Salam Dari Pakistan
Hari Sabtu lepas, sedang saya mengulangkaji pelajaran sekitar pukul 8.30 malam, saya menerima satu SMS daripada nombor yang tak dikenali. Saya terus buka dan baca. Tulisnya: Hi Sarah. Salam. I would like to know you more. From (tak ingat apa) Khan, Pakistan.
Terkejut saya membaca SMS itu. Saya tak berniat hendak membalas mesej itu sebab mungkin dia tujukan pada Sarah yang lain. Sewaktu hari raya pertama dulu pun, saya ada menerima mesej yang lebih kurang begini daripada India tapi memang betul dia tersalah orang rupanya. Tapi kali ini nama saya disebutkan. Mungkin dia tidak tersalah hantar tapi saya memang tak berniat hendak membalasnya. Sedang saya menekan-nekan butang di telefon untuk membuang saja mesej itu, tiba-tiba ada panggilan masuk. Tapi disebabkan saya sedang menekan-nekan butang pada keypad telefon, maka secara automatik saya telah menerima panggilan itu tanpa saya sempat melihat siapa yang menelefon. Terus saya bawa telefon ke telinga:
Seseorang: Assalamualaikum. Sarah?
Saya: Iye. Sape ni (Bersahaja saja terus cakap Melayu. Saya fikir, mungkin dikalangan groupmates saya.)
Seseorang: Are you Sarah? (Dengan lenggok bahasa seorang Pakistan/India bercakap. Mesti semua boleh bayangkan, kan?)
Saya: (Alamak. Macam mana saya boleh terjawab panggilan orang tu?!) Yes, I am. Who’s this by the way? (Saya memang lupa nama yang ada di dalam mesej tadi.)
Seseorang: I’m the one who texted you just now. I’m Anwar Haroon Khan from Pakistan. Don’t worry. I’m not a bad person.
Saya: (Terketar-tekar saja saya menjawab. Saya mati kutu nak cakap apa padanya) Ooo… Ok. Ok. Where did u get my number from? And how did you know my name?
Seseorang: Recently I’ve browsed through a muslim social network community. It’s a website for muslim worldwide. I found your name there. And also your number. What’s the time there?
Saya: Wait, wait, wait. It’s 8.30 pm here. Ok. I dont get it. I never registered in any muslim social network before. Maybe you have mistaken me for someone else.
Seseorang: And it’s 10.30 pm here. But there’s you name, your location, your number and 1 picture of you. You’re wearing scraf, you’re from Malaysia but currently studying in Moscow. All correct?
Saya: Ha? Owh… (Tergamam sekejap) But I think, there must be someone who purposely used my name, my number and even my photo to create an account there. Ok. Let’s make thing clear here. I’m not interested to know about all this thing. I never own an account in that kind of website. I’m so sorry.
Seseorang: Erm. Ok. So, I would like to ask you. Would you like to keep in touch with me?
Saya: Hmm, sorry to say. No. I’m not looking forward to.
Seseorang: Ok then. I respect you. Assalamualaikum.
Selepas panggilan itu, Fatini dan Fareena yang berada di dalam bilik dan mendengar sepenuhnya perbualan itu mla bertanya itu ini. Sewaktu itu, hanya satu perasaan yang ada di dalam kepala saya. Saya rasa saya macam pervert mana saja yang menawarkan sesuatu melalui telefon. Seperti kononnya di laman web yang lelaki itu temui, tertulis iklan yang berbunyi: Mahu rakan berbual? Hubungi saya di xxxx. Ha. Sampai begitu sekali saya terfikir! Tapi saya lega selepas saya menekankan pendirian saya yang tidak mahu berurusan lagi dengannya. Sungguhpun begitu, suara Anwar itu tadi tak melambangkan dirinya seorang yang bukan-bukan. Dia mulakan dengan salam dan mengakhirinya juga dengan salam. Dan menurutnya, dia mendapat info saya melalui sebuah laman web komuniti muslim yang berbentuk rangkaian sosial (seperti Friendster, Facebook barangkali). Saya hanya mempunyai Friendster tapi tiada apa sangat pun dalam Friendster saya. Siapa kenal saya mesti tahu saya ni macam mana orangnya. Dan saya tak mempunyai Facebook. Dan saya memang seorang yang anti-sosial apatah lagi berminat nak menyibukkan diri dengan aktiviti internet yang seperti Myspace, Tagged dan segala macam yang lain.
Saya ambil kesimpulan, buat bodoh sajalah. Cara dia mengakhiri perbualan tadi menunjukkan dia menghormati keputusan saya. Keesokannya, emak dan ayah ada menghubungi dari Malaysia dan panggilan daripada mereka tertera sebagai ‘anonymous’ di skrin telefon. Saya biarkan tak berangkat. Saya risau kalau-kalau itu dia lagi. Tapi kemudian saya terfikir. Hari itu hari Ahad. Mungkin juga ayah. Saya mesej ayah bertanya hal itu dan sejerus kemudian memang betul ayah menelefon semula. Memang itu ayah sebenarnya. Saya terangkan dengan ringkas saja kenapa tadi tidak berjawab.
Tetapi pada hari Isnin malam Selasa itu, saya menerima lagi mesej daripada Anwar Haroon Khan ini. Katanya, dia baru saja membelek semula laman web itu dan katanya, memang betul-betul wujud ‘diri’ saya sebagai seorang penggunanya. Katanya lagi, dia tak fikir saya orang yang berlakon semata-mata dengan tudung dan segalanya. Dan disebabkan itu, dia betul-betul hendak mengenali saya.
Adeh. Saya sangat tertanya-tanya, laman web manakah yang dimaksudkannya. Lalu saya balas mesej itu: Can you send me the website’s link, please. I want to have a look. Tapi pending pula mesej itu. Kemudian, saya menerima mesej seterusnya daripadanya. Katanya: I’m not a bad person either. I’m a manager of food chain restaurants. I run my own business. I want to know you because I can see that you’re a nice woman.
Adeh lagi. Saya abaikan mesej itu. Seketika kemudian, ada panggilan daripadanya tapi saya abaikan juga. Dan apabila mesej yang saya balas tadi sampai padanya, dia balas begini: You don’t have to worry. It’s not a bad website. It’s a website for muslim community. And that’s why I know, whether you or the person who used your name is a good person. Ketika iu di dalam hati, saya nak tergelak pun iya juga. Takkanlah semudah itu dia menilai seseorang.
Semalam, pulang saja daripada hospital, Wanie sudah ada di rumah. Kami duduk berdua membincangkan tentang isu aurat dan prinsip kita sebagai seorang wanita Islam yang praktikal untuk mempertahankan aurat kita dalam keadaan bagaimana sekalipun (niat tak menghalalkan cara). Tiba-tiba, saya mendapat lagi mesej daripadanya. Sekadar ucapan biasa-biasa saja. Dan pagi ini, bangun saja dari tidur, terus berbunyi lagi mesej masuk. Dia lagi. Sekadar ucapan biasa-biasa saja. Tak putus asa nampaknya dia ni. Walaupun tak berbalas segala mesej-mesejnya, masih lagi dia menghantar mesej kepada saya. Tapi saya abaikan. Saya kan ignorant yang tegar. Huhu.
Itu sajalah kisahnya. Saya pun tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan Anwar Haroon Khan ini. Saya sekadar menghindari dia dengan tidak menjawab panggilan dan mesej-mesejnya. Lagipun dia jauh. Dia tidak nampak saya. Dia tidak boleh buat apa-apa kepada saya. Lainlah kisah Rajj dulu tu. Yang saya tahu, bila dia memperkenalkan dirinya di dalam mesej sebagai a managef of food chain resturants, dalam kepala saya terus terfikirkan spam emails berlambak-lambak yang saya terima (kamu semua juga pasti ada menerimanya) yang contohnya mengatakan: Greeting from Africa. I am Nabewe Maoulu, Manager of Bank of Africa. I’m offering you…… and so on. Hehe. Jahat sungguh saya ni. Tapi namanya sedap juga ya. Anwar. Ada Khan pula tu dihujungnya. Huhu.
Ok. Sudah, sudah. Saya cuma hendak memberikan pendapat saya kepada semua wanita yang membaca entri ini. Hati-hati ya dengan laman web yang bersifat rangkaian sosial ini. Kadang-kadang kita tak sangka ada yang mengguna pakai nama dan gambar kita untuk tujuan yang tidak baik. Mungkin nasib saya baik sikit sajalah sebab entah orang mana yang guna tu meletakkan saya di laman web rangkaian sosial muslim tapi saya tahu banyak kes gambar-gambar kaum kita yang disalahgunakankan dan diletakkan di dalam laman-laman web lucah. Tak tipu. Ada kenalan bloggers saya sendiri sudah terkena hal ini. Nasihat jujur dari saya, hati-hati bila meletakkan gambar di dalam blog masing-masing. Pilih yang tidak terlalu menonjol dan jangan terlalu menampakkan yang kamu sedang ber-camwhoring. Bahaya ni tau. Moga-moga apa yang saya cakapkan ini dapat memberikan amaran awal agar kita semua terselamat daripada fitnah. Saya tegur ni sebab saya sayang kamu semua =)
Nota: Jangan percaya dengan cinta internet. Erm… not apply to all cases (kan Nadia kan! (^^,) ), but in most cases, please do not believe in them. Sedangkan Iqbal pun tertipu dengan Kirana palsunya. Huhu =p Lebih banyak yang tersirat daripada yang tersurat dalam dunia maya ni. Ups~
salam….
fuhh!!!!!terkezut saya baca entry nie…dasyat sungguh ye dunie maya nie…boleh wat seorang yang tak dikenali boleh dikenali dgn sekelip mata..apa yang saya boleh kata atau buat analysis tentang kewujudan “diri”awak dalam disebabkan oleh:
1.mungkin dan kebarangkalian yang besar orang yang mengenali awk dan dan tahu pasal no hp awk yang meletakkan profile awk dalam website itu.tanpa tujuan.
2.mungkin ada orang dengan sengaja nak exposekan diri awk dalam laman itu.untuk tujuan tak baik kot..
apa yang boleh dikatakan ialah orang yang mengenali diri awk yang buat benda nie..so cuba pikir2kan la..
pesanan iklas tanpa bayaran:sila berhati2 dalam memberi no hp kat orang ye..rambut mungkin sama hitam tapi hati tak sama..kita tak tahu apa ada dalam hati orang lain.
Reply
salam sarah :0
a bit confused. macamane no.fon sarah blh ada? terer gile si psiko yg mgunakan nama, gmbar, address, & fon number sarah..sgt la psiko!! iskkk
Reply
Wah,sampai pakistan popular ye? asal xsebut nehi,khabbi nehi…hehehe. Erm,tp semejak dua mejak ni kan,email sy byk masuk spam,dr bank mana entah,menang loterilah…nak menang cmna,main pun xpandai..hehe
Reply
salam sarah, i am Ctitical Thinker Khan.. saya bos jual maruku juga.. adik manis.. saya niat baik juga.. ammaaa!
Reply
Shamsul:
entah la. sy tak berani nak kata siapa yg buat ni. tp kan, sy setuju la apa awk kata tu. mungkin org tu org yg sy sndiri kenal. sbb kalau tak, takkan la dia ada no fon sy kan. erm. seingat sy, sy penah bincang dgn sorg je psl 1 website yg ala2 friendster ni tp utk muslim punya. khas utk muslim. kira mcm ala2 nak jodohkn la gitu. n kalau tak silap sy, sape guna yahoo mail, mesti tau wensite tu. muslim matrimonial kalau tak silap sy. tp, alhamdulillah org tu bukan la buat yg tak baik psl sy. dia mcm nak ‘carikan jodoh’ je utk sy. huhu. ni pndapat sy la. tp sy tak buruk sgka dgn sape2 stkt ni. lg pun, sy yakin, org yg bukak akaun tu sndiri pun dh tak bukak dh kot profile di website tu. ni sy rasa la. nanti la sy paksa jgk si anwar khan tu bg jgk link nya. hehe.
Falin:
pd pendapat sy, misti org tu kenal sy n sy pun kenal dia. tu sbb dia tau sume info tu kan. erm.. sy tak rasa ada address sy. cuma location je. tu je rasanya. tp sy tak la risau parah2 cemas2 mcm sesetengah org yg gmbr diorg wujud kt website yg ntah apa2. kira yg sy ni kira ok jgk la. silap2 haribulan sy juma Mr. Right sy. muahaha. nak request org UK bleh tak? Ulu Klang pun jadi la =p
Reply
Fahmi:
eh eh. nehi khabi nehi tu bukan hindustan ke? hehe. org pakistan cakap urdu kan? =) kan kan. inbox ks pun penuh dgn spam emails yg mcm tu. dr bank tu la. bank ni la. yg lucunya, bank2 afrika tu drpd nak bg duit ke org, baik la tolong negara dia sndiri kan. huhu. lucu betul =p
Am:
abang bai, sy tadak shuka makan maruku. shaya punya gigi lagi sakit ini. geraham mau naik shudah. abang bai khan makan sorang2 la. ajak itu adik manis di msia wokey *geleng2 sikit kepala naa*
Reply
hahahaha.. adeh, gelak guling-guling baca chiam ngan chirah (eh eh.. hehe.. sesedap rasa je aku taruk..=P) punya bahasya… adoih… syejak bila bahasya syasya ni popular kat pakistan arr?
kembali pada tajuk: smoga slamat dr gangguan~
Reply
slm….hahahaha…nk tergelak membaca blog ni…sesuai la lagu istimewa ni kat imeem ni…mmg kene ngan awk sarah..hehehe…
ppun kira popular ar…silap2 kalu awk ni jd artis(byg je saja)siti pn kalah….:))
Reply
uissh,sampai ke Pakistan nama ks..hihi..hurmm kalau la betul ada org guna nama akak,kire dahsat sungguh..
akak,hati2 tau..takut jugak ya kalau benda ni jadi kat diri sendiri..hari tu pun,sy banyak terima panggilan dr lelaki arab mana ntah..sudah la call time kuliah(salah sy juga,luapa nk silent kn henset..)tp sy buat bodo je..lama2 tak kacau daa..
huhu
take care kak..
Reply
jangan layan perangkap cinta itu…
kalau dia benar2 ikhlas mahu mengenal sarah,
sudah pasti perkara pertama
yang di soalnya
“Bisakah aku bertemu kedua2 orang tuamu?”
Lalu sarah menjawab..
“Boleh lah boleh..
datang kerumahku..
lalala..” (quote mas idayu)
Hati2 ya sarah..
mungkin si pakistan itu pernah mengkerakas begmu dulu sebelum dia membuangnya ke dalam tong sampah sebelum kamu menjumpainya semula!
mungkin kamu sedang diperhatikan setiap hari…
seram la, bleh wat realiti phsyco thriller kat blog ni..
menunggu episod seterusnya! 🙂
-joe-
Reply
slm ziarah..http://wwwsaifqistina.blogspot.com
Reply
Ainul:
amboi. pandainya la kamu bagi nama gitu sekali ye. hehe. ok. i rest my case. sume dh settled alhamdulillah.
Amir:
waaa.. tak baiknya awk amir. sy tak mau la jd artis plak. huhu. tambah2 lh klu yg ala2 siti nurhaliza. adeh. sy tak mcm dia yg suka misai. huhu.
Thia:
oh. ks ingat yg pasal cite kamu psl kena kacau dek org2 arab tu. hehe. apa2pun kes ks dh settles. berguan jgk menjadi garang ni. huhahaha.
Joe:
joe, terima kasih!! pendapat awk ni yg paling logik lepas sy selongkar2 apa yg jd penyebab semua ni terjadi. hehe. terima kasih deh!
Ana_Jundullah:
insya Allah.
Reply
Sarah:
Heh. Saya dah bace entri ni masa baru sampai tadi. Tapi x berkesempatan nak komen. biaselah. tenet cap ayam. heheh =p
btw
nadia selalu jugak dapat call dari sape-sape ntah. Tapi nadia maleh nak layan. semua no pelik2 nadia letak depan dia X. so dalam hp nadia ada banyak nama org start X. X1 X2 X3. hah. camtula nadia rekod. so kalau diorang call lagi nadia ignore je la. =)
Pasai gamba tu, betoila cakap sarah. dulu pun nadia da kene skali kan. suka-suka je promote nadia kat mane-mane ntah. Laman web x ‘membina’ plak tu. time tu takut pun ade. La ni x taulah. Skg ni nadia tengah try nak cari sape owner 1 fs ni. Die gune gamba nadia. Gamba tu tak silap dia ambik dari flickr mymy. Profilenye disetting private plak tu. La ni busy. Tak sempat nak jadi penyiasat. Tapi sampai skg dia still guna gamba nadia lagi rasanya. Isk. apelah diorang ni. Tak baguih sungguh.
Reply
kenapa ya,dh terbayang satu kisah chenta cm citer Hindustan…
from pakistan..to Moscow..
akhirnya M’sia..
*teringat dgn kesah pakistani..hurm huhu
Reply