Masih

Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijangka, saya insomnia lagi malam ini. Saya kaji masa tidur saya. Memandangkan saya selalu tidur pada pukul 1 ke atas, dan terbangun semula tidak lama selepas itu, jadi saya cuba membuat teori sendiri. Seandainya tidur lagi awal tapi akan terjaga pada masa yang sama, pun sudah kira cukuplah masa tidur saya. Maka, saya pun bereksperimentasilah di tengah malam tadi.

Pukul 12.45 saya sudah menutup fail yang tebal dan meletakkan di atas para dan terus saya tidur. Tapi, selang 5 minit, saya terjaga. Waktu itu sudah hampir pukul 1 pagi. Rakan sebilik saya tidak sedap badan. Dia pening kepala dengan tiba-tiba dan hendak muntah. Saya gagahkan diri bangun dan melihat-lihat mana yang patut. Selepas menggosok-gosok sedikit belakang badannya dan menunggu sehingga dia selesai makan ubat, saya pun kembali ke katil dan cuba untuk tidur semula. Susah hendak tidur semula. Sebelum tertidur, yang saya sedar jam menunjukkan pukul 1.50 pagi. Dan pada pukul 4.45 tadi saya sudah terjaga semula. Cuba untuk tidur semula tetapi sudah tidak boleh.

Hari ini perlu ke Infectious Hospital for Pediatrics. Jauh sangat. Awal-awal dah kena bertolak. Harapnya di dalam metro akan dapat tempat duduk. Boleh tidur. Petang nanti ada latihan di Pusat Sukan di Yugo Zapadnaya. Sebelum pergi kena memasak dulu untuk kami serumah. Sampai rumah malam nanti pukul berapalah agaknya. Tapi saya target hendak berlari semahu-mahunya hari ini. Hendak menjaga stamina dan hendak memeluhkan diri ini. Musim kegemukan sudah bermula. Kalau tak bersenam, alamatnya berat boleh mencecah 50 lebih. Baik jangan. Opsyen lain, berlari turun naik tangga bangunan ini sehingga mamat Arab, Brazil dan Rusia yang selalu melepak di tepi ini muntah hijau kebosanan melihat saya lalu-lalang. Hah. Siapa suruh merokok di tepi ni. Merosakkan alam betul.

Nota: Orang lain seronok menyusun agenda cuti Sabtu Ahad, saya pula sudah mula kefobiaan akan kebosanan tahap maksimum lagi. Ironi sungguh hidup ini.

15 Responses to “Masih”

  1. CritiCalThinKer says on :

    hahah gemok jugak!

    Reply

  2. snm says on :

    biar mrk muntah hijau dr rosakkan oksigen kan?
    sarah myb minum nescafe b4 tido kut? tu sbb x dpt tido/x cukup tido agknye..

    *tgh bdebar pk psl induksi. rs mcm ter’psiko’ dgn ayat CJ 🙁

    Reply

  3. chmod says on :

    salam…..
    apa yang boleh kata ialah awk banyak pikir kot..bukan awk tak sihat pun..malah cukup sihat…so banyak sangat awk berpikir that y awk bangun awl dan terjaga dari tidur…mengikiut kajian yang dilakukan background family awk bukan ada tabiat Insomnia nie.awk banyak berfikir nie….mcm ne rupanya awk kalau awk gemuk..kekekeek..tambah dgn mata “panda”..

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Am:
    awk gemuk lg. seluar ketat. hehe.

    Falin:
    nescafe bukan penyebab. malah takde effect pn pd diri =p

    Shamsul:
    sy rasa, tak penah pn sy bongkar background family sy ada insomnia ke tak. n insomnia bukanla sesuatu yg berbentuk keturunan. sy gemuk ke, tak ke, bukan 1 benda yg perlu dibayangkan pun. semua org penah gemuk. tipu kalau ada yg kata tak penah rasa diri dia gemuk.

    Reply

  5. shazwani adnan says on :

    salam.

    Nak respon sikit. Wanie memang boleh kata yang ks memang selalu begini. Bukan sebab byk fikir atau apa. ye la, sebab hari – hari wanie nampak ks. Kdg2 ks tak fikir apa2 pon dpt insomnia juga kan ks? 🙂 Kalau orang byk fikir tak semestinya terus dpt insomnia. Wanie ni kalau byk fikir, tak pernah dpt insomnia tp apa yg wanie dpt? termimpi2 sampai tak sedar mengigau sehingga mengejutkan roomates (pengakuan berani mati ni! huhu)

    KS, apa la yg gemuk sgt? nak dibandingkn dengan wanie ni ha, jauh panggang dr asap. hehe.. ks kalau gemuk, susah sikit nak nampak la, tp kalau kurus, org keliling boleh risau tau! lainlah kalau wanie ni.. =)

    Reply

  6. Thia says on :

    salam ks

    sy tak pernah lagi insomnia teruk mcm akak..

    make sure,semua tu tak jejaskan kehidupan seharian akak..kalau dh rasa lain mcm,cepat2 bgtau housemates/org sekeliling..biar diorg bley tgk2 kan akak..hihi

    mcm gaya suami org plak sy bg nasihat..hihi

    take care kak

    Reply

  7. Nadia Yuna says on :

    sarahku sayangggg..

    miss u lah!

    heheh. =p

    Reply

  8. banat @ saffa @ hazwani says on :

    salam sarah:)
    lupa nak bgtau saya dah lama ltak ur link kt my blog. maaf sgt sbb xmintak izin.

    neway, me ada beli 6 buku GKLN n congrats, ada bbrapa sajak yg Sarah buat kn..

    teruskan berkarya. saffa pun nak jadi cmtu!

    Reply

  9. snm says on :

    yeke sarah? em..try la minum air 0 byk2 ke. lpstu niat dlm hati nk tido sekian2 waktu dan bgn sekian2 waktu..insyaAllah moga sarah dipermudahkan utk tido dan cukup tido..fizikal kte mgkin la kuat dan tahan kan..mental, dalaman kte pun xtau. apa pun sarah..smga cpt2 recover dr keadaan cmni.

    Reply

  10. myfisol says on :

    salam,

    ish2…x boleh menolong le sarah..tp kesian jugak..

    Reply

  11. chmod says on :

    tak mau letak komen lagi ooooo..cik sarah marah oooooo..nak bawa diri la cam nie…. :”(

    Reply

  12. Anonymous says on :

    bagi badan ko letih gile sebelum tidor..
    mm, tak yah la gi joging kat luar tu pagi2 buta, nanti ade yang kene tangkap ambulans hosptal sakit jiwa plak!

    try main skipping dgn skipping rope tuh..
    buat la 1000 kali, sampai tak larat la.. pastu peluh2 tu lap2 je, jgn mandi plak… mesti letih and tidor berdengkurrr dalam masa sama leh mengetatkan angota2 yang mengelebehh terutama bhg pinggang ke bawahhh.. huhu

    aku kalu joging malam (15 pusingan la satu stadium tu..) mmg balik bum! tv tak pandang dah, makan pun tak selera… sedar2 dah pagi.. terus segar, sebab nak sarapan cepat prut lapaaaarrr

    lagi satu tips; minum susu panas sebelum tido.. (aku tak tau la berkesan ke tak, sbb aku mmg minum pun tak kira bleh tido ke xbelh tido ke..)

    lagi satu, gune aroma.. kalu ade bau2 yang kau suka, yang kalu ko hidu tu tarik nafas dalam2 siap pejam mata lagi.. maksudnya itulah titik aroma relax anda… kalu suke pandan, racik2 kan daun tu byk2 taruk dalam kain ke, ha pgg la ko bernafas dgn benda tuhh! mesti ‘high’ punyalah… kalu suka bau cekam sendiri.. haaa, pandai2la ko nak beryoga cium ibu jari kaki sendiri! hahaha

    sekadar cadangan

    -joe-

    Reply

  13. Ainul Arina Madhiah says on :

    ks, haritu time sakit kan, ainul turun 5kilo oo… ngee.. bangga, bangga… =p saya ada imsomnia ke ha? sebab selalu je saja-saja tak tido sebab nak habiskan tngok drama korea. pastu esok pegi skolah sangat semangat.. ish, peliknya aku..

    Reply

  14. a.s.h.a.r says on :

    insomnia dan nescafe bagi bro ada kaitannya.
    kalau minum nescafe pukul 4 ptg, bro akan insomnia sampai 4 pagi berikutnya.
    malam ni pun … penangan nescafe tin ptg tadi. petang yg penat dan tegang.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    Thanks alot Wanie =)

    Thia:
    Thanks thai =)

    Nadia:
    ohho… miss u too! =)

    Saffa:
    oh. trma kasih. awk ada beli ye buku tu? trma kasih sekali lg =)

    Falin:
    thanks falin =)

    A. Fisol:
    hehe =p

    Chmod:
    tak marah pun. cuma pelik awk terlalu ‘mengkaji’.

    Joe:
    wohooo. ni sy baru je balik dr bersuka. peluh sakan tp ngantuknya idak jgk.

    Ainul:
    kamu ni tak abih2 dgn cite korea eh. hehe.

    Bro ASHAR:
    nescafe langsung takde effect dh pd sy. tolerant.

    Reply

Leave a Reply