5 Kriteria Blog Yang Saya Lawati

Assalamualaikum wbt

Kalau sebelum ini saya selalu bercerita tentang kehidupan saya di sini dan memori di Malaysia juga pendapat peribadi saya tentang isu yang berlaku di sekeliling saya tapi kali ini saya hendak berkongsi tentang blog-blog yang menjadi pilihan saya.

Saya ada beberapa kriteria yang menyebabkan saya boleh jatuh cinta dengan sesebuah blog. Disebabkan kriteria-kriteria ini, saya pasti akan melawat blog-blog ini hampir setiap hari. Dipenghujung entri nanti, saya akan nyatakan apa yang saya buat dengan blog-blog yang saya minati ini.

1. Saya sukakan kekemasan. Jadi, dalam menulis entri juga, saya sukakan jika aspek kekemasan dititikberatkan. Maksud saya, alignment untuk entri itu mestilah disetkan sebagai justify atau kalau yang mahu ditengahkan, setkan dengan align center dengan sepenuhnya. Jadi, sesebuah blog itu akan nampak kemas dan rapi. Disebabkan faktor kemas ini, hari-hari saya melawat blog Nadia Yuna dan Menteil. Blog mereka kemas menurut pendefinisian saya tadi. Warna pilihan juga menepati citarasa. Seorang coklat gelap, seorang lagi putih bersih. Memang menjadi pilihan sayalah=)

2. Tiada widget atau aksesori elektronik tambahan yang terlalu berat. Mungkin ada yang tidak kisah tentang hal ini tapi saya kisah kerana kedudukan meja saya di rumah ini adalah yang terjauh daripada sumber wireless modem kami. Jadi, jika ada blog atau laman web yang berat untuk dibuka, prosesnya mengambil masa hampir seminit. Saya tak banyak masa hendak menunggu selama itu untuk proses ini. Jadi, ini menyebabkan saya kurang melawat blog-blog yang penuh dengan widget gambar, lagu, atau apa sahaja yang diletakkan di bahagian tepi blog yang boleh melambatkan proses. Jadi, atas sebab ini saya memilih blog Cikgu Jawe dan sebuah blog yang saya stalk (baca: intai-intai dari jauh saja) kerana keistimewaannya yang tersendiri. Pemilik blog ini adalah rakan email saya tapi link-nya tidak boleh diletakkan kerana dia sukakan privasi.

3. Saya suka membaca kisah-kisah orang yang berlainan bidang dengan saya. Saya suka untuk tahu hal-hal yang berkaitan kerjaya, studi ataupun apa saja yang terjadi dalam hidup mereka. Syarat utama yang sama ambil kira ialah cara penceritaan. Maka saya memilih 3 blog pilihan. Pertamanya Yasir Tamizi. Dia ini unik. Dari banyak segi. Saya suka cara dia menyampaikan pendapatnya sama ada tentang politik atau agama dan kadang-kala tentang kerjayanya dan aktiviti sampingannya dalam sebuah band. Blog Azwan Ngali juga menjadi pilihan saya. Ini antara rakan blogging yang terawal yang saya kenal tapi sayangnya saya tidak tahu apa masalahnya sehingga blognya tidak dapat dibuka sekarang (sejak minggu lepas). Mungkin dalam proses baik pulih. Yang ketiga ialah blog Critical Thinker. Dia inipun unik. Pada mulanya penuh rahsia tapi sekarang identitinya bukan lagi rahsia. Saya yakin dia ini orang yang berilmu dari cara penyampaian ceritanya. Dan setelah mengenali pemiliknya buat seketika, ternyata telahan saya benar belaka. Dia sedang melanjutkan pelajaran di Adelaide sana. Apa yang unik, ketiga-tiga mereka ini berblog dalam bahasa yang tersendiri. Kalau tak percaya, silalah kaji. Memang menarik. Hehe.

4. Saya seorang yang sangat pentingkan aspek bahasa. Saya lebih mengutamakan Bahasa Melayu. Jadi, di blog saya, saya akan menulis menggunakan bahasa formal. Jika saya selitkan penggunakan istilah pasar, saya akan italikkan perkataannya. Saya bukan pengamal bahasa rojak. Jadi, jika saya hendak menyelitkan perkataan Bahasa Inggeris di dalam entri (bukan di ‘Nota’), saya akan mengitalikkan perkataan tersebut supaya dapat dibezakan dengan bahasa standard yang saya gunakan. Begitu juga jika saya menulis di dalam Bahasa Inggeris. 100% akan menggunakan bahasa ini. Tiada rojak atau singkatan yang salah seperti gimme, gonna, lemme, gtg, etc dan lain-lain lagi. Di atas sebab ini, saya memilih blog Noktah Hitam yang 100% berblog dalam Bahasa Inggeris yang baik dan juga blog Najib (kawan baik adik saya) yang sangat unik bahasanya. Hampir 100% Najib menggunakan Bahasa Melayu di blog ini.

5. Saya suka membaca entri-entri yang bersifat prihatin agama dan masyarakat. Lagi seronok jika isu-isunya disampaikan dalam cara penceritaan yang unik. Jadi, disebabkan kriteria ini, saya menjadi mengunjung setia blog Cik Ati yang saya sayangi ini. Cik Ati memang best orangnya. Dan saya akui, dia bukan seorang yang berpura-pura dalam nasihat-nasihat yang terselit dalam penceritaannya. Saya tabik hormat pada Cik Ati =)

Dan disebabkan saya meminati blog-blog ini, saya bookmark-kan mereka di bahagian atas enjin internet yang saya gunakan ini untuk memudahkan saya melihat update terkini daripada mereka semua tanpa perlu saya merujuk ke blog saya untuk mencari link-nya. Kiranya, saya bookmark RSS blog-blog ini di toolbars kerena mereka semua istimewa bagi saya yang dahagakan ilmu pelbagai bidang yang merangkumi dunia dan akhirat. Dan sebenarnya, ada beberapa lagi blog yang saya bookmark-kan tetapi saya tidak tahu mereka tergolong dalam kategori mana satu. Antaranya ialah blog Salman Faris dan blog ibu saudara saya, Mak Andak =) Dua blog terakhir ini ialah blog wajib yang saya buka setiap hari sama ada kedapatan entri baru ataupun tidak. (“,)

41 Responses to “5 Kriteria Blog Yang Saya Lawati”

  1. Anonymous says on :

    Salam…
    Sarah mohd shukor…
    may i know a little bit about you…?
    are you a former student of fully residential school or SBP…?
    because your name seems familiar around…
    juz curious..
    ~if you had a leisure time, come and visit my blog..
    actually i want to get involved in politic issues but too many obstacles in front of me…
    tq.

    Reply

  2. zynadinne says on :

    lattalilat.wordpress.com
    (the person who asked you bout your x-school)…
    tq.

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    alamak! nama aku ada juga ke?

    ai dh malu2 nih.. merah dh muka nih. huhu

    blog awak juga hebat sarah. untuk kesemua 5 faktor tu, blog awak ada semuanya. 🙂

    *abes le aku kena marah sarah sbb dia tak suka dipuji.*

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Zainadinne:
    yes im. but it was 6-7 years ago.

    Cikgu Jawe:
    haa.. tau takpe. sy mengamuk karang =p bertukar jd hulk hogan terus. huhu. cikgu, blog cikgu ada kat toolbar sy sbb sy bookmark kan. tu sbb sy boleh jumpa sajak jiwang yg sebijik tu baru2 ni. hahaha *gelak jahat gila*

    Reply

  5. Anonymous says on :

    In case if you are wondering where Cry4freedom’s blog had gone to.. here’s an interesting link that I think you want to check out.

    http://obefiend.blogspot.com/

    Do check his Friday, 14th November 2008 entry entitled “So Some Fucker Stole My Blog Content #2”

    That pretty much will give you the rough idea.

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    sajak tu yg gila le sarah.. muahahaha!

    sajak ke tu? aku rasa mcm karangan tak siap jek.. haha!

    *wink*

    Reply

  7. kylex says on :

    salam..

    blog cik sarah adalah blog yg sy sker lawati sbb semuanya ada kt ur blog mcm CJ katekn..pakej lengkapla ur blog 🙂

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    oh. ok. thanks anyway. but im out of the fight 😀 everything that happened must have good explanations why he did so. anyway, the obefeind’s blog is nice too. i might drop by again next time. thanks.

    Cikgu Jawe:
    elele.. karangan la konon2 ye. hihi. ke cikgu yg tgh gila2? lalala~

    Kylex:
    ha. ni lg sorg nak tgk sy mengamuk jd mcm hulk hogan kot. hehe. eh khairul, jgn insomnia ye mlm ni. tido awal skit =D

    Reply

  9. NoktahHitam says on :

    Alamak salah tempat komen la pulak.

    Again, my utmost gratitude for linking me. One day, I will write in Malay (hopefully).

    Reply

  10. a.fisol dan k.mai says on :

    salam,

    dunia sarah ni memang wajib kami sekeluarga lawati, bookmark x yah cakap la..semua PC ada…mmg best! ada macam2 cerita & pengajaran, suka & duka, lawak pun ada…teruskan berblog ye…

    cuma bebudak tu kata, auntie sarah kena letak byk gambar lagi…

    Reply

  11. kylex says on :

    Huhuh,jgn jadi hulk hogan nnt tdo lwt lg sy mlm ni..sy igt ckp CJ,nnt sy pun kne mara jgk,heheh..k

    Reply

  12. menteil says on :

    hehe… segan lak aku terselit kat situ…

    mesti rasa menyampah kat blog aku sebab bahasa hancur gila!! haha..

    Reply

  13. CritiCalThinKer says on :

    sarah wei.. anti tahukan trademark hulkhogan tu suka koyak2 baju? ana cadangkan anti tak payah jadi hulkhogan.. jadi CJ7 jer, cute what?

    *CJ7 tak sama dengan Cikgu Jawe Seven
    jangan marah cikguu!! ;/

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Noktah Hitam:
    i stalk u, u stalk me. interesting, isnt it? hihi =)

    Abg Fisol dan Kak Mai:
    ha. satu lg blog yg sy bookmark kan di toolbar sy ialah blog 4genius tu. dulu ada jgk blog happy shinny people tp lepas dh jarang diupdate, sy remove kan tp tetap akan dilawati jgk. sy bookmark kan 4genius tu sbb sy ingat lg 1 email drpd abg fisol ckp yg akan rajin update kt situ. tp, ni entri yg last Syoknya Raya tu. hehe. sy faham. dua2 mesti bz kan skrg. mcm mana ye urusan further study tu? NZ or Ausei? hehe.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kylex:
    kalau gitu, jgn terpengaruh dh dgn cikgu jawe. huhu. bila nak cite apa yg awk tunggu smpai pagi tu? takde update baru pun kt blog.

    Menteil:
    tp sgt kemas dan menarik topik n susunannya =)

    Am:
    haha. koyak2 baju idak la. tp CJ7 tu terlalu kecik molek n comey lote. sy tak setanding dia. hehe. ngarut dh ni =p btw, dh tgk eh cerita tu? org kata boring. tu yg sy terbaca kt blog org la.

    Reply

  16. cik ati says on :

    Ala.. Janganlah puji-puji.. Malu tau ai.. Kakaka! :))

    Blog Sarah lagi besh, banyak cerita menarik dan tulus mulus lulus.. Hehe.. Blog cik ati kalau orang tak paham bahasa berkias memang tak akan dapat tangkaplah apa yang cik ati membebel! :))

    Sarah cik ati pening pandang nombor! Huwaaa!!! :'(

    Reply

  17. NoktahHitam says on :

    I have doctor stalker? LoL! (Just what I wanted actually)

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    hey, dia tengok kita. hey, dia jeling mata. aduh mak senyum lagi. amboi nona manis sekali =) hihi. ala cik ati. jgn pening2. kalau pening2, buat kerepek sat. hehe.

    Noktah Hitam:
    oh. i knew it long time ago =) oh. i dont think u need to address me as Kak Sarah neither KS (as what MK does). I guess im 2 yrs younger. hehe.

    Reply

  19. Nadia Yuna says on :

    Oh sarah,

    hatiku berbunga-bunga, mcm ade org merisik je rasanya, heheh. Ok, ni saje mengade2. Takde makne pun orang datang merisik. Ohoh. Ni la penangan kad kawen dan jemputan-jemputan di musim cuti. ohoh

    malu le pulak =p

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    Oh Nadia. sy faham apa maksud awk. huhu. bila la ‘kita’ nak kena penangan mengedarkan kad ke org pulak yek. huhu. kita mengomen serentak eh td? hihik. bahagia rasanya. huhuhu. statement takde insuran betoi sy ni =p

    Reply

  21. Thia says on :

    kalau blog sy masuk dalam carta,hati sy juga akan berbunga sampai insomnia kot ks..hihi..
    dlm banyak2 blog favourite yg ks senaraikan tu,sy penah pergi 3 tempat je..blog cikgu jawe,kak nadiah dan critical thinker..

    huhu

    Reply

  22. en_me says on :

    hi adek sarah maness ittewww..

    Reply

  23. Sweet Thinker says on :

    kalo keagamaan sy cadang kamo google belog KERETA MAYAT. tp kalo nak versi len sila google MELAYU MINIMALIST.

    Reply

  24. danny says on :

    assalamualaikum

    Terima kasih atas buku Bahasa Bumi tu. Semoga berjaya dan dimurah rezeki. TQ

    Reply

  25. Khairul says on :

    ces NH, you should be honoured. KS jangan panggil die abang NH lak, geli saye. huhu.

    Reply

  26. acai yang cute..:P says on :

    Selalu baca je blog ni tapi terasa nak komen plak,hihi..:) dari diaorg sume yang sarah tulis kan nak tahu sapa paling populor? blog sarah nihlah,hahahhahaha…:) iyea, percayalah..:)

    Reply

  27. Anonymous says on :

    “tetapi saya tidak tahu mereka tergolong dalam kategori mana satu.”

    tergelak besar bila aku baca ayat ni. hahahaha.

    keSatria

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    haah haah. kita ada 3 blog in common. 3-3 blog tu menarik kan. hehe. alaa. ada byk lg blog yg best2 cuma ni yg dpt ks kategorikan utk masa ni. hehe.

    En Me:
    adeh. takde manisnya sy ni ha. huhu.

    Sweet Thinker:
    oh. kereta mayat tu selalu je sy pegi. tp mungkin bahasanya sy kurang minat kot. jd sy lebih memilih Saifulislam.com atau ustaz maza dan ustaz zaharuddin. lebih sampai ke hati. hehe. apa2pun, salam kenal ye sweet thinker. ramai thinker2 kat blog sy ni ye. hehe.

    Reply

  29. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abang Adnan:
    terima kasih atas doanya tu =) kot la satu hari nanti dpt jumpa kt temerloh, best jgk kan. hehe.

    Khairul:
    ks tak tulis di situ yg ks bookmark 2 blog kamu. yg ada quotes n khairulthesmall. yg quotes tu ks suka sbb ks pun dpt semangat bila baca =) yg lg 1 tu, rajin2kan la update klu ada masa. tp yg SK, ks jarang skit bukak sbb bukan bidang ks sgt. hehe. adik kecik, kerja rajin2 naa =)

    Acai yg konon2 cute: =p
    amboi2. ni mmg saja nak kena ye ni. jaga la acai. jujurnya, kalau blog budak jawe masih ada, semua kategori sy bagi kat awk. serius sy stalker no 1 kot blog awk tu. huhu. mana taknya, sebelum awk nak update entry baru, awk misti dh cite kt sy dlm msg. mmg la sy tau n menjadikan sy org prtama yg mengomen entri2 awk sebelum diikuti oleh ratusan penjejak yg lain. huhu. sayangnya blog tu dh tak. takpe. masih ada sesuatu yg lain utk sy tgk2 keadaan terkini awk. huhu. eh, dah dah. gi balik rmh.

    Salman:
    haha. awk pun tau sy pembaca setia blog awk. juga pengomen setia. tu la gunanya kembar. memberi semangat selalu. ewah. haha.

    Reply

  30. Anonymous says on :

    hahaha. ha, macam tu kamu letak saya dalam kategori kembar tak seiras tak sebapa tak seibu.

    macam mana? boleh?

    hehehe.

    keSatria

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salman:
    disebabkan blog awk sy sertakan dgn blog mak andak sy, jd secara tak rasmi awk dh duduk bawah kategori keluarga. hihi. actually sy pun selalu baca blog Farah. tp terlupa plak nak tulis. hehe. kira keluarga la semua ni kan 😉

    Reply

  32. cik ati says on :

    Adeh! Sarah.. Baru teringat.. Semalam lupa.. Cik Ati tak layak le nak masuk kategori bersifat prihatin agama dan isu masyarakat tu.. Cik ati banyak merepek dan merapu jek dari menyentuh isu-isu tu.. Adeh!

    *rasa tidak layak sungguh*

    *ai lap yu tu*

    Reply

  33. Inah says on :

    terhibur bila baca komen2 di sini 🙂

    just so u know that ur blog is one of my fav!! keep on writing dearie 🙂

    Reply

  34. NoktahHitam says on :

    I address you as KS or Kak Sarah with all due respect. It would be weird if you call be Abg NH though (secretly deeply pleased!LoL).

    2 years younger aight? Well you do sound like most 27 I know. Good sign of maturity.

    Reply

  35. NoktahHitam says on :

    MK: Sila jangan dengki. LoL. Weekend ni lepak suzi jom? Aeropama is back in town.

    Reply

  36. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    eh eh. mau pendekkan diri ke bawah plak. mmg cik ati selayaknya ada kat situ. byk benda berguna tntg hidup dunia akhirat cik ati tuliskan. bukan mcm sy ni. merapu je lebih. hehe. eh, i lap u too muah muah =D

    Kak Inah:
    alalala kak inah. malu plak sy kak inah cakap gitu. uhhuu. sy ni mmg kaki menulis kak inah. ahaks =D

    Noktah Hitam:
    Abg NH? never come into consideration. yet. hehe. once i try, u’ll get addicted. sape susah nanti =p ups. i.am.23. hehe. lepask suzi dgn Khairul je ke? my warmest salam to him. ask him to finish the chicken rice. last time when we met, he did not.

    Reply

  37. Sweet Thinker says on :

    ET tue byk pemikir. ST sy sorang je.

    Reply

  38. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sweet Thinker:
    ooo. ok. got it 😉

    Reply

  39. NoktahHitam says on :

    I’ll make sure MK makan sampai habis!

    Reply

  40. Khairul says on :

    ala KS.. nasi hari tu banyak sangat. kalau KS makan pun tak abis nye.

    dengar tu NH, KS telah memberi ko tanggungjawab untuk menjaga dan membelanja aku dengan penuh kasih sayang, tau.

    Reply

  41. Leokid says on :

    lama tak jenguk sini. rindu pula. =p

    hmmm..out of 5 criteria
    saya dapat 3.5 je kot. hehe.

    salam ziarah.

    Reply

Leave a Reply