Semalam
Jemu saya untuk malam kelmarin tak lama. Sebaik selepas itu, terus saja ada aktiviti yang perlu saya lakukan. Ada mesyuarat pasukan bola jaring, menonton filem Taken bersama-sama Pena, Fatt dan Wanie, menggosok baju dan terus tidur selepas itu. Filem Taken sangat menarik. Bagi anak gadis yang berhajat hendak bercuti dan mengembara dengan kawan-kawan, pastinya filem ini boleh menggerunkan. Tapi setidak-tidaknya, ada pengajaran yang sangat bagus untuk dipelajari.
Maaflah tak balas lagi komen-komen untuk entri lepas. Semalam seharian dari 7 pagi yang masih gelap, Subuh pun baru saja masuk waktu itu, saya dah pun bertolak untuk ke Sukan Komuniti (Sukom) di sini. Kali ini main bola jaring. Pingpong tidak dipertandingkan. Tak seronoknya. Tujuan saya dan Farah (groupmate saya) menyertai bola jaring bersama-sama pelajar-pelajar tahun 4 kerana kami sangat hendak bersukan dan bercampur dengan komuniti di sini buat kali terakhir. Bermain untuk bergembira. Memang nanti akan ada satu lagi sukan terbesar di Rusia ini (Intervarsity Game) yang akan berlangsung di Volgograd tapi saya tak rasa saya akan ke sana lagi. Saya mahu bersara daripada pingpong. Universiti saya pastinya ada muka-muka baru yang boleh diketengahkan. Walaupun pasukan bola jaring kami kalah, tapi saya dan Farah yang menyertai Dodge Ball dalam pasukan yang sama telah memenanginya. Hoyeah! Tapi saya tak tahu siapa ambilkan hadiah, saya sudah balik. Huhu.
Saya sampai di rumah sudah gelap. 5.30 tepat saya tiba. Solat Maghrib dan terus menunggu Isya’ masuk sekitar 6.15. Selesai saja solat, terus saya tidur. Hajat hendak bangun mandi di tengah malam tapi sudahnya saya hanya terbangun sekitar 12.30 untuk minum susu dan terus sambung tidur. Sangat letih. Pagi ini jam 6 tepat sudah bangun. Yang paling utama, kaki saya cedera. Saya syak ibu jari kaki saya ada fracture.
bola jaring? wah, bestnya lama tak main… ks, nampaknya insomnia macam dah takde jer.. boleh la buat cmtu tiap-tiap hari.. badan sihat, tido pun best.. haha~ mcm apa je moto nih,,
Reply
Ainul:
dlm darurat mcm ni, mmg takde dh insomnia nya. tp boleh dtg bila2 masa aje. hehe. tp skrg badan tak sihat, tu yglg best tido kot. rasa taknak bangun!
Reply
uuuuweekkkk!!! tak mandi..budak bucuk!!! nie dah mandi ke lom nie…tahniah menang Dodge Ball 😀
Reply
waaah,rindu bola jaring.sepatutnya, winter break ni ada sukan PERUBATAN..tp sy ngn radin kan ada plan besar..
akak,cepat2 pegi jumpa doktor..kang susah kalau skit tu makin teruk
take care kak
Reply
bola jaring?
eii… nak main! tak penah main pon.. haha…
*guling2*
Reply
oleh kerana sudah boleh tido mlm, silalah gunakan peluang ini utk memperbaiki body clock anda. =D
ibu jari fracture? ganasnya? ada main sukan wrestling ke semlm? =))
keSatria
Reply
Shamsul:
awal2 mandi dh. siap kemas 1 rumah lg. mentang2 la sy start lambat pg td. huhu.
Thia:
mmg sakit lg. jln hencut2 tp malas ke hosp sbb insurance card tak gi amik lg yg baru. huhu.
Menteil:
wow. kalau sy dpt tgk laki main netball, mau guling2 sy gelak. huhu.
Salman:
sy tak wrestling tp sy bertinju dgn kangeroo =D
Reply
wah! tukar template lee.. yg ni baru le feminin sarah.. 🙂
Reply
Cikgu Jawe:
ngehehe. tersilap tempat plak cikgu komen kali ni. bukan feminin jgk. tp ceria \(^-^)/
Reply
sarah..setahu saya, mmg ada lelaki main netball. mrk ni tdiri dr engineer, doc, ID, businessman. saya da baca psl mrk dlu tp saya xi ngt nama team mrk. mrk main utk msia. nnt saya try gugel 🙂
Reply
Falin:
mmg ada laki main netball tp personally sy rasa kurang sesuai. hahaha =p
Reply