Sentimental

Assalamualaikum wbt

Saya rasa, saya seorang yang sentimental. Kalau ada sesuatu yang menyentuh hati, pasti saya akan simpan sesuatu itu selama mana ia boleh disimpan. Salah satunya ialah SMS.

Saya mula memakai nombor telefon yang saya miliki ini sejak 14 Oktober 2003. Lebih kurang dua minggu selepas tiba di sini. Orang pertama yang saya hubungi menggunakan nombor ini ialah ayah saya. Dan sehingga ke hari ini, saya masih menyimpan mesej pertama daripada ayah.

Ayah: Dah dapat nombor. Kalau SMS murah ke? Alhamdulillah dah ada facility macam ni. (14/10/03)

Ketika di tahun kedua, ayah tidak mengirimkan sebarang ucapan selamat hari lahir untuk saya. Hanya emak, Kaklong dan adik-adik saja yang ada mengirim mesej. Tapi keesokannya saya ada menerima mesej daripada ayah. Belum sempat saya membalas mesej tersebut, satu lagi mesej saya terima daripada ayah.

Ayah: I know I can rely on you. (20/01/05)

Ketika hendak menduduki final exam di penghujung tahun dua, saya rasa sangat cuak ketika itu. Emak ada menghantar mesej untuk memberi semangat.

Emak: Zikir banyak-banyak. Kalau duduk dan zikir lepas solat diam-diam, nanti kita rasa tenang je. I know you have gone through a lot. Allah knows best. (31/05/05)

Ini mesej yang paling menyentuh hati. Malam raya ketika di tahun ketiga. Saya menyewa di luar pada ketika itu. Sebaik habis kelas pada Maghrib itu, saya dan dua lagi rakan serumah terus menuju ke hostel senior untuk bertakbir di sana. Saya katakan pada ayah, saya agak sebak untuk malam itu. Selepas membaca balasan ayah, rasa pedih tekak saya, rasa panas dalam dada menahan air mata daripada mencurah turun di hadapan senior-senior.

Ayah: All my children should be strong to undertake loneliness, stress, no money situation, heart break and death. Everything happens as God wants it to happen and He knows best to put things in proper place. (02/11/05)

Dan sewaktu saya menghadapi musibah ketika bercuti di Egypt pada awal tahun 2007, saya terpaksa cekalkan diri bertemu dengan pegawai itu ini di hotel tempat penginapan saya. Serius rasa seperti seorang dewasa kerana terpaksa menguruskan segalanya sendiri. Kalau di Malaysia, mesti semuanya ayah yang akan uruskan. Ayah menghantar mesej menanyakan keadaan terkini. Selepas saya balas, ayah membalas semula begini:

Ayah: That’s my girl. I know you can handle things over there. Just beware of other possibilities. I know you can do it. (30/01/07)

Di pertengahan Ramadhan lepas, saya dapat rasakan bagaimana masa depan saya suatu hari nanti. Saya menceritakan pada emak melalui mesej.

Emak: Yes you can insya Allah. (10/09/08)

Memang sekarang telefon saya tidak berbunyi langsung kalau tiada mesej daripada keluarga tapi sebelum tidur, ketika hendak memastikan alarm disetkan pada waktu yang betul, saya mesti akan membelek koleksi mesej yang saya simpan ini termasuk beberapa buah mesej manis-manis daripada Kaklong dan Nisa.

Sebab saya mendapat semangat daripada setiap kata-kata emak dan ayah. Kalau sedang leka dengan hidup, down atau rindu, membaca mesej-mesej ini boleh membuatkan saya menangis.

43 Responses to “Sentimental”

  1. akak says on :

    Lamanya Sarah simpan..dari 2003. Kalau akak dah ke manaΒ² msj tu. Tapi tak tau la kan kalau dari parent..sebab tak pernah dapat pun. Kalau dpt simpan jgk kot. Selalu kat depan mata je..5 tahun pun berjauhan tak la jauh sangat..lagi pun masa tu tak pakai handphone lg.

    Berjauhan dr keluarga memang mematangkan kita kan..Sarah beruntung tau..take care!

    Reply

  2. mfadlimusa says on :

    Hai Sarah,

    Tak penuh ke text msg dlm hp? Saya pantang penuh mesti nak buang.

    sentimental..kdg2 boleh buat saya menangis seorang diri. πŸ™‚

    Reply

  3. chmod says on :

    laaaa..mane sms saye?sampai ati…kekekek…cik sarah nak no pon.. :p

    Reply

  4. NaiLoFaR says on :

    suke ayat ini:
    “All my children should be strong to undertake loneliness, stress, no money situation, heart break and death. Everything happens as God wants it to happen and He knows best to put things in proper place”

    nice wordings!

    Reply

  5. menteil says on :

    memang betul ko sentimental la sarah..
    banyak mesej ko simpan..
    kalau aku jangan harap ada nak simpan..
    kalau rasa dah berat jer loading bukak inbox, aku padam semua sekali mesej..
    lantak la sentimental macam mana pon.. huhu..
    ternyata aku takde jiwa.. haha..

    ok lah.. start esok aku mark mana aku suka n simpan..

    Reply

  6. Khairul says on :

    saya dulu rajin gak menyimpan SMS.. tapi dek kerana handset akan hilang/rosak 3 bulan sekali, tah ke mana dah mesej2 tu.

    oh ye, slalunye abah saya akan mesej dalam Caps Lock. ayah KS?

    Reply

  7. ahmad says on :

    erm.. sentimental yang amat.. yup.. bebudak oversea mmg sentimental.. saya penah suarakan teori ni pd kawan2.. sekitar tahun 2000.. saya tahu.. sbb saya pon penah duk oversea.. separuh dr umur saya duk kat luar.. br je balik.. dan tak akan pegi lagi..

    sy langsung tak simpan sms.. dulu masa handset tak popular lg.. surat pon sy buang.. kawan2 ckp sy tak de perasaan.. ah.. dorg mana tahu.. takkan sy nak tunjuk perasaan kat org.. sekali2 tidak.. biar dia tahu sendiri.. erm.. saya ni ego ke?

    Reply

  8. Aizal says on :

    sarah, during my studies, hp belum jadi common gadget lagi.. communication masih perlu pakai public phone.. simpan duit syiling jadi keperluan masa tu.. hehe.. melalut pulak.. anyway, as a conclusion, orang zaman sekarang ni teramatlah beruntungnya dgn adanya teknologi2 hp, online chat, video call…semua dpt merapatkan hubungan kekeluargaan…(walaupun ada yg menyalah-gunakan teknologi ni..)
    alhamdulillah, sarah dapat simpan semua mesej tu as kata-kata perangsang and boleh jadi pemangkin untuk terus berusaha…
    ppsstt..ppsstt… sebenarnya kan sarah, dgn parents tak dapat nak buat mcm sarah.. tapi dgn hubby ada buat, simpan his ‘touching’ messages.. kehkehkeh.. bila inbox penuh, what i did was salin all those messages dan simpan dalam documment.. hehe.. tapi among the documents ada yang dah lupa password.. konon nak protect dari org baca.. sekali sendiri yang lupa.. hehe..

    Reply

  9. cikgu jawe says on :

    kata2 semangat mcm tu mmg kena simpan. lagi2 kalau jauh dr famili. πŸ™‚

    awk sbnrnya sentimental atau romantis?. hehe

    Reply

  10. pencacai tua says on :

    yaa.memang seorg yg sentimental.sarah bertuah sebab ade ibubapa yg terpelajar n memahami..lulusan U n dari glgan senang..mcm sy anak peneroka asal dari kuarge susah.mak ayah lulsan sek rndah je tu pun tak abis.mnulis pun tak berape reti.kitorg adik beradik mule dari bawah nk berjya..Alhamdulillah..msing2 skang dah ade bisnes sndiri.sy jenis suke kaji org.suke sgt2..sarah pun sy kji skang.ckit2 jelah..sebab tak kenal lgsung..kenal pun melalui blog.sy dapat ckit jelah hati budi sarah..maaf kalau coment pnjg ckit..

    Reply

  11. yellowrose says on :

    hehe samela ks..kui2..saye pon bnde paling susah saye nk wat adela nk delete sms2 org…berharger giler kan..lg2 yg bg wish2 motivate2 tuh..huuu..bile da pnoh inbox jenuh nk delete2..tp mmg saye simpan la sume sms best2…huhu

    -asma

    Reply

  12. feeza.yusoff says on :

    betol.sya pn smpn lg msg msg lame.tp bile da tukar fon, trnsfer ke laptop je lah.bile ad ms, belek belek msg lame.sayu.

    *rindu msia*

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    sbb wkt thn 2003 tu, sy masih pakai Nokia 3310 lg. so, mana ada internal memory kan fon tu. sume saved dlm simcard. simcard masih wujud smpai hari ni. tu sbb msg tu masih selamat smpai hari ni =) berjauhan tu mematangkan n mencengengkan kita =p huhu.

    Bro Fadli:
    fon sy yg skrg ni pun biasa2 je. tak canggih langsung. sy simpan yg penting2 je. yg tak penting lepas baca terus delete. kadang tu tak balas pn. haha. dlm inbox sy tak sampai 20 msg pn. sume yg tersangat best je sy simpan. hehe.

    Shamsul:
    kena mintak drpd pakcik putin. huhu =p

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nuha:
    sesungguhnya ayah ks jarang hantar msg. yg rajinnya emak tp sekali ayah bg msg n nasihat, aduhai, menyentuh hati n sgt terkesan. thats what we call: when dad speaks =)

    Menteil:
    oit. gelakkan sy eh. huhu. tak byk pn yg sy simpan. fon yg sy pakai ni biasa2 aje. serius mmg sgt la biasa sbb beli tergesa2 utk gantikn yg lama jahanam dilanggar dek russian dlm metro. sambung X520 je. dlm inbox sy ada 16 msg je. yg sgt2 penting n best je sy simpan. hehe. so, mmg takde masalah berat nak load ke apa ke. huhu. sy sgt la tak kisahkan psl gadget sume ni πŸ˜‰ buat apa sy pakai yg mahal ribu raban kalau takat guna utk call n msg. huhuhu.

    Khairul:
    haa. ks suka soalan kamu yg hujung tu. ayah ks kalau hantar msg, dia akan tulis dgn seringkasnya n sgt pendek balasannya. contohnya, ks tanya psl apa ntah dulu wkt ks kt ASASI UM, dia balas: x. tu je. aduih. penah jgk dia balas: k. tu je. aduih lg. haha. kalau mak ks plak (ni dulu2 la sblum dia tukar fon baru), mmg caps lock jgk mcm ayah kamu! n lg satu, dia tak letak titik. jd pandai2 sndiri la nak nadakan ayat dia tulis tu mcm mana. hahha.

    ups. mati la ks mak ks baca komen ni. ampun mak!

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ahmad:
    tu bukan ego kot tp cuma sifat semula jadi anak lelaki. kurang amik kisah sikit psl benda2 yg berbentuk jiwa perasaan ni tp dlm hati sbnarnya diorg ingt n syg je pd org2 penting yg kirimkan surat atau sms tu. lagipun, apa yg dlm hati ni tak perlu pn kita zahirkan, kan. kita sndiri tau pun dh cukup =)

    Kak Ejalz:
    owh. apa akak buat tu sgt sweeeeeeeeeeeeeet (^__^) siap tulis smula dlm doc n save. siap ada password lg tu! actly kan kak, hehehe, sy pun penah mcm tu jgk. dulu2 wkt pakai Nokia 3310 yg takde internal memory lg tu, sy ada beberapa msg yg syg nak buang sbb dpt drpd seseorg yg penting. hehe. sudahnya, sy tulis balik msg2 tu dlm buku nota kecil sy. sampai skrg ada lg! td sy check dlm kotak barang sy kt dlm almari. mak aih. ada lg! tp msg2nya tak la byk mana yg sy tulis tu. ada dlm 15 je kot. haha. kenangan sungguh πŸ˜‰ ehem. suami akak plak simpan tak msg2 akak? ngeeheee =D

    Cikgu Jawe:
    ups. sy setakat sentimental aje cikgu. jgn sebut2 perkataan romantis tu. sat lg ada la seseorg tu baca, nanti dia fikir mcm cikgu plak sbb msg dia pun ada dlm fon sy. hahaha. bahaya tu nanti. jd salah faham plak =p

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Pencacai Tua:
    keluarga sy bukannya golongan berada kaya raya. kami biasa je. kami pn semuanya mula dr bawah. adat la hidup ni mcm ni. cuma yg dh ditakdirkan lahir dlm keluarga yg kaya raya, tu mmg rezeki dia. tp lebih baik dtg drpd keluarga yg sederhana n kita sndiri yg berusaha utk menyenangkan keluarga. bila dh capai hajat, wkt tu kita lebih menghargai susah payah kita selama ni. ni pendapat sy la.

    Asma:
    actly kan, ks tak sangka kamu duk baca blog ni jgk. hehe. ks mmg jenis menyimpan msg tp yg betul2 penting je. sbb fon ks bukan la yg jenis canggih manggih boleh simpan sampai ratus2 msg. so, yg tersangat penting n best je ks simpan. sumber motivasi n sumber utk menyenyumkan diri di mlm hari. haha. setakat ni tak penah lg la inbox ks utk fon yg ni jd penuh. utk msg yg tak penting, lepas baca, terus delete. kadang tu reply pn tak =p

    Feeza:
    ks rindu msia jgk 😐 oh. kamu pn sentimental! tp klu msg tu drpd encik suami, tu namanya kamu seorg yg romantis. ahaks =)

    Reply

  17. fathiyyah says on :

    akak.mcm sy..msg org mesia dlm henset susah sangat nak buang.lagi2msg dr org-org yang kita sayang.
    saya dpt rasa apa yang akak rasa,jadi sy faham..

    πŸ˜‰
    jap lagi nak hanta email kat akak..kalau ada masa,reply yaa..hihi

    Reply

  18. Cinta says on :

    Adikku Sarah,
    sentimental itu perlu :), dulu akak pun suka simpan sms dari rakan-rakan dan keluarga.sebelum tidur akan baca..begitu juga surat-surat lama..nota-nota kecik yang akak simpan dari zaman persekolahan semuanya akak simpan dan sekali sekala bila rindu menerpa pada rakan-rakan akak akan baca semula…ingatan dan sms pendorong pasti akak simpan dalam ingatan dan hati buat pendorong diri dan kekuataan untuk meneruskan kehidupan…akak harap sarah sentiasa kuat mcm emak panda..hehehee(sarah jgn marah tau, akak gurau jer).

    Reply

  19. Nadia Yuna says on :

    Sarah..

    i need u..

    really2 need u..

    i do call ur landline 2 times..

    but there’s no answer..

    i don’t wanna call back..

    im afraid dat i’ll disturb ur sleep..

    its ok.. till then..

    i’m helpless..

    so sad lah sarah..

    =(

    ** by the way, its not about my pokcik **

    Reply

  20. Mummy aidad says on :

    salam,
    hahaha.. memang sentimental ks ni. akak ingat ks ni pon ada romantisnye… ayah akak sekarang pon slalu sms. bagi hadith, ingatkan anak2 tentang solat… bila baca entry ks buatkan akak lebih menghargai org dalam hidup akak.

    Reply

  21. snm says on :

    sarah πŸ™‚
    mama abah saya x pndai msg pjg2 :p
    msg diorg pendek2 dan dh hafal pun
    klu saya msg
    = ma, kLin dh smpi sekian2 tmpt.
    dia jwb
    = ok
    same goes to my abah
    hehehe :p

    diorg prefer call je..

    Reply

  22. nawwar murni says on :

    salam..
    erm..sori, lm xcomment aper2 pn…
    heee..
    bercakap pasal hp ni la kan..
    ayahchik n mcik sarah ni pn sm jer…
    kalo mak, lg la, dia memg terus call jer, xnk msg2 ni..pakai hp tu pn cz kt umh xder lina phone, so, prefer gna hp tu cz senang nk contact biler2 jer kan…lgpn abah kdg selalu kuar..hp mak tu, kalo ader msg, selagi abah x tgk or kitorg adik berdaik yg bacakan, dia memg xkan bka punya laa..duk la memanjang alert kt hp bgtau ader msg masuk, he2..
    abah lak, cm sm laa..jrg msg, tp sekali msg memg berkesan la jiwa raga ni, msg dr abh memg akak liat sgt nk buang, walaupun hanya ‘k’, he2..tp biler hp selalu bt hal, hilang gak..

    owh ye, ader x kaklong bgtau esok kenduri azwar?igt lg kan?erm, so, ptg ni akak nk balik kg la utk attend kenduri dia..lm xdgr citer, tup2 dpt msg, jemputan kenduri kawin dia jer, he2..

    k la, pjg lak membebel, he2..
    c u soon, gudluck, take care..

    Reply

  23. acai yg wangi.. says on :

    alaaa cikgu jawe, sarah ni sentimental pun iyea, romantispun iyea tau..saje je dia tak tunjuk tu,hihi…:) mak sy tak reti antar msge..abah plak kalau msge ” Isal, belikan abh borang kontraktor No17/2008 JPS K.Lgt” itu je,hahahaha..

    *msge jiwang sy simpan tak sarah,kakakakak*laarikkk..

    Reply

  24. cikgu jawe says on :

    nadia yuna >> awat sedih2 nih nadia. takmoh sedih2. meh cerita sikit kt 'abang'.

    kekekekekeke..

    abes le acai dn sarah parang aku pasni. :))

    Reply

  25. cikgu jawe says on :

    acai yg busyuk >> wak! emel aku dh dpt blm?.

    ok le bapa korang blh hantar msj. bapa aku cuma tau dail ajek.

    ekekekekeke..

    Reply

  26. Inah says on :

    waah..untung gak kalo parents tau nak sms..ayah akak cuba untuk sms tapi dia antar blank sms πŸ˜›

    takpelah..suara pun dah jadi penawar rindu πŸ™‚

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    lumrah kot utk budak2 luar ni buat camtu. huhu. ok. nnti ks check email.

    Kak Cinta:
    uhuuu. sy pun mcm akak jgk. simpan nota2 n mcm2 kenangan lain yg ada sangkut paut dgn kwn2 atau peristiwa2 penting. mcm sepanjang kt sini, sy simpan semua kad raya yg sy dpt. 6 drpdnya yg sy dpt drpd family sepanjang 6 kali raya kat sini. oh. byk lg la yg sy simpan. huhu.

    Nadia:
    oh nadia! sy mmg tido awal malam td. ntah knp tiba2 mlm td dlm pukul 11.30 dh naik katil dh. tu sbb tak dgr pun bunyi fon rumah berbunyi. wkt tu sini dlm pukul 3 sy rasa. myb 1 rumah semua tak sedar. knp ni? sy ada 2 jam lg ni sebelum ke hosp. sy plak takde cred ni nak call semula. kalau awk baca ni, call je sebelum pukul 3pm msia. sy ada di rumah.

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Mummy Aidad:
    ups akak. sy ni tak romantis. tp tak tau la nanti2 kan. hehe. waa. bagus la ayah akak. gunakn teknologi utk ingtkn anak2. sy biasanya kwn2 lama yg selalu hantar hadith2 ni tp tu dulu la. skrg dh tak contct sgt dgn kwn2 lama. erm, mana link blog akak? sy tak dpt detect la. thanks sudi kongsi cerita kt sini =)

    Falin:
    kalau la sy ni di msia, mmg lama dh diorg hanya call je. tp sbb sy tercampak jauh kat sini, msg la yg paling murah n cepat.

    Kak Nawwar:
    haa. makcik mmg camtu ye? hehe. comel je anak2 yg tolong bacakan =D sy rasakan, abah kak nawwar pun jenis sentimental orgnya. tu sbb bila kak nawwar dpt msg dia walau pendek mcm mana pn tp tetap tak buang msg dia sbb ada aura dia dlm msg tu kan πŸ˜‰ oh. psl azwar tu sy tau dh. kak tikah yg bgtau. wahaa. sume dh nak kawin dh kan. dgrnya, kak haida pn dh tunang dh kan baru2 ni kan? bila la kak nawwar n kaklong plak =p

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai yg kononnya wangi:
    mak sy mula2 dulu tak berapa sgt jgk dgn msg2 ni. dia asyik kata, mana la mak reti. huhu. tp lama2 dia reti jgk la kan. oh. ayah awk sgt comel. “isal, balik nanti jgn lupa singgah beli kicap kat simpan.” huhu. ups. msg2 kita yg tu ditapis. ada je 2 msg2 nasihat awk sy simpan lg. msg2 tu boleh buat sy rasa: heyya sarah, get a life. life is always beautiful from the other side of it =) terima kasih byk2 acai.

    Cikgu Jawe:
    amboi2. abang la plak ye cikgu. sy report ke org klang karang =p

    Kak Inah:
    owhh… comelnya ayah kak inah! serius amat comel! pastu ada tak dia tanya kat kak inah: dapat tak msg ayah td? hehe. erm. ayah sy high tech sikit orgnya. tu sbb dia lg tahu psl dunia telekomunikasi i berbanding anak2 dia. eh. si nan ayah tak leh challenge la. wiiii =D

    Reply

  30. izzyzatt says on :

    *kagum*

    Reply

  31. kylex says on :

    sy slalu jgk simpan msg kalo dr ayah dan umi sy..sentimental jgk,tp kalo dh pnuh sgt2 terbuang jgj,huhu..

    Reply

  32. KA says on :

    khairul nya mesej ada gak ke? πŸ˜›

    Reply

  33. acai yang err cute.. says on :

    Cikgu jawe, kang..aku wes entok mail riko..patutlah orak tekan, melebu spam mail,huhu..aku orak ngantenan menenglah kang,hahahah…

    Sarah,mak e ku orak pernah nulis msge tau sarah..dae arek dail nang teponpun suie banget arek ngenteni..eh, tercakap jawe ngan sarah plak,haha..bestnya…sebab sypun ada simpan gak,hihhi..

    Reply

  34. Ainul Arina Madhiah says on :

    yup, masa-masa sekarang memang sms sangat sentimental. Dapat-dapat pula kalau yang datang berisi benda time kita memerlukan. Lagilah menusuk ke hati jantung semua..

    tapikan, sekarang ainul jarang guna sms dah kalau nk mengadu. Sebabnya macam slow sangat nak meluahnyer.. Kita pakai ym je senang. hehe.. bertalu-talu mak ayah keluarkan nasihat. Siap boleh tunjuk muka lagi. Cuma slek satu je, takleh nak peluk diaorang.. Haha~

    Reply

  35. Ainul Arina Madhiah says on :

    acai, rasanya ks nganga kot baca comment kamu.. haha~ habislah nanti dia tarik kamus jawa bergerak (kak wanie) kat rusia tolong translatekan.. =P ks, sila tabuh acai dengan bahasa rusia.. huahuahua *mode kejam*

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izzyzat:
    *kebil2 mata*

    Kylex:
    ops. awk pun sentimental jgk πŸ˜€

    Khairul:
    haa. nah baca ni then teka ni msg sape: “My email mkhairaf@yahoo.com n blog:- mkasyah.blogspot.com” (27/09/08 – 11.10am) =)

    Acai:
    sat lg sy suruh wanie tolong sy. tp sy rasa mcm faham jgk la. kan dulu sy berguru bahasa jawe! huhu. eheh. msg mana la awk simpan tu yek encik acai yg konon2 cute =p

    Ainul:
    ks tak berym dgn mak ayah. klu dgn ayah kadang2 google talk. tp kalau kaklog tgh online, dia pasang la webcam kasi sume tgk sekali. hehe. ouch. nnti2 la ks balas dlm russian kt dia. hehe

    Reply

  37. ainiaziz says on :

    Salam ziarah sarah.

    Sebetulnya, dah lama saya mengunjungi laman awak ni. (Hi, saya aini=>)

    Thanks to your comment, thanks to your expression… I also have made some changes in my life..

    There were "life" in your writing..

    And in your recent post..

    "uhh.. terharu. Sentimental ya.."

    All da best;)

    Reply

  38. ytmz says on :

    Lawa kulit baru ni, ceria, nampak tak jemu.

    Reply

  39. Nini Marini says on :

    owh kak sarah yang sentimental..
    memang sentimental sungguh kamu ya?kagum betul saya!

    Tapi memang betul,ade certain sms tu,memang rasa sayang sgt nak delete.

    kalau nini,nini salin sms2 tu kat satu buku.pernah la buat gtu dulu,huhu,mcm takde keje je kan.ala,muda2 dulu la kan..nak simpan dalam henfon rase mcm buat menyemak la pulak.

    Urm,naper ngan kak nadia tu?risau pulak dengar..kem salam syg kat die eh kak sarah!

    Reply

  40. azraain says on :

    azra suka theme kak ngah yang berwarna samar ni. (samar=pink kalau org jhr ckp)

    Reply

  41. nzuhdi says on :

    HIDUP TUAN HAJI SHUKOR! (3 kali)

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Aini:
    hi aini =) kawan nisa ye? hehe. baru ni sy tau awk rapat dgn dia. hehe.

    Yasir:
    tak jemu? moga tak jemu selamanya =)

    Nini:
    hehe. kamu pun sama sentimental jgk ye πŸ˜‰ oh. nadia ada prob skit wkt tu. skrg dh ok dh =)

    Azra:
    oo. org johor sebut pink tu samar ye. nanti kak ngah nak test salman =p

    Najib:
    kamu dgn azra pakat2 komen pd masa yg lebih kurang je ye =) amboi, bodek ayah akak la plak ye. huhu

    Reply

  43. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sy suke bace sms lame2 n then pikir ape eh yg aku hantar sblom tu..n ape eh aku reply pastu.hehe

    Reply

Leave a Reply