp saya x ingt dh cmpak mana (mati la sy klu dia tye psl loket tu.hehe:p). loket tu saya buat jd kan key chain. dia beri wktu br nak kenal.

    Reply

  4. Only me says on :

    Ksu sendiri terasa-rasa kegembiraan sarah bila baca entri kali ni.. 😀

    Happy holiday!

    Reply

  5. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Selamat menyambut aidiladha yang bakal menjelang tiba…Sarah, jaga diri baik-baik dan enjoy ur holiday dear…

    Reply

  6. djambu puadovich says on :

    maghrib dlm metro? camne tu?

    Reply

  7. Ainul Arina Madhiah says on :

    uiks, ku mira gi jordan ek??? senyap-senyap tu.. huhu.. ^_^ kirim salam aidiladha kat dia yer ks.. kata kat dia ainul nak hadiah dr moscow.. hehe~

    Reply

  8. one says on :

    hahaha..saya balik KL pun rabu insya Allah

    Reply

  9. KA says on :

    bestnya makan makanan korea…huhuhu nak makanan korea(wuaahhhh) 😛

    btw nak skit? hewheheh

    Reply

  10. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hujung minggu yang ceria yerrr
    kami makan laksa johorrr

    Reply

  11. zuLh@iri says on :

    salam aidiladha…leh tlg kirim jersi Andrei Arshavin, Zenit St Petersburg player

    Reply

Leave a Reply